Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label apa2 aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa2 aje. Papar semua catatan

01 Disember 2022

Penat

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 01, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt.. .


Penat betul hari ni. Penat badan dan penat otak. Macam-macam masalah timbul hari ni... 


Aku tak suka betul bila orang pertikai skop kerja kita seolah-olah kita ni takder kerja. Dia tak duduk seopis dengan kita, tak nampak apa yang kami buat, dan terus buat kesimpulan yang kami ni tak banyak kerja. Motifnya sebab, dia nak kami buat kerja anggota yang dah pencen yang sepatutnya diganti oleh orang lain. Kerja yang sepatutnya tugas jawatan lain, tapi kami kewangan yang nak kena buat. Alasan, kami tak banyak kerja.


Bila jadi macam ni, tiba2 je aku rindu pada orang2 lama. Pegawai pentadbiran pun hampir setiap hari jengah opis kami, dalam masa yang sama dia nampak apa masalah yang berlaku, dan selesaikan... tapi pegawai sekarang, tak ambik tau tentang kami yg berlainan pejabat.. yang dia tau, cari kesalahan kami. Bila kami utarakan masalah, tak ada penyelesaian.. Alasan: sebab dia tak ada kuasa, tak boleh buat keputusan. (Pegawai lama boleh je settlekan masalah kami.. xde masalah pun)


Kadang naik muak rasa.. kalau tak tahan sabar boleh jadi gaduh ni. Jujur, aku tak ada masalah dengan dia dari segi lain. Aku ok je borak2 gelak2 kalau bercerita dengan dia bukan hal kerja. Tapi bila masuk bab kerja, hati aku jadi panas. Kadang apa masalah yang aku mintak selesaikan, tak settle pun. Entahlah. Kadang aku pulak yang rasa dia ni tak ada kerja (macam yg pernah pegawai atasan dia bagitau aku yang dia ni tak ada kerja)


Bila jadi macam ni, secara tak sedar aku dah membandingkan pentadbiran dulu dan sekarang. Ye aku tau, setiap orang cara kerja tak sama.. cuma mungkin sebab awal2 lagi aku dah dapat pegawai yang bagus, bila dapat pegawai macam sekarang, kita boleh rasa perbezaan dan secara tak langsung, buat penilaian..


Aku sedar kadar motivasi aku nak datang kerja, makin hari makin kurang. Dah tak seronok macam dulu.. datang kerja pun atas dasar tanggungjawab, taknak makan gaji buta. Tapi tu lah.. hidup perlu diteruskan walau betapa sakitnya hati ni.. ha githewwww.


By the way, hari ni hari ketiga berturut2 aku basah lencun kena hujan. Minah rempit kan.. Haruslah terima seadanya walau cuaca apa sekalipun. Cuma hari ni walaupun hujan tak selebat hari sebelum, hakikatnya hari ni yg paling seksa aku redah hujan. Apa taknya, helmet aku biasa guna tu tali yg ada pencangkuk tu rosak. so aku terpaksa guna helmet yang takder visor. Bayangkan ye, muka aku yang selebar padang bola sepak ni bagaikan dicucuk-cucuk dengan benda tajam bila terkena hujan. Direct. Tak boleh nak cover dah. Takperlah. esok aku pakai je helmet yang rosak tu, tali nanti aku ikatlah dengan getah. Aci kan? Aku ni bukan taknak bawak kereta, masalahnya kedai Foodpanda aku pukul 6.30ptg dah bukak. Pukul 6 aku dah kena on kan device FP aku.. dengan jalan jemnya, kalau aku naik kereta confirm lambat sampai rumah. Hasil foodpanda tu la buat tambah sikit2 duit kos aku nak selalu balik kampung jumpa anak-anak aku. Diorang apa tau? Tau nak kecam je.. Eh. Tiber...



