Sahabat

Halaman

31 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 305 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 31, 2020

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 31/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-228


Ingatkan pagi ni nak berbasikal keliling taman... tapi... masalah bulanan orang perempuan datang pulak pagi ni... so kansellah berbasikal. Guling-guling jer atas tilam.

Goreng kuih frozen yang beli kat Eka malam semalam. Banyak ni aku makan sorang. Sekian.

Tengahari aku panaskan nasi goreng anakku yang aku buat pagi semalam. Alhamdulillah kenyang sampai malam.

Tak ada apa aktiviti hari ni. Semenjak dua menjak ni pun aku jadi seorang yang pasif. Nak buat apa-apa semua malas. Tak ada mood. Lebih-lebih lagi sepatutnya aku balik kampung jumpa suami dan anak2, tapi terpaksa tangguhkan sebab ada anggota kat tempat aku positif covid-19.. dapat dari jiran dia. Walaupun aku takder berurusan atau jumpa dia baru-baru ni, aku tetap risau sebab aku ada jumpa incas dia, yang satu pejabat dengan dia. Walaupun amalkan SOP yang ditetapkan, tetap berhati-hati. Risau aku kalau balik jumpa diorang (suami dan anak-anak aku)..

dan aku taknak ambil risiko...

Takut.


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review