Sahabat

Halaman

16 Disember 2019

Timmie Mini Burger by Jamaiah Food And Bakery

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 16, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Aku pun tak ingat dah ni kali ke berapa aku beli mini burger ni dari Nieza. Anak-anak aku suka sangat. Bukan aje sedap, tapi rotinya yang bermacam-macam warna tu memang menarik tertarik minat diorang untuk makan burger ni... walaupun kejadian selepasnya agak sedikit hodoh sebab aku terhangitkan sikit, tapi rasanya tetap sedap. 

Kejap je licin... paling cepat makan si kakak la... siap mengendeng si adik punya bahagian. Mencuba nasib kut2 si adik boleh berikan sikit bahagian dia pada si kakak. Tapi hampa. Si adik pun tak cukup padahal mama masakkan sorang 3 biji!

haha!

saja aku potong cheddar block tu tebal2.. lepastu masuk dalam microwave untuk cairkan... tak sempat ambik gambar dah lesap masuk mulut...

So korang yang berada kat area USJ tu, nak dapatkan burger mini yang sedap ni boleh call kawan aku...

Nieza : 013-8811305
Ig : timmie_miniburger_usj

Ejen Ali The Movie 2019

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 16, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt



Semalam aku sempat bawa anak-anak pergi tengok Ejen Ali... dah hari-hari diorang tanya bila mama nak bawak pergi tengok Ejen Ali, terpaksa jugalah aku cari masa untuk diorang walaupun semalam aku terpaksa kansel untuk pergi majlis kat rumah kak Yan... 

Sorry Kak Yan! Entah bila la dapat jumpa Kak Yan ni.. sejak dia transfer, memang takder jumpa dia lagi dah. Suami dia meninggal dunia pun aku tak sempat nak datang... :(



Apa yang aku boleh komen tentang Ejen Ali ni, satu jer... TERBAIKKKKLAH! Memang best giler! Patutlah abang aku yang kerja kat Miri tu kemain lagi promote cerita ni kat group wasap family... dan dia kata ramai kawan2 dia kata Ejen Ali best, tu yang dia pergi tengok sorang2 kat wayang cerita ni... katanya dia pergi tengok dulu, kalau best baru dia bawak anak-anak dia tengok. haha!


Gerammmm je aku tengok si budak Arissa tu... depan kamera suka beno buat muka macam tu.. huhu! 

Yang kak Long aku pulak awal2 dia dah pergi tengok.. yer la... salah sorang founder Ejen Ali ni (Faiz Hanafiah) dan isteri dia (Salina Salmee - suara untuk watak Aliya) anak sedara kakak aku... kirakan aku dengan dia memang sedara la sebab kak long aku kan kawin dengan sedara. 

haha

Ni lepas tengok Ejen Ali, anak-anak ajak tengok Jumanji pulak...




"Mama, jom tengok JUMANJA pulak!"


Gelak besar aku dengan Ainul bila Arissa ajak tengok "Jumanja"... dia ingat ni macam cerita Adik Manja yang zaman dulu-dulu tu ke... hehe



Sinopsis Ejen Ali


Mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah naik taraf menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.


Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

14 Disember 2019

Pre - Countdown 2020 : MRCA Charity Run 2019

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 14, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kali ni kami join Pre-Countdown 2020 : MRCA Charity Run 2019 yang bertempat di perkarangan Summit USJ. Hati berbelah bahagi sebenarnya sama ada nak teruskan larian atau tak, sebab masa tu hujan turun tak berhenti dari tengahari lagi.... tapi alang-alang memang dah basah sebab merempit dari rumah, gagahkan juga lah....

Alah. Bukan selalu pun... kan?


Tak tau lah no ni bertuah ke tak... sebab aku balik awal, tak tunggu pun sampai acara untuk cabutan bertuah...




senamrobik dulu...
Acara wajib... wefie




Tambah koleksi


Gemuk
   





Terjumpa pulak geng satu IPD...

banyak jugak goodies yang kami dapat dalam beg tu...

Sorry la banyak sangat gambar yang lebih kurang sama aku sumbat kat sini... bukan apa... simpan sini senang... so gambar yang dalam henpon tu dah boleh delete dah... jimat space memory.

Ngeeeeeee!



07 Disember 2019

Cuti - Cuti Malaysia : Sabah

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 07, 2019 0 comments
 Assalamualaikum wbt

Sebenarnya aku dah terdelete tanpa sengaja penulisan asal tentang Cuti - Cuti Sabah ni... punyalah panjang aku tulis, tiba - tiba aku terdelete dan terus ter autosave... Berhari-hari juga la aku kumpul semula kekuatan untuk tulis semula ringkasan perjalanan aku ke Sabah pada 11 November hingga 15 November yang lepas. Berjaya juga akhirnya untuk siapkan walaupun entah apa yang aku merepek. haha!

