Sahabat

Halaman

25 Mac 2011

Selamat Hari Polis yg ke 204

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 25, 2011 0 comments
Selamat Hari Polis ke 204 buat semua warga PDRM.














Larian Sempena Hari Polis









04 Mac 2011

Tukarkan Lemak Anda Menjadi Duit!

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 04, 2011 0 comments



rxlite worldwellnessDi kala ini dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meninggi ramai yang cuba mempelbagaikan sumber pendapatan. Baik pegawai tinggi sampailah ke suri rumah. Baik lulusan university sampailah kepada operator kilang. Tetapi semua maklum dengan bekerja makan gaji kita tiada kuasa untuk menambah pendapatan kita sendiri. Kalau tak percaya, besok pergi jumpa boss cakap dengan dia "Boss, saya ni dah kerja hampir 5 tahun. Rajin pun rajin. Punch card pun tak pernah merah. Kalau boleh start bulan depan naikkan gaji saya jari RM3000 ok?". Agak-agak apa jawapan yang anda bakal terima?
Jadi dek kerana itu masing-masing cuba berniaga. Tapi berniaga bukanlah satu profession yang sangat mudah. Modal yang besar dan risiko yang tinggi malah menuntut pengorbanan yang sangat besar disamping ilmu dan pengetahuan dalam selok belok perniagaan. Apakah corak perniagaan yang paling rendah modal dan paling minimum risikonya?
Untuk berniaga dan memastikan pulangan yang maksimum kita memerlukan sistem yang effisyen dan disokong dengan produk yang berkualiti. Itulah yang membezakan peniaga burger di tepi jalan dengan restoran franchais. Mereka hanya sekadar bekerja sendiri (self-employee) dan bukan lagi dalam kategori usahawan (business). Untuk menjadi usahawan anda perlu mempunyai sebuah syarikat besar dengan puluhan malah ratusan kakitangan bawahan untuk menguruskan perniagaan anda.
Bekerja makan gaji (Employee), anda hanya akan dapat separuh dari usaha anda. Tak percaya? Jika anda bekerja di company A adakah anda layak menerima gaji RM2000 sebulan jika majikan anda merasakan anda tidak mampu membawa keuntungan lebih dari RM2000 sebulan kepada pihak syarikat? Sudah tentu tidak bukan?
Bekerja sendiri (Self Employed) beerti anda layak terima 100% dari usaha anda. Sama seperti peniaga stall burger tadi. Bukak kedai, ada income. Kena time cuti, sakit, nak balik kampung, kena tutup kedai, maka tiadalah income.
Usahawan (Businessman) pula sangat berbeza. Pendapatannya mampu mencecah 300%, 400% dari usahanya bergantung kepada saiz organisasi dan kakitangan dibawahnya. Ini yang membezakan antara tuan punya estet dengan penoreh getah. Penoreh getah hanya layak terima gaji untuk 8 jam waktu kerjanya sehari. Sebaliknya tuan estet yang mempunyai 50 pekerja dibawahnya yang masing-masing bekerja 8 jam sehari, beliau mampu menerima pendapatan umpama bekerja 400 jam sehari. Nampak perbezaannya?
Kategori mana yang paling menguntungkan? Dan jika anda bercadang untuk menceburi diri dalam perniagaan jenis perniagaan mana yang anda ingin ceburi? Jika anda ingin menambah pendapatan, pendapatan bagaimana yang anda impikan?



Pengedar RxLite
Jadilah USAHAWAN dengan menjadi salah seorang dari ratusan ribu Pengedar Sah kami!
  • Potensi untuk menentukan sendiri berapa jumlah pendapatan yang anda mahukan setiap bulan.
  • Potensi kenaikan bonus setiap bulan berkali-kali ganda dari bonus tahunan yang anda perolehi sekarang.
  • Potensi untuk memiliki organisasi sendiri dengan ribuan kakitangan bawahan yang mendokong jaringan perniagaan anda.
  • Miliki sendiri sistem perniagaan yang effisyen dengan produk yang sangat berkualiti yang menjadi rebutan ramai.
  • Miliki barisan kakitangan sokongan yang merekodkan segala jualan, bonus dan incentif anda serta jaringat rangkaian dibawah anda tanpa perlu anda menggajikan mereka.
  • Potensi mengembangkan perniagaan keseluruh malaysia dengan sistem web promosi replika yang ditawarkan dari kami di RxLite2u.net

03 Mac 2011

Saman Trafik Dilanjutkan 10 hari lagi? ~pengsan~

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 03, 2011 0 comments

Peluang kedua
Oleh Sazarina Shahrim, Hardi Effendi Yaacob dan Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2011/03/03


SEBAHAGIAN orang ramai mengambil peluang membayar saman tertunggak di Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di ibu negara semalam selepas kerajaan mengumumkan tempoh diskaun saman dilanjutkan hingga 10 Mac.
Kabinet setuju diskaun bayaran saman dilanjut 10 hari lagi

KUALA LUMPUR: Selepas sehari lenggang, semua pejabat dan balai polis trafik di seluruh negara kembali sibuk semalam, sebaik keputusan Kabinet melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Tinjauan Berita Harian petang semalam mendapati hampir semua pejabat pos, Kaunter Trafik di Bukit Aman dan Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee di sini sesak dengan orang ramai untuk membayar saman masing-masing.
Kebanyakan mereka yang ditemui lega dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun itu selama sembilan hari lagi selepas kecewa tidak dapat melaksanakannya sebelum 28 Februari lalu.