Oklah.. takder apa lagi nak cerita. Syukur jugalah aku ada blog ni, dapat juga lah aku meluah perasaan kat sini walau aku tau, tak ada orang pun yang baca. Tapi aku tak kisah, asalkan aku ada tempat untuk meluah. Nak luah kat kawan2, risau menyusahkan pulak. Heret diorang masuk dalam masalah aku. Lagipun aku mmg tak ramai kawan. Takperlah.. 


Dah. Ni je aku nak luah... esok kalau ada isu / cerita lagi, aku update lagi. Nak merajinkan semula menulis.. nak bersihkan semula sawang2 yang ada kat blog ni (lama tak update, tu yg sampai bersawang tu)


Daaaaaaaaaaaaaaaaa!




09 Oktober 2021

Status Blog #127

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 09, 2021 0 comments
Assalamualaikum wbt

Lama  sangat  dah aku tak update blog ni.. InshaaAllah dalam masa terdekat aku cuba untuk luangkan masa apa yang termampu... tak tahulah kenapa tahun ni aku malas skit nak update. Sibuk sangat agaknya.





Oklah jumpa lagi nanti. 

Daaaaaaaaa..

16 Disember 2019

Ejen Ali The Movie 2019

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 16, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt



Semalam aku sempat bawa anak-anak pergi tengok Ejen Ali... dah hari-hari diorang tanya bila mama nak bawak pergi tengok Ejen Ali, terpaksa jugalah aku cari masa untuk diorang walaupun semalam aku terpaksa kansel untuk pergi majlis kat rumah kak Yan... 

Sorry Kak Yan! Entah bila la dapat jumpa Kak Yan ni.. sejak dia transfer, memang takder jumpa dia lagi dah. Suami dia meninggal dunia pun aku tak sempat nak datang... :(



Apa yang aku boleh komen tentang Ejen Ali ni, satu jer... TERBAIKKKKLAH! Memang best giler! Patutlah abang aku yang kerja kat Miri tu kemain lagi promote cerita ni kat group wasap family... dan dia kata ramai kawan2 dia kata Ejen Ali best, tu yang dia pergi tengok sorang2 kat wayang cerita ni... katanya dia pergi tengok dulu, kalau best baru dia bawak anak-anak dia tengok. haha!


Gerammmm je aku tengok si budak Arissa tu... depan kamera suka beno buat muka macam tu.. huhu! 

Yang kak Long aku pulak awal2 dia dah pergi tengok.. yer la... salah sorang founder Ejen Ali ni (Faiz Hanafiah) dan isteri dia (Salina Salmee - suara untuk watak Aliya) anak sedara kakak aku... kirakan aku dengan dia memang sedara la sebab kak long aku kan kawin dengan sedara. 

haha

Ni lepas tengok Ejen Ali, anak-anak ajak tengok Jumanji pulak...




"Mama, jom tengok JUMANJA pulak!"


Gelak besar aku dengan Ainul bila Arissa ajak tengok "Jumanja"... dia ingat ni macam cerita Adik Manja yang zaman dulu-dulu tu ke... hehe



Sinopsis Ejen Ali


Mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.

Konflik mula timbul apabila Ali mendapat tahu bahawa dia bukanlah satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa (IRIS – Infinity Retinal Intelligence System). Gajet tersebut telah naik taraf menjadi IRIS Neo, gajet yang boleh dikawal serta digunakan oleh ejen-ejen lain.


Inovasi baru ini dipersoalkan oleh Ali apabila dia merasa terpinggir dan kedudukannya sebagai ejen istimewa MATA tergugat. Pada saat itu, dia didatangi oleh individu misteri yang mendakwa mengetahui akan kisah silamnya. Maka bermulalah pengembaraan baharu Ejen Ali demi membongkar kebenaran walaupun kesetiaannya terhadap MATA bakal teruji.

30 Mac 2019

Aku Eksiden!

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 30, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Alkisah...

