Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

05 Disember 2019

( Resepi ) Mozarella Corndog Viral

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 05, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sebelum ni aku pernah teringin nak makan corndog viral ni, tapi nak beli rasa macam sayang pulak kat duit tu... google punya google resepi, aku pun buatlah sendiri. Puas hati dapat makan banyak kali...

Bila tunjuk kat anak2 aku yang tinggal jauh kat Kota Tinggi dengan asben aku, diorang pun teringin jugak.. so asben aku buatkan juga.. malangnya asben aku buat, hancur... tapi diorang makan juga la...



video kat atas ni saja aku menyakat diorang... saja nak bagi diorang terliur tengok corndog yang mama buat ni...
haha!


Cuti sekolah diorang balik Subang, hari pertama je terus request nak makan corndog.. oklah sebab dah janji, layankan aje laaaa...


So resepinya sangatlah mudah... berbaloi la kalau buat sendiri... kalau nak beli yang dah siap masak, harganya agak mahal. Kalau ada yang murah pun, mozarella cheese nya pun sikit sangat.. tak puas makan...

Resepi Mozarella Corndog

Sosej
Keju Mozarella
2 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Susu penuh krim
2 Sudu Baking powder
Lada hitam
1 Biji Telur
Garam
Gula (Aku guna stevia)
Serbuk roti / Mamee / French Fries 

Bahan-bahan yang aku gunakan.. lupa nak ambik gambar telur

Potong2 sosej dan mozarella... Lepas tu jadikan macam dalam gambar ni.. tapi tak semestinya korang buat macam ni.. mozarella tu korang boleh juga potong pendek-pendek lepastu selang selikan dengan potongan sosej...

Bekukan dalam 20 minit... Then tabur sikit tepung gandum. Jangan tanya tanya aku apa motif tabur tepung ni sebab aku pun tak tau... Follow je kata-kata dari pakcik google.

Ni hasil dari bancuhan tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk penaik, dan susu segar. Then aku tambah serbuk lada hitam sikit. Terpulanglah kat korang nak letak ke tak.. ikut selera masing-masing.

Untuk salutan, aku pilih mamee dengan bread crumb.

Sesi menggoreng...


Hasilnya... abaikan jer la mayonis yang menggedik tu.. silap teknik pulak...
Ngeeeeeee!






01 Januari 2019

( Resepi ) Puding Karamel Tersedap

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 01, 2019 0 comments

Assalamualaikum gais.

Aku nak share satu resepi kek karamel yang sangat sedap. Selembut taufufa. Aku dah banyak kali buat dan ianya sangat lazattttt. Sekali makan pasti nak lagi dan lagi...

Resepi puding karamel yang ni memang takder langsung bau hanyir telur. Senang cerita, korang try la buat sendiri baru korang tau camana...

Ni resepinya...

Resepi Puding Karamel Tersedap

Karamel

Masukkan 4-5 sudu gula pasir ke dalam loyang, 
letak atas dapur gas, kacau sehingga gula perang. 
Dah perang ketepikan. 

Puding

3 biji telur
2 butir kuning telur
400ml susu segar
4 sudu gula pasir
Esen Vanilla

Caranya campurkan kesemua bahan tu, Kacau sampai semua sebati.
kacau perlahan-lahan jangan sampai berbuih.
Kalau berbuih, nanti puding kita banyak lubang.
Tak cantik.

Lepas tu tapis.
(Untuk mendapatkan tekstur puding yang lembut dan tak berketul)
Then masukkan ke dalam loyang yang ada karamel tadi,
bakar menggunakan kaedah stim bath dengan suhu 200 selama 40-50 minit.


Ok then. Daaaaaaaa!

17 Disember 2014

( Resepi ) Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam Paling Mudah

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 17, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku nak share skit pasal ikan cencaru bakar dan air asam yang aku biasa masak. Resepi yang ringkas tapi sedap.

Ikan cencaru bakar ni merupakan ikan bakar paling senang nak buat.Bersihkan ikan kemudian bakar.  Tak perlu garam. tak perlu kunyit. tak perlu bahan lain. (abaikan je la sayur2 tu sebab sayur2 tu lebihan aku buat sandwic sebelum tu)
Air asam. Hanya potong, cili, bawang, bunga kantan, kemudian curahkan air asam jawa dan juga gula..  (abaikan juga bekas yang aku  guna tu.. malas nak letak kat bekas cantik.. kekeke!
ok. ni jela menu aku. tanpa nasi. maklumlah aku tengah diet ni.. (diet la sangattttt)

19 September 2014

( Resepi ) Tempe Goreng Dan Sambal Kicap

By Dalia Hassan at Jumaat, September 19, 2014 0 comments

Kalau dah Johor tu Johor lah jugak... Sambal kicap memang tak tinggal..

He he he..

Al kisah petang tadi aku pergi IPK sebab nak settle kan skit perkara... Memandangkan aku pergi pun dah petang, memang aku tak plan pun nak masuk opis semula... Tak sempat...

So dari IPK aku terus je la balik rumah... Dalam perjalanan tu tetiba je rasa macam nak makan tempe goreng cicah sambal kicap. Peh! Lama tu tak makan.... Apalagi.. Singgah la kedai runcit beli tempe...

Sampai rumah, terus bancuh tepung untuk goreng tempe ni...



Goreng tempe ni senang jer...

Bancuh tepung gandum, garam, serbuk kunyit dan biji ketumbar. Biji ketumbar tu tumbuk dulu tapi jangan sampai hancur. Biar je berbiji biji tu, bila tergigit boleh menambahkan rasa enak tempe tu...

Tak percaya cubalah!

Bagi sambal kicap pula, ada pelbagai versi yang boleh kita ikut. Terpulang pada citarasa masing masing..

