Sahabat

Halaman

21 Mac 2024

Status Blog #132

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 21, 2024 0 comments


Assalamualaikum wbt..


Aku sedang mencari kekuatan untuk terus bertahan disini. Di daerah yang jauh dari asalku. Menunggu urusan pertukaran, bagaikan menunggu buah yang takkan gugur.




Asal yang bertahan: 4


1. Menikam dari belakang. Walau apa pun alasan, yang terjadi tetap terjadi. Memaafkan, tapi aku tak lupakan.


Tinggal 3.


2. Awalan yang baik-baik. Balik umrah, terlihat perubahan. Terasa diri baik dan orang lain tidak. Nampak angkuh. Terlalu. Alasan hanya sebab aku tak bagi video percutian, langsung left group. Mungkin dia lupa berapa banyak gambar dan video aktiviti luar kami yang tidak diserah pada kami. Tapi bila aku? hmmmmm...


Tinggal 2.


3. Kadang nampak ikhlas berkawan. Kadang tak. Seorang yang palatao. Nampak ada masa cuba jatuhkan aku. Ya kami tetap berkawan, cuma ada had.


Tinggal 1.


4. Sumber kekuatan aku yang terakhir. Yang paling aku sayang. Yang jadi tulang belakang aku kat sini. Tapi siapa kita untuk kawal dia? Ada benda yang aku tak boleh terima. Ya salah aku sebab terlalu kawal dia. Tapi semuanya bersebab...


Tinggal 0.


Takperlah.. aku redha dan lepaskan semua.. yang pasti Allah tu sentiasa ada. Aku jer yang tak pernah berusaha untuk mencari Dia.

15 Februari 2024

Status Blog #131

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 15, 2024 0 comments

 Assalamualaikum wbt. 


Pagi ni aku rasa macam nak mencurah perasaan kat sini, walau dah sekian lama aku tak tulis apa-apa.. Sebabnya, aku rasa macam sedih sangat. Sedih yang dipendam sekian lama, kadang2 bila dia datang, memang susah nak kawal air mata dari jatuh.


Semakin lama motivasi aku semakin berkurang untuk hadir bekerja. Langsung tak sama perasaan tu macam dulu. Dulu aku happy, hari-hari datang awal.. Bukan setahun dua kekerapan aku sampai pejabat sebelum jam 7pagi, malah bertahun-tahun macam tu. Datang kerja dengan tahap motivasi yang tinggi, kadang aku sampai lagi awal dari anggota trafik yang akan bertugas di point. 


Tapi sekarang.. 


Entahlah. Susah nak cakap.




05 Februari 2024

Status Blog #130

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 05, 2024 0 comments

 


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review