Aku balik dari training bola tampar kat IPD... entah apa malang nasib aku, dah tak jauh sangat dari rumah boleh pulak aku eksiden. Mungkin salah aku la sebab tak berhati-hati masa nak keluar simpang, tapi penunggang moto satu lagi tu pun pada aku salah jugak sebab tak matikan signal motor dia... so mati-mati la aku ingatkan dia nak masuk simpang yang aku keluar tu.

Apalagi... bila aku keluar simpang dan dia jalan terus (aku ingat dia nak masuk simpang tu), maka berlakulah pertembungan antara aku dengan dia dimana motor dia telah menghentam motor aku sekaligus menghentam kaki aku yang sangat berharga ini. Nak menangis rasa sebab tinggal berapa hari je lagi nak hari pertandingan bola tampar.




Bila dah bertembung tu, motor aku still gagah berdiri... tak jatuh pun... motor orang yang langgar aku tu yang jatuh. Tapi masa tu aku dah rasa kaki aku sakit semacam. Aku kedepankan motor skit dan aku turun dari motor. Sah! Kaki aku membengkak dan aku terus terduduk kat atas tanah. Ada sorang budak tu datang kat aku, dan dia mintak nombor telefon asben aku untuk bagitahu yang aku eksiden. Masa ni otak aku jem. Dia tak tau ke aku kat Subang ni sorang-sorang? Aduh. Sensitif betul.




Aku cakap kat budak tu, takper nanti akak call kawan akak. Kebetulan sangat masa kejadian tu Tuan Que ada kat area situ jugak. Dengan dia lah aku mintak tolong dan dia la yang uruskan semua, panggil kawan dia untuk simpankan motor aku dan dialah juga yang bawa aku pergi klinik. Lepas pergi klinik, aku kena pergi hospital untuk buat xray, kalau ikutkan Tuan Que nak hantar aku tapi aku rasa macam banyak sangat menyusahkan dia, so aku mintak bantuan Sue Senget untuk hantar aku ke hospital Sungai Buloh.








Settle semua dah malam jugakla... rasa menyesal jugak sebab tak gunakan medical card aku dan pergi ke hospital swasta, tapi bila fikirkan yang aku mesti warded untuk claim insurans, aku lupakan je hasrat tu memandangkan game bola tampar dah dekat.


Esoknya, baru la aku bagitau asben aku yang aku eksiden.... teruk gak la aku kena bebel sebab tak bagitahu dia awal-awal. hahaha.. aku bukan apa... aku taknak dia risau... bila Doktor kata kaki aku tak patah atau retak, barulah aku bagitahu dia. Okla tu...

Kan?

17 Disember 2018

Abah

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 17, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt

Jumaat 14/12/2018 mak, abah dan adik aku telah sampai ke Malaysia kembali mereka dari menunaikan umrah. Alhamdulillah. Cuma, masa sampai kat KLIA tu, abah aku tiba-tiba pengsan. Nasib baik adik aku sempat tahan abah dari jatuh terbaring. Mak aku agak panik juga la, ye la walaupun abah aku tak berapa sihat, tapi dia tak pernah pengsan. Tiba-tiba pulak tu. Lepas dah renjis-renjis air kat muka abah, baru la tersedar dan terpinga-pinga. Mungkin masa tu abah kepenatan kut.

Gerak dari KLIA, singgah kat RNR Seremban, sekali lagi abah jatuh. Tapi abah taknak pergi hospital jugak sebab dia rasa cuma kepenatan jer. Sampai Segamat, okla nampak macam takder apa cuma esok pagi tu masa bangun tido, dua jari tangan kiri abah tak boleh gerak. Dia mula perasan masa nak tutup alarm henfon dia. Bila tengok keadaan abah macam tu, abang aku yang baru sampai dari Miri terus bawak abah pergi hospital Segamat.

Masa tengah jumpa doktor tu, boleh pulak abah batuk teruk padahal sebelum tu takder la batuk seteruk tu, biasa-biasa je maklumlah perubahan cuaca. Doktor bila dapat tau abah baru balik dari umrah dan batuk teruk, terus dia tahan abah dan kuarantinkan. Sampel kahak abah dihantar untuk ujian di hospital JB kerana doktor khuatir abah terkena virus Merscov (korang google la sendiri).

