Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Diet Atkins. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet Atkins. Papar semua catatan

26 Februari 2016

Day 13 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 26, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku bangun lambat! Adoila... baru ingat nak masak ikan salmon sebelum pergi kerja... biasa 5.05am aku dah terjaga.. paling lewat pun kul 5.15am... hari ni 5.55am baru aku terjaga... memang tak sempat nak masak apa la... penyudahnya aku bawak telur mentah jer pergi ofis.

Sampai ofis, macam biasa buat telur separuh masak... menu harian aku... ngeee! cuma lauk tengahari aku beli ikan goreng kat kantin. Ikan bilis goreng pun aku beli singgit kat kantin. Malam pulak aku belasah pecal tg.karang, beli kat pasar malam... tak tau la berapa carbs yang aku ambil hari ni... macam terlebih pulak... ngeeeee!

(menu telur separuh masak aku tak payah masukkan la... hari2 masukkan, sama je rupa.. haha!)

ikan goreng seketul

kudap kudapan

aku makan yang yg separuh ada sambal kacang tu... entah berapa la carbs yang aku telan ni...

tengahari tadi waktu rehat sempat la main ping pong dengan Sue.. bukan pandai main pon... saja je suka2..

On the way balik rumah tadi, jalan jem giler... dekat 2 jam perjalanan... lenguh! (eh! dah terkeluar dari topik)


25 Februari 2016

Day 12 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 25, 2016 0 comments

Okay... ni menu aku untuk hari ni pulak... semakin lama semakin ke laut dalam aku... malas nak masak.. hahaha

telur separuh masak lagi...


Mee konjac dan telur goreng.. aku makan separuh, sue makan separuh
 Untuk makan malam pulak, aku makan ayam goreng beli kat Mydin...

Makan dalam kete je... amik isi, kulit buang...
Hari ni aku tak pergi gym, tapi aku join diorang main ping pong... berpeluh sehh!



Day 11 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 25, 2016 0 comments
Assalamualaikum...

Reinduction hari kesebelas... Kesibukan melanda... hehe.. semalam punya menu baru hari ni aku nak upload... bolehla.. hehe




Untuk dinner, aku makan ayam masak blackpepper. Tapi oleh sebab kelaparan melanda, aku terlupa nak snap gambar.. hehe.. abis keje aku terus ke Anna Fitness 23.. main gym dan berzumba...


Errrr... berzumba aku join dalam setengah jam je... pastu aku main gym.. hehe

24 Februari 2016

Day 10 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 24, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam agak sedikit frust sebab pagi2 timbang tengok berat takder penurunan. Statik. Alahai.... apa salahku... isk isk... bila fikir fikir balik, oh ya memang aku ada makan sayur bayam yang beli kat kantin semalam... sayur bayam tu memang sedap, terasa ajinomotonya... ajinomoto memang boleh menyebabkan berat kita statik jer.  isk isk.. tapi tak apalah... benda yang lepas usah dikenang...

Ok. Ni menu aku hari ni. Harap2 ada la penurunan... aminnn..

Telur separuh masak, black pepper dan kicap mudim... kicap mudim ni carbs dia rendah sikit berbanding dengan kicap2 yang lain...

ikan kukus.. aku tak tau la lepas ke tak carbs dia ni... harap2 lulus la...

ikan cencaru bakar... errrr... sebenarnya kuah asam tu memang confirm la tak lepas sebab ada asam jawa dan gula.. tapi ambil saja buat jamah2 sikit (degil).. eh! tapi aku tak makan la sambal tu sampai abis.. sekadar cuit2 jer...


21 Februari 2016

Day 8 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 21, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ke 8 aku beratkins. Dah ada perkara perkara yang aku boleh kawal. Nafsu makan.
   
         Contoh : nampak epok epok jual kat cafe UTM, aku tak tergoda dah. Kalau tak sebelum ni pantang nampak epok2 yang gebu, terus meleleh air liur. Hahaha!

 Ok. Dipendekkan cerita, ni la menu aku hari ni. Breakfast dan lunch aku makan telur rebus jer. Asalnya telur rebus tu aku nak buat untuk breakfast jer, then tengahari aku ingat nak beli ayam goreng ke ikan goreng ke kat cafe UTM Space tu... tapi memandangkan bekpes pun aku makan sebiji je, so lagi 2 biji tu aku buat untuk lunch jer la. Alhamdulillah. Tetap kenyang. Aku bukan apa, tak ada mood nak makan sangat, perut pun tak lapar. Yang aku lapar sekarang adalah lapar tidur. Ya. Aku tak cukup tidur. Mata aku dah macam panda dah.

