Sahabat

Halaman

29 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 60 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 29, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 29/02/2020


Aku bangun lambat pagi ni. Anak-anak pun tak sekolah, hari minggu. Dalam pukul 10 lebih baru aku bersiap untuk pergi pasar, beli barang dapur. Sebelum tu aku masuk bandar jap, singgah Al Ikhlas Gadjet, beli card reader. Dalam pada nak beli card reader, aku terbeli sekali casing henpon aku.




Balik rumah  lepas beli barang dapur kat Econsave, aku terus masak... masak simple je, ayam masak kicap...

Nak buat sambal...

sambal apa nama entah aku pun tak tau...

Tembikai... favourite aku ni... sesuai juga untuk tambah darah aku yang kurang ni...

Ni jer cerita untuk hari ni... tak banyak yang boleh aku ceritakan... 

28 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 59 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 28/02/2020

Hari ni aku kerja macam biasa, cuma malam ni aku akan naik bas untuk balik Kota Tinggi... Rutin bulanan aku untuk jumpa suami dan anak-anak aku. Nak balik dua minggu sekali, tak mampu rasanya apatahlagi kalau nak balik tiap2 minggu. Entah bila la aku dapat tukar agaknya....

Balik kerja lebih kurang pukul 6 petang aku gerak terus ke TBS. Biasa aku akan naik bas pukul 6, tapi aku tak nak tergesa2, takut hujan.. kalau hujan memang akan jadi masalah untuk aku untuk sampai tepat pada masanya.

Sampai TBS aku terus pergi food court cari makan. Seharian hari ni aku tak makan apa lagi.



Macam biasa la... Nasi Ayam Penyet kegemaran aku...

Suasana di Terminal Bersepadu Selatan. Macam kat KLIA dah aku tengok...

Aku sampai Kota Tinggi lebih kurang jam 1.30am... memang letih walaupun sepanjang jalan aku tidur... sebelum bas gerak pun aku telan pil tahan muntah sebab aku masih rasa badan aku tak berapa sihat lagi. risau jugak kalau-kalau termuntah dalam bas....

27 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 58 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 27/02/2020

Entahlah kenapa selera aku kat tembikai je..

Sebenarnya aku ada makan nasi tadi. Tapi aku lupa makan apa .. gambar pun lupa nak ambik.

Semakin hari semakin nyanyuk.


Ikan pekasam ni aku beli kat Pze Oyeh... Nanti bila2 senang baru aku masak...

26 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 57 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Rabu : 26/02/2020


Hari ni aku dah kembali bekerja. Syukur aku dah semakin sihat walaupun kepala aku masih tak berapa ok lagi.. 

Sampai opis je, aku terus pergi kantin cari apa2 yang boleh masuk kat tekak sebelum aku makan ubat..

Singgit. Ni la yang aku makan, itupun tak habis. Saja ambik 3 jenis supaya aku boleh pilih mana yang boleh lalu kat tekak.

Tengahari tetiba aku teringat kat jus tembikai Cik Awang.. tembikai boleh tambahkan darah merah. So tengahari tu aku terus ke kedai Cik Awang kat tingkat 2... Tengok ada lauk, aku ambik la sekali untuk lunch.

Sedap makan panas2. Tapi nasi dia letak banyak sangat... 

Rotex kereta aku baru sampai..

Balik tu hujan selebat2 nya... Takut pulak aku. Syukur la aku tak bawak motor balik ni. Kalau tak mesti sambung demam lagi...

Menu makan malam aku...
Tembikai tu sedap...
Manis..

25 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 56 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 25, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 25/02/2020


Hari terakhir MC... 
Mampu makan dan masak maggie je..


Status Blog #125

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 25, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah beberapa hari aku demam. Asalnya hari tu aku cuba bertahan dengan makan panadol dan gagahkan diri untuk hadir ke tempat kerja. Disebabkan aku cuba bertahan tu, demam aku terus melarat sampai satu tahap yang aku rasa macam down sangat.

Doc bagi aku MC 2 hari. Harap2 cukup lah...