Kesian sangat abah masa ni. Kejap2 dia call mak tanya kenapa dia dipenjarakan. Menangis-nangis abah. Ye la. Tak sempat nak rehat, dah kena kuarantin. Dah le tu, jari tangan kiri abah daripada dua jari yang tak boleh gerak, terus semua lima-lima jari tak boleh gerak. So membataskan pergerakan dia kalau nak buat sesuatu benda. Dah le takder siapa yang dibenarkan masuk jumpa abah.

Satu malam jer kat hospital tu, abah dah macam tension sangat. Dia kata bunyi apa pun takder. Sunyi. Abang aku memang standby duduk kat hotel tak jauh dari hospital tu, supaya senang dia nak hantar apa-apa kalau abah mintak. Walaupun tak boleh masuk jumpa abah, tapi apa2 barang yang nak bagi abah akan dihantar melalui nurse kat situ.

Pagi Ahad tu, aku dengan adik bongsu aku, adah nekad je pergi hospital walaupun dah tau memang tak dibenarkan jumpa abah. Kakak aku yang keje nurse kat Hospital Melaka tu abis je kerja terus pergi Hospital Segamat tanpa sempat tukar uniform. Tapi disebabkan dia datang dengan uniform, doktor bagi dia sorang je yang masuk jumpa abah, itupun terpaksa pakai mask. Kakak aku minta Dr buat kes abah ni urgent dengan alasan abah susah nak gerak sendiri disebabkan tangan dia tak boleh gerak.

Abah bila tengok kakak aku masuk jumpa dia, barulah muka dia ceria. Masa ni kakak aku buat video call dia dengan abah kat kami padahal kami ada je kat luar wad tu. Saja nak tunjuk kat abah yang kami semua ada kat hospital dan ambil berat pasal dia. Bukan apa, risau jugak kami kalau abah ingat kami semua tak jengah dia kat hospital...

kakak aku...

masa ni kakak aku yang dapat masuk jumpa abah, buatkan video call...  abah dalam wad, kami kat luar wad, mak kat rumah...  masa ni barulah nampak abah ceria sikit.

Masa ni la baru perasan yang henpon abah tak support untuk buat video call. Abang aku terus ajak pergi kedai henfon, belikan abah henfon dan nombor baru supaya kami boleh buat video call dan abah tak bosan kena kuarantin dalam tu. So kami belikan abah telefon Oppo A3s yang 32GB.. sebelum serah kat dia, aku dah siap2 install aplikasi yang memang ada kat telefon lama dia... Quran, selawat, zikir dan sebagainya... aku pun masukkan aplikasi tv sekali supaya dia boleh tengok tv dalam wad tu.

Cuma, kami terlupa yang tangan abah sebelah tu tak boleh gerak. Jadi bila kami cuba buat video call kat abah, dia susah nak jawab call dengan guna sebelah tangan jer...


Mujurlah Isnin pagi dah dapat keputusan ujian kahak abah. Alhamdulillah... negatif. dan pagi tu aku dan adik beradik lain usaha juga bawak abah keluar dari hospital walaupun tangan abah masih takder perubahan. Tengahari tu dapat result scan, yang abah memang kena mild stroke. Doktor benarkan abah keluar tapi abah kena datang untuk pemeriksaan susulan pada tarikh yang dah ditetapkan. Alhamdulillah. Lega aku sebab petang tu aku kena balik Subang juga disebabkan selasa tu aku dah kena kerja.

