Sahabat

Halaman

25 Januari 2013

MC Pertama Ainul

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 25, 2013 0 comments
Cian anak mama demam...

Dan hari ni, Ainul dapat MC pertama dia...

Tarrrrrraaaaaaaaaaaaa!



Hari Keluarga @ Sunway Lagoon

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 25, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Ni aktiviti hari keluarga IPD Subang Jaya yang telah berlangsung di Sunway Lagoon pada 20 Januari 2013.. Walaupun dengan perut yang memboyot (masuk 8 bulan dah..), aku tak lepaskan peluang bawa Ainul ke sana.. lagipun percuma.. aku memang suka benda percuma ni.. lebih-lebih lagi kalau nak beli sendiri tiket sunway lagoon yang mahal tu, memang tak la... kedekut ckit... heheheh!

Jom layan gambar2 yang sempat aku tangkap..

Ainul dengan anak bujang Linie

ucapan dari tuan KPD Subang Jaya







Linie dan anak2..



Tuan KPD dan Tuan Timbalan...

apa yang diguraukan oleh Tuan KBKA dan Yana..


Ain logistik dan Wati transport : gossip ker? hahaha!

Yana yang tak reti senyap... pot pet pot pet jer.. haha!




Alamak Rayyan... auntie nampak la dia punya... tak aluuuuuuu! :p

seronok Ainul sekali sekala dapat beriadah macam ni...






Linie dan anak2 bujangnya...

Ainul gayat naik jambatan gantung...

mama pun gayat jugakkkkk... huhu!

sayupppppp je dari atas jambatan ni... huhuh!




mama, jom kita pergi sana pulak!

19 Januari 2013

Kek Keju Meleleh

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 19, 2013 4 comments
Assalamualaikum wbt...

Korang pernah dengar tak pasal kek keju meleleh? memang meleleh la.. air liur pun meleleh kalau tak dapat makan... ngeeeeeee!

Kek Keju Meleleh ni dibuat oleh Chef Sanif..

Meh layan gambar yang betul2 meleleh ni...



Dan aku dengan rasminya dah daftar sebagai pengedar... direct terus dengan Chef Sanif dan dah berborak panjang dengan dia... seronok berborak dan bertentang mata dengan dia dan isteri, banyak ilmu yang aku dapat.... Ilmu perniagaan... Sharing is caring, kan? heheheh!

Buat masa ni aku nak jual kat area2 cni jer, sekadar berkongsi kesedapan kek ni dengan kawan2 seopis dan jiran2... RM18 jer.. sangat murah dan rasanya memang terbaik... Didatangkan dalam 3 perasa... Pandan, Coklat dan Strawberry... Yummmmmmmyyyyy!

Lets makan!

Kek Keju Meleleh... 
kek keju yang meleleh dan gebu..paling huru hara dalam pasaran,tak hingat makan terus pengsan... 

17 Januari 2013

Merajuk!

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 17, 2013 0 comments

Entah apa emosi aku hari ni, tak pernah2 aku makan hati seteruk ni dengan bos aku... Memang sebelum ni aku selalu gaduh dengan dia sebab dia suka carik pasal dengan aku, tapi tak ada la sampai makan dalam macam ni... Mungkin sebab pembawakan baby kut, tu yang aku terlebih sensitif sikit... Ni semua pasal family day hujung minggu ni... Kut ya pun nak bergurau, jangan la cakap ikut sesedap rasa jer... Tadi, pas dia keluarkan ayat yang menyentuh dan mengguris hati sanubari aku ni, terus aku bagitahu Linie yang aku tak join family day tu... Aku memang tak ada hati dah nak pergi Sunway Lagoon tu walaupun dapat tiket free..

Nak dijadikan cerita, bos tahu yang aku tak nak join disebabkan gurauan melampau dia... Tau pulak gelabah... Tapi aku suka part ni.. Sejak keje dengan dia, ni la kali pertama aku tengok dia macam ni... Macamana ek aku nak cakap.. Biasanya dia ni cam ego skit, apa yang dia cakap semua betul... Jangan le nak bangkang sangat apa yang dia cakap sebab yang pasti dia nak menang jugak... Tapi tadi, hari ini dalam sejarah, aku di pujuk oleh boss! Bayangkanlah... Dari kat opis dia pujuk n mintak maaf kat aku, sampai aku dah kunci pintu opis nak balik dia masih tahan aku, mintak maaf dan mintak aku join family day tu... Tapi aku cuma cakap InsyaAllah, tapi tak tahu lagi, tengok keaadaan... Dia tak puas hati dengan jawapan aku, dia ikut aku sampai kat kereta... Aku dah masuk kereta pun dia masih pujuk lagi walhal masa tu dia dah basah kena hujan... Aku cakap dengan dia, "takper tuan, tuan jangan risau... Dah hujan dah ni, karang kalau tuan demam macamana? Yang pasal tu saya tak ambik hati pun "(walaupun dalam hati aku memang aku terasa sangat pasal ayat dia tu)....

