Sahabat

Halaman

29 Oktober 2017

Hiking @ Bukit Botak , Puncak Alam

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 29, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya aku baru tau akan kewujudan bukit ni... Bukit Botak / Bukit Cherakah di Puncak Alam... Bila dok borak dengan geng2 GOSJ ni, so diorang pun macam berminat juga nak pergi sana.. plan punya plan, kitorang decide untuk sana pada 29/10/2017...

Anak aku si Arissa pun ikut sama.. dia memang minat hiking ni, cuma kalau dia penat, memang dia buat perangai la... nanti mama / papa dia la yang kena dukung... hahaha layankan jer la... 




Sebelum kejadian Yatz ngan anak aku tergelincir gedebuk gelongsor kebawah sebab tanah kat situ berpasir....





kat tempat ni memang wajib kena amik gambar...

Puncak Bukit Cherakah..


Bila Ieca Sara mula penat.. 

Suka gambar kat sini...

Come to mama...




Tak sangka Lopa ada kem kat sini..


Muka pewai...



28 Oktober 2017

Lirik Lagu : Akad ~ Payung Teduh

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 28, 2017 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Kali pertama aku jatuh cinta dengan lagu ni bila dengan Gen Halilintar cover lagu ni... lepas tu terus cari siapa penyayi asal lagu ni.. memang pada aku lagu ni sangat best.. terasa sampai ke dalam..

Ni aku sertakan sekali lirik dan video klip lagu ni.. jom layan sama2...


Payung Teduh - Akad

Betapa bahagianya hatiku saat
Ku duduk berdua denganmu
Berjalan bersamamu
 Menarilah denganku

Namun bila hari ini adalah yang terakhir
Namun ku tetap bahagia 
Selalu kusyukuri 
Begitulah adanya

Namun bila kau ingin sendiri
Cepat cepatlah sampaikan kepadaku
Agar ku tak berharap 
Dan buat kau bersedih

Bila nanti saatnya t'lah tiba
Kuingin kau menjadi istriku
Berjalan bersamamu dalam terik dan hujan
Berlarian kesana kemari dan tertawa

Namun bila saat berpisah tlah tiba
Izinkanku menjaga dirimu
Berdua menikmati pelukan di ujung waktu
Sudilah kau temani diriku

Namun bila kau ingin sendiri
Cepat cepatlah sampaikan kepadaku
Agar ku tak berharap 
Dan buat kau bersedih

Bila nanti saatnya t'lah tiba
Kuingin kau menjadi istriku
Berjalan bersamamu dalam terik dan hujan
Berlarian kesana-kemari dan tertawa

Namun bila saat berpisah tlah tiba
Izinkanku menjaga dirimu
Berdua menikmati pelukan di ujung waktu
Sudilah kau temani diriku
Sudilah kau menjadi temanku
Sudilah kau menjadi istriku


18 Oktober 2017

Aktiviti di Gold Coast Morib

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 18, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold Coast ni dengan harga murah, so kami semua pun dapat menikmati aktiviti dengan harga yang berbaloi.

Alang-alang dah sampai sini, aku bawak la sekali anak aku si Arissa tu.. dia memang hantu air... pantang jumpa air, memang kalau dah terjun kolam tu susah nak panggil dia naik.

Sampai-sampai je terus selfie...

kemain suka lagi dia...


Sementara si Arissa main dengan air, kami semua pergi buat aktiviti lain. Arissa aku tinggalkan dengan kawan kak bib yang bawak anak dia juga mandi kat situ.









Aku tak mampu buat benda alah ni.. tangan nak mampu nak tampung berat badan. hahah!



Lepas ber flying fox dan buat halangan, kami berkayak pulak... aku kayak berdua  dengan anak aku...









Okey. Aktiviti habis. Berhiphip horey la kami....

Walaupun muatan berat nak melompat, sikit pun jadilah asalkan nampak bayang...

 * Sebenarnya kat voucher tu banyak lagi aktiviti yang kami boleh buat. Tapi memandangkan masa pun tak cukup, so kami buat mana yang menarik jer... Boleh jer sebenarnya nak sambung keesokan harinya, tapi hari kerja, memang tak boleh nak buat apa la... takper.. yang penting kami enjoy!!!! Dan lepas gerak dari sana, kami terus g makan2 ikan bakar kat Bagan Lalang....




