Pagi lepas dapat result tu, abah terus mandi dan siap2 tukar baju walaupun Doktor tak cakap lagi yang abah boleh keluar. Nasib baik abang aku ada, dia lah yang tolong abah mandi dan bersiap.

haha

Aku, long dan adah. Saja try camera henpon baru abah. Entah kenapa pipi aku nampak macam pau.. tak bagus la kamera henpon abah ni (tak dapat terima hakikat bahawasanya aku memang gemuk)

Dan tengahari tu, lepas uruskan semua dan Doktor bagi kelepasan untuk abah keluar wad, kami semua bawa abah balik. Tapi bulan Januari ni abah kena datang untuk buat fisioterapi, dan checkup susulan pada Feb dan Mac 2019

06 Februari 2016

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 06, 2016 1 comments

Idea.. idea... masa untuk memerah idea macamana nak menghasilkan satu pengubahsuaian ataupun penambahbaikan dalam sistem kerja yang sedia ada agar menjadi lebih baik.

Masalahnya, aku ni tak kreatif pun...

Hai lah! Bersedialah untuk menempuhi minggu minggu yang mencabar dan sibuk lepas Tahun Baru Cina ni...

Chayok Chayokkkkk Dalia!!!!

21 Januari 2016

Kelengkapan Majlis Hari Jadi ~ partybuzz by NiezaLysha

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 21, 2016 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Hai semua ! Anda ingin mengadakan birthday party untuk si manja yang tersayang? Tak tahu mana nak dapatkan bekalan segala kelengkapan party dan decoration ideas??

Di sini jawapannya....

Partybuzz by NiezaLysha menyediakan perkhidmatan / menjual :


Balloons and decorations for party / event

Balloons delivery

Inflatable bouncer











For more details, feel free to buzz partybuzzbynl at 0133526877 /0166700264

dan juga

Visit / Follow Instagram



Thanks ya!


Dalia : Tolong promote bisness kawan-kawan. 

Semoga maju jaya team partybuzzbynl !

24 Disember 2015

Khasiat Ikan Salmon

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 24, 2015 3 comments

Assalamualaikum wbt...

Semenjak dua menjak ni aku suka sangat makan ikan salmon. Sebenarnya sebelum ni aku tak berapa suka sangat dengan encik ikan salmon ni, bukan apa, mungkin masa kali pertama aku makan ikan ni, masakan yang aku makan tu tak sesuai dengan citarasa aku. Then makan kali kedua, pun tak menepati citarasa aku, so aku ambil keputusan untuk tak suka pada salmon ni. Kesian encik ikan salmon...

Beberapa bulan lepas, kebetulan kawan aku ada bagi beberapa ketul ikan salmon ni. Mula2 aku rasa macam tak berapa berminat, tapi disebabkan keinginan nak cuba masak sendiri (maklumlah, yang makan sebelum ni semua orang bagi yang dah siap masak), aku mulalah meminta bantuan dari pakcik google, masakan yang sesuai bagi encik ikan salmon ni...

Hasil yang aku dapat, kebanyakan mereka mereka di luar sana suka grill separuh masak dan dimakan bersama sos lemon. Aku pun ambil keputusan untuk cuba resepi ni. Nampak ringkas dan mudah cuma memandangkan aku dalam proses menurunkan berat badan aku yang terlebih berat ni, so aku ubah skit menu tu ikut suka hati aku. haha!

Ok. First time masak ikan salmon ni, reaksi aku tatkala suapan pertama tu, rasa macam nak menangis jer... Menangis bukan apa, menangis sebab menyesal aku masak sekeping jer... sedap sangat! mana cukup sekeping! menyesal!!

Dan itulah yang aku rasa....



