Sahabat

Halaman

27 Disember 2011

Benda Yang Jarang2 Kita Dapat Lihat

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 27, 2011 0 comments
Sharing is Caring





5 Seni Memuji Isteri

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 27, 2011 0 comments
 Sharing Is Caring

 Buat suami2 di luar sana...

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.
Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.
Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa. 

3. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.
Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa. 

4. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik. 

5. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang. 


Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi. 

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari. 

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami. 

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya. 

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai. 

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

Sejarah Penciptaan Televisyen

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 27, 2011 0 comments
Boleh dikatakan hampir kesemua rumah kini mempunyai peti televisyen tetapi tidak ramai pula yang benar-benar memahami sejarah penciptaannya. Sebagai maklumat tambahan, marilah sama-sama kita ikuti sejarah penciptaannya.

Televisyen berasal dari dua kata yang berbeza asalnya iaitu tele (Bahasa Yunani) yang bererti jauh dan visi (Videre - Bahasa Latin) yang bererti penglihatan. Televisyen, kata asalnya television (Bahasa Inggeris) bermaksud melihat jauh. Melihat jauh dalam konteks pemahaman ini disamakan dengan gambar dan suara yang diterbitkan di suatu tempat (Studio Televisyen) dapat dilihat dari tempat lain menerusi sebuah alat penerima (peti TV).


 
 
Istilah television sebenarnya baharu dicetuskan pada 25 Ogos, 1900 di Kota Paris, Perancis, semasa satu pertemuan para ahli bidang elektronik dari beberapa negara diadakan di situ.

Perkembangan bidang teknologi elektronik dunia memperlihatkan beberapa kemajuan awal sejak abad ke-19 hinggalah ke abad ini. Siaran radio yang mendahului kemunculan televisyen dalam bidang itu telah dirintiskan oleh seorang ahli elektronik bernama Dane. Dalam tahun 1802, beliau telah menemukan bahawa 'pesan' dapat dikirim melalui kawat beraliran elektrik dalam jarak pendek dalam satu eksperimennya yang sederhana. Penemuan itu kemudian diperkembangkan pula oleh James Maxwell, Heinrich Bertz dan Guglemo Marconi.

 
James Clerk Maxwell


Maxwell, ahli geografi Inggeris, berjaya menemukan rumus-rumus yang dipercayai dapat mewujudkan gelombang elektromagnet iaitu gelombang yang digunakan untuk radio dan tv pada tahun 1865. Beliau berpendapat gerakan magnetik dapat menerusi ruang angkasa secara bergelombang dengan kecepatan 186 000 batu per saat selari dengan kecepatan cahaya.

Teorinya didapati benar dan Maxwell dikenali sebagai "Scientific Father Of Wireless" (Bapa Saintifik Wayarles).


 
Heinrich Rudolf Hertz


Pada tahun 1884, Hertz juga mendapati teori Maxwell benar dan pada tahun 1895, Marconi mempraktikkan teori itu. Pada tahun 1896 Marconi berjaya mengesan bunyi tanpa kawat dan pada tahun 1901, dia berjaya pula mengembangkannya dengan jarak melintasi Lautan Atlantik.

Pada tahun 1906, Dr. Lee de Forest dari Amerika Syarikat telah mengembangkan penemuan Marconi dan menciptakan tiub vakum yang memungkinkan suara dapat dipancarkan. Siaran radio pada awalnya telah oleh David Sarnoff (1915) dan seterusnya siaran radio itu berkembang seperti sekarang ini.

Berasaskan penemuan Dane (1802), muncul berbagai perkembangan dalam bidang komunikasi dengan inovasi terbaharu. Antaranya termasuklah telegraf, telefon, gelombang elektromagnet, radio perhubungan, radio siaran dan juga televisyen pada abad ke-20.

Kita harus menghargai sumbangan yang telah dimainkan oleh beberapa orang ahli sains yang telah berjaya melakukan penelitian untuk mewujudkan 'gagasan' pemindahan gambar dari satu tempat ke tempat lain menerusi menerusi udara.