16 Oktober 2017

Hiking @ Gunung Yong Belar

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 16, 2017 7 comments

Assalamualaikum wbt...

Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan merupakan G7 pertama aku. 

Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Dalam banyak-banyak gunung yang aku dah daki, pendakian aku kali ni adalah pendakian paling kontroversi, yang penuh dengan drama, elemen2 yang menyakitkan, mendebarkan, menyeramkan dan macam2lah lagi.. haha!

Al kisahnya macam ni... memanglah dah lama aku nak merasa naik G7 yang sering diperkatakan oleh pendaki-pendaki padu, tapi bila fikirkan yang aku ni tak berapa padu, so aku malaslah nak berangan sangat. Tetiba sorang member aku, Tini wasap dalam grup outdoor kitorang pasal ada satu team ni nak buat trip ke Yong Belar khas untuk mereka2 yang mempunyai pace yang slow. Pendek kata untuk orang2 yang berbadan besar la... nampak menarik, lagipun aku pun dah dua kali ikut trip penganjur yang aku maksudkan tu. Tapi trip sebelum ni kami join trip depek jer la, camping tak pernah lagi.

Sampailah tiba harinya, kami semua 36 peserta berkumpul di Masjid Lojing jam 2am. Mengikut tentatif awal, kami akan menaiki powil pada jam 3pagi ke starting point di kebun. Tapi tak pasti apa punca, kami lewat dibawa ke sana sekaligus tentatif kami berubah.

Dari lojing ke starting point, aku dan Ila cepat2 ambil tempat kat sebelah pemandu powil, tak sanggup nak duduk kat belakang sebab dah ada pengalaman sebelum ni. Betapa seksanya dok belakang tu. hahaha (bijak tak kami?)
 Kami mula bergerak dari kebun menuju kem tudung periuk lebih kurang jam 6am. Oleh sebab aku dah janji dengan Tini tak nak tinggalkan dia, so aku pun bersantai2 sambil menghirup udara segar. Solat subuh di puncak tipu yang pertama... kemudian kami meneruskan perjalan ke Kem Tudung Periuk.

Sebelum memulakan perjalanan dari starting point
Pada aku, trek Gunung Yong Belar takderlah sesukar Gunung Chabang sebab aku suka trek yang turun naik, bukan menaik dari awal macam Chabang. So aku layan jer la trek dan teman Tini. Best sepak2 daun ni, tak push sangat dan badan tak penat. Sebab tu dari starting point ke kem Tudung Periuk ni, aku hanya minum dua teguk air, itupun aku minum masa kat puncak tipu terakhir sebelum sampai KTP. Memang tak rasa penat walaupun perjalanan mengambil masa 4 jam lebih (pace santai)

Pemandangan nak ke Kem Tudung Periuk


Lupa nak cakap. Memangla dari awal aku dengan Tini, tapi sampai puncak tipu terakhir, aku terpaksa tinggalkan dia dan asben aku sebab kaki aku dah mula sesemut... kalau aku layankan sesemut tu, mau krem kaki aku. Memandangkan Tini pun dah jumpa geng baru, aku biarkan jer dia dengan harapan dia tak kecik hati kat aku.

Sampai ke Kem Tudung Periuk lebih kurang jam 11am, perut dah mula rasa lapar. Tunggu makcik kantin masak, 11.30am baru 'sarapan' kami siap... menu 'special'- maggie goreng... ah! engkau ni Dalia.. banyak pulak songeh.. makan jerla megi goreng tu.. ok tau dari takder. bersyukurlah!

baru sampai KTP kasut dah teruk camni..
Sarapan kami, Maggie goreng @ 11.30am


Kami gerak dari Kem Tudung Periuk ke Kem Kasut dalam jam 12pm. Kami membayangkanlah yang kami akan dibekalkan dengan makanan tengahari. Ye la.. makan megi goreng je kut, mana bleh tahan lama.. dah le cuaca sejuk. Mana ada tenaga.

Ah Dalia! Ko buat hal lagi... bersyukurlah dengan apa yang ada.. lagipun kan ko ada bawak stok roti, kalau lapar nanti makan jerla roti tu... Coklat pun ada...