Balik kelas singgah Giant Kota Damansara jap beli barang dapur. Sampai rumah dalam  pukul 3. Memang teruja sangat bila nampak katil. Aku terlelap sampai pukul 6ptg kut. Mujur tengah MC dari solat. Bangun bangun tidur jer, baru la perut ni berbunyi minta isi. So aku masak la ikan salmon. Tu yang paling ringkas, cepat dan mudah. Tak sampai 10 minit dah boleh makan...




Ok. Tu jer nak cerita..

Daaaaaaaaaaaaa!

Hasil Ber Diet Atkins Selama Seminggu

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 21, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Seperti yang aku bagitahu semalam, hari ni aku akan bagitahu hasil aku berdiet atkins selama seminggu ni.. mungkin penurunan ni tak sebanyak orang lain, tapi aku tetap bersyukur dalam tempoh bendera merah berkibar di angkasa pun, penurunan tetap berlaku walau tak banyak.

 Tapi penerimaan badan masing masing tak sama. Ada setengah orang, walaupun dia mengamalkan pemakanan diet yang sama dengan kawan yang lain, tapi hasil tetap berbeza. Mungkin yang seorang turun banyak, dan mungkin yang lagi seorang tiada penurunan / statik. Jangan risau, korang konsisten jer berdiet. Walaupun penurunan berat badan tak berlaku, tapi inchloss tu ada. So korang jangan stresss, jangan tak cukup tidur, jangan berlapar, kerana yang ni pun akan memberikan kesan kepada hasil penurunan berat badan. Yang paling penting sekali, kenali badan anda.

Ok. Ini adalah hasil aku beratkins selama seminggu dengan menu makanan yang hampir sama setiap hari. Kadang kadang terbabas juga dengan godaan makanan luar. Haha




 Total penurunan hasil dari 7 hari berdiet atkins adalah 4.7kg. Harap2 aku mampu meneruskan perjuangan ni sampai aku capai target berat yang aku nak. In Shaa Allah. Amin.






20 Februari 2016

Day 7 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 20, 2016 1 comments

Assalamualaikum... diam tak diam dah seminggu aku dalam induksi semula diet atkins. Ada lagi seminggu untuk aku abiskan induksi ni. Harap-harap berjaya la turunkan seberapa banyak kilo lagi. In Shaa Allah...

Tapi dalam seminggu ni nakal juga aku, berapa kali aku cheat. Aduh. Makan karipap, curi2 makan kek ( walau secubit). minum ice blended (walau seteguk). Tapi mujurlah berat masih turun, walaupun tak banyak... ngeeee!

Ok. Ni menu aku untuk hari ni... macam biasa, lebih kurang sama jer.. korang jangan pulak kecam yaa... minggu ni memang tema aku 'ayam'... haha! senang. beli sekor ayam, bagi2 je untuk seminggu punya bahagian. hahaha! Minggu depan mungkin tema ikan pulak... kekeke! apa-apa pun bergantung kepada tahap kerajinan aku nak masak. Kalau tak rajin, aku beli jer la....

 Pagi tadi aku kerja. Agaknya badan kepenatan sebab beberapa hari berturut2 ada aktiviti kecergasan, so sarapan aku memang tak bersentuh.... tapi dalam pukul 12 baru aku selera nak makan... mujurlah perut aku tak berbunyi lapar. Kalau tak mesti berikan kesan pada diet aku... hehe.. balik keje kul 12 lebih terus bergegas ke UTM Space KL sebab aku ada kelas kul 2... masa driving sempat aku membayangkan makan mee bandung muar. Alahai sedapnya....

 Dalam kelas pulak tadi, aku makan seaweed. Kawan2 sekelas aku dah tau dah, aku ni tokey seaweed buat diorang dari sem2 sebelum ni lagi. Diorang pun sama tumpang makan sekaki.. ngeeee!

 Habis kelas dalam kul 6.30pm. Tapi aku tak risau pasal makan malam dah sebab ayam aku tak berusik pun lagi. Makan tu je la, buat apa nak membazir, kan?

Imaginasi... makan mee bandung muar... haha!





Alia: In Shaa Allah esok aku akan bagitau berapa penurunan berat badan aku dalam masa seminggu ni...

19 Februari 2016

Day 6 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 19, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Dah masuk hari ke 6 aku dalam induksi diet atkins ni. Lauk lebih kurang macam yang sebelum sebelum ni je, tak ada yang menarik pun. Pastu hari ni diet aku tercalar lagi... 2 biji aku bedal karipap. Bila suapan yang terakhir selamat masuk ke perut, baru aku rasa bersalah yang amat...

Ok. Korang pun jangan kecam aku ya.. ni la menu aku untuk minggu ni. Sama jer... senang...

Yang buatkan aku kecewa skit arini, pagi2 lagi tengok bendera berkibar di angkasa... confirm berat tak turun sepanjang bendera berkibar ni. Adoi. Tu yg aku makan karipap 2 biji tu...



