Sahabat

Halaman

24 April 2016

Status Blog #89

By Dalia Hassan at Ahad, April 24, 2016 0 comments

"Tak dapat tengok orang, dapat tengok kereta pun jadilah"

~Ayat yang telah menyedarkan aku sesuatu dan kembali berpijak dibumi yang nyata. Terima kasih.

23 April 2016

Hiking @ Bukit Saga, Ampang Selangor

By Dalia Hassan at Sabtu, April 23, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...



Hari ni kami Geng Outdoor Subang Jaya, telah selamat ber hiking di Bukit Saga, Ampang. Pada asalnya kami plan nak ber canopy walk kat FRIM... rupanya trek untuk canopy walk tu ditutup buat sementara waktu. Tu yang kami plan untuk ke Bukit Saga.



Aku gerak dari rumah lebih kurang jam 7am sebab dah janji dengan diorang nak berkumpul kat IPD dalam kul 7.30am... Lebih kurang kul 8 baru kitorang gerak ke Bukit Saga, melalui KESAS dan masuk ke MRR2.



Beria guna Waze, almaklumlah masing2 pun first time nak ke sana, masih tak tahu nak ikut jalan mana. Sampai2 jer kawasan sana, lorrrrr... tak jauh dari Taman Bukit Teratai rupanya... kalau area sini memang aku tau sangat la sebab rumah Pak Long aku kat sini... dalam hati, harap2 pak long dengan Mak Ara tak tahu la aku manjat Bukit Saga ni... dah banyak kali Pak Long bebel kat aku sebab tak nak datang rumah dia... macam2 alasan aku bagi. Biasanya aku pergi rumah dia kalau ikut abah ngan mak aku. Dan kali terakhir aku pergi rumah dia tahun 2009, masa kami berkampung kat Hospital Ampang Puteri sebab abah aku buat bypass surgery. Pastu takder dah. hehe!



Dah melalut la pulak... Jom la tengok gambar2 kami kat Bukit Saga ni... penat banget dong... memang mintak nyawa laaaaa... nasib baik tak pura pura pengsan (dengan harapan asben aku dukung sampai bawah semula) niat tu memang dah ada.. cuma aku tak yakin yang dia akan dukung aku. yang aku yakin, dia campak je aku kat tepi gaung tu... hahaha!





Awal2 lagi ni... masing2 muka ceria jer...


Rehat jap... oh ya! Setiap kali selisih dengan hiker yang lain, pasti senyum dan tegur. Ni betul2 memberi motivasi kat kita agar tak patah semangat... kalau taknak bagi salam, senyum pun jadilah... sejuk rasa hati...

















Adik Aiman. Selisih dengan dia masa kami nak ke waterfall... aku tanya orang2 yang sebelum dia, berapa jauh lagi nak ke air terjun, masing2 jawab "jauh lagi..."
tapi bila aku tanya adik Aiman ni, dia positif.. dia jawab "dah tak jauh sangat dah... dekat jer.. mesti boleh punya... jalan sikit jer lagi dah sampai" - walaupun masa tu aku tengok orang2 lain yang selisih dengan aku semua dah semput... tercungap2 sebab trek yang curam.. menyeramkan... tapi dia steady jer..




tengah fikir nasib nak balik dari air terjun ni... bila mengenangkan jalan yang agak menyeramkan masa pergi tadi.. haha!
nasib baik la asben pun minat aktiviti macam ni.. so bleh buat sama2....


senyum... tapi dalam hati.... @%&*!@*&
ok... senyum jer la... tak perlu kata apa2...

Bukit Ah Pek Station 5... kat sini la kami berehat jap sebelum ke puncak Bukit Saga dari waterfall... ikut trek yang ni ok skit walaupun agak jauh... takder la menyeksakan sangat...

sebenarnya masa sampai kat sini, aku rasa lega sangat. Sebab aku takut aku dah tersalah jalan bawak diorang... mau setahun diorang ni ungkit. hahahaha! dari sini nak ke Saga Hilltop dalam setengah jam..


refill air... free jer..
kepenatan.... rehat kat hammock...

memori daun pisang la sangattttt.... ni masa turun.. tetiba hujan turun renyai2... nasib baik la dah nak sampai bawah.. haha!
ni bergambar untuk cover album.. album dari band wanita sendu "The Bad Hikers "
Suka sebab balik kampung boleh tumpang lori kat belakang tu...


