Top 5
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Korang pernah dengar tak pasal benda ni.. aduh.. tension aku dibuatnya.. sebab? Pengasuh anak aku sibuk ajak aku invest dalam dana ni.. ma...
-
Assalamualaikum wbt Jumaat : 12/06/2020 PKP / MCO : Hari Ke-87 Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku di...
-
Macam ni lah gayanya. Khamis nak exam Selasa malam baru sibuk nak bukak buku. Pastu sibuk pulak menghadap whatsapp dan facebook. Tak cukup...
-
Tadi masa waktu rehat, aku dan geng yang lain sempat membuat latihan vokal kat New Box SS19.... dah lama tak test suara, tu yang rasa cam be...
-
Assalamualaikum wbt.. Ni cerita 1/5/2017... malam sebelumnya kami gerak dari homestay Paiman lebih kurang jam 8 menuju ke Airport Pa...
-
Apa itu AIO Cloth Diapers ? Jenis CD ini adalah CD paling mudah dipakaikan pada bayi anda kerana ia tidak mempunyai poket...
-
Assalamualaikum wbt... Ni salah satu aktiviti Geng Outdoor Subang Jaya. Kebetulan masa ni Ila dapat voucher untuk aktiviti kat Gold...
-
Assalamualaikum wbt... Singgah menulis sebentar di blog kesayangan, sekadar membakar semangat aku untuk menempuhi hari hari mendatang dal...
-
Assalamualaikum wbt Selasa : 25/08/2020 PKP / MCO : Hari Ke-161 Petang ni lepas kerja aku akan balik Johor. Tiket bas tak beli-beli se...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
12 Julai 2026
Rakan Muda Fun Run : Rakan Muzik (PINK)
Assalamualaikum wb..
Rutin bulanan... join larian rakan muda sempena hari tanpa kenderaan. Kali ni larian bertemakan pink...
Taknak tulis banyak.. sekadar simpan sini buat kenangan..
08 Julai 2026
Sparring Badminton Di Nouva Sport Ken Rimba
Assalamualaikum wbt...
Lama tak main badminton.. berat badan pun dah makin naik, bila kawan ajak sparring... aku cuak gak.. confirm takder stamina ni... tapi.. bila fikir2 balik, dari aku tak ada apa nak buat kat rumah tu... ada faedah juga pergi bersukan... berpeluh la jugakdari guling2 kat rumah sambil layan Thread tu...
Pehhh walau pancit awal, aku mcm ketagih dah main badminton ni. Syok wehhhh... kalau dulu zaman muda at least ada la seminggu sekali turun main... bila dah tua2 macam ni empat bulan sekali... hahaha
25 Jun 2026
Makan-Makan di Rembayung
Assalamualaikum wbt...
Simpan sini kenangan masa geng kami makan2 kat Restoren Khairul Aming, Rembayung. Terima kasih la pada kawan yang sudi dapatkan tempat untuk kami ni.. nak harapkan kami yang book sendiri, memang berkicap la nak dapatkan slot tu kat Umai.
![]() |
| Sentiasa gembira bila depan makanan... dan juga syukur... |
![]() |
| P.A |
![]() |
| Dah nak keluar pun sempat lagi berselfie |
![]() |
| Entah apa-apa la tudung aku tu... serabut tengok... |
Ha biarlah tak ikut turutan pun... malas aku nak susun.. simpan kat sini sebagai kenangan kami. Cuma kenangan petang sebelum ke Rembayung tu, memang yang akan tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Dengan hujan selebat-lebat hujan.. aku pulak merempit pastu naik SPE yang tinggi tu... nak menangis rasa bila tiba-tiba hujan dan angin kencang datang, aku rasa macam nak terbang.. ye la.. kiri dan kanan aku kosong...memang menakutkan.. sampai je kat studio (Jalan Ampang), memang aku tarik nafas lega... lega selega leganya...
Esoknya, pagi-pagi kawan aku Syuhaila, hantar link kat aku berita tentang dua orang penunggang motorsikal yang sedang berhenti berteduh meninggal sebab kena langgar dengan pemandu kereta yang hilang kawalan ketika memandu pada waktu tu. Kejadian betul2 pada tempat dan waktu yang sama dengan aku, bezanya cuma arah yang bertentangan.
Alfatihah buat keduanya...
Alfatihah buat keduanya...
03 Mei 2026
Kemas Studio @ Jalan Ampang
Assalamualaikum wbt...
Semenjak dua menjak ni aku sibuk mengemas studio ni kut kut la nanti ada saudara mara atau kawan kawan yang nak jalan2 shopping kat KL ni, berminat nak stay kat sini. Kalau sekarang ni nak bagi orang duduk, memang tak sampai hati la.. lama tertangguh, harap2 kali ni tak ada aral yang melintang la..
Studio ni terletak kat Jalan Ampang, KL.. betul2 berdepan dengan Kedutaan Thailand.. so memang strategik la dan dekat kalau nak ke KLCC dan kawasan sekitarnya... stesen LRT terdekat, Ampang Park.. tapi kena menapak dalam 800meter la jugak... kira oklah tu kan...
Nanti kalau siapa2 nak stay sini, roger lah aku.. studio kecil je.. setakat nak duduk sorang atau dua, ok je.. tapi kalau lebih dari tu, risau tak selesa pulak nanti.. studio ni memang jadi tempat favourite anak2 aku kalau cuti sekolah.. diorang sanggup duduk sini berdua je dua beradik tu, aku pulak duduk rumah satu lagi sebab senang nak pergi kerja... kadang2 je balik sini...
Oklah... tu je nak cerita...
Daaaaaaaaaaaaaaa!
25 November 2025
Abah Checkup Hospital Serdang dan Hari Lahir Mak
Assalamualaikum wbt...
Simpan sini sebagai kenangan...
Kami berkumpul di Serdang untuk hantar abah checkup di Hospital Serdang dan bawa mak pergi kilang coklat Beryl's kat Seri Kembangan.. Sempena besday, mak kata jom kita g shopping cekelat.. aku pun on laaa.
![]() |
| Dengan budak yang terpaksa ponteng kelas sebab takder orang teman dia kat rumah.. dia tinggal dengan atok n nenek kat kampung.. |
24 November 2025
Dugaan Di Hari Hujan : Aku Eksiden!
Assalamualaikum wbt...
Taknak cakap banyak.. sedih gila.. bila kita dah cukup berhati2, tapi orang lain tak.. camni lah jadinya... tapi tu la.. nak cakap lebih2, benda dah jadi... redha je la walau hakikatnya hati ni bagai ditusuk sembilu.. haaa gitcheewww!
Terima kasih kepada kawan2 polis aku yang banyak membantu dari awal sampai ke akhir... yang teman aku buat report polis dan tolong hantar aku balik rumah.. terima kasih banyak2.. jasamu akan ku kenang...
Langgan:
Catatan (Atom)



















































