Sahabat

Halaman

29 November 2011

Hari Ini : 29 November 2011

By Dalia Hassan at Selasa, November 29, 2011 0 comments
Setelah bercuti selama 4 hari(Jumaat - Isnin), hari ni memang terasa kemalasan yang teramat sangat untuk datang bekerja... tapi nak buat camana kan? terpaksa la juga datang... kena ingat, awak tu makan gaji jer... huhuh!

Takder apa pun yang menarik aku nak cerita.... cuma tadi tetiba je boss tanya aku, nape minggu lepas aku murung jer? ada masalah ker? hihihi... thanks yer boss sebab perihatin.. org lain tak perasan, bos jer yang perasan... susah2 jer.. ahaks! *wink*

Ini jawapannya : saya bukan murung boss, cuma masa saya terserempak ngan boss tu, saya ada rasa sedih skit... sebab tu masa boss tegur saya, saya buat tak tau jer... masa tu saya ngah rindu sangat kat anak saya kat kampung, dan my beloved encik asben yang baru balik kampung.... so saya sorang2 kat sini... masa tu my asben baru je call saya cakap yang dia rindu kat saya... ahaks.... sebab tu la saya touching dan jadi murung sekejap. Sekian. Itu ajelah penjelasan saya boss. (",)

28 November 2011

Cuti-cuti Singapore : Universal Studios (2nd Trip)

By Dalia Hassan at Isnin, November 28, 2011 0 comments
 Assalamualaikum wbt....

Hari ni, buat kali keduanya dalam bulan November aku menyeberangi tambak Johor untuk ke Singapura. Matlamat??? Hanya satu iaitu nak pergi semula ke Universal Studios Singapore (USS) untuk meng'cover' balik tempat yang kami tak sempat nak masuk tempoh hari... Hehehe! Plan asal, kami sepatutnya pergi berempat sekali dengan Linie dan asben dia, tapi saat akhir dia terpaksa batalkan rancangan untuk ikut kitorang sebab mertua dia datang rumah, ditambah pula asben dia demam.. so dengan berat hati dia terpaksa tarik diri dari join aku dan asben.. takper la linie yer, lain kali boleh pergi.....

macam biasa la, GPS jadi pembantu. Tapi kali ni aku guna GPS separuh jalan jer, sebab GPS ni sabotaj aku... saja jer dia bawak ikut jalan jauh... sib baik aku ingat jalan skit2, sampai la juga dengan selamat... time balik langsung aku tak gunakan GPS ni, simpan jer... maklumlah dah terror jalan... hahaha!

next time datang Sentosa nak naik kereta kabel dia plak!
Universal Studios Singapore (USS)

wif my encik asben...

Ini attractions yang terdapat di New York : Lights Camera Action

huh macam real!

New York Library

Dari New York City memasuki Sci- Fi city... kat sini la kitorang naik roller coaster dan aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku tidak akan pernah menaiki roller coaster lagi buat kali kedua... gugur jantung aku dibuatnya!

masa datang untuk kali pertama, kitorang tak sempat nak masuk tarikan yang ada kat sini.. So kami ambil peluang kedua ni untuk merasai apa yang menarik terdapat dalam bangunan ni.... setelah menyimpan beg di tempat yang disediakan, aku dan asben pun masuk ke dalam bangunan ni... sepanjang jalan untuk ke tarikan tersebut, di kiri dan kanan dinding terukir tulisan2 dan gambar2 lama seperti yang terdapat dalam piramid. Setelah berjalan beberapa minit, akhirnya sampai ke tempat yang dituju. Ya Allah! roller coaster lagi! kalau aku tau la, memang taubat au tak nak masuk dalam ni... nak tak nak terpaksa jugalah aku naik roller coaster tu. Pengalaman yang berbeza... kalau roller coaster pertama yang aku naik tadi aku gayat, tapi yang ni kurang gayat skit la sebab ia bergerak didalam gelap... maklumlah dalam bangunan... cuma ia ada elemen suspen skit la... bayangkan roller coaster sedang bergerak laju, tiba2 ia brek mengejut dan didepan terdapat dinding yang tiba2 retak kerana dilanggar roller coaster. tiba2 kami disergah mummy yang entah dari mana datangnya dan suara yang menakutkan. roller coaster bleh reverse menaiki bukit dan terus meluncur laju... memang jeritan jer la yang dengar, tapi yang ni seronok skit, macam masuk rumah hantu plak....

Waterworld : Sila jauhkan diri anda dari lelaki ini jika anda tidak mahu baju anda basah...

