Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label The Chapter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label The Chapter. Papar semua catatan

31 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 366 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 31, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 31/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-289


Hari ni kami datang ofis saja2 jer buat syarat sebab memang kami tak ada kerja pun hari ni. Semalam dah tutup akaun tahunan, so okaylah. Hari ni rilek2 gosip2 makan2 sambil menikmati hari terakhir tahun 2020 ni.

2020 - walaupun aku tak nampak kereta terbang, tapi Alhamdulillah.. dalam Foodpanda aku nampak Gerai Roti Canai Terbang... Dah beberapa kali juga aku order. Sedap.


2020 - walaupun permohonan pertukaran aku dah expired dan aku buat permohonan baru, aku tetap bersabar menanti dan terus menanti agar aku dapat duduk sekali dengan suami dan anak-anak aku di Johor.


2020 - lebih banyak masa aku duduk di rumah disebabkan PKP yang diumumkan kerajaan untuk mencegah pandemik covid dari terus menular, lebih banyak yang aku pelajari tentang diri aku sendiri. Aku ingat aku kuat duduk sini sorang2 tanpa suami dan anak2, padahal aku lemah, teramat lemah. Allah jer yang tau apa yang aku rasa. Mungkin aku tak tunjukkan pada orang lain, tapi perasaan tu.  Susah nak gambarkan.. 


2020 - pencapai tertinggi aku... Berat terberat paling berat dalam sejarah hidup aku. Sampai aku rasa tak sanggup nak naik atas penimbang tu. Takut penimbang tu pun maki aku sebab berat. Haha. Ok. 2021 aku diet. Janji.


Ni aktiviti harian aku hari ni...

Sarapan pagi ni Mak Reha belanja Roti Sardin.. Alhamdulillah.. jimat duit untuk sarapan.

Tengahari diorang ajak pergi warung Corona kat Kampung Tengah. Katanya masakan kat sini sedap 

Order nasi goreng ikan masin jer ..

Balik kerja aku singgah ST Rosyam Mart yang baru buka kat Taipan. Nak cari bahan untuk masak oden malam ni.

Sorang2 mengoden pun jadi ...
Simple tapi puas hati..


Maka dengan ini berakhirlah 'THE CHAPTER 2020' yang aku tulis sekadar mencabar diri aku supaya ada sesuatu yang aku lakukan setiap hari (walaupun kebanyakannya tertangguh sehingga berhari2) supaya aku tak membazirkan waktu aku dengan buat sesuatu yang tak mendatangkan hasil. 

Menulis bukanlah hobi dan kepakaran aku. Tapi aku menulis sekadar suka-suka walaupun kadang kala hanya gambar yang aku naikkan tanpa sebarang caption bila mood kemalasan aku berada di tangga paling atas. Dan apa yang paling penting, ianya akan dijadikan sumber carian aku pada masa akan datang bila aku rindu apa yang aku telah lakukan sebelum ini.

Penutup tahun 2020, aku berterima kasih kerana tahun ni memberikan aku pengalaman baru dan lebih menghargai kehidupan dengan berdepan dengan serangan sang Covid-19 yang melanda seluruh dunia. 

Aku mengharapkan tahun 2021 yang bakal menyusul akan memberikan kenangan dan pengalaman yang lebih indah, malah kalau boleh, aku nak cipta satu kenangan manis yang akan aku kenang sampai bila-bila. 

Mudah-mudahan.

InshaAllah.

2021.
Aku tunggu kau datang!

30 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 365 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 30, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Rabu : 30/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-288

Meniti hari kedua terakhir berakhirnya tahun 2020...


Dah kurus ke tu???

Memang dah kurus pun... Jari kelingking aku...

Takder sarapan.. pukul 11 lebih aku pergi tapau nasi kat kantin. Sambal ikan bilis dan kari ayam seketul. RM10.. betul2 kenyang aku dengan harga ni. Hahaha

Tengahari As ajak keluar lagi pergi makan kat Summit. Aku ok je.. naik kereta baru dia, Honda H-RV.. canggih. Bila la aku nak pakai kereta Honda ni...

Masa tengah makan, abam polis belakang tu saman tauke kedai yang kami makan, sebab tak ikut SOP... Meja tak ada penjarakan.. pelanggan duduk dekat2.

Tadi dah makan nasi, ni makan chicken chop pulak..

Balik beli roti kek pulak.

Makan jer kan..
takper. Tahun depan start diet..

Percayalah


29 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 364 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 29/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-287


Dah dekat nak abis dah tahun 2020 ni... Kejap je rasa. Umur aku pun dah capai 40 tahun...


 Muda lagi kan? 

Kan kan... (Sekadar penyedap hati)

Sampai opis, lepak2 dulu dalam kereta ..

Semalam order kat foodpanda dua jenis makanan.. megi celup special dan mee celup. 
Megi celup aku dah makan malam tadi.. mee celup aku bawa datang ofis pagi ni. Panaskan guna microwave jer.

Petang balik keje singgah tapau Nasi tiga Budak Gemuk. Teringin pulak.. lama dah tak makan...