 
Ferdinand Braun


Antara mereka ialah Maurice le Blance, Brillouin, Seleneqdan Dussand (di Paris), de Paiva (Lisbon), Heinreich Hertz dan Paul Nipkow (Berlin), Sutton Bidwell, Alexander Bain (London) dan Ferdinand Braun (Strassbueg). Mereka adalah peletak dasar gagasan-gagasan perkembangan TV di masa depan.

Penyelidikan untuk terus meningkatkan teknologi TV dilanjutkan menjelang Perang Dunia Pertama. Dasar TV warna pula telah dicanangkan oleh nama-nama seperti dari Jerman, Max Dickman, Rosing dan Vladimir, dari London ditemui nama Campell Swinton, Di Paris Armengaud, Rignoux dan Fournier dan di Budapest, Denes von Mihaly.

Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua, sejarah telah menyaksikan satu perpindahan golongan penyelidik teknokrat dari Benua Eropah ke Amerika Syarikat. Antara mereke termasuklah Zworykin (Rusia) pada tahun 1918 dan Charles Jenkin dan Farnworth dari Eropah. Kehadiran mereka mendorong perkembangan yang pesat dalam bidang televisyen di negara berkenaan.

 
Paul Nipkow


Dari nama-nama peletak dasar TV di atas, perlu diingati juga akan penemuan Paul Nipkow (1884) iaitu sebuah alat bernama Jantra Nipkow (disebut Nipkow Disk dan Nipkowsheibe), yang melahirkan TV mekanik yang waktu itu bernama Electrische Teleskop.

 
 
Televisyen elektronik seperti yang kita miliki sekarang ini sebenarnya berpunca dari perubahan dasar TV mekanik yang mempergunakan teknik penyapuan (scanning device) walhal televisyen elektronik menggunakan teknik penyapuan secara elektrik. Semua ini berlaku hasil kerjasama para ahli elektronik Eropah dan Amerika Syarikat pada tahun 1923.

Paul Nipkow telah diletakkan sebagai perintis pembangunan pertelevisyenan kerana penemuan Jantra Nipkow nya yang mana kemudian menjadi dasar perkembangan pertelevisyenan sampai diketemukannya teknik penyapuan secara elektronik pada tahun 1923. Beliau juga telah dianggap oleh dunia sebagai Bapa televisyen.


 
 
Begitulah serba sedikit mengenai sejarah TV hanya sebagai info asas untuk kita semua. Suatu masa dahulu TV merupakan satu alat yang sungguh dibanggakan bagi mereka yang boleh memilikinya sama seperti telefon bimbit sekarang.


Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai sejarah penciptaan TV, pembaca bolehlah ke:

10 Tips Kurangkan Stress

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 27, 2011 0 comments
Sharing Is Caring
 
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8.) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Pengguna Malaysia Tertipu, TV LED Hanya Terdapat Di Jepun!

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 27, 2011 0 comments
Sharing Is Caring


Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED sebenar yang ia juga adalah LCD, kerana TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara pengeluar, iaitu Jepun.
 

TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya. Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar. Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
 
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
 
”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh , Perak, baru-baru ini.
 
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
 
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
 
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura. ”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya.
 
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
 
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
 

24 Disember 2011

Ulangtahun Perkahwinanku yang ke-6

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 24, 2011 2 comments
Hari ini, 24 Disember 2011, Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 6. Semoga jodoh kami kekal sepanjang hayat. Amin Ya Rabbal Al Amin... Amin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

23 Disember 2011

Cheese Tart Oh Cheese Tart

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 23, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Beberapa hari yang lepas aku ada menulis satu entry tentang cheese tart yang aku order dari kak Masni... memang sedap cheese tart tu... kejap je abis asben ngan adik aku kerjakan.. hari ni, selepas aku selesaikan semua urusan untuk permohonan sambung belajar, aku beranikan diri untuk mencuba resepi cheese tart yang aku dapat dari seorang kawan aku...