Serius. Hiking kat Bukit Saga ni memang memberikan kepuasan bagi newbies macam kami.. cuma aku risau satu jer.. pagi esok aku nak balik Johor.. sorang2 pulak tu.. larat ke aku nak drive ni????

22 April 2016

Status Blog #88

By Dalia Hassan at Jumaat, April 22, 2016 0 comments
Bekas sahabat. 😔
Harap kau jaga diri elok-elok wahai kawan. Aku sayang kau.



Status Blog #87

By Dalia Hassan at Jumaat, April 22, 2016 0 comments

Hari ni, telah mengajar aku sesuatu. Terima kasih pada yang berkenaan. Yang telah membuka mata aku pada sesuatu yang sering membuatkan aku bersedih. Dan terima kasih juga kerana telah membuatkan aku sedar diri, dan kedudukan diri. Membuka mata aku seluasnya akan apa yang aku obses selama ini tak memberi erti. Malah menyakitkan hati.

Terima kasih.

Status Blog #86

By Dalia Hassan at Jumaat, April 22, 2016 0 comments

Status Blog #85

By Dalia Hassan at Jumaat, April 22, 2016 0 comments



20 April 2016

Status Blog #84

By Dalia Hassan at Rabu, April 20, 2016 0 comments



*Mama rindu anak-anak mama....

Lirik Lagu : Bahagiamu Deritaku ~ Hafiz

By Dalia Hassan at Rabu, April 20, 2016 0 comments
Bahagiamu Deritaku
Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu
Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama
Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan
Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Status Blog #83

By Dalia Hassan at Rabu, April 20, 2016 0 comments

Lirik Lagu : Pencuri Hati ~ Ayda Jebat

By Dalia Hassan at Rabu, April 20, 2016 0 comments
Assalamualaikum...

Selamat pagi uolss.. pepagi ni aku nak share lagu Pencuri Hati ni, lagu rancak yang boleh mengubah mood kita jadi ceria sampai ke malam. Harap-harap lah ya!

First time dengar lagu ni aku dah suka... dan mengingatkan aku pada satu lagu dari artis Indonesia, You Say Aku, dari penyanyi Cinta Laura. Rentak yang sama rancak, nakal2 skit...



Pencuri Hati

Jam di dinding terus berdetak
Kakiku juga terus berjalan
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me

Tak kuasa ku menahan rasa
Hatiku makin semakin berdebar
Tapi mengapa tak kau lepaskan tatapanmu dari diriku
Menembus hingga jantung ini terasa agak terhenti

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me yeah

Satu, dua senyum manismu
Tiga, empat lirik matamu
Dengan tawa tawa riangmu
Bikin hatiku jadi rapuh
Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Love me say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby say you love me

Semua yang ada ada pada dirimu
Membuat aku ku aku jatuh cinta
Come on baby say you love me
Say you love me

Tak bisa ku sayang sayang selain dirimu
Penjara kamu mu kamu dalam hatiku
Come on baby please don't hate me

Love me, love me oh
Love me, love me (hey close your eyes)
Love me, love me oh
Love me, love me ah

Love me, love me oh
Love me, love me (love me)
Love me, love me oh
Love me, love me

Love me, love me oh ah ah ah






cantik kan Ayda Jebat ni? Dah la cantik, suara sedap pulak tu....

19 April 2016

Status Blog #82

By Dalia Hassan at Selasa, April 19, 2016 0 comments

Aduhai... kulit muka dah la semakin kusam, makin gelap... tumbuh jerawat la pulak...

Hoiiiiii jerawatttt!!!!!
*Bila Dalia Buang Tebiat

18 April 2016

Status Blog #81

By Dalia Hassan at Isnin, April 18, 2016 0 comments

Tetiba teringat perbualan antara aku dengan Ain dalam kelas semalam. Ain ni bestfriend aku masa zaman diploma dulu kat UITM Segamat... dan sekarang aku dan dia sama2 sambung part time degree di UTM..

Ain : Dalia, aku sebenarnya terkejut sikit dengan kau sekarang...

Aku : Lorrrr... kenapa??

Ain : Aku macam tak percaya... ko dulu jenis susah nak marah orang, kalau orang buat kau, kau senyum jer takder nak balas balik.. tapi sekarang, berbeza...

Aku : (sambil gelak) Ain, keadaan sekeliling yang merubah aku.... 