Sedap...

Malam2 order roti boom guna khidmat abam panda 🐼 a.k.a Foodpanda.

Gemuk aku!
Alhamdulillah.

Haha


28 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 363 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 28, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Isnin: 28/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-286


Naik kerja selepas bercuti ni memang agak melemahkan. Melemahkan satu badan ni, otak pun lemah. Malas nak berfikir... Asyik teringat kat kampung jer.. kalau tak teringat kat kampung, asyik teringat ke makanan jer. Perut pula asyik lapar dikala sejuk sejuk ni...

Malas nak keluar beli makanan... Nak pergi kantin pun malas.. tengok dalam almari ada stok makanan hamper Sjn Adam ada lagi, aku pun bedallah. Buat milo panas hasil dari rembatan dalam almari tadi. Syukur Alhamdulillah. Kenyang sangat walaupun rasa kenyang tu datang kejap je .

Abis makan biskut, tetiba Datuk Shahrul, kawan baik tuan ocpd dari zaman dia muda, datang jengah. Dia tanya dah makan belum? Cepat je mulut aku jawab dah. Tetiba menyesal pulak cakap dah.. mana la tau kalau jawab belum, dapat sebekas nasi beriyani pun dah cun dah. Aku masih lapar lagi ni.

Tetiba.
Haha


Balik kerja, hujan lebat lagi. Abis aku basah lencun. Aduh... Sejuk dan lapar wehhhh. Makan sup sedap2 ..

Order megi celup guna Foodpanda.
Alhamdulillah.

Masih lapar lagi. Tak kenyang kalau tak dapat nasi.
Dasar!

Haha


27 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 362 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 27, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad: 27/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-285


Hari ni aku akan gerak balik ke Subang seorang diri dari Kota Tinggi. Anak-anak aku tinggal kat Kota walaupun cuti sekolah masih berbaki lagi. Nasib baik diorang faham yang mama dia tak dapat hantar dia dah dekat nak naik sekolah nanti.. mama boleh balik hujung bulan jer nanti. Sekali sambut birthday papa.

Pagi2 lagi aku dah menyuluh pokok belimbing sebelah rumah. Nak masak ikan baung yang kak long aku beri semalam, sebelum aku gerak balik ke Subang.

Nak cuci ikan baung ni pun kena pakai belimbing buloh ni.. supaya ikan tak hanyir.

Settle masak lauk, aku siapkan sarapan pula.. buat sandwich sardin je. Senang...

Teman asben aku buat batas untuk tanam pokok2 yang ambil dari rumah mak aku semalam.


Aku gerak dari Kota Tinggi dalam pukul 9pagi... Sambil drive sambil makan keledek yang aku beli kat Cameron Highland kelmarin. Manis dan sedap....

Perjalanan seorang diri memang membosankan dan membuatkan mata cepat mengantuk...

Singgah hentian sekejap untuk mencari kudapan supaya hilang segala rasa mengantuk.

 Sampai rumah, ambil motor, terus ke NSK Subang Avenue jap cari buah..

Beli ni jer...

Balik rumah goreng kerepok lekor yang ada baki lagi sebatang dalam peti ais.. bolehlah... Jap lagi nak buat kek pulak..

Siap!


26 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 361 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 26, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu: 26/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-284


Hari ni aku akan gerak balik ke Kota Tinggi untuk hantar suami dan anak-anak aku balik sana. Sian diorang.. terpaksa balik sana awal... Tapi tak apalah.. untuk kebaikan dioang juga di musim-musim pandemik covid ni...

Pagi ni mak bancuhkan tepung untuk buat cekodok pisang.. so aku tinggal goreng jer... untuk sarapan pagi ni... sebenarnya abah aku ada beli nasi lemak dan bihun goreng, tapi tak sempat nak ambil gambar. 

Lepas sarapan, turun bawah kat tanah mencari pokok-pokok mak aku untuk dibawa balik dan tanam di rumah aku yang kat kota tinggi. Terjumpa satu pokok cili padi mak dalam pasu, apalagi, mengecek la aku kat mak.. Alhamdulillah mak bagi... lagipun kat rumah mak memang ada banyak pokok cili.. tu yang mak tak kisah tu bila aku minta sepokok dua.

haha

Anak dara aku ni bangun lewat.. bangun-bangun terus turun ke tanah menyibuk kat aku... muka tu pun jelas muka baru bangun tidur..

Sebelum gerak balik Kota Tinggi, mak suruh masak dulu so nanti boleh makan dulu sebelum balik..

Goreng ayam ni untuk budak2 jer...

sayur bayam goreng...

Erkkkk Alhamdulillah... nampak simple tapi sedap yakmat...

Si Arissa dan sepupu dia yang sebaya dengan dia darjah satu.. beza sebulan lebih jer diorang ni...

Si Arissa dan sepupu dia darjah 5..
Aku tak taulah si Arissa yang tinggi atau Si Adriana yang rendah.. haha.. tapi aku tak kisah sangat sebab diorang ni masih boleh tinggi lagi.. Kalau Ainul dulu, bukan main masa kecil cepat tinggi, bila dah besar macam tak tinggi-tinggi pulak. Aku pulak yang risau... 