Inilah hasilnya... walaupun rupanya sangat buruk, tapi rasanya sangat sedapppppp... ahaks! Jemput makan yaaaa! ;)

21 Disember 2011

~Mari Sambung Belajar~

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 21, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kelakar pulak rasa bila dah tua2 ni baru nak sambung belajar (eh! tua ker) Aku rasa aku tak boleh tunggu lebih lama lagi, dari dulu asyik bertangguh jer... Kali ni aku dah buat keputusan muktamad.. aku akan sambung belajar. Setelah aku buat kajian dan perbandingan, aku pilih USM sebagai destinasi pembelajaran aku. Esok aku akan selesaikan segala urusan untuk membuat permohonan program pendidikan jarak jauh... Cuma aku masih dalam dilema nak pilih course Pengurusan Kewangan ataupun Pengurusan Organisasi. Memandangkan background aku adalah kewangan, so aku ingat nak pilih kewangan. Tapi bila difikirkan semula, aku rasa macam nak ambik pengurusan organisasi pulak... ermmmm... yang mana satu ek? esok dah nak kena hantar borang..... adusssssss...

Beberapa bulan yang lepas, ketika UPM buat pengambilan untuk program pjj ni, aku ingat nak mohon. Tapi bila aku call diorang, tanya syarat2 untuk memohon, satu syarat dia aku tak lepas... hehehe... apalagi kalau bukan MUET. Aku tak ambik lagi MUET ni... Ni la masalah aku.... sangat malas untuk amik MUET padahal dah banyak kali abah aku sound, suruh aku amik... tapi aku buat tak tau jer... Pastu, rasa menyesal sebab tak settlekan awal benda ni.. dulu masa amik diploma kat Uitm, kawan2 ajak join diorang sekali untuk amik MUET, aku jual mahal. Konon2 sebab tak nak sambung degree...sekarang, apa dah jadi? Padanlah dengan muka aku! hambekkkkk!

Pastu aku dengar2 cerita, USM tak perlu ada MUET dulu pun tak apa... yang penting, sebelum berijazah, kena ada... fuhhhhh lega.... Boleh la aku sambung je.. MUET akan difikirkan kemudian. Aku tak bagitau lagi adik lelaki aku, Azhar yang aku nak sambung degree kat USM... nanti mesti dia gelakkan aku dan bangga diri sebab dia dah lama grad dari USM tu... Yang penting sekali dan amat memalukan, confirm adik bongsu aku yang masih lagi belajar kat uitm shah alam akan dapat degree dulu dari aku... tapi.... ada aku kisah? better than nothing, kan? hikhikhik (saja sedapkan hati)

Buat rakan2ku, kalau ada sesapa rasa nak sambung degree kat USM, bolehlah geng ngan aku. Tarikh tutup permohonan 29 Febuari 2012... Banyak masa lagi.. Jom!

Klik sini untuk memdaftar.


Alia : Pengurusan Kewangan atau Pengurusan Organisasi. ^^Thinking^^

20 Disember 2011

Penakut ~ Yuna

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 20, 2011 0 comments

Penakut – Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Chorus
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan

Ulang Chorus

Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Alia : entah kenapa suka sangat dengar lagu ni.... ermmm...

18 Disember 2011

Cheese Tart

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 18, 2011 0 comments
 
Cheese Tart ni aku order dari kak Masni dari blog Cupcake D'Hati Mama. Hari tu masa aku ngah layan facebook, ternampak plak kakak aku order cheese tart ni dari kak Masni. Aku pun tergoda samalah.. opismate aku pun bila nampak gambar cheese tart tu, dia pon jadi macam aku... tergoda. hahha! tu yang masing2 tumpang order tu. Banyak2 tu bukan aku yang makan sorang yer, haram maklum. Memang sedap.... Jom geng jemput makan sekali. Nyum nyum...

17 Disember 2011

Sabtu @ Opis

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 17, 2011 0 comments
Hari ni Sabtu, aku kena kerja lagi... huhuh... nak wat camana, terpaksa menggantikan turn kak wani yang masih dalam tempoh bercuti dari tugas kerana terlibat dengan latihan sukan untuk Piala KPN. Nak buat camana kan.. keje je la... petang semalam kak sariha dah pesan minta aku tolong siapkan SKT anggota2 trafik yang perlu dibereskan sebelum 30haribulan. Aku pun tanpa banyak songeh, setuju jer la... lagipun aku pun takder apa nak buat kat rumah.. maklumlah, asben aku keje... anak aku pula masih di kampung... Walaupun tugas aku takder kena mengena dengan hal2 pentadbiran, tapi tak salah menolong, kan? Sekurang2nya bertambah jugalah pengetahuan aku... heheh..