Sebelum persembahan bermula...

drama aksi yang penuh debaran (ceewaaahhhh)

penuh aksi...

..... dan mencemaskan...


Far Far Away : antara tarikan yang paling aku tak dapat lupakan.... selain tayangan 4D filem Shrek, kat sini juga terdapat roller coaster! fuh! roller coaster lagi... tapi minta maaf banyak2 la yer, kali ni aku memang tawar hati nak masuk. My asben beria2 tarik tangan aku ajak masuk, tapi jangan harap la... ketika adegan tarik menarik berlaku antara aku ngan asben, tiba2 ada sorang kakak tu tegur "kalau dia tak nak naik tu biarlah... jangan paksa2 dia" hahahaha aku suka bila ada orang backing aku... i like~ ngeh3! rupanya kakak tu pun tunggu asben dia naik roller coaster... dia duduk tepi tu sambil makan pop corn... tak nak naik katanya.. sama jer macam aku, gayattttttt... hahahah!


sebelum tayangan 4D filem Shrek. memang satu pengalaman yang tak akan dilupakan.

Madagascar....

Seawal jam 1.30pm kitorang dah selesai pusing satu Universal Studios. Sebelum balik, singgah 7e untuk topup kad autopass then kitorang terus gerak balik. maklumlah, kena gerak awal coz nak balik KL terus. InsyaAllah, next time kalau masuk Singapore lagi, nak pusing satu Sentosa pulak... naik kereta kabel dan lain2...

25 November 2011

Selamat Hari Lahir, Mak...

By Dalia Hassan at Jumaat, November 25, 2011 1 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ini, tanggal 25 November genap 63 tahun usia mak. Rindu kat mak... bila la dapat balik Segamat jumpa mak.. walaupun baru dua minggu tak balik kampung, tapi rasa macam dah lama sangat tak jumpa mak. Mak yang aku sayang, mak yang aku rindu... terlalu banyak pengorbanan telah mak lakukan demi kami enam beradik. Kasih sayang tak berbelah bahagi.. Banyak juga air mata mak mengalir kerana kami, terutamanya aku yang sememangnya sangat nakal sejak kecil. Rasanya aku yang paling nakal dalam enam beradik, mengalahkan abang dan adik lelaki aku. Tapi nak buat macam mana, kenakalan aku tu lahir dari hati aku yang ikhlas, bukan dibuat2.. hehehe! Sorry mak!

Sekarang, aku ngan mak memang kamcing... kalau ada kenduri kendara rumah sedara mara, mak seboleh2nya nak aku ikut sekali. Mak kata, aku boleh ngam dengan sesapa aja, sebab tu mak suka ajak aku pergi mana2 jer... dia kata kalau bawa adik beradik yang lain, diorang tu jenis yang tak banyak bercakap.... tapi kalau dengan aku, walaupun orang yang aku baru kenal pon, akan jadi macam dah lama kenal... itu mak la yang cakap, bukan aku yang cakap.... hehehe... dan aku sangat2 perasan, yang perangai aku ngan mak banyak persamaan... gila2 remaja! hahaha...

 


Dan, hari ni genap 63 tahun usia mak. Semoga Allah panjangkan usia mak dan beri kesihatan yang baik buat mak.... Akak sayang mak! mmmmuuaaaaahhhhhhxx!

24 November 2011

Hari Ini : 24 November 2011

By Dalia Hassan at Khamis, November 24, 2011 0 comments
Entah apa2 aku hari ni... tak tau nak buat apa, ni la keje aku kat opis... layan kan jer la...

dah takder kerja la ni....

suka tengok awan ni....

cerah.....

kalau dapat jemur baju....


mesti baju yang dijemur tu cepat kering....

langit yang sama...

di waktu senja...

seakan ada laluan...

dan kapal terbang pun berlalu...

dan semakin jauh....

SubhanaAllah... Ciptaan Allah yang sungguh indah...

meninggalkan kerinduan...

dan kesyahduan...




eh! tetiba jer ada durian ni apa cerita? hehehe


Entah. Aku pon tak tau apa yang aku repekkan. Sabor jer la....

Tak tau nak letak tajuk apa!

By Dalia Hassan at Khamis, November 24, 2011 0 comments
Sorry bos! terpaksa curi tulang lagi... ngah bosan ni, takder benda nak buat... keje semua dah settle, tengah tunggu anggota hantar saman baru untuk di key in dalam sistem COPs... kaunter pula kak wani ngan linie yang uruskan... so aku memang betul2 banyak masa la hari ni... best best... pagi tadi pas punch card, aku, linie dan kak wanie sempat pergi bekpes kat mamak.... layan roti bom... adesssss... camana la nak diet ni...