Tini buat keputusan untuk stay kat Kem Tudung Periuk dengan kawan2 yang dia baru kenal tadi. Diorang pun sampai Kem Tudung Periuk dah lewat, tak sempat nak rehat sebelum memulakan perjalanan ke Kem Kasut. So takperlah... aku, asben dan ila akan cuba setakat termampu. Kalau berjaya sampai puncak, Alhamdulillah. Kalau gagal, takperlah. Mungkin akan datang, aku kan kembali lagi ke Yong Belar, walaupun itu bukan target sebenar aku .






 
Mereka kata untuk sampai ke Kem Kasut ambil masa 5 jam.. Apa??? 5 jam???? kalau aku mesti sampai 8 jam.. Alamak! sempat ke nak puncak sebelum hari gelap??? harap2 sempat la... Tapi kalau ikutkan tentatif yang diorang bagi, dari KTD nak ke Kem Kasut cuma ambil masa 3 jam setengah jer...

Masa ni tenaga aku lain macam... semangat lain macam.. ramai gak yang aku potong diorang atas trek. Sampai berapa kali asben aku minta aku berhenti dulu, tarik nafas. Aku cuma berhenti untuk bergambar kalau ada Mossy.. yerla.. masa turun nanti confirm takkan bergambar punya.. masa naik ni la masa yang sesuai untuk bergambar.


Aku sampai kem kasut jam 4.10pm. Dalam hati sempat gak membandingkan lagi dengan Gunung Chabang... Sebab aku suka trek YB ni... tak memenatkan aku...

tapiiiiiii (tunggu nanti aku ceritakan..)

Sampai Kem Kasut rehat jap minum2 dulu. Jeling2 gak kat guider tu kut2 ada makanan tengahari kitorang, tapi tak nampak bayang... Perut dah mula lapar. Cuaca makin sejuk. Air ada separuh lagi dalam water bladder tu. Cukuplah tu.. malas nak turun ke water point kat bawah tu, sebab agak jauh gakla ke bawah.

Dalam 4.35pm kami gerak ke puncak. Yang bestnya, guider kami cuma beri arahan jer..

"Ikut laluan ni, dalam sejam dah boleh sampai puncak.. paling lambat pun dalam sejam setengah..."

Masa ni hati dah mula terdetik, eh! takkan kami naik sendiri takder guider. Alasan dia nak tunggu peserta lain sampai kat kem kasut. Malas nak bebankan fikiran, aku ngan asben jadi orang ketiga dan keempat yang gerak dari Kem Kasut ke puncak Yong Belar. Sengaja kami gerak awal sebab tau kami ni memang slow. hehe..



Dan dari sinilah bermulanya episod kepewaian kebaraian aku yang sebenarnya. Mula2 gerak dari kem kasut, perut dah mula pedih. Tapi takperlah... masih boleh tahan lagi. Aku dan asben meneruskan pendakian dengan aturan langkah yang sangat perlahan. Selut yang merata2 membuatkan tenaga aku semakin berkurang dan keletihan bercampur pula dengan perut yang kosong.


Aku cuba untuk makan roti kentang yang aku bawa.. malangnya roti tu terlalu sejuk, macam baru keluar dari peti ais. Aku kunyah tapi tak mampu nak telan. Aku cuba keluarkan coklat yang aku simpan dalam beg. Sama. Keras sebab sejuk. Penyudahnya memang perut aku biarkan kosong. Seorang demi sorang peserta mula memintas aku. Ramai... 8-10 orang tak salah aku. Takper. Tenaga diorang masih banyak, aku ikut jer pace aku.. tak perlu paksa diri... lagipun masih ramai lagi peserta kat belakang. Dalam 14 orang.




Lebih kurang jam 6.40ptg aku sampai ke puncak Yong Belar. 2 jam perjalanan dari kem kasut. Memang slow. Mujurlah cuaca masih cerah dan aku sempat bergambar dengan cuaca terang.   Alhamdulillah. Mula2 aku dan asben ingat nak lepak2 rehat kat puncak dalam setengah jam, tapi cuaca sejuk yang amat. Masa aku sampai puncak, grup pertama tadi dah nak gerak turun. So kat puncak selain aku dan asben, tinggal kak nisa, suami kak nisa dan abg ali. Ambik gambar kat puncak, kami terus nak gerak turun. Kebetulan masa aku nak turun, grup belakang ada yang dah sampai. Aku cakap ngan diorang, mintak diorg turun dulu sebab aku nak turun saing dengan grup yang baru sampai tu. Sekurang2nya ada masa aku nak lepaskan lelah.

