Sahabat

Halaman

09 Disember 2018

Hiking @ Bukit Batu Beras, Jelebu

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 09, 2018

Assalamualaikum wbt

Misi menerjah bukit kali ni... Bukit Batu Beras yang terletak di Kampung Bemban, Jelebu Negeri Sembilan. 

Mempunyai ketinggian 635mdpl ataupun 2083kaki, bukit ini boleh dikatakan 80% adalah trek mendaki dan 20% adalah landai. Namun begitu, trek ni pada aku antara trek yang agak mudah dan bagi hiker padu (bukan aku), perjalanan untuk sampai ke anjung Bukit Batu Beras ni hanya memakan masa selama 30 minit sahaja dari kaki bukit.







Dari kampung Bemban, kami menaiki hilux (dan sebahagian besar dari kami menaiki lori) yang telah disediakan oleh organizer. Kami awal2 lagi dah chop untuk naik hilux memandangkan lori itu agak mengerikan bagi kami (bukan la ngeri sangat pun, cuma tak sanggup nak panjat belakang lori tu)...




Pada aku, powil yang kami naiki pada aktiviti kali ini adalah powil yang paling sopan dan aman yang pernah aku naik setakat ni... Almaklumlah... banyak pengalaman naik hiking masuk hutan, kebanyakannya menyeksakan dan me-menyesalkan kami yang naik ni. hahahah (adoi ada ke maksud me-menyesalkan tu// haha)
Bacaan doa sebelum memulakan pendakian.

Memulakan pendakian
View dari anjung Bukit Batu Beras

Dan bermulalah aksi-aksi bergambar...


Geng outdoor Subang Jaya



ada ni ha... kat sebalik lalang gandum...
Aummm... cakkkkkkk!


Gua apa ntah lupa nama...
Apa yang menarik, masa turun dari Bukit Batu Beras, kami dibawa bersiar-siar di sawah bendang. Bagi aku yang jarang jumpa sawah ni, memang excited sangat-sangat la... menghijau mataku... indah betul pemandangan..


Ni geng2 yang naik lori...
Panas lit lit baq ang!
Ada pulak penguin sesat atas powil ni...
Jakun hoi!
errrrrrrr (perut ke tayar tu??)
Rindu wehhhhh!

Ni la sedikit pengalaman dan gambar aku masa hiking kat Bukit Batu Beras. Pemandangan sangat cantik.. tak menyesal pergi sana walaupun perjalanan kami dari Subang memakan masa yang lama untuk sampai ke Jelebu.

3 comments:

Unknown berkata...

Terbaek...boleh repeat

Unknown berkata...

Ada penampakan Along TT dlm tu ha ha

Dalia Hassan berkata...

hahahaha!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review