Semenjak tu, ikan salmon ni dah jadi macam kawan baik aku. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua aku akan masak ikan salmon grill ni.. cuma aku tak buat sos, sebab pada aku tu je pun dah cukup sedap. Cuma kadang2 aku pelbagaikan dengan tambahkan sayur2an seperti brokoli, cauliflower, asparagus, capsicum dan lain2... Dan kadang2 juga aku suka cairkan cheddar cheese kat atas salmon yang dah di grill tu. Memang sedap lebih2 lagi makan time panas! Fhewwwww! Ohsem! Tapi terpulanglah pada citarasa anda semua sama ada inginkan masakan secara grill, asam pedas, sup, kari, dan lain-lain... cuma bagi aku, grill ni dah sedang elok la dengan tekak aku... hehe! (Yang sebenarnya malas nak masak.. grill paling cepat dan mudah.. tak sampai 10 minit dah siap)

Okay. Berbalik semula pada kisah khasiat ikan salmon ni. Ikan salmon selain dikenali juga sebagai makanan bagi otak ia juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit agar kulit kelihatan segar dan sihat. Ikan salmon dapat membantu mengurangkan terjadinya kedutan pada kulit wajah dan juga memelihara penampilan kulit agar sentiasa sihat. Oleh itu, bagi adik2 semua, makanlah ikan salmon dari awal lagi, jangan nanti umur dah macam akak baru sibuk nak makan... konon2 taknak berkedut, padahal sana sini dah berkedut. Terlambat plak, tapi masih boleh diperbaiki... hehehe...

Okay. Mengapa ikan salmon? Kerana ikan salmon adalah ikan yang kaya lemak tak jenuh Omega 3 yang dapat mengurangkan penghasilan partikel yang menyebabkan radang dalam tubuh yang masuk melalui kulit. (Lemak tak jenuh adalah sejenis lemak yang molekulnya tersusun dari rangkaian atom-atom karbon yang memiliki satu ikatan ganda. Ikatan ganda ini menyebabkan molekul lemak tersebut tidak jenuh atau masih boleh menambah atom hidrogen. Lemak tak jenuh tunggal biasa disebut lemak baik kerana memilik manfaat bagi kesihatan diantaranya membantu mengurangi penyakit jantung dan menurunkan kadar kolesterol. Beberapa makanan yang mengandung tinggi lemak tak jenuh tunggal selain dari ikan salmon diantaranya adalah minyak zaitun, kacang badam, dan buah avocado) Salmon juga mengandungi protein yang tinggi, coenzim Q-10, dan juga kaya dengan Dimethylaminoetahnol (DMAE).

Secara ringkasnya, khasiat ikan salmon adalah seperti berikut :

1. Mencegah Penyakit Jantung
Ikan salmon mengandung asam lemak omega-3 yang membantu mengurangi kolesterol dan trigliserida, mempertahankan kelenturan pembuluh darah, dan menguatkan otot jantung.


2. Mencegah Hipertensi
 Asid lemak omega-3 membantu mengendalikan tekanan darah sehingga mencegah hipertensi (tekanan darah tinggi).


3. Menjaga Kesihatan Mata
Asid lemak omega-3 dan asid -asid amino membantu menjaga kesihatan mata dan mencegah degenerasi makular, mata kering, dan keletihan mata.


4. Melindungi Tubuh Terhadap Radikal Bebas
 Ikan salmon kaya selenium, suatu mineral yang membantu tubuh melindungi sel-sel tubuh terhadap kerosakan radikal bebas yang dapat melemahkan sel-sel tersebut terhadap serangan penyakit.


5. Melindungi Kulit
Asid lemak omega-3 diketahui memiliki kesan anti inflamasi (anti radang) yang dapat melindungi kulit terhadap sinar matahari dan kanser kulit.


6. Mengurangi Depresi
Asid lemak omega-3 berperan mengurangi depresi dan menjaga mood yang baik.


7. Melindungi Tubuh terhadap Kanser Ginjal
Asid lemak membantu melawan carcinoma sel ginjal yang merupakan bentuk kanser ginjal yang paling umum.


8. Menyihatkan Otak
Asid lemak omega-3 di otak yang membantu fungsi otak dan berperan mencegah penyakit Alzheimer. Asid lemak omega-3 juga membantu mencegah stroke karena mengendalikan kolesterol darah dan menyihatkan pembuluh darah.