Aku sampai opis lebih kurang kul 8:35am... then dalam kul 9am faizah plak sampai... borak2 ngan dia, tuan khai aka baim wong plak sampai... sementara nak tunggu kak mona, cikgu yang akan mengajar kami buat SKT tu sampai, aku dok mengadap komputer jer la... layan facebook.. yang tuan khai plak sibuk layan youtube lagu 'peberet' dia, Price Tag... siap menyanyi sambil ikut gaya Jessie J dalam video klip lagi. Pastu suruh aku cari lagu najwa mahiaddin, got to go... layankan jugak ler... pastu dok dengar lagu tu jer la ulang2 sambil dengar dia bercerita. Tak lama pastu Faizah ngan As kuar g bekpes, so aku tinggal le berdua ngan bos ku yang sengal tu.



Sebenarnya aku tak suka situasi ni. Sebab? dia suka korek rahsia aku. Adoi. benci la... Aritu pun sama macam hari ni... tinggal berdua jer ngan dia, macam2 la aku kena soal siasat.. tau la pegawai polis... huhuh... dia kata dia memang nak soal sorang2 budak2 bawah dia.. so sekarang ni turn aku.. bengong.. arini turn aku, aritu pon turn aku... bila turn orang lain nak sampai? agaknya soal siasat aku tak abes lagi, so tak bleh nak proceed ke yang lain.. aku ingat tadi dia nak kuar sekali dengan As n faizah, sebab dia kata dia lapar.. rupanya dia tak ikut... macam biasa, dia akan tanya dan tanya pasal my good friend. Entah dari siapa dia dapat tau yang aku rapat ngan good friend aku tu... sengal la. Walaupun dia janji nak simpan rahsia, tapi sebenarnya tak ada apa yang aku nak ceritakan. Apa dia ingat aku ada skandal ke ngan my good friend tu? Oh tidak sama sekali... Encik asben aku pon kenal tau good friend aku tu... kalau dia tu betul2 skandal aku, takdernya aku berani nak kenalkan kat encik asben aku tu... nak maut? Senyap-senyap sudah... hahahah! (ada hati tu...)

Tapi yang kelakarnya, dalam pada dia nak korek rahsia aku, dengan segala ilmu yang ada di dada, aku pulak yang dapat korek rahsia dia... hahaha! boleh tahan jugak bos aku ni... tapi jangan risau bos, rahsia bos tersimpan rapi dalam tangan.. (errrr... tapi boss.. sy terpaksa cerita kat my best-friend-ever, Linie.... yer la.. antara saya dan Linie, tiada rahsia antara kami) hahaha! terbaekkkkkk.... Sebenarnya best ada bos yang macam dia ni, sekepala. Takder la tension nak buat kerja. Tapi kalau dia dah naik ASP nanti, mesti kena transfer ke tempat lain. Tak best la. Inspektor baru nanti tak tau la bleh ngam dengan kami ke tak... tapi tadi dia ada tanya aku, ok ke kalau dia transfer ke tempat lain? pastu aku buatlah muka kesian, tak bagi dia transfer... hahahah! sapa suruh tanya!

Dalam pada borak2 tu, Encik Man boroi masuk opis. Bagus. Gabungan yang mantop. Makin bertambah tension aku. Darah tinggi betul. Dah le aku ngah minum Nesvita Cokelat, bleh dia cerita pasal dia cirit birit... banyak kali masuk tandas. Pastu yang aku bengang boleh pulak dia kata tahi dia cair macam air yang aku minum tu. Kuang ajaqqqqqqqqqqqq! Terus aku pergi sinki, buang semua air nesvita aku tu yang masih berbaki lagi separuh. Apa pon tak boleh! orang tua tu memang sengal tul. Suka buat aku marah. grrrrrrrrr!!! tuan khai pon sama join sekali dengan Man Boroi tu pakat mengenakan aku. mentang2 la aku sorang, takder partner ku si Linie untuk back up aku... huh! takper takper... ada ubi ada batas.. ada lori, ada bas... esok lusa aku kan balas... yessss!