On the way balik Kota Tinggi.
Bertabahlah anak-anak ya...
tak lama... tiga jam lebih jer perjalanan....
ngeeeeee!

Bubur lambuk Kak Long aku bagi tadi.. sedapnya lama betul tak makan bubur lambuk...

Lalu Simpang Renggam singgah beli jagung tepi jalan... topup jagung yang aku beli kat cameron hari tu... 

Dah dapat topup jagung, baru masuk hiway semula...

Jagung Cameron Highland vs Jagung Simpang Renggam
aku pun tak tau yang mana satu tapi yang pasti yang rupa buruk tu dapat dari Cameron... pandai peniaga sana selit2kan plastik yang elok dan tak elok.. dah le aku beli 5 bungkus.
 Frust betul.

Nyesal tak cek dulu.

Manis nenas ni.. beli kat Simpang Renggam...

Petang adik ipar aku buat besday anak dia, Anaqi yang baya Ainul tu...

Alhamdulillah... senang kerja aku.. tak payah nak masak lagi dah...
Syukurrrr..





25 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 360 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 25, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat: 25/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-283


Hari ni kami akan gerak balik ke Johor.. plan asal anak-anak aku akan duduk rumah nenek Segamat dia sampai abis cuti sekolah. Lepas hantar anak-anak aku kat Segamat, sepatutnya aku dan asben akan balik semula ke Subang pada hari Sabtu dan Ahad suami akan balik ke Kota Tinggi dengan menaiki bas.. Bila anak-anak aku dah berkobar nak duduk dengan nenek dan atok dia kat Segamat, dapat berita pula kat FELDA tu ada kes covid. Walaupun sorang yang kena, kerisauan tu agak tinggi juga... Mak aku pun tak kasi diorang duduk sana walaupun pada awalnya mak aku yang minta anak-anak aku balik teman dia kat sana. Tapi apakan daya.. 

Walaupun anak-anak tak jadi tinggal rumah nenek Segamat diorang, tapi aku tetap bawa diorang balik tapi dengan syarat jangan salam nenek dan atok. So pagi ni kami akan gerak balik ke Segamat lepas settle beberapa hal. Hal paling penting, aku nak pergi satu kedai pakaian ni sebab nak belikan Arissa seluar dan baju lagi.. hari tu sebelum pergi cameron aku dah belikan, dan sesuai dengan dia. Kali ni aku nak belikan lagi sebab kebanyakan baju-baju dia dah lusuh dan seluar pula makin hari makin senteng.. cepat betul dia ni memanjang. haha.. lagipun masa beli yang sebelum ni, dapat voucher untuk next pembelian.. 

okla tu dapat kurang sikit harganya nanti...


Asben aku ajak pergi sarapan dulu.. lagipun awal lagi ni, kedai baju pun tak buka lagi.. so kitorang pergi Restoren Mak Uda... aku makan mee kari... lama betul tak makan mee kari kat sini.

Anak-anak aku nak makan nasi ayam lagi padahal petang semalam pun makan nasi ayam.. tapi tak apalah.. biar jer diorang makan kenyang-kenyang sebab nanti dah tak singgah mana2 dah.. terus jer ke Segamat. Ni kiranya terus sekali dengan makan tengahari.

Lepas makan, asben ajak pergi Bukit Subang jap.. rindu katanya nak pergi tempat dia meniaga dulu.. nak jumpa kawan-kawan lama... Dari Bukit Subang, kami terus ke Elmina ikut jalan dari sana.. tak tau pulak Elmina ni boleh tembus Bukit Subang.. haha.. biasa aku dari arah bertentangan.


Arissa.. susah nak senyum depan kamera...


Dari Elmina, singgah kedai basikal jap pam tayar basikal... tayar basikal tu memang aku dah standby siap2 letak kat bonet...

Model tayar basikal..

Lepas pergi kedai basikal baru pergi kedai pakaian untuk belikan baju Arissa. Lupa pula nak ambil gambar...

Settle beli baju, terus gerak ke Shah Alam, hantar jagung dengan keledek yang Sue kirim masa aku pergi Cameron aritu... 

Lepas hantar jagung kat Sue, on the way nak masuk hiway ada orang jual mangga asam boi dekat trafik light ni. Macam biasa la, diorang minta beli.. kesian katanya kat orang yang menjual tu.. ye lah.. papa beli gak la dua bekas....

yummy... meriah asam boi dia.. 

Sampai Segamat, singgah beli cendol Segar Amat dulu kat Taman Yayasan.. cendol dia ni memang sedap dan terkenal kat Segamat tu... banyak cawangan dia.

Sampai rumah abah, tergelak tengok.. tiga-tiga kereta jenis sama, warna jer yang berlainan..
Anak abah sungguh aku dengan kak Ani. 
Semua nak sama dengan abah. Kereta sebelum ni pun beli sebab abah pun beli kereta jenis tu. Ni sekali lagi.

haha






PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review