Untuk dinner aku beli kari ayam tanpa kuah je tadi... makan lepas aku turun dari mendaki Bukit Gasing. Semput weh aku mendaki.. tapi seronok!

18 Februari 2016

Day 5 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 18, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni kat tempat kerja aku ada program gaya hidup sihat. Senamrobik start pukul 6.45am... so, memang aku tak masak la untuk bekalan aku kat ofis nanti. Tak larat plak, petang semalam pergi zumba, so malam tadi memang tidur lena la... nak bangun pagi pun rasa malas apatah lagi nak masak.

So... lepas senamrobik tadi bff aku kata OC ajak makan ramai2 kat restoren Maju Maju. Ermm... sarapan kat sana jer la...

Ni la menu sarapan aku hari ni... telur separuh masak... dan ketiga2 gelas kat belakang tu akulah yang empunya... sekali minum je abis 3 gelas air suam. Sedapppp... haha!

Asalnya ikan goreng ni aku beli untuk makan tengahari... tapi tadi tengahari aku tergoda dengan sayur peria goreng yang kantin jual. So aku bedal peria tu walaupun aku tak pasti kandungan carbs dia banyak mana. Pasrah je la. Lagipun aku beli dalam rm1.50 jer... takder la banyak sangat tapi kenyang... akhirnya si ikan goreng 2 ekor ni aku buat menu makan malam...

 Ok. Gambar gambar kat bawah ni gambar aktiviti senamrobik kami pagi tadi... semput mak! Esok IPD SJ anjurkan program hiking pulak kat Bukit Gasing. Harap2 badan aku tak sakit2 la esok.. hehe!



17 Februari 2016

Day 4 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Rabu, Februari 17, 2016 1 comments

Assalamualaikum...




Hari keempat aku beratkins.. setakat ni Alhamdulillah.. aku tak teruja tengok makanan yang dihadapkan depan mata aku. sebenarnya itu petanda yang baik.. hahah!

Menu hari ni kurang sayur plak.. plan petang lepas balik keje nak masak sayur kangkung, tapi lepas balik dari zumba rasa penat sangat. Akhirnya makan ikan bilis tu je la...





Kawan aku tanya, tak muak ke makan ayam hari2? Aku jawab, selagi tak muntah, bedal jerrrr! Haha!
 
Ni tempat aku berzumba petang tadi... peluh tak henti keluar. Syiokkkk!



16 Februari 2016

Day 3 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 16, 2016 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ketiga beratkins semula. Alhamdulillah. Ada penurunan berat badan. Walaupun masih jauh untuk mencapai sasaran, kita redah jer...

Menu aku hari ni lebih kurang jer macam menu semalam. Hari hari ayam. Kekeke! Selagi tak termuntah, layan jer la... eh! cuma untuk menu lunch tadi, aku beli sup tulang (lupa nak ambik gambar) Tapi sup dia aku tak makan, aku makan isi dia jer...seram jugak sebenarnya, sebab biasanya (pasti) diorang akan letak ajinomoto dalam masakan. Pasrah jer la. Harap2 esok tetap ada penurunan kilo. Aminnn..



 Menu yang hampir sama macam semalam... haha! Takperla... yang penting, masih boleh diterima oleh encik tekak. Selagi encik tekak kata ok, selagi tu kita bedal...

Haha!


Day 2 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 16, 2016 0 comments

Assalamualaikum...

Semalam adalah hari kedua aku dalam cabaran Diet Atkins. Alhamdulillah memang ada penurunan dan harap harap penurunan berat ni berterusan sampai mencapai sasaran yang aku nak.

Hehe.

Menu Sarapan 


Sebelum ditimbun dengan lettuce...

Menu Lunch


Menu Dinner

Ni aku beli kari ayam... tapi aku tak ambil kuah, ambil ayam jer.. pasrah jer la dengan harapan carbs tak berapa tinggi...





14 Februari 2016

Day 1 : Re-Induction Diet Atkins

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 14, 2016 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Singgah menulis sebentar di blog kesayangan, sekadar membakar semangat aku untuk menempuhi hari hari mendatang dalam menjalani DA...

Menu untuk hari pertama re-induction DA... harap2 usaha ini berterusan sehingga mencapai matlamat yang aku inginkan... In Shaa Allah... Aminnnnn...

    Menu Sarapan
(Mee Konjac Goreng & Telur Goreng)


Menu Lunch & Dinner
(Grilled Salmon With Lemon)


13 Februari 2016

Nak Diet Jom Diet!

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 13, 2016 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Lama dah aku tak berdiet... sekarang ni kuat betul selera makan aku.. aduhai la mama.. kenapa ko jadi begini.. 6kg naik dalam masa 2 minggu.. hebat. Sangat hebat. Hebat sampai nak menangis rasa....

