Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label suka2 aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suka2 aje. Papar semua catatan

27 November 2022

Status Blog #128

By Dalia Hassan at Ahad, November 27, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Lama aku abaikan blog aku ni, sebab aku sibuk dengan kerja hakiki dan kerja sampingan aku, buat kek. Tapi semenjak dua menjak ni, aku rasa aku perlukan tempat untuk aku meluah rasa. Bukan meluah pada keluarga ataupun kawan-kawan, tapi tempat aku mencurah rasa tanpa membebankan fikiran orang lain dengan masalah aku.


Orang nampak aku tenang, senang, gembira, walau aku duduk sendirian di daerah ini. Tapi dalam hati, hanya Allah je yang tahu betapa berkecamuk jiwa dan raga aku ni. Anak-anak semakin membesar, bukan didepan mata aku. Sebulan sekali tak cukup untuk aku berikan perhatian pada mereka. Suami aku pun sama. Aku hanya mengharap yang dia kekal setia, walau jarang berjumpa.


Inilah yang aku harungi. Sejak 2017 aku terpaksa tinggal berasingan dengan suami dan anak-anak aku. Semenjak mak mentua aku sakit, dan sepenuhnya menggunakan kerusi roda sehingga kini. Suami aku sebagai anak lelaki tunggal (daripada dua beradik) mengambil tanggungjawab untuk berada dekat dengan mak dan abah, supaya sama2 dapat membantu abah untuk menguruskan mak. Kebetulan ketika tu, rumah yang kami mohon dari SPNB telah siap sepenuhnya, dan kedudukan rumah tersebut adalah betul2 bersebelahan dengan rumah mentua aku. Alhamdulillah.


Semenjak tu suami dan anak2 aku tinggal di rumah itu. Aku, telah menghantar permohonan pertukaran dengan harapan dapat duduk semula bersama suami dan anak2. Apakan daya, dari 2017 aku mohon, hingga sekarang masih tak ada jawapan. Awal2 aku masih lagi boleh bertahan, tapi sekarang aku rasa hidup aku makin kosong. Mujur aku jual sikit2 kek kat Shopee dan Lazada, sekurang2nya aku ada masa untuk lupakan sementara masalah yang aku hadapi. Ada masa sibukkan diri di waktu terluang aku, dan semakin berkuranglah aku bercakap dengan Cik Dinding.


Kadang aku cuba gembirakan diri aku kat tempat kerja. Tapi lama kelamaan aku semakin hilang motivasi. Nak pergi kerja pun rasa tak semangat. Dulu aku suka bercerita dengan kawan sekerja aku, walau aku tau kadang2 diorang tak fokus pun dengan cerita aku. Tapi aku tak kisah pun asalkan aku ada tempat untuk bercerita. Cuma sekarang ni, aku agak kurang bercerita pada mereka, aku takut aku ganggu emosi mereka. Aku taknak mereka pening dengan masalah aku. Takperlah. Sekurang2nya aku blog aku ni sebagai tempat untuk aku meluah.


Aku harap sangat, dengan terbentuknya kerajaan perpaduan ini, dengan kepimpinan menteri yang baru, mereka membuka mata pada pasangan jarak jauh ni. Bagilah kami peluang untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai suami/isteri kepada pasangan masing2 dengan sempurna, dan juga tanggungjawab kami kepada anak-anak kami yang perlukan kasih sayang dan perhatian yang cukup. it


Kadang aku rasa kesihatan mental aku memang tak berapa baik. Emosi aku terganggu. Tak dapat sepenuhnya melihat anak2 membesar depan mata. Kadang terfikir, adakah suami aku ada perempuan lain? Itu baru sikit. Kadang terlalu banyak persoalan yang muncul kat minda aku. 


Entahlah. Kalau ikutkan banyak lagi aku nak cerita. Banyak benda yang aku nak kongsikan. Banyak yang aku nak luahkan. InshaaAllah aku cuba, meluah satu persatu agar tak menjadi barah kat hati aku. Doakan aku punya kekuatan untuk meneruskan kehidupan aku disini.


Sendiri itu sepi. 

Sesepi hati yang kosong ini.






25 April 2013

Agar-Agar Milo... Lagi...

By Dalia Hassan at Khamis, April 25, 2013 0 comments
Ha Ha Ha !

Ajer giler aku ni... giler dengan agar2 milo.. tengok... hari ni aku buat lagi tapi hari ni takder lapis oreo sebab oreo dah abisssss...

