Sahabat

Halaman

12 November 2019

Desa Dairy Farm, Kundasang

By Dalia Hassan at Selasa, November 12, 2019

Assalamualaikum wbt...

Kali pertama aku sampai Kundasang beberapa tahun lepas, aku tak berkesempatan untuk datang ke Desa Dairy Farm ni. Tapi aku memang dah nekad satu hari nanti mesti aku akan sampai ke sini.. sebabnya.. Pemandangan yang seakan-akan berada di New Zealand  inilah yang membuatkan aku teringin sangat nak ke sini untuk mengabadikan gambar untuk kenang-kenangan. Almaklumlah, nak ke luar negara memang tak berapa nak mampu....

Dan untuk kali ni, aku memang dah pesan kat abang aku awal2 supaya Desa Dairy Farm ni dimasukkan ke dalam jadual lawatan kami. Cuma malangnya masa kami sampai, cuaca agak berkabus dan Gunung Kinabalu menghilang dari pandangan. Tapi takperlah... sis redha... yang penting aku dah sampai jugalah kat sana dan dah bau tahi lembu New Zealand tu.

Kat DDF ni aku sempat lagi menikmati ais krim segar dan susu segar. Sedap hoi. Anak aku siap minta untuk aku beli lebih, dia nak bawa balik ke rumah penginapan kami. Takperla nak... minumlah susu banyak2 biar cepat tinggi walaupun sekarang ni pun dah dekat nak sama tinggi dengan mama dia yang sememangnya kurang kalsium ni...

Oh ya! Waktu operasi Desa Dairy Farm ni adalah dari jam 8pagi - 5petang manakala waktu memerah susu setiap hari jam 3 - 5 petang, dan memproses susu pula pada setiap Selasa, Khamis, dan Ahad jam 10 pg - 2 petang. Tiket pula RM3 bagi dewasa warganegara dan RM5 untuk pelancong asing dewasa. Kanak-kanak pula masing-masing pada kadar RM1 (warganegara) dan RM3 (pelancong asing).















Aduh. Anak aku ni memang tak pandai amik gambar. Nampak gemuk! haha! 








1 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review