Percutian ini telah dirancang oleh abg aku pada Ogos yang lepas. Dia minta semua adik-beradik kalau boleh ikut serta dia dalam trip kali ni sebab kalau boleh dia nak semua adik beradik ada untuk bercuti bersama mak dan abah. Oleh sebab asben aku tak dapat cuti, so aku bawa Ainul jer untuk ikut sekali ke Sabah. Arissa aku terpaksa tinggalkan tapi aku dah janji akan bawa dia jalan-jalan ke tempat lain nanti. Dia pun ok (Sebab dia tak tau pun Sabah tu kat mana... hehe)


Hari Pertama ( 11/11/2019 )


Kami janji untuk berkumpul di KLIA 2 lebih kurang jam 12 tengahari :

  • Azhar, Ziela, Adriana, Faiqah dan anak aku, Arissa gerak dari Pasir Gudang
  • Long, Abg Long gerak dari Segamat dan terus ke Melaka untuk ambil Kak Ani, Mia dan Wana naik sekali dengan dia.
  • Mak, abah dan Adib gerak dengan Abg Ijat dari WangsaMaju... eh. aku pun naik ngan diorang... tumpang sekali.. 
So total kami 15 orang...

Kereta Azhar dan Abg Long aku tumpangkan kat IPD KLIA. Jimat sikit duit nak bayar parking... Terima kasih pada Liza dan juga pada Adib sebab tolong aku tengok-tengokkan kereta tu.... Cuma Abg Ijat jer offer diri nak park je kat KLIA 2 sebab nanti senang nak hantar diorang untuk ambil kereta masa balik nanti... Okla... lagi senang... balik nanti tak payah ambil Grab untuk ke IPD KLIA ambil kereta.




Anak beranak senget...
Sepatutnya flight asal kami jam 12.30pm... tapi awal2 Air Asia dah bagitau yang flight kami ditukarkan ke jam 3.30pm. Takperlah. Janji dia dah bagitau awal....




Sampai Airport Kota Kinabalu dalam pukul 6 lebih... Van yang kami sewa pun dah sedia menunggu.. So untuk hari ni kami berhimpit dulu sementara tunggu pagi esok baru pergi ke airport lama untuk ambil kereta abg aku ( Beberapa hari sebelum kami ke sana, abg aku dah bawak dulu kereta dia dari Miri bawa ke Kota Kinabalu... dia park di airport lama sebab kawan2 dia ramai kerja kat sana, so boleh la tolong tengok-tengokkan)

Gerak dari Airport KK, kami terus pergi ke Marina Court Condominium And Resort. Sebenarnya kami sewa dua unit apartment, tapi masing2 taknak pergi ke unit satu lagi. So adik aku dengan isteri dan anak2 dia jer yang dok kat unit satu lagi tu... Yerla.. bukan apa... bukan selalu dapat berkumpul ramai2 adik beradik ni... tu yang kalau boleh berhimpit satu rumah pun tak apa.

Malam tu, aku ikut abg ijat dengan Long pergi cari lauk untuk kami buat barbeque kat Kundasang nanti... aduh... seronok betul tengok seafood kat sini.. segar2..










Hari Kedua ( 12/11/2019 )

Pagi-pagi lagi kami adik beradik perempuan bertungkus lumus kat dapur untuk siapkan sarapan sebelum kami gerak ke Kundasang. Untung jugalah ada Kak Long aku... dia lah ketua chef sepanjang kami kat Sabah... selesai bersarapan, kami gerak ke Kundasang... tapi sebelum tu kami singgah dahulu untuk ambil kereta abg Ijat di airport lama...

Bersesak jap dalam van... 

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bermula dari persimpangan Tamparuli, jalan yang kami lalui agak berbukit-bukit... Kepala aku agak tingtong sikit masa tu, nasib baiklah tak termuntah.. kalau tak naya jer.. hahaha

Oh ya! Sepanjang jalan ke Kundasang korang akan nampak kedai2 makan yang tertulis "Sinalau Bakas"  Hati2 ya bagi yang muslim... Sinalau Bakas tu Babi Hutan Salai... jangan pulak korang berhenti singgah... ngeeee!
Tempat kami berhenti rehat dan makan lebihan sarapan pagi tadi...

Sampai Kundasang, kami terus ke Desa Dairy Farm, Kundasang ... jemputlah baca kat entry tersebut. Aku terpaksa buat berasingan, kalau tak terlalu banyak gambar yang aku sumbat kat entry yang ni. Yang ringkasan je ni pun dah boleh muat satu album gambar.. Ngeeeeeeee!



Dari Desa Dairy Farm, kami terus ke Tagal Luanti Fish Spa .. masa yang diberi hanya 15 minit... Merah2 kaki aku dibuatnya... makin nakal ikan2 ni.. dulu masa aku datang kali pertama takder lah senakal ni... ( Masih tak nak terima hakikat yang kaki aku ni makin banyak sel2 kulit yang mati... sebab tu ikan suka gigit )



Perancangan asal sepatutnya kami ke Air Panas Poring, tapi kami ubah ke Sabah Tea .. Jalan nak naik ke Sabah Tea agak teruk jugalah... tapi terpaksa juga redah alang-alang dah terlajak.




Dah puas bergambar, kami check in di Mile 36 Lodge - Willie's Cottage ... masa sampai sini, hujan tengah lebat... nasib baik tak terlepas jalan....