Ermmmm... tetiba rasa menyesal sebab tak join kak nisa turun. Bukan apa, aku dah mula menggigil kesejukan. Akhirnya aku dan asben ambil keputusan untuk turun ke kem kasut berdua jer sebab rasanya kalau tunggu lama kat puncak takut krem pulak kaki... terlalu sejuk. Lagipun trek dari puncak ke kem kasut tak panjang sangat dan trek agak jelas. Sebab tu kami berani turun berdua walaupun cuaca semakin gelap.

Dalam sejam turun, akhirnya kami tiba di kem kasut. Masa tu grup pertama baru gerak turun ke kem tudung periuk. Yang tinggal kat kem kasut hanya kak nisa, asben dia, dan abg ali serta seorang peserta yang injured dan juga sorang guider. Masa ni la baru aku dapat 'makan tengahari' dikala jam dah menunjukkan ke angka 9 lebih. Sayangnya dan sedihnya, nasi yang diberikan kepada kami lembik dan mentah. Aku kalau nasi lembik masih boleh terima, tapi kalau nasi mentah tatkala perut tengah kosong, memang rasa nak menangis. Tapi aku cuba juga telan skit, buat alas perut. Takut nak makan banyak, takut sakit perut... almaklumlah perut aku ni sensitif skit.

Ok. Masa tu guider tanya, nak turun kem tudung periuk sekarang atau nak saing dengan team belakang? Memandangkan jangkaan diorang akan sampai agak lewat, kami ambil keputusan untuk turun dulu ke camp site. Badan dah penat, mestilah tak sabar2 rasa nak rehat dan guling2 dalam khemah.

So kami gerak dari kem kasut menuju ke kem tudung periuk ber-7. Kak Nisa, suami kak nisa, abg ali, lina, aku, asben aku dan guider. Gerak dari kem kasut lebih kurang jam 10.30malam. Masa ni la aku nampak perangai sebenar guider ni. Masa mula2 perjalanan, abg ali krem. So dia terpaksa jalan kat belakang sekali. Kak nisa sebagai adik abg ali, bantu abg ali. Diorang jalan berdua kat belakang. Masa ni la guder ni boleh cakap kat kami,  

"mana diorang ni? kita nak turun ni tak boleh santai2 jer.."

Mak aih berlagaknya. Ko ingat kitorang join trip ni sebab apa? Bukan ke sebab iklan trip ni yang menjanjikan bulan dan bintang sampai kami pun terpengaruh nak ikut. Konon bagi peluang kat kami yang tak berapa padu ni untuk tawan G7.

Kak Nisa pun cakap kat dia, janganlah jalan laju sangat sampai tinggalkan kami. Dia kata dia takkan tinggalkan. Then dia bagi Lina jalan kat depan, ikut pace lina...

Masa ni la dugaan datang. Asben aku memang lutut dia bengkak, nak bengkok pun tak boleh. Sakit. Lebam dan bengkak. Aku pulak dengan keletihannya dan kelaparan. Memang tenaga berkurang. Tak boleh nak laju macam masa mendaki tadi. So kami berhenti kejap untuk asben aku sapu minyak panas kat lutut dia dan aku dapatlah untuk tarik nafas sekejap.

Aku tengok diorang laju semacam. Makin lama makin jauh dan akhirnya terus hilang. Aku dan asben cuba kejar, tapi sampai kesudah tak jumpa. Aku cakap kat asben,

"Sampai hati diorang tinggalkan kita tengah2 malam buta kat tengah2 hutan ni"

Gila kalau tak sedih. Tengah2 malam, dalam hutan kena tinggal berdua je dengan asben. Kalau dalam grup tu ramai, mungkin jugalah guider tak perasan kami tercicir kat belakang. Tapi enam orang je pun.. takkan lah guider tak perasan.
Dalam hutan tu bermacam2 perasaan aku rasa. Tengok jam 11.38pm, kat tengah2 hutan mossy dalam kegelapan malam aku tinggal berdua jer dengan encik asben. Sampai satu tempat, trek macam tak berapa jelas. Aku bisik kat asben, nak ikut laluan mana ni? kami cuba satu laluan ni. Ah! Jalan mati! Bila kami pusing untuk patah balik, kami keliru mana satu laluan arah kami datang tadi. Sempat hantar wasap kat dalam grup, tanya guider tu kenapa tinggalkan kami kat dalam hutan. Tapi coverage takder. So wasap tu pending jer la.

