Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Rehabilitasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rehabilitasi. Papar semua catatan

29 Disember 2015

Rehabilitasi : Sunyi

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Di ketika aku penuh cerita,
kau sibuk dengan kerja.
Aku punya beribu cerita dari pagi hingga senja,
yang aku mahu hanya cerita dan kongsi ditambah bermanja.

Tapi malangnya kau sibuk.
Dan aku sendirian,
sunyi dengan beribu cerita yang tidak bisa dicerita.

Ah, sedihnya rasa hati aku.
Jahat majikan kau.
Buat kau sibuk, sehingga aku rindu.
Tak apalah, aku tidur dulu,
walau hati aku rasa sayu.
Nanti dah balik,
jangan lupa wish malam dan i love you.
I tunggu you...


The Faiz Ibrahim




24 Disember 2015

Rehabilitasi : Hati Keras

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 24, 2015 2 comments


Berulang kali kau kata.

Aku hati keras.
Aku heartless.

Ah tipu.

Sebenarnya hati kau lah yang paling penuh rasa.
Tapi kau sorok.
Mungkin kau pernah dipermain,
Mungkin juga kau sudah letih,
dengan segala drama yang dimain.

Ya, sebutlah kau berhati keras berulang kali.
Semua tahu kau sudah terluka dan tersasar,
dan cuba sembunyi dengan berkata besar.


The Faiz Ibrahim



22 Disember 2015

Rehabilitasi : Penipu

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 0 comments


Ditipu oleh orang yang kau tidak kenal,
rasanya masih sakit.
Bagai jari kau dicucuk jarum kecil.
Ya, walau lukanya kecil,
darahnya itu masih boleh mengalir.

Tapi jika ditipu oleh orang yang kau kenal.
Dan percaya.
Dan sayang.
Itu lain peritnya.

Itu bagai kau diikat di tepi pokok,
ditikam dengan pisau tajam berulang kali,
dan si penikam itu tersenyum dan ketawa.
Seolah dia suka melihat kau hampir mati,
sambil berlumuran darah yang mengalirnya tidak henti-henti.


The Faiz Ibrahim


Rehabilitasi : Perhentian Bas

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 0 comments


Aku mahu kau ada sebenarnya.
Apabila aku kata,

pergilah pulang,
Aku bisa pulang sendiri.
Aku tahu kau letih.

dalam minda aku memang mahu kau pulang.
Berehat secukupnya.
Makan semoleknya.

Tapi hati aku mahu sebaliknya.
Dia penting diri.
Dia mahu kau meneman aku hingga ke depan pintu.
Melambai tangan sambil mengucap selamat malam,
berulang kali tanpa penuh rasa jemu.

Aku juga mahu sebegitu.
Tapi takut buat kau susah.
Susahkan punya pasangan sekompleks aku?


The Faiz Ibrahim





21 Disember 2015

Rehabilitasi : Cekap

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 21, 2015 0 comments

Tiada yang cekap jaga hati aku sebagaimana yang kau laku.
Kau terlampau cekap dan sabar,
sehingga aku tertanya,
universiti mana yang ajar kau untuk dapat tahan,
dengan aku yang marahnya seperti raksasa,
yang tika laparnya marah - marah macam entah apa - apa.

Aku juga tertanya adakah kau tak tahu marah?
Kerna bila aku emosinya tidak tentu arah,
kau boleh senyum dan masih degil untuk mengalah.


The Faiz Ibrahim


16 Disember 2015

Rehabilitasi : Hilang

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 16, 2015 0 comments


Aku pernah tonton cerita lama.
Suaminya itu nelayan, kerjanya curi ikan dari lautan.
Ada suatu hari dia hilang, dimakan ombak.
Kerja dianya itu bahaya, aku faham.

Bandingnya dengan engkau.
Kau kerjanya berkemeja, kerjanya menulis cerita.
Kerjanya kau itu di ruang pejabat yang sungguh selesa.