Alia : Wahhhhhh... syok la Linie ngan family dia bercuti kat Cameron. Aku pulak yang terasa sejuk. Hahaha! baru jap tadi dia kol aku.. biasalah... bergosip... hehehe!

14 Disember 2011

Kitab: Matla’ al-Badrain

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 14, 2011 4 comments
Assalamualaikum wbt...

Aritu masa aku balik kampung, aku ternampak mak aku sedang membaca satu kitab lama yang kelihatan agak usang... kitab itu adalah kitab Matla' Al-Badrain, pernah menjadi kepunyaanku ketika masih bersekolah agama suatu ketika dulu... kitab tu banyak kenangan ketika zaman persekolahan... especially ketika masih di sekolah agama rakyat di Johor....

Buat pengetahuan korang semua, zaman aku dulu bukan studi sebab nak pandai, tapi studi sebab nak lulus periksa... kalau kat universiti2 kat Msia ni, korang failed satu paper, maknanya korang akan repeat paper tu untuk satu semester jer... bermaksud, untuk satu semester hanya ada beberapa bulan sahaja... mungkin dalam 4-5 bulan untuk korang amik semula paper tu... tapi, kalau sekolah agama rakyat di Johor, korang gagal dlam periksa, bermakna ko akan duduk la kelas tu lagi setahun dan akan belajar semula SEMUA SUBJEK yang terkandung dalam darjah tersebut... Aku ambil contoh seorang rakan aku ni, namanya di rahsiakan...Dia ni tua setahun dari aku... Masa aku berada dalam darjah 4, dia sekelas dengan aku sebab tahun sebelumnya dia gagal dalam peperiksaan dan terpaksa ulang semula darjah 4. Then next year tu aku naik darjah 5, dia masih lagi berada dalam darjah 4 sebab dia gagal lagi dalam periksa... Tahun berikutnya, aku naik darjah 6, rupanya dia masih lagi kat darjah 4... hahaha.. aku pon tau apa badi dia susah sangat nak lulus exam... nak kata tak pandai, SPM result gempak... mungkin sebab agama islam dia lemah skit kot, ataupun dia gagal subjek wajib... Oh ya... subjek wajib tu, antaranya ialah Ibadat, Tauhid dan Al-Quran.... kalau korang lulus cemerlang semua subjek, tetapi salah satu subjek tersebut korang gagal, say hi hi bye bye la jawabnya... tak naik kelas la korang...

Opssssss.... berbalik cerita tentang kitab Matla'Al Badrain ni... aku nak tunjukkan keadaan kitab tu sekarang, yang sebenarnya tak jauh beza pun keadaannya ketika aku masih menjadi tuan empunya kitab tu dulu... maklumlah, kitab lama yang di warisi turun temurun dari kak long aku sampai ke aku... dan kini kitab tu kembali pada mak aku, yang digunakan sebagai rujukan....

kulit pon dah hilang... maklumlah, studi bagai nak rak sampai kulit kitab ni pon bleh hilang... hehehe!
Sempat update status facebook lagi.... hehe



Untuk rujukan korang, info mengenai kitab ini (dan juga rupa kulit asal) boleh didapati di sini.

Camana nak atasi masalah 'malas update blog?'

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 14, 2011 0 comments
Sejak kebelakangan ni, aku tak tau apa 'kebendanya' yang mengganggu gugat hidup aku hinggakan tahap KEMALASAN aku untuk meng 'update' blog berada hingga ke tahap MAKSIMUM! bukan saja nak update blog, nak buka pon aku rasa malas, ber blogwalking apatah lagi... minta maaf yer tetamu2 ku semua... tetapi jangan risau, aku akan membalas kunjungan kalian semua setiap hari mulai malam ini... ~azam baru ni~


Inilah hasil dari post mortem dengan rakan bloggerku merangkap rakan se IPD ku, Azreen Saharudin



InsyaAllah aku akan cuba atasi masalahku ini... chayo chayokkkkkkkk!