Sebut pasal diet, aku pun tak tahu bila aku bleh start misi menguruskan badan ni... berat badan semakin hari semakin naik, takder nak toleh2 ke belakang lagi dah... selera makan pun bertambah, diburukkan lagi dengan pelbagai jamuan yang diadakan... ermmmm.... (sila jangan salahkan makanan yer, awak tu yang tak reti2 nak control makan)... huhuhu!

Semalam, kami BadCopsGirls (aku, Linie dan Kak Wani) telah menerima jemputan ke majlis BBQ yang dianjurkan oleh Cawangan Logistik yang bermula pada jam 8.30pm... mulanya rasa macam segan nak pergi, sebab diorang buat untuk anggota dan kakitangan awam logistik saja... tapi bila diberitahu yang mereka juga jemput rakan2 terdekat yang selalu berurusan dengan logistik, kami memang excited nak pergi. Sepatutnya bos aku, Tuan Khai aka Baim Wong pun ikut sekali tapi disebabkan Tuan Ramzi ada hal, dia terpaksa menggantikan tuan ramzi untuk membawa penemuduga pergi makan malam. Petang semalam masa Tuan Khai call aku, aku cakap jugak dengan dia tak best kalau dia tak pergi majlis tu coz kitorang semua segan ngan logistik. Then dia kata buat apa nak segan, diorang pun bukan orang lain, orang IPD jugak... ermmm... betul jugak tu... lagi pun memang kami bertiga nak pergi, so takder la segan sangat bila ada geng ni...

Petang tu aku dengan linie sempat berkaraoke kat Summit USJ... yer la... nak menghabiskan masa. tapi memang gila2 la perangai masing2. Kak Wanie tak join kitorang coz dia kena balik rumah dulu amik anak2 kat taska dan uruskan makan diorang, then baru dia datang IPD semula. 8.30pm kitorang janji jumpa kat opis. Pas karaoke tu, memang sakit la tekak aku... suara tak sedap mana pun, tapi bak kata pepatah "Biar Sumbang Asalkan Menyumbang".... ngeh3!

Perut yang memang sengaja dikosongkan, kami bawa ke majlis. Ada kambing bakar, daging bakar, ayam bakar.. nasi goreng, mee goreng, kentang bakar, hot dog dan macam2 lagi la... yang paling penting sekali ada durian... nasib baik la aku memang tak makan kambing... kalau tak, Encik Kambing + Makcik Durian = Ting Tong la aku sebab kepanasan.









Apa apapun, terima kasih pada cawangan logistik sebab sudi menjemput kami warga cops. Lain kali bleh la jemput kami lagi kalau ada wat makan2 macam ni... *wink*

20 November 2011

Kek Karot Teratak Impian

By Dalia Hassan at Ahad, November 20, 2011 2 comments
Carrot Walnut Cake kini menjadi milikku! Memang dah lama kek karot Kak Zai dari blog Teratak Impian menjadi impianku... akhirnya, hari ni dapat jugak aku merealisasikan impian aku tu... hahaha! thanks kak zai. Kek yang akak buat tu memang sedap, tak rugi kita order dari akak... hehehe...

hilang diet aku... tapi takper la... hari ni jer.... hahahah!

Nana, anak buahku pon sibuk nak posing ngan kek karot ni...


Korang kalau berminat nak tempah pelbagai jenis kek dari kak zai, bolehlah singgah ke satu lagi blog kepunyaan kak zai, Zai'licious Homemade Cake... memang rambang mata dibuatnya... Nyum Nyum....

Widuri - Tadika Strawberry

By Dalia Hassan at Ahad, November 20, 2011 0 comments
Sempat jugak aku rakamkan ketika Ainul Mardhiah buat persembahan ballet lagu Widuri.... (",)

Jom layannnnnn!

Konsert Tahunan & Majlis Konvokesyen Tadika Strawberry

By Dalia Hassan at Ahad, November 20, 2011 0 comments
Semalam, 19/11/2011 bertempat di Dewan Auditorium CIAST, Seksyen 19 Shah Alam berlangsungnya Konsert Tahunan & Majlis Konvokesyen Tadika Strawberry kali ke-19. Walaupun Ainul Mardhiah belum lagi grad (coz baru lima tahun), tapi dia terlibat dalam persembahan bersama rakan2 sebayanya...

Antara gambar yang sempat aku rakamkan sekitar majlis tersebut :-

Ainul Mardhiah ketika membuat persembahan

















PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review