Cuma aku jadi sedikit musykil.
Mana bisa kerja sesenang engkau,
tapi kau bisa hilang tanpa khabar berita?

Aku tahu kau masih wujud.
Cuma kau terangan elak mahu ketemu.
Adakah itu tandanya kau sudah tidak mahu?
Jujur sahaja.
Jangan pura-pura hilang seperti kau kerjanya nelayan.
Aku tidak lurus, seperti yang kau sangka.


The Faiz Ibrahim

12 Disember 2015

Rehabilitasi : Si Pemendam

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 12, 2015 2 comments


Kau orangnya kelihatan mudah.
Apa orang kata, kau mukanya biasa.
Seperti tiada apa-apa.
Seperti tiada apa yang bisa mengguris hatinya kau.
Wah, hebat kau ini, aku nyaris ingat kau bukan manusia.

Tapi kau itu bertopeng.
Apa yang orang kata, kau simpan.
Cuma kau tidak meluah,
kau hanya tahu simpan dan simpan.

Kau tahu apa buruknya simpan rasa kurang enak pada hati?
Kau akan hilang diri nanti.

Jangan begitu.
Setiap manusia itu Allah jadikannya berfungsi.
Ceritalah pada yang sudi dengar dan kongsi,
InshaAllah kau akan baik-baik di akhir cerita nanti.


The Faiz Ibrahim




09 Disember 2015

Rehabilitasi : Cemburu

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 09, 2015 0 comments

Hari ini aku lihat kau begitu gembira. Berbual - bual dengan rakan hingga mungkin tidak peduli aku masih di sisi. Tidak mengapa, mungkin kau jarang bersua mereka, mungkin kerna itu kau gembira tidak ingat dunia.

Cuma, mengapa aku lihat kau gembira berlebihan terutamanya apabila adanya dia? Ya, aku tahu dia rakan, dia pembantu ditempat kerja. Cuma mengapa kau sering ketawa lebih apabila dia sering ada? Kau dan dia, punya apa-apa?

Mungkin kau kata itu ilusi aku. Mungkin kau kata itu mainan hati cemburu aku. Aku cemburu apabila aku rasa kau lebih layak buat dia dan ada manusia yang boleh buat kau gembira, selain aku yang kononnya kata akan sentiasa membahagia.

Aku tahu dia lebih sempurna.
Maaf aku jadi sentiasa kurang, aku dah cuba.


The Faiz Ibrahim


Rehabilitasi : Harapan

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 09, 2015 0 comments


Kenapa ya, kau layan aku dengan penuh kebaikan.
Kau beri harapan, kau sentiasa mengambil berat,
kau sentiasa sokong, kau sentiasa bantu aku?

Jujurnrya, aku suka kau berkelakuan begitu.
Dan yang lebih jujurnya, aku juga benci kau sebegitu.

Aku suka, 
kerna aku rasa dijaga, diperlu.

Aku benci pula, 
kerna kau beri aku harapan.
Harapan yang buat aku risau,
sama ada, ada aku dalam kau,
atau aku hanyalah orang yang kau niat mahu bantu.
Terima kasih buat aku buntu.




21 November 2015

Rehabilitasi : Mari Kita Jangan Bercinta

By Dalia Hassan at Sabtu, November 21, 2015 2 comments

Hey, semalam aku seronok.
Kita keluar bersama.
Kita cerita hal itu, hal ini,
hingga kita lupa kira detik masa hingga ke larut pagi.

Aku tenang apabila berkongsi kata.
Seolah kata aku diterima.
Seolah ada yang peduli.
Seolah ada yang dengar walau ayat aku ini tidak berisi.

Sumpah aku kata, aku tidak tahu untuk mahu rasa apa.
Bersama dengan kau itu indah,
kau punya segala yang aku mahu.
Kau baik, kau ada ciri pasangan yang aku suka.
Dan, kau juga sudah berpunya.



The Faiz Ibrahim
Rehabilitasi



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review