Mereka-mereka ni juga yang untung sebab stay kat Kem Tudung Periuk jer... syok dapat merapatkan lagi ukhwah.
Nekad pilih satu laluan, Alhamdulillah betul. Asben buka ayat2 quran melalui henpon dia. Alhamdulillah kurang sikit ketakutan tu. Rasa lebih yakin. Keluar dari hutan mossy tu, jumpa satu kawasan lapang. Macam pokok2 bonsai. Selepas kawasan ni kami akan melalui kawasan hutan semula. Aku cakap dengan asben yang aku tak berani nak teruskan setelah kami nyaris2 sesat. So kami ambil keputusan untuk stay kat bonsai, tunggu team belakang sampai. Tak berani nak jalan berdua jer.

Bayangkan. Dengan cuaca sejuk sempai ke tulang, di tengah2 malam, di tengah2 hutan, aku dan asben berdua jer dengan kehabisan bekalan makanan dan minuman. lebih syahdu lagi, bateri head lamp kami semakin malap... masa kat bonsai kami cuma guna lampu picit dari henpon jer. Mujur la bateri henpon bertahan dengan cemerlang... powerbank pun tak sempat guna.

Dari jam 12.20am sampai 1am kami menunggu team belakang sampai, tapi hampa. Aku kesejukan. Windbreaker yang aku pakai tak mampu menangkis rasa sejuk tu. Aku balut dengan poncho kemudian serkup dengan plastik sampah yang warna hitam tu. Oklah sikit. Dalam kul 1 lebih, beberapa kali juga kami dengar suara riuh rendah. Kami ingatkan team belakang dah sampai, tapi tak sampai2 juga. Ah! Sudah! dalam kepala dah fikir macam2. Sekali sekala macam terdengar bunyi di sebalik rimbun pohon. Cuak juga. Musuh di hutan kita tak boleh nak jangka. Sekali nampak Cik Tikus berlari2 kat celah pohon bonsai tu. Ah lega... aku ingatkan bunyi apa... sekali encik asben menjerit kecil...

"Ularrrr..."

Fuhhhh! kelam kabut aku berdiri. Rupanya ular tu keluar sebab nak tangkap tikus tu.. kussss semangat... nasib baik bukan kami yang dijadikan sasaran. 
Aku cakap dengan asben, kalau kul 2am diorang masih tak sampai, kita gerak je la sendiri. Tunggu kat situ macam2 dugaannya. tapi bila jam dah tunjukkan jam 2am, hati tetap berat nak teruskan langkah. Akhirnya kami masih stay kat bonsai dengan harapan team belakang cepatlah sampai.

Dengan berkat doa, jam 2.45am team belakang sampai. Diorang pun terkejut tengok kami berdua tunggu kat situ. masing2 pun tak puas hati sebab guider sanggup tinggalkan lineup diorang. 

So kami teruskan perjalanan. Aku dah mula rasa lega. Bila tengok keadaan trek yang agak berselut, terfikir macamana masa aku mendaki tadi aku tak rasa semua tu. Bila turun, memang rasa nak menangis.


Perjalanan turun ke kem tudung periuk, memang betul2 mencabar. Masing2 dah terlalu penat. Lebih 24 jam atas trek. Bila ada yang minta berhenti, kami berhenti. Berapa kali jugalah kami tido kat celah akar2 kayu yang timbul tu. mujurlah takder binatang2 yang mengganggu dan yang paling lega, YB ni takder pacat! kalau ada, memang menangis la semuanya... haha!

Sampai di simpang pelaur dalam jam 6 lebih. Masa ni matahari dah mula terbit. Memang cantik cahayanya. Kami teruskan perjalanan. 7.30am baru sampai di kem tudung periuk. Alhamdulillah legaaaa... bak kata sorang peserta,

"Aku tak kira... aku nak tido jugak dalam sleeping bag yang aku baru beli tu.. lambat bangun pun lambatlah..."

