Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Bola Tampar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Tampar. Papar semua catatan

03 April 2019

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019

By Dalia Hassan at Rabu, April 03, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari ni bermula lah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019. Bagi team wanita, perlawanan diadakan di Persada Plus manakala bagi team lelaki di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Game tahun ni aku memang sedikit frust disebabkan kaki aku masih bengkak akibat daripada kemalangan motor Sabtu lepas masa balik dari training bola tampar. Serius aku frust sebab tak dapat bantu team aku masa game walau sekejap.

Setiap kali nak game bola tampar, mesti ada dugaan buat aku. Dan kali ni aku buat keputusan nekad, inilah game terakhir bola tampar aku. Lagipun aku tengok anggota2 baru ramai yang boleh main. Dah sampai masa untuk aku undur diri dan hanya fokus pada pingpong je.

Aku harap untuk game kali ni kawan2 aku dapat buat yang terbaik dan berjaya melangkah ke peringkat yang terbaik. Aku hanya mampu bagi semangat dari tepi gelanggang je. Tu je yang mampu aku buat sekarang ni.

Okay gais. Untuk game esok menentang Shah Alam selaku juara bertahan, aku harap korang berjuang sehabis baik sebab aku yakin korang memang mampu. Go go chaiyokkkk!





01 November 2018

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2018

By Dalia Hassan at Khamis, November 01, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Baru nak update cerita pasal Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2018 yang berlangsung di Shah Alam (walaupun tahun ni penganjur adalah IPD Sepang) pada 28 - 31 Oktober 2018.

Tahniah buat IPD Shah Alam yang sapu bersih dua-dua kategori lelaki dan wanita, serta pembawa sepanduk (pelikat) terbaik.

Ni aku masukkan la sikit-sikit gambar dari training, friendly match dengan hari game sekali dalam satu entry....





Alhamdulillah rezeki aku kali ni... ada orang sponsor aku dua pasang kasut. Syukur... syukur Alhamdulillah...








Kulit hitam terbakar. Entah berapa bulan la nak cerahkan semula ni. Adeh!

10 September 2016

Kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2016

By Dalia Hassan at Sabtu, September 10, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...


Berakhir sudah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2016 yang berlangsung pada 6 - 8 September yang lepas di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Banyak betul kenangan manis kali ni. Haha.. Kadang kadang aku tersenyum sorang bila teringatkan gelagat kawan kawan aku ni, lebih2 lagi si Intan, budak cawangan persenjataan. Tak sangka aku dia tu jenis gila2. Memang tak kering gusi dibuatnya...

(Banyak lagi aku nak cerita, tapi tak cukup masa. sekarang ni pun curi2 masa dalam kereta tengah menghadap jem nak balik ke kota tinggi... in shaa allah ada masa nanti aku cerita pengalaman aku kat sana)










10 Ogos 2015

Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 10, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada 3 - 5  Ogos aritu bertempat di Seksyen 19 dan Seksyen 4 Shah Alam telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor.. Macam biasa la... aku pun menyibukkan diri sertai kejohanan bersama2 team IPD Subang Jaya.. Teruk kan aku? baru je keguguran, sibuk nak main bola tampar... tapi untuk kejohanan kali ni, aku jadi simpanan jer.. takut nak lasak2 sangat.. takut bentan.. kekeke! (tau takut..)

Mungkin bukan rezeki kami untuk dapat tempat tiga teratas... tapi tak apa, sekurang2nya kami dah perbaiki sedikit tangga kedudukan. 

Game 1 : IPD Subang Jaya kk IPD Kajang 
Game 2 : IPD Subang Jaya mng  IPD Klang Selatan 
Game 3 : IPD Subang Jaya mng IPD Gombak 

Suku Akhir : IPD Subang Jaya mng IPD Shah Alam
Separuh Akhir : IPD Subang Jaya kk IPD Kuala Selangor
Penentuan tempat ke 3 dan ke 4 : IPD Subang Jaya kk IPK Selangor

Kami dapat tempat ke 4... 


bersama Mak Ita



selfie saja.. hahaha!








dina wat muka comel..

wajah ceria kanak2 sekolah... (veteran)

alamak! 'si dia' di depan mata... hahahah! yang baju putih tu, ex SIO kami.. sekarang dia bertugas sebagai Ketua Bahagian  Ketenteraman Awam Sg Buloh...









ok. ternyata aku paling pendek. sekian.



gambar kenangan bersama tuan OCPD kami, Tuan Yahaya

Jejaka2 tampan IPD Subang Jaya


tu je la serba sedikit kisah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2015... In Shaa Allah ni tahun terakhir aku main bola tampar, lepas ni bagi peluang pada budak2 muda pulak menerajui team IPD Subang Jaya. Mana tahu diorang boleh melakar sejarah IPD Subang Jaya pada kejohanan akan datang.. In Shaa Allah....

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review