Berebut plak dengan anak n asben aku... tapi suka sangat kalau apa yang aku buat diorang suka... kalau diorang tak makan aku pulak yang kecik hati... hahahaha! tapi aku mengaku, yang agar2 milo ni memang sedapppppp...

Kejap ada, kejap takder....
ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

14 September 2012

Alasanmu (Exist)

By Dalia Hassan at Jumaat, September 14, 2012 0 comments
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam berkobar2 nak berkaraoke jugak tu.... Tetiba je tadi cam nak nyanyi satu lagu ni.... dari kumpulan Exist, Alasan Mu.... dulu aku memang minat giler tak hengat kat si Ezad Exist tu, sampai kawan2 aku kata aku buta, kata si Ezad tu handsome.... tapi pada aku dia memang handsome pun, sungguhpun hitam ku pandang manis... ceeeewahhhhhh!

Dah2 jom layan antara lagu favourite aku dari Exist ni...



01 Mei 2011

20 Kota Paling Sesak Trafiknya di Dunia!

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 01, 2011 0 comments
Aku terjumpa post ni dalam kotak emelku yang telah diforward oleh seorang rakan aku... nampak menarik, so macam biasa aku ingin kongsikan bersama korang semua...jom tengok apa yang aku copy dari emel tersebut...

 Kali ini penulis akan memaparkan kota-kota yang paling sebuk lalu lintasnya di dunia. Pastinya kota ini sering menghadapi masalah trafik jam. Ayuh kita selusuri satu demi satu kota-kota tersebut.
1) Tokyo, Japan
Meskipun Tokyo sudah mempunyai monorel dan keretapi paling laju, penduduk Tokyo masih akrab dengan yang namanya kesesakan di jalanraya bagi para pengendali kenderaan. Bahkan Tokyo Traffic Control center beroperasi 24 jam tanpa henti.



2) Los Angeles, USA
Sudah tidak lagi menjadi rahasia umum kalau LA adalah kota yang mempunyai trafik jam yang parah. Meskipun sudah mempunyai banyak jalan tol, jambatan, dan jalan alternatif, LA asih tetap masuk top-10 kota paling sesak di dunia.


3) Sao Paulo, Brazil
Tercatat terjadi trafik jam sepanjang 166 batu (266 km) dari 522 batu (835 km) panjang jalan pada 9 Mei 2008. Rata2 1000 kenderaan baru didaftarkan setiap harinya.


4) Bangkok, Thailand
Motosikal boleh menyeberang dan melewati jalanan yang ramai tanpa tanda peringatan, begitu pula kenderaan lain. Para pelancong menilai fenomena ini sebagai trafik jam yang sangat menyulitkan.


5) Moscow, Russia
Trafik jam terparah terjadi sewaktu musim salji disebabkan jalan raya tidak boleh digunakan kerana membeku, dan terlebih ramainya penduduk..


6) Shanghai, China
Dari tahun1998 hingga 2003 jumlah kenderaan persendirian meningkat dari 7000 mencecah ke 170.000 buah.


7) Mumbai , India
Kesesakan di jalanraya terjadi kerana beberapa faktor: Cuaca buruk (hujan lebat), jalan yang rosak, dan jumlah kenderaan yang tinggi. Ramai pelancong yang komen mengenai kualiti udara disana.


8) Mexico, Mexico
Untuk mengurangi jumlah kendaraan, kerajaan telah mengeluarkan peraturan penjadualan khas, tetapi nampaknya ianya tidak membantu mengatasi masalah kesesakan.


9) New York, USA.
Salah satu kota di US yang mempunyai kesesakan jalanraya terparah. Kota New York dilihat selalu tidak mempunyai ruang yang cukup untuk segalanya.

10) SeŠ¾ul, Korea
Penduduk Seoul menjadi lebih makmur dengan menjadi pengeluar kenderan utama  di asia, mereka mulai membeli kenderaan baru.


11) Chicago, USA
Untuk sampai ke tempat kerja dengan tepat waktu adalah masalah besar di kota ini.


12) Manila, Philipina
"Holland" solution yang menyarankan menggunakan motosikal daripada menggunakan kederaan motokar tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya disini.


13) London, UK
Jalanraya di London terlalu tua untuk dilewati banyaknya mobil setiap jam.



14) Jakarta, Indonesia
Tidak ada satu pun jalan di Jakarta tanpa kesesakan. Ratusan kenderaan baru muncul di jalan setiap harinya.


15) Osaka, Japan
Kota kedua dari jepun yang mempunyai permasalah kesesakan jalanraya yang cukup parah.


16) Venezuela
Pada saat venezuela menurunkan harga petrol di tahun 1998 pasti anda boleh membayangkan jumlah kenderaan baru yang muncul setiap harinya.