Betul. Tapi itulah hakikatnya... keadaan sekeliling yang merubah aku.. cuma kalau dengan family je aku tak mampu berubah. Macamana aku dulu, macam ni la aku sekarang. Kan mak?! hehe...


Status Blog #80

By Dalia Hassan at Isnin, April 18, 2016 0 comments

Alahai... syoknya dapat guling-guling atas katil waktu waktu macam ni... semenjak jadi student separuh masa ni, memang susah nak buat aktiviti guling guling kat rumah macam ni... bermalas malasan... nikmat!

Ni tengah fikir apa aktiviti petang yang aku nak buat... rasa macam nak naik genting highland.. tapi nak pegi sorang2, tak berani la pulak.... takperla... duduk rumah layan novel pun syok....

Ngeeeeeeee!!!

17 April 2016

Gila Novel : Laksamana Sunan The Series

By Dalia Hassan at Ahad, April 17, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Akhirnya.... hari ni dapat juga aku beli semua koleksi Laksamana Sunan karya penulis novel thriller yang paling aku kagumi, Tuan Ramlee Awang Murshid. Terima kasih kerana menghasilkan karya yang memberi kesan yang mendalam sehinggakan kadang2 terbawa2 dalam mimpi aku. Karya yang penuh pengajaran dan sarat dengan sesuatu yang diluar jangkaan dan kotak pemikiran kita.

Bila aku baca novel2 ni, seolah olah aku sedang membaca buku siri pengembaraan, cerita dongeng, novel cinta dan persahabatan, buku sejarah, novel seram, buku motivasi, buku agama, dan macam macam lagi. Semuanya bersatu. Bergabung. Meletup. Kebaboom!

Dan apa yang paling penting, aku tak kena bebel lagi dengan kakak aku sebab selalu pinjam novel dia! 

haha!


Senarai novel yang aku baru beli tadi..

Trilogi Laksamana Sunan

1. Bagaikan Puteri
2. Cinta Sang Ratu
3. Hijab Sang Pencinta
4. Cinta Sufi
5. Sutera Bidadari
6. Sunan Musafir
7. Sunan Cinta Nan Sakti
8. Sunan.. Nanggroe Sang Kembara

Novel2 Lain

1. Suami Tanpa Cinta
2. Duda Terlajak Laris
3. Kau, Aku, Kita
4. Cik Call Lily Dan Encik Bos


* Agak-bila, bila la aku dapat habiskan baca novel2 ni semua? 12 buah novel.. sedang eloklah tu... sebulan satu novel. haha!

Status Blog #79

By Dalia Hassan at Ahad, April 17, 2016 0 comments

BAHAGIA dirasa melalui pelbagai cara...


DERITA?

Biarlah rahsia...

15 April 2016

Camping @ Lata Lembik Recreation Park

By Dalia Hassan at Jumaat, April 15, 2016 7 comments

Assalamualaikum wbt...



Ni cerita aku masa aku berkhemah di Lata Lembik Recreation Park, Raub. Memang dah lama aku tak berkhemah, kali terakhir berkhemah masa zaman diploma aku kat UITM Segamat dulu... masa tu aku ikut Ekpedisi Gunung Ledang anjuran KESATRIA. Dan seingat aku, itulah kali terakhir aku berkhemah ni...



Kawan aku, Ila tiba-tiba ajak aku join geng2 dia pergi berkhemah kat Raub. Ermmm... memang macam best.. cuma awal2 aku risau sama ada asben aku lepaskan aku pergi ke tak... pujuk punya pujuk, berjaya jugak memujuk encik asben. Excited wehhhh!



Jom lah tengok gambar2 aku masa kat LLRP tu...



khemah kami dipasang oleh adik adik LLRP
Yeayyyy hampir siap...
Mak mak tengah masak... kami anak2 pergi main air...
'bilik' kami...
mak mak... sibuk memasak...
anak-anak... mandi tatkala mak2 masak.. hahahah!

persediaan untuk barbeque..
Kak Ira masak macaroni yang sedap!

barbeque...





Ni aktiviti kami semasa di LLRP..


Hari Pertama : Jungle Trekking @ Lata Lembik Recreation Park

Hari Kedua : Flying Fox @ Lata Lembik Recreation Park

                     Water Tubing @ Lata Lembik Recreation Park

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review