Oh ya! Aku dah buat ujian darah. Risau kalau2 aku terkena denggi. Rupanya aku Anemia. Kurang darah merah... Bacaan HB 8.5 je sedangkan bacaan yang normal antara 12-16 bagi wanita...

Matilanakkk sapa hisap darah aku ni??? 😂

24 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 55 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin : 24/02/2020

Hari ni dan esok aku dapat MC.. demam masih tak kebah... Muntah masih tak berhenti. 

Ni je yang aku mampu nak masak dan telan.. 


Tiba2 rindu nikmat makan!

23 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 54 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 23/02/2020


Malam tadi aku bermalam kat opis. Badan aku bila sejuk, sejuk menggigil2... Bila panas, rasa macam nak meletup kepala. Mujurlah ada air dalam mangkuk yang cik Adam sediakan tu.. bila panas, aku sapukan air tu kt kepala...

Pagi tu Cik Din on 24 jam.. dia yang sediakan tilam ni sebab tak kasi aku tidur atas kerusi. Sakit belakang katanya... Dah macam abah aku dah Cik Din ni.. sedih pulak dia nak pencen dah bulan ogos ni.

Dalam pukul 2 lebih lepas makan panadol, aku rasa macam lega sikit... Aku terus kemas2 dan bersiap untuk balik rumah. Sebelum tu aku nak singgah klinik dulu untuk cek darah.

Aku kurang darah pulak... Mana pulak perginya darah aku yang banyak2 tu. Haha

Singgah beli bubur ayam MCD kat Kota Damansara. Tu je yang aku rasa nak makan sekarang...

Beli air kelapa sekali... 

Menu orang sakit. Nasib baik sedap.

22 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 53 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 22, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 22/02/2020

Aku tumbang setelah beberapa hari bertahan. Pagi ni aku gagahkan hantar bunga kepala kat Amir untuk dia pulangkan pada pemberi sewa.. kalau lambat pulang nanti kena penalti...

On the way nak ke IPD aku pun tak ingat berapa kali aku muntah. Aku memang yakin yang aku takkan mampu untuk balik rumah... Sebelum sampai IPD aku singgah speedmart untuk beli 100plus, milo, roti dan air untuk bekalan aku kat opis nanti.

Kali ni aku betul2 tak larat. Sengaja aku tak balik rumah supaya senang aku nak mintak bantuan kalau berlaku apa2. Badan aku dan aku tau tahap keupayaan aku di kala itu.



Seboleh2nya aku taknak menyusahkan sesiapa tapi malam tu aku terpaksa minta bantuan Kak Long anak Kak Sariha untuk hantarkan aku sup dan ubat. Kebetulan juga malam tu Sarjan Adam ada datang opis sebab terlibat dengan meeting bersama ocpd.. dengan dia lah aku minta sediakan air dalam mangkuk untuk aku jaram kepala aku bila terlampau panas.

Muntah entah berapa kali sampai aku pun tak terkira. Bila aku sakit macam ni, mulalah aku meroyan sebab sebatang kara duduk kat sini. Suami dan anak2 jauh kat Johor. Masa ni la semangat aku jatuh pada tahap paling rendah. Struggle sorang2..

Sedih sangat. Nasib baik tak banjir bilik tu dek air mata aku ni.

Haishhhhh

21 Februari 2020

Majlis Makan Malam Perkep : Tema ~ Hawaii

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa..  camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. Dah le aku ni kayu.. tapi takperlah... Aku redah jer...

Malas nak cakap banyak... Masa ni pun aku tak sihat, demam. Memang bergantung dengan panadol je la sampaikan orang yang make up aku tanya, cik demam ke? Badan cik panas...

Haaa memanglah aku demam... Berapa hari dah bertahan ni...

Oklah. Ni gambar2 yang aku ada. Kebanyakannya dari telefon orang. Aku takder mood nak bergambar kecuali selepas aku makan panadol malam tu, baru aku rasa sihat sikit dan ada mood nak bergambar... Walau tak banyak...

Check it out!

Ni dari kamera aku...




















Ni dari kamera kawan2...














Ni pulak video yang sempat aku rakamkan pada malam tu...











PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review