Sehingga kelmarin, hampir 18 juta saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) belum dilunaskan daripada jumlah keseluruhan hampir 50 juta yang dikeluarkan sejak tahun 2000. Jumlah itu membabitkan 17.3 juta saman yang dikeluarkan polis dan 432,671 saman JPJ. Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk 839,361 saman lalu lintas dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hishamuddin pada sidang medianya jam 2 petang semalam di Putrajaya, berkata kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh itu bagi memberi peluang kepada pesalah menjelaskan saman masing-masing, selain banyak rayuan diterima.

“Ada individu mendakwa mahu menjelaskan kompaun dan sudah ke balai polis tetapi tidak dapat berbuat demikian, walaupun kaunter dibuka hingga ke lewat malam tempoh hari.
“Malah, ada aduan dan pertikaian mengenai kesahihan saman dikeluarkan kerana ada antara mereka mendakwa tidak menggunakan kenderaan yang direkodkan serta pelbagai alasan lain.

“Berikutan itu, saya membawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet pagi tadi (semalam) dan keputusan dibuat supaya diskaun 50 peratus untuk membayar saman dilanjutkan sehingga 10 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan orang ramai yang memiliki saman yang dikeluarkan sebelum 1 Disember lalu, berpeluang menikmati insentif 50 peratus diskaun dan jika gagal dijelaskan sehingga Isnin lalu, nama mereka akan disenaraihitamkan dan akan menghadapi masalah memperbaharui cukai jalan.

Hishammuddin bagaimanapun menegaskan lanjutan tempoh bayaran kompaun itu adalah muktamad.

Susulan pengumuman itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof pada sidang medianya di Bukit Aman petang semalam berkata, bermula hari ini tempoh operasi semua kaunter bayaran saman trafik di seluruh negara akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam, termasuk pada Sabtu dan Ahad.

Beliau menasihati orang ramai menggunakan ‘peluang kedua’ ini dan tidak lagi menunggu sehingga saat akhir bagi menjelaskan saman mereka bagi mengelak pelbagai masalah, termasuk gangguan pada sistem komputer apabila orang ramai bersesak-sesak membuat bayaran.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor, pula berkata pihaknya sudah membuka semua kaunter sejak semalam dan menjangka jumlah yang datang untuk membayar saman akan meningkat mulai hari ini.

Sementara itu, pemandu pelancong, Lim Yoon Yew, 38, yang tiba di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang semalam untuk menjelaskan saman tertunggaknya, terkejut apabila dimaklumkan nombor giliran sudah habis.

“PDRM sepatutnya melanjutkan operasi kaunter sehingga hingga jam 10 malam, termasuk menempatkan pegawai dan anggota bekerja lebih masa sepanjang tempoh pemberian diskaun. Ini membolehkan orang ramai menjelaskan saman, selain mengelak masalah kesesakan di kaunter,” katanya.

Ahli perniagaan, Mohd Ridwan Yunus, 40, juga bersetuju dengan cadangan PDRM melanjutkan tempoh bayaran sehingga lewat malam kerana sebahagian besar pesalah trafik bekerja dan sukar untuk menyelesaikan urusan itu ketika waktu pejabat.

Ridwan yang datang seawal jam 10 pagi semalam juga kesal kerana hanya tiga kaunter semakan dan bayaran dibuka.




Alia : pengsan aku... 28febuari aritu pukul 2 pagi baru balik rumah, dengan kena maki lagi dengan orang ramai yang tak dapat nombor giliran, tak puas hati dengan sistem PDRM.. sejak seminggu sebelum tarikh akhir hari2 aku balik malam settlekan orang yang dah ada nombor giliran. Agaknya kalau kitorang bagi nombor pada semua orang yang datang, 24jam kaunter tak tutup rasanya.... bukan nak mengeluh, tapi rasa macam kesal sikit la.... kerajaan dah bagi cukup masa untuk dapatkan diskaun sejak disember 2010 lagi, bulan januari 2011 kaunter sangat2 lengang sampai pernah collection cuma RM300 jer sehari... tp ramai yang pilih untuk bayar saman disaat2 akhir dan bila tak dapat nombor giliran, kami pekerja trafik yang kena maki kata tak efficience la, lembap la... aku bukan apa, aku tak kisah kerja sampai malam pun, cuma aku harap orang ramai yang bersusun beratur nak bayar saman tu bersabar dan jangan asyik nak mencari kesalahan kami... aku pernah kena sound dengan sorang mamat ni, dia kata 'aku nak bagi duit pon tak nak!'.... dia cakap macam tu sebab masa dia sampai nombor giliran dah habis (dah la sampai lmbt pukul 4.15pm lg nak marah2).... hai cik abang, kenapalah tak bayar awal2, klu bayar bln 1 aritu confirm 5 minit jer kena tunggu.... aku tanya orang yg awal2 beratur, diorg datang tunggu kul baper? diorang kul 6.30am dah sampai kaunter sebab dia tau kalau dia lambat skit jer mesti dah beratur panjang...  sbb tu dtg awal... aku puji orang yang macam ni... faham dengan situasi kami, takder lah datang marah2 terus kat kaunter....

Yang paling penting sekali, kami ni cuma makan gaji jer... kalau marah kami teruk2 pun kami tak boleh buat apa... huhuhu!














 

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review