Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label mana2 aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mana2 aje. Papar semua catatan

09 Oktober 2016

Riang Ria Cuti Sekolah : Legoland Malaysia, Johor

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 09, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...



Aduh.. ni lah masalahnya kalau 'rajin' sangat update blog... rasanya kejadian ni dah dekat sebulan  dah berlaku, tapi hari ni baru aku sibuk nak update. Takperlah... layankan ajer yer...



Kebetulan masa cuti sekolah seminggu pada awal bulan September aritu, aku balik Johor sekali dengan Raya Haji. Alang2 dah cuti, budak2 pun tengah cuti sekolah, jadi gunakan lah kesempatan bersama family dengan sebaiknya.



Dengan anak2 pun aku tak bagitahu yang aku nak bawak diorang pergi Legoland. Aku cakap dengan diorang, temankan mama pergi Johor Premium Outlet (JPO) sebab mama nak cari barang... tapi bila diorang tersedar yang sebenarnya aku ngan asben nak bawak diorang pergi Legoland, punyalah melonjak diorang tu, lebih lebih lagi si Ainul yang memang dah lama mintak aku bawak dia pergi sana.











 p/s : mana entah gambar2 yang lain.. rasanya macam banyak jer aku amik gambar, tapi ni je yang ada dalam henpon.. huhu!

13 Februari 2016

Taman Botani Negara, Shah Alam

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 13, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Kecewa plan nak panjat Bukit Broga hari ni terpaksa ditangguhkan, aku dengan Sue ambil keputusan untuk ke Taman Botani Negara, Shah Alam... Saja nak bagi peluh keluar dan mengharap lemak dapat dibakar dengan cemerlang,, almaklumlah berat dah naik 6kg dalam masa 2 minggu.. minggu depan pulak dah start kelas, memang susah sikit la nak cari masa  untuk beriadah macam ni...

Dah sampai sana, berangan juga untuk naik Skytrex Adventures tu.. tapi rupanya kena booking online pulak... ok takper.. yang tu boleh masukkan dalam perancangan aktiviti tahun ni... ada masa, boleh cuba nanti...

Penat hiking petang semalam tak habis lagi sebenarnya,.. mata pun masih bengkak, muka sembam... tapi lantaklaaaaaaaa... haha!












































Nampak tak kasut tu??



Balik dari sini, terus ke Giant Shah Alam untuk beli barang barang dapur. Dalam hati kata, nasiblah bagi mereka mereka yang lalu sebelah aku... bau masam ok. bukan aje masam, kelat kelat lagi... hahah!

Ok.. tu jer nak cerita...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

21 Oktober 2015

Cuti - Cuti Thailand : Pulau Krabi 2.0 ( Day 3 )

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 21, 2015 0 comments

 Hari Ketiga di Krabi...



Hari ni adalah hari terakhir kami disini.. Tak puas rasanya sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi... banyak lagi makanan yang aku belum merasa. Tak habis explore lagi kawasan sini.. tapi nak buat macamana. Masa 3 hari memang tak cukup untuk buat semua tu. Okay. Lain kali pergi lebih lama lagi...



Pagi selepas sarapan pagi kami bergerak menuju ke destinasi berikutnya iaitu Elephant Trekking. Gayat oooo naik atas gajah. Sian pun ada kat gajah tu tapi demi pengalaman baru, ku harungi jua.. ceh! haha!



Pengalaman hari pertama : Klik Sini
Pengalaman hari kedua : Klik Sini

Posing atas gajah walaupun tak nampak gajahnya...





















Sebelum keluar dari Krabi menuju ke Hatyai, singgah sebentar di sini.. Ada Ketam Hitam yang besar kat sini.. goreng pun sodap...

Kat belakang tu la ketam hitamnya... adakah nama Krabi ni datangnya dari perkataan CRAB? ermmmm... mungkin juga....

makan aiskrim.. macam la kat Malaysia takder jual aiskrim.. hahaha!


On the way nak ke Hatyai, salah satu van yang membawa rombongan kami tayar pancit. So makan masa skit la kat sini sementara tunggu diorang ganti tayar tu....



Sampai ke Floating Market Hatyai agak sedikit lewat dari jadual. Kami hanya ada masa selama 40 minit sahaja untuk pusing kawasan sini...

Masing masing nak cepat... takut tak sempat cuci mata...











Akhirnya aku cuma beli jagung ni jer... (dan 3 helai Tshirt Hatyai) hahaha!



ini pun aku beli sikit2..


Dalam van... macam biasala.. karaoke..

Imigresen Thailand. Sama macam masa masuk, kena selitkan RM1-2 kat dalam passport kita tu.. kaya weh orang imigresen Thai tu...
Bas Alisan menuju ke KL menunggu kami di Imigresen Malaysia. Sepatutnya bas ni kami naik dari Hatyai.. tapi disebabkan oleh kelewatan yang berlaku, pakcik driver ni tunggu juga kami di sempadan. Terima kasih pakcik driver! Bas yang sangat selesa.. disediakan selimut dan juga plug untuk charge handphone...

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review