Hahaha.. adoila.. yerla.. diorang frust sebab penat2 angkut sleeping bag, tapi tak sempat guna... yang aku ni, asben aku siap angkut khemah. Dah siap pasang pun tapi tak sempat nak tidur dalam tu.

Sedeyyyyyyyy!
EH! DRAMA BELUM HABIS LAGI...

Masa kami sampai kat anak sungai bawah kem tudung periuk tu, guider yang tinggalkan aku tu jerit2 panggil aku. Aku buat dek jer sebab masih sakit hati. Aku basuh kasut, basuh muka.. then aku pergi kat air mengalir untuk tadah air bersih. Masa tu dia datang kat aku...

"Kak, akak ada berhenti-berhenti ker?"
"Ada"
"Patutlah akak slow..."

Masa ni memang darah aku dah mula naik ke kepala. Dia nak salahkan aku pulak. Jauh sekali nak minta maaf. Memang aku tarik muka betul dengan dia. Dalam iklan janji lain, tapi sampai masa, sanggup tinggalkan peserta dalam hutan tengah2 malam.

Masa ni la terjadinya adegan aku bergaduh dengan dia kat anak sungai tu. Ada la beberapa orang yang sempat saksikan drama ni. Aku tak tau kenapa aku sakit hati sangat. Tapi memang patut pun dia kena kecam. Sebab hampir semua peserta trip kali ni tak puas hati dengan dia. Bukan pasal kes aku jer, tapi banyak pasal perkara lain.

Lepas dia gaduh ngan aku, dia gaduh dengan sweeper dia pulak. Sweeper ungkit yang cuma dia sorang jer yang sampai puncak dengan peserta... pastu sweeper minta dia bertanggungjawab sebab buat peserta macam tu. Yang sakit hati, dia dengan angkuhnya cakap kuat2,

"Ini G7, Bukan Broga!"

Amboi kau... angkuh beno yer... kalau tak nak bertanggungjawab, buat apa buat trip macam ni? Tentatif pun menipu, ikut pace orang padu... sampai kami pun tertipu...
Masa kat khemah, memang aku tak cakap banyak la.. Dekat kul 8pagi baru dapat makan "makan malam"... masa aku sampai tadi makcik kantin dua orang tu baru nak basuh beras untuk masak nasi lemak untuk sarapan. Asben aku tolong ambikkan makanan dan aku makan dalam khemah. Settle semua, Ila masuk ke khemah aku. Dia tanya aku ok ke tak.. masa ni la aku tak boleh tahan perasaan, memang aku nangis cerita kat dia yang guider tu tinggalkan aku ngan asben.

Ila dalam grup pertama yang gerak dari kem kasut turun ke kem tudung periuk. Diorang gerak sejam lebih awal dari grup kami, grup kedua gerak dari kem kasut. Ila cerita, masa diorang sampai ke anak sungai tu, masa tengah bersihkan diri, grup kedua sampai. Guider tu siap cakap dengan berlagaknya,  

"eh! kita boleh kejar grup depan laaaaaa..."

Yer la... laju sampai tinggalkan peserta... geram aku dibuatnya...
Bila rasa badan dah ok, penat dah hilang kami gerak turun ke kebun sayur. Rasanya lebih kurang jam 11 lebih.. Bertenaga sikit bila perut dah kenyang. Aku pun tak ingat lauk apa yang aku makan. Kalau tak salah ayam masak lemak cili api, ikan kering, lagi aku tak ingat dah.. haha!



Masa awal2 turun, masih ok lagi sebab baru lepas rehat. Tapi bila sampai masa, Ya Allah mata mengantuk giler. Sampai kat puncak tipu ketiga, aku dan asben berhenti tido dalam setengah jam. Ila jadi peneman kami. Tak lama lepas tu abang shah join kami tidur. Memang sengaja aku cari tempat yang ada sinaran matahari, betul2 tepat kena kat muka. Hilang rasa sejuk.

Bangun tidur, badan rasa selesa. Kami teruskan perjalanan. Ila kata, sepanjang kami tidur masih belum ada peserta belakang yang tiba kecuali abg shah. Depan kami mungkin ada dalam 8-10 orang. Maksudnya masih ramai lagi kat belakang...