12 Disember 2011

Edisi Merapu

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 12, 2011 0 comments
First time aku update blog menggunakan gadget terbaruku... Samsung Galaxy Tab 10.1'.. thanks sekali lagi pada encik asben yang sudi meminjamkan akaun beliau untuk dilabur dan dileburkan oleh aku..... hehehe... sebenarnya takderlah baru sangat (jap aku kira dah berapa hari dah ianya berada di dalam tanganku)... ermmm... masuk hari ke 6 dah rupanya.... nampak sangat lah dah lebih dari 6 hari aku tak update blogku ini..... hehehe... bukan apa, haritu aku balik kampungku di Segamat... bila dah kat kampung tu, faham2 jer la... karang dok menghadap internet, mak ngan abah kata apa pulak.. . dah la balik sekali sekala.... kan?

Hari ni public holiday bagi negeri Selangor sempena hari keputeraan sultan selangor. Hari cuti ni juga aku ambik kesempatan untuk sambung lagi cuti pada hari esok.... yeayyyyyy (walaupun sebenarnya aku tak sure yang bos luluskan ke tak cuti aku, maklumlah... hantar borang cuti lambat) heheheh... tak kisah la kan kalau kena bebel pon, yang penting aku cuti... Ada misi yang perlu disempurnakan esok.... Misi tidur sampai petang (ya Allah, buruk perangai betul aku ni) lagipun, aku memang tengah 'cuti'... So, tak kisahlah!

Oh ya! Saja nak bagitau ni... 6-9 Januari tahun depan kami nak pergi bercuti ke Langkawi... Benda ni tak plan awal pon... Masa aku kat kampung, abang aku yang bekerja dengan MHS (Malaysian Helicopter Services) bagitau mak dia nak bawak mak ngan abah bercuti ke Langkawi. Dia yang sekarang berada di Mauritania bagitau yang start Januari ni dia akan berhijrah ke company baru, West Star yang berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan. So sebelum dia start keje, dia nak bawa la mak abah jenjalan (dan aku tumpang sekaki)... (akhirnya abang aku tak perlu memeningkan kepala tinggalkan isteri dan anak2 berjauhan... Korang bayangkanlah sejak beberapa tahun kebelakangan ni dia terpaksa bekerja sebulan di Malaysia, sebulan di Mauritania... begitulah seterusnya.... Ulang alik smpai kitorang selalu perli dia yang Mauritania tu dah jadi macam kampung dia)

Yer... Pasni kena buat entry baru "My Incoming Holiday".... Langkawi Island.... Seminggu sebelum aku bertolak ke Krabi Island, Thailand..... Wahhhhhh... Jalan sakan... Ngeh3...

Alia : rasanya dah lama juga aku tak bercerita pasal my good friend T~Ni... Aritu pas dia dapat tau aku dah beli samsung galaxy tab ni, terus dia sms aku.... Suka suki je dia panggil aku makcik galaxy tab.... So aku pon panggil dia pakcik galaxy tab, sebab dia pon guna menatang ni jugak... Cuma bezanya dia punya dah buruk, aku punya baru lagi.... Ahaks! *wink*

04 Disember 2011

Ainul Mardhiah - Widuri

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 04, 2011 0 comments

Ainul Mardhiah Suhaimi ketika membuat persembahan di Konsert Tahunan Tadika Strawberry 2011.



Ainul ketika buat latihan kat rumah.... memang kuat berangan ini anak... hehehe!

03 Disember 2011

Jalan-Jalan di petang Sabtu

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 03, 2011 0 comments
Perkara : Jalan2 bersama Shuhada
Waktu   :1pm - 5:45pm
Lokasi  : 1) Karangkraf, Shah Alam ~beli novel la, apa lagi~
               2) Ratu, Shah Alam ~ beli tudung~
               3) Jom Heboh, Bukit Jalil~cuci mata~

















Sekian.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review