Yang ni resepi sambal kicap ikut versi aku..

Resepi 1.

Bawang putih, bawang merah, dan cili api digoreng dulu. Kemudian masukkan dalam blender bersama sama gula dan kicap. Campur air sedikit. Blend. Keluarkan dari blender.. Siap!

Kalau ikut resepi yang ni TIDAK perlu tambah belacan atau air asam jawa atau perahan limau. Dah cukup rasa dah. Tapi kalau korang nak tambah, takde masalah... Ikut citarasa masing2...

Resepi 2.

Tumbuk bawang putih dan cili sampai hancur. Masukkan gula kemudian masukkan kicap.. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam mangkuk. Kemudian perahkan limau kasturi. Siap!

Aku lebih suka resepi 1. tahan lama sikit kalau simpan..

Sekian...
Daaaaaaaaaa!

10 November 2013

( Resepi ) Murtabak Cream Crackers

By Dalia Hassan at Ahad, November 10, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Dan apabila kerajinan melanda... terjadilah satu lagi menu petang yang pertama kali aku cuba.. resepi dapat dari Kopral Adam.. walaupun tak dapat lengkap (sebab dia pun tak tau sangat, bini dia yang buat) tapi bayang2 dari dia memang aku dah dapat tangkap...

So... inilah hasilnya... Murtabak Cream Cracker... Bekas yang pertama aku bakar lama so isinya agak kering tapi sedap dan bekas kedua aku kurangkan skit waktu bakar untuk bagi rasa yang lembap dan tentunya sedap... macam makan lasagna pun ada... hehehe!

sedar tak sedar aku yang tengah diet ni boleh makan sampai separuh... aptb! hahah

Update :

Ok.. ni aku bagi resepi.. resepi yang ni aku ambil dari blog Dapur Usang ... lebih kurang cuma aku adjust skit ikut apa bahan yang aku ada jer...


MURTABAK CREAM CRACKER

500 gm biskut cream cracker yang tak bergula
500 gm daging kisar
500 gm bawang besar dipotong dadu kecil
5 biji cili merah dipotong bulat kecil2
5 biji cili hijau di potong bulat kecil2
$1 daun sup bawang di potong kecil2
6 biji telur grade A
300 gm susu segar akak gunakan magnolia dlm kotak
sedikit garam
Loyang 8x8 inci di sapu butter Alaskan dgn aluminium foil seluroh Loyang

Bahan kisar

3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan rempah kari daging

Cara

1 Panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar ditumis hingga naik bau
2 Masukkan 1/2 cawan air digaul rata kemudian tarukkkan daging kisar,bawang dadu ,cili,dan garam jika kurang air tambahkan agar daging dapat empok,masak lah hingga kering sedikit air nya
3 Perlahankan api lalu masukkan daun sup bawang gaul rata baru matikan api diamkan hingga sejuk sedikit
4 Pecahkan 6 biji telur pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan
5 Bahagikan adunan pada 3 bahagian
6 Masak susu dalam bekas hingga mendideh dan perlahan kan api yang paling kecil

Cara menyusun biskut

1 ~ Ambil 9 keeping biskut masukkan dalam susu panas sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak sunsun dalam Loyang hingga penuh permukaan Loyang tuangkan adunan daging yang pertama ratakan

2 ~ Kembangkan 9 keping lagi biskut kedalam susu dan sunsun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata

3 ~ Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai tekan2 keseluruh bahagian agar campuran telur naik dipermukaan biskut

4 ~ Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu

5 ~ Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawi redai keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di hidangkan

24 April 2013

( Resepi ) Agar-Agar Milo Lapis Oreo

By Dalia Hassan at Rabu, April 24, 2013 5 comments
Assalamualaikum...

Tadi dalam pukul 8pm aku ternampak resepi ni di facebook sorang kawan... dan dan tu jugak aku bersemangat nak buat dan terus kuar pergi kedai beli barang..

Tarraaaaaaaa.... kejap jer dah menjadi...


dannnnnn... kejap je dah abis...

pssssstttt... kalaulah selalu macam ni, lupakanlah niatku untuk kurusssssssssss...  apa pun tak boleh!

Resepi :

Bahan-Bahan


10g Serbuk Agar-Agar

750ml Air

160g Gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)

1 tin ( Susu Cair

3/4 cawan Serbuk Milo

1 bungkus Oreo - setiap sandwich oreo dipotong 2 bahagian.

Cara-cara:

Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut. Masukkan susu dan kacau sebati sehingga mendidih.

Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam acuan. Panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku.

Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.

Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

Biarkan membeku di suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

29 Mei 2011

( Resepi ) Kek Batik

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 29, 2011 0 comments
Assalamualaikum.....


Takde benda aktiviti hari ni, blogwalking and terjumpa resepi kek batik ni kat blog resepi anak ibu... oleh sebab barang semua lengkap ada kat rumah, maka aku pun try la buat.... 1st time buat kek batik ni...sedap... memang sedap... macamana nak diet ni? haha!


My asben sampai menjilat jari dengan kesedapan coklat yang memang lazat tak hengat... hehehe!


Bahan2nya:


3 cawan vico

1 cawan butter
1 cawan susu pekat
250gm biskut marie



Cara2nya:




1) Campurkan vico,butter dan susu - gaulkn hingga sebati
panaskan adunan tadi dgn api perlahan sampai adunan
betul2 berkilat.




2) Tutup api masukkan biskut dan di gaul rata..
sebelum tu,biskut mestilah di patah2kan trlebih dulu.

3) Selepas tu masukkan adunan ke dalam loyang yang siap
di alaskan dgn plastik..kemudian di tekan2 supaya padat.

4) Simpan sebentar dlm peti sejuk.. kemudian... potong2 dan ngap!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review