Dari puncak tipu pertama nak ke kebun sayur, masa ni guider dan sweeper kami potong kami. Hahaha.. Korang bayangkanlah. Sorang tu guider, sorang lagi sweeper... diorang boleh jalan berdua jer... jalan beriringan... together gether kata omputih. Team organizer yang tinggal kat belakang cuma runner dengan 2 orang makcik kantin. Walhal ramai lagi peserta tinggal kat belakang. Ah! Lantak koranglah... yang pasti lepas ni memang kami blacklist team ni. Dah banyak kali dengar cerita, tapi akhirnya diri sendiri yang terkena.

Sebelum sampai ke kebun sayur, kami terserempak dengan Kak Nisa, asben dia dan abg ali. Masa ni la aku jalan berdua dengan abg ali (asben aku jalan belakang kami).. abang ali cerita pasal malam tadi masa diorang tinggalkan kami. Diorang dah cakap dengan guider tu suruh tunggu kami, tapi guider tu tetap teruskan perjalanan. tadi pun masa baru2 gerak dari kem TP, Lina cerita kat aku yang diorang dah mintak suruh slow, tapi guider tu buat tak tau. Siap tolak Lina suruh jalan cepat. Huhu..


Okla.. tu jer la aku nak cerita.. Catatan perjalanan aku kali ni lebih kepada luahan perasaan. Dan kenangan aku untuk masa depan. 

Satu yang best untuk trip kali ni adalah, peserta-peserta yang sangat sporting. memang giler2 la diorang ni.. macam2 perangai ada... badan penat pun jadi segar dengan gelagat diorang. hahaha!

Satu lagi, walaupun guider agak kerek, tapi Alhamdulillah sweeper tak macam tu. Kesian juga sebenarnya dengan sweeper ni. Dari kebun sayur sampai puncak dan patah balik ke kem tudung periuk dia jadi sweeper. Bila peserta tido kat celah2 akar, dia pun sama. nampak kepenatan dia. Pada aku memang tak patut. Dah banyak gunung aku pergi, tak pernah aku jumpa dari awal sampai akhir orang yang sama, mesti berganti2 sebab penat jadi sweeper, nak kena sweep peserta paling slow.

Ok. sambung skit... asalnya ingat nak singgah cameron jap pegi makan n pasar malam... tapi masing2 dah pewai dan mengantuk, kami ambil keputusan untuk makan kat simpang pulai jer. kalau esok aku tak balik kg dan ila tak kerja, memang kami stay satu malam kat hotel cameron tu...

Masa ni la terasa bersyukur yang Tini tak naik puncak. So dialah yang drive dari Lojing ke Subang. Aku, asben ngan ila lepas makan jer terus tak sedar apa dalam kereta. Sedar2 dah nak sampai rumah... hahahaha adoi...

Walaupun kenangan ke YB meninggalkan sedikit kenangan pahit, namun kenangan manis bersama kawan2 baru memang takkan dapat dilupakan sekaligus sedikit sebanyak dapat menutup  kekecewaan dengan apa yang terjadi pada malam tersebut.


 -----------------------------------------------------------------------------

Dalia : Sebenarnya bukan niat aku nak memburukkan sesiapa. dan aku memang tak ada mention pun ni trip dari grup mana. Tapi inilah sejenis luahan kekecewaan aku terhadap organizer yang angkuh dan langsung tak minta maaf atas apa yang terjadi. Oh lupa! Ada sebenarnya dia minta maaf walaupun dah lewat, tapi kami anggap ianya tak ikhlas. Sebab? Sebabnya walaupun dia dah minta maaf, tapi dia sendiri yang memarakkan kemarahan kami semula yang masa tu hampir reda. Memburuk2an kami dan memperkecilkan kemampuan kami pada orang lain.. 'unfriend' kami di facebook (memang tak hadap pun nak friend ngan dia).. cuma satu jer, aku respect kat wife dia. Wife dia yang minta maaf kat aku atas apa yang berlaku.

Dan untuk pengetahuan semua, ini bukan kes pertama kami 'terkena' oleh organizer (organizer lain, bukan yang ini). Tapi aku takder update kat mana2 socmed tentang isu ini... kenapa? Kerana kami selesaikannya dengan baik, walaupun yang selesaikan tu kawan2 dia, bukan dia - yang terus menghilangkan diri. Dan aku dan kawan2 yang lain sepakat untuk menutup mulut tentang kes ni demi menjaga nama baik team dia (yang agak dikenali). 

Sekian.


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review