 Malam tu, aku ikut abg Ijat keluar jap pegi Pekan Kundasang untuk beli barang sikit. Sempat jugalah aku singgah jap beli chiken wing yang pernah viral dulu... Sayap Ayam Madu Pak Ali... memang tersangat sedap lebih2 lagi sosnya tu.....



Dan malam tu aku tidur dalam kekenyangan.. RM30 aku beli, rasanya aku yang paling banyak makan (sebab masa aku balik dari beli tu, ramai anak2 buah aku yang dah tidur - so aku makan kan lah bahagian mereka tu.. tak elok membazir)


Hari Ketiga ( 13/11/2019 )

On the way nak turun ke Kota Kinabalu, singgah la kejap kat Taman Negara Kinabalu .. tapi tak masuk pun sebab nak cepat.. mak dengan abah tunggu kat kereta, diorang tak turun.. takperlah.. gambar kenang-kenangan kat luar ni pun dah ok...

Henpon canggih dah... tapi abg long aku amik gambar semua bergegar kat sini... alahai. pasrah jer la...

Turun bawah, sampai Tamparuli kami singgah di Rumah Terbalik dan 3D Wonders Museum ... kali pertama aku datang sini dulu belum ada lagi 3D Wonders Museum tu... so kami ambil pakej untuk masuk kedua-duanya sekali... alang2 dah sampai kan? Lepas ni tak tau lagi bila boleh sampai sini...



Balik dari sana, sebelum balik ke Marina, kami singgah makan di Warung Bandung .. first time makan nasi bakar ni.. boleh tahan jugalah dengan tempe hancur di tengah2 nasi tu... kiranya pengalaman baru juga la ni...



Petang lepas berehat, kami jalan2 ke Pasar Filipina untuk mencari kuih cincin, amplang dan lain2... Sebelah malam pula kami ke pasar malam depan pasar Filipina untuk mencari kerongsang dan rantai / gelang mutiara.


Lepas pergi Pasar Filipina, sementara tunggu Long dengan Abg Ijat pergi beli makanan, sempat la layan orang busking.. boleh jenguk kat youtube ni...














Hari Keempat ( 14/11/2019 )

Ke Pulau Manukan , kami chartered satu bot untuk bawa kami semua satu family ke sana... bestnya bila dapat bau air laut yang sangat menenangkan...


Parasailing - Aktiviti yang paling aku tunggu - tunggu. Kali terakhir aku buat kat Langkawi dulu.. Dan paling kami tak sangka, abah pun nak buat jugak dan dialah orang yang paling happy sekali dapat buat aktiviti ni. Bersemangat nak jadi yang pertama untuk terbang antara kami...



Petang lepas balik ke Marina, rehat2 then kami plan nak ke Bukit Kokol untuk menikmati sunset dari sana. Tapi dah ditakdirkan bukan rezeki kami nak ke sana, bila tiba2 ada eksiden yang menyebabkan trafik jem.. so kami tukar plan untuk lepak - lepak kat Tanjung Aru ...


Macam semalam juga, sambil2 tengok sunset, sambil2 layan orang busking... 
korang boleh tengok video busking tu kat bawah ni...

















Hari Kelima ( 15/11/2019 )

Hari ni hari terakhir kami kat Sabah.. takder plan nak pergi mana2, cuma mengemas barang2 jer... Cuma seawal pagi tu aku ikut abg ijat pergi Pasar Besar untuk cari seafood untuk di bawa balik ke semenanjung.

Udang apeni? Besar hoi! Tapi udang ni la yang abg aku belikan untuk mak...


Macam Belangkas! ( Sian belangkas.....)

Besar benor ikan ni... penuh satu bakul.. biasa jumpa yang kecik jer... memang tak la aku nak makan. hahaha








Balik2 rumah, terus sarapan... Lapar pulak lepas berjalan2 kat pasar tadi. 
Lepas bersarapan, Long ajak pergi mall depan Marina tu kejap. 
Ok. On!


Tetiba teringat kat BFF aku... dia kan orang Bajau... Tapi dia Bajau Laut... Takperlah.. beli jer...

Krik krik krik bila tengok harga sebutir mutiara ni... haha!



Ni kat belakang mall tu... 

Balik dari mall, kami terus siap2 bawak turun barang untuk gerak balik... Sebelum tu singgah makan dulu kat Mutiara Tom Yam.



Suka mak... apa ntah yang mak gelakkan.


Sepanjang kat Sabah memang makan seafood je.. 



Sampai Airport Kota Kinabalu, terus settlekan apa yang patut. Percutian kali ni memang sangat bermakna dan meninggalkan seribu satu kenangan buat kami satu keluarga.

Gedik kan... saja nak penuhkan passport tu. hahaha!

Selamat tinggal Kota Kinabalu... Selamat tinggal Sabah. Aku pasti akan kembali lagi...
InshaaAllah.

Selamat sampai KLIA 2. Ok. tu semua barang mama termasuk kotak kuih kat bawah tu dan periuk nasi.. hahaha!


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review