17) Athens, Yunani
Mexico system yang diimplementasikan untuk mengurangi kesesakan jalanraya kurang efektif disebabkan jalan yang sudah lama dan pertambahan penduduk yang sangat cepat.


18) Auckland , New Zealand
Meskipun Auckland tidak sebesar Tokyo tetapi ratio perbandingan pengguna dan motokar sangat tinggi, hampir menyaingi USA.


19) Rio de Janeiro , Brazil
Cuaca buruk, tingginya pemilik kenderaan dan sempitnya ruang jalanraya adalah faktor2 penyebab trafik jam di kota ini.


20) Kathmandu , Nepal
Kota ini disebut sebagai kota pencemaran dan kesesakan.



Alia : tak dapat aku bayangkan kalau Malaysia pun jem macam ni.... sekarang ni pun dah sakit jiwa dibuatnya, kalau jem macam ni lah tak tau camana agaknya.... cari keje kat kampung la jawabnya.....

Percaya atau Tidak.....

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 01, 2011 0 comments

16 Oktober 2010

Just For Laugh

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 16, 2010 0 comments
The phone bill was exceptionally high and the man of the house called a family meeting...

On a Saturday morning... after breakfast...

Dad: People this is unacceptable. You have to limit the use of the phone. I do not use this phone, I use the one at the office.

Mum: Same here, I hardly use this home telephone as I use my work telephone.

Son: Me too, I never use the home phone. I always use my company mobile.

Bibik: So - what is the problem? We all use our work telephones !!!!!

haha!

22 Ogos 2010

D'Alia Chocolate House

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 22, 2010 0 comments
Jemput la datang rumah baru kami ya...  D'Alia Chocolate House

Klik Di Sini...
D'Alia Chocolate House

D'Alia Chocolate House

20 Ogos 2010

Letih berpuasa...

By Dalia Hassan at Jumaat, Ogos 20, 2010 0 comments
Masa mula-mula dapat emel ini, tergelak bagai nak rak dibuatnya... kelakar n comel2 belaka semuanya... Jom kita layannn!

Kah kah kah....
cid:048201ca305c$589d51b0$34006496@recv
dh nak buka ni.....nape x de org dtg campak daging

cid:048301ca305c$589d51b0$34006496@recv
cam ne nak buka ,dah x larat nak panjat




cid:048401ca305c$589d51b0$34006496@recv
penat aku panjat
sampai atas x ade pucuk daun lak....nak turun dah x larat

cid:048501ca305c$589d51b0$34006496@recv
jangan kacau saya, saya sedang berzikir....bulan puasa beb
cari pahala lebih.....



cid:048601ca305c$589d51b0$34006496@recv
hai sampai terlelap...maklumlah x sahur....

cid:048701ca305c$589d51b0$34006496@recv
sini pun jadi lah nak membuta.....

cid:048801ca305c$589d51b0$34006496@recv
aduh x larat nak jawab call....

cid:048901ca305c$589d51b0$34006496@recv
sahur td minum susu jer....

cid:048a01ca305c$589d51b0$34006496@recv
tmpt ne lah paling sedap utk tidur...

cid:048b01ca305c$589d51b0$34006496@recv
bersantai abis....18sxxx

cid:048c01ca305c$589d51b0$34006496@recv
lapo la.....mane ikan
agak ikan pun puasa jugak ker

cid:048d01ca305c$589d51b0$34006496@recv
x larat dah nak angkat badan
ape lg nak bawak ekor aku....berat….



cid:048e01ca305c$589d51b0$34006496@recv
u puasa...i pn puasa gak...
cid:048f01ca305c$589d51b0$34006496@recv
lmbtnye buka…nak kiwi kasut sampai terlelap...

cid:049001ca305c$589d51b0$34006496@recv
peh....sedapnya tido.....bukan mase rehat ne...x pe 5 minit jer

cid:049101ca305c$589d51b0$34006496@recv
x per tuan umah x ade tido jap
nanti bangun tido baru sapu lantai

cid:049201ca305c$589d51b0$34006496@recv
terlepas waktu sahur....

cid:049301ca305c$589f9ba0$34006496@recv
x ingat dunia tido....

cid:049401ca305c$589f9ba0$34006496@recv
peh lentok abis



cid:049501ca305c$589f9ba0$34006496@recv
aduh penatnya nak susun buku....

'INI PALING MENYEDIHKAN . . .



cid:049601ca305c$589f9ba0$34006496@recv 
Letih betul nampaknyer.... hehe!




                                       

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review