Aku ingat dah abis dah... Aku baru je drive kuar nak balik rumah tak sampai lima minit, dia call lagi... Dia kata dia kat speedmart, nak beli barang tapi fikiran dia tak tenteram... Adoiyai my boss... Dah banyak kali aku kata tak apa.. Tapi dia masih mintak maaf jugak... Dia kata dia tau kalau aku ikhlas maafkan atau tak.. Akhirnya aku tarik nafas panjang dan dengan seikhlas hati aku bagitahu dia yang aku dah maafkan... Baru aku dengar dia tarik nafas lega... Dan dia janji taknak gurau2 melampau lagi dengan aku sebab dia kata orang mengandung ni kuat sensitif (laaaaa.... Tau rupanya... Ingatkan tak tahu...)

Sekianlah cerita aku hari ni yang aku tak akan lupakan dalam sejarah hidup aku sampai bila2...

14 Januari 2013

Azam tahun baru Vs Samsung Galaxy Note II

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 14, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Cuma nak bagitahu, mulai esok aku dah mulakan azam tahun baru aku iaitu untuk berjimat dalam berbelanja... tak nak boros2 lagi, cian kat encik asben aku... hari tu aku dah janji, pas aku beli jer galaxy note II, aku akan terus dengan azam baru aku tu... dan tadi, apa yang aku nak, aku dah dapat... Samsung Galaxy Note II.... ngeeeeeeeeeeeeeeee!

Alia : rasa macam nak jual samsung galaxy tab 7plus aku tu... agak2 ada tak yang nak beli? Tapi bila pikir2 balik, sayang la plak nak jual... simpan jer la buat kenangan... huhu!

13 Januari 2013

Pavlova ku....

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 13, 2013 1 comments
Assalamualaikum wbt...
Malam semalam aku sempat buat pavlova yang sememangnya dah lama aku teringin nak makan... Serius sebelum ni aku tak pernah makan, cuma tengok kat internet jer... Rupanya pavlova ni takder la semanis yang aku sangka... Sebelum ni aku sangka pavlova ni manis gler tapi bila makan bersama buah buahan, yummmmmmyyyyy... Sedapnya.... Lepas ni bolehla aku buat lagi... Heheheh!
Asalnya semalam aku nak buat kek tiramisu, tapi oleh sebab bahan tak cukup dan malas nak keluar pergi beli, aku tukar plan nak buat puding koktel... Tapi bila aku nak kuarkan bahan2, tetiba je terlintas kat kepala aku ni untuk buat pavlova... Lagipun bahan semua cukup... Dan... Inilah hasilnya..... Oleh sebab aku topping pun dah pukul 11 lebih, mata dah mengantuk so buah2an tu aku main campak je... Malas nak susun... Tu yang nampak serabut tu.... Kekekekekeke!
Errrrr.... Jemput makan ya... Bismillah...

09 Januari 2013

10 Fakta Menarik Tentang Bayi

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 09, 2013 1 comments

Sharing Is Caring

Kredit : http://blog.inter2u.com/10-fakta-menarik-tentang-bayi/

0ZbCE 10 Fakta Menarik Tentang bayi


10 Fakta Menarik Tentang bayi

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

06 Januari 2013

Teringin nak main gelongsor!!!

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 06, 2013 0 comments
Hahahahahahaah!

Pagi tadi pas siapkan sarapan, sempat jugak aku berblogwalking jap... Salah satu blog yang aku sempat singgah adalah blog Cik Epal.. wah seronok sungguh tengok dia main gelongsor... betul2 kanak2 riang bersuka ria... dan tetiba jer aku rasa teriiiiiiinnnnnnggggiiiinnnnnnn sangat nak main gelongsor... lama dah tak main.... ye lah... kali terakhir dulu pun main masa zaman kanak2.... dan2 tu jugak aku update status kat facebook aku...

Sila klik gambar untuk tumbesaran



Alia : Macamanalah agaknya kalau aku pergi main gelongsor kan? mesti jadik perhatian ramai... bila tengok Cik Epal yang main gelongsor, comel jer dia.... kalau aku??? dah le tua bangka tak sedar diri, sarat mengandung pulak tu... hahahahahahaha!

*sila jangan bayangkan... dikhuatiri anda termuntah!*

04 Januari 2013

Majlis Harijadi AJK Perkep

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 04, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt.....

Dalam pada mood bercuti, hari ni aku join jugak majlis harijadi AJK Perkep yang dibuat di Neway Puchong.... Dengan perut yang semakin sarat, aku gagahkan juga memandangkan aku salah seorang yang diraikan dalam majlis ni... Heheheh! Datang semata2 nak hadiah besday la ni...
Gambar memang tak banyak yang aku amik, sekadar apa yang ada je... Jadilah...

Musical chairs
hadiah yang aku dapat...
Puan Julia dengan kek besday...

03 Januari 2013

Segmen Up Follower Dengan Sepantas Kilat II

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 03, 2013 7 comments
CLICK untuk join


BELOM COBA, BELOM TAW !

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review