Sahabat

Halaman

18 Mac 2017

Hiking @ Gunung Irau 2.0, Cameron Highland

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 18, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Entah kenapa aku terjebak dengan Gunung Irau 2.0 ni... mungkin sebab sebelum ni aku pernah cakap yang aku nak ambik semula gambar kat Mossy Forest tu, sebab masa pergi kali pertama gambar aku kat Mossy semua bergegar. 
haha!

Eh tak.. tak.. sebenarnya ni kisah macamana aku terjebak dengan Gunung Irau 2.0 ni... Asalnya Yana teringin nak pergi. Dia minta aku dengan Yatz teman dia naik sekali. Kira okla.. kawan2 ajak teman, kita yang dah pernah pegi ni fikir, apa salahnya kalau pergi lagi sekali lebih2 lagi Liza kata dia pun nak pergi. Oklah. Cun. Tak lama lepas tu Tinie kata dia dengan abg Nizam pun nak join. Cun. Total 7 orang. Diorang minta aku yang deal ngan gogo Tebing Tinggi backpacker. Okaylah, aku dealkan. Sekali sampai masa Yana dengan Liza tak dapat join. Mak aihhhh.. nak tak nak aku, asben ngan yatz yang dah pernah naik sebelum ni, naik lagi sekali ke Irau. Tapi takperlah... ni kira kami teman Tinie dengan Abg Nizam la...
haha!











best!


















*pssttttt... gambar tak tersusun.. xpe lah, kan??

05 Mac 2017

Perlawanan Persahabatan Ping Pong

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 05, 2017 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita masa friendly match pingpong Jumaat lepas. Team Subang Jaya bertemu team Shah Alam di JSJK Shah Alam.

Tahniah Subang Jaya sebab menang hampir kesemua game aritu (kecuali team wanita.. haha).

Walau macamanapun, ni adalah game yang bermakna dan beri pengalaman kepada kami geng pingpong wanita yang baru nak berjinak2 dengan sukan ni.

Jumpa lagi minggu depan di Banting! Dan good luck juga buat semua...






Status Blog #107

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 05, 2017 0 comments

Assalamualaikum...

Just nak share kat sini gambar2 ni supaya tak hilang dalam simpanan.

Majlis : Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang (APC)

Tarikh : Januari 2017 (tak ingat berapa haribulan... haha)





Lirik Lagu : Gelombang Cinta ~ Heavy Machine

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 05, 2017 0 comments

Gelombang Cinta ~ Heavy Machine

Setahun telah berlalu
Sewaktu kau meninggalkanku
Hatiku pedih tersusuk sembilu

Pemergianmu tanpa relaku
Setiap saat ku mengenangkanmu
Dimanakah janji-janjimu dulu

Apakan daya sudah suratan
Nasibku ini menghadapi
Gelombang cinta yang hampakan
Tiada lagi cahaya yang menyinari hidupku
Mungkinkah aku yang bersalah
Ataupun kau yang berpura

( korus )

Cinta apakah ertinya cinta
Jika hanya kau berdusta
Tipu dayamu yang mengoda
Cinta apakah ertinya cinta
Hidup merana hati terluka derita


Status Blog #106

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 05, 2017 0 comments

Perempuan yang kamu
sakiti itu,
adalah anak perempuan yang
dibahagiakan bermati matian
oleh ayahnya....

hargailah dia ...

04 Mac 2017

Hiking @ Denai Tiga Puteri 2.0, Kota Damansara

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 04, 2017 0 comments
Assalamualaikum wbt...

 Ni kali kedua aku panjat Danau Tiga Puteri ni. Yang menariknya hari ni aku bawak besday girl ni, dak tecik Arissa Qaisara untuk sama2 sambut besday dia kat Denai Puteri ni. Aku tau dia sama macam aku, sukakan aktiviti hiking walaupun cepat pewai. haha

Kalau ikutkan petang ni aku ada kelas, tapi takperlah. Sempat lagi pagi ni pegi hiking, lagipun sepak2 daun jer..



pewai ke dik?

budak ni memang kuat memanjat...




mama sempat masak makaroni goreng jer.. jadila kannnn


bolehla kek kecik ni.. nak bawak kek besar2 mama tak confident.. takut sampai puncak kek hancur.. haha!


mama yang riang ria.. haha

dua kali naik bukit ni, dua2 kali terserempak dengan Faiz Dickie ni.. kali pertama aritu terserempak masa nak turun, dia yang mula2 tegur kami. Kali kedua jumpa kat puncak, aku yang tegur dia dulu, ajak selfie. hehe




besday girl nak berak pulak...


budak pewai...

alaaaa... auntie Tinie interframe pulak kat belakang. haha!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review