Kali ni aku betul betul insaf. Mulai esok aku kena buat semula Diet Atkins... aku kena kental.. kena kuat semangat macam mula mula aku beratkins setahun yang lepas.

Aku nak kurus!
Aku nak kurus!

Ya! Aku nak kurus!

Nampak gayanya, aku terpaksa buat macam dulu. Aku akan update apa menu yang aku makan selama dua minggu, setiap hari. Bukan nak menunjuk, tapi untuk membakar semangat aku agar lebih rajin lagi untuk ke dapur. Supaya aku tak rajin untuk beli makanan luar yang entah apa bahan2 yang digunakan...

Ok kali ni aku serius. Benar benar serius. Takder yang tak serius melainkan yang serius serius belaka. Dan untuk esok hingga jumaat, aku dah sediakan menu untuk lunch dan dinner. Untuk sarapan mungkin aku boleh gunakan stok konjak aku yang masih berbaki lagi. Atau aku hanya makan telur saja untuk sarapan... harap tak muntah.

Ini adalah misi menu untuk menurunkan 12kg berat badan. Sebarang usaha untuk menggoyahkan semangat aku tidak akan dilayan. Jika anda berniat begitu, sila main jauh jauh dari insan yang bernama Dalia Hassan. Sesungguhnya anda sangat tidak diperlukan dikala ini. *wink*

Ni menu untuk esok... Ahad.. dua keping terus.. sekeping tak cukup.. haha!

Dah siap perapan ayam untuk Isnin sampai Jumaat. Cuma tak tahu lagi nak masak apa.. mungkin grill, kukus, goreng atau apa apa yang terlintas di fikiran...

20 Januari 2016

Diet Atkins : Setahun Bersama Atkins

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 20, 2016 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar hari ni dah setahun aku mengamalkan diet atkins. Errrr... sebenarnya kalau ikutkan, tiga bulan pertama jer aku betul betul ikut Diet Atkins ni, lepas tu aku kelaut dalam... cuma aku control makan agar berat aku tak naik banyak. Apa yang aku buat, kalau berat aku naik sampai 3-4 kg, aku akan diet semula dalam seminggu, lepas tu confirm turun balik 4kg.. bila dah turun, aku makan semula apa yang aku nak makan... bila berat naik, aku diet semula... dan begitulah seterusnya... teruk kan aku??? awal awal diet je aku bersemangat waja, memang takder nafsu nak makan karbo karbo tu. tapi sekarang, pantang nampak roti, kek, nasi, kuih muih.. rasa nak makan jer semua tu...

Cuma ada sekali tu berat aku naik sampai 7kg.. apa taknya, balik kampung tengah musim buah rambutan, memang aku melantak sungguh sungguh buah rambutan tu. Balik Subang, timbang berat... ya Allah.. 7 kg naik.. dan dan terus diet.. tp seminggu lebih jer. bila dah turun semula 7kg, aku stop diet. Ishhhh.. padahal kalau ikutkan aku masih gemuk lagi ni, belum kurus lagi. 10kg lagi kena turun kalau aku nak dapatkan berat ideal... tapi... entahlah! aku pun tak tahu bila aku nak insaf ni.. alasan yang aku selalu bagi, kalau aku kurus, terpaksa pulak beli baju baru, sebab baju yang sedia ada ni pun dah besar dah.. hahahah! poyo!

Ok azam aku. Balik dari bercuti dari Langkawi minggu depan, aku nak start semula diet atkins ni untuk dapatkan berat badan ideal, sesuai dengan ketinggian aku ( errr... kependekan sebenarnya) Dan semalam aku dah beli stok Konjac... lepas ni kalau rindu nak makan mee ke nasi ker, dah boleh makan dah tanpa perlu menahan nafsu. hehe!



Ni aku sebelum ber Atkins... lepas bersalin anak pertama, memang berat naik mendadak...  macam2 ubat kurus aku makan, termasuk berabis duit kat London Weight Management... tapi poket je yang kurus, badan tetap gemuk...

ni masa walkathon kat IPD aku.. masa ni berat badan aku cecah 90++kg... gemuk giler... aku pun malu nak tengok. haha!
hasil selepas setahun  berdiet atkins. takder la kurus, tapi sekurang kurangnya kecik sikit la dari bentuk badan sebelum... haha! Hujung bulan ni akan cuba start DA semula untuk kurangkan lagi 10kg. In Shaa Allah... Aamin.

(errrrr... gambar ni fefeeling ala ala Kajol dalam filem Dilwale. Sila jangan muntah yer... haha!)

kecik la sikit dari dulu.. walaupun masih bawah kategori overweight.. hahaha!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review