9. Mengurangi Risiko Diabetes Type 2
Asid lemak omega-3, vitamin D dan selenium yang terdapat pada salmon membantu kerja insulin yang mengontrol kadar glukosa darah sehingga mengurangi resiko diabetes type 2.


10. Membantu Mengurangkan Berat Badan
 Ikan salmon dikenali sebagai makanan yang mempercepat  kadar metabolisma sehingga dapat mengurangkan penambahan lemak dalam badan.



22 Disember 2015

Lagenda Melayu : Cik Siti Jalang

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2015 0 comments
Sharing Is Caring

Sumber : Lagenda Melayu


Makam Siti Jalang,
Kampung Tembioh, Kota Tinggi



Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya? Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang.


Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?

Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi. Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan. Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan!

Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya. Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami. Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat. Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka suaminya akan mati. Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. 

Demikianlah diceritakan orang....


Versi lain CIk Siti Jalang




Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyhur atau CIk Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti Ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak kepada salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua lelaki yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh CIk Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperistikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami CIk Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumian mereka. Dengan takdir tuhan, Cik SIti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.

24 November 2015

Zalora : Fesyen Tudung Remaja

By Dalia Hassan at Selasa, November 24, 2015 1 comments

Assalamualaikum wbt...


Di Malaysia tudung adalah satu jenis aksesori fesyen Muslimah yang sangat popular. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan untuk kita melihat wanita yang memakai tudung ketika berada di luar tidak seperti di luar negara yang ada kalanya ia mungkin agak asing. Sudah pasti faktor ini didukung oleh hakikat bahawa majoriti dalam kalangan komuniti kita adalah beragama Islam walaupun sebenarnya kita mempunyai kelompok masyarakat yang berbilang kaum dan agama. 



Menyentuh tentang tudung, saya sangat gembira melihat perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang sedang hangat dalam industri fesyen Malaysia. Fenomena yang luar biasa ini telah melahirkan banyak koleksi fesyen tudung remaja terkini dengan pelbagai gaya fesyen tudung terkini yang sangat menarik. Pelbagai variasi stail tudung terkini untuk remaja boleh didapati dalam pasaran. Terdapat juga koleksi tudung terbaru wanita yang boleh didapati secara online di butik pakaian Muslimah online. Banyak juga faktor mengapa tudung terkini yang ada sekarang ini menjadi pilihan ramai hijabista di luar sana.




Rekaan tudung untuk remaja terkini dilihat lebih segar jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Ianya memberikan peluang untuk remaja yang memakai hijab untuk kelihatan lebih bergaya ketika berada di luar rumah. Ini juga memberikan mereka keyakinan yang lebih untuk berhadapan dengan orang lain.


 Tudung remaja moden yang terbaru hadir dengan variasi pilihan warna dan corak yang mengagumkan! Pilihan yang cukup pelbagai ini menambahkan lagi populariti tudung terkini dalam pasaran fesyen Malaysia.Trend fesyen tudung remaja online terkini yang sedang popular ini memberikan kelebihan yang nyata when it comes to accessorising. Pemilihan tudung dengan gaya yang terbaik dapat membuka ruang untuk beraksesori.


12 Januari 2015

Fakta Anak Keempat

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 12, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Memandangkan aku ni anak keempat dari enam orang adik beradik... so aku nak share skit apa yang aku jumpa daripada encik google. Fakta yang kita perlu tahu tentang anak keempat.

Aku rasa lebih 95% memang tepat! Hahaha!


Check it out!

1. Banyak buat orang ketawa dan banyak juga buat orang menangis (setuju)

2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara tu. Dia takkan minta orang lain untuk membantunya. Tak suka susahkan orang lain. (benar sama sekali.. hehe!)

3. Orang nampak dia macam sombong, tapi bila dah tegur or kenal. Haa amik kau! Bercakap tak henti henti. (setuju)

4. Senang percayakan orang. Kekadang baru je kenal, dah cerita macam macam pasal dia kat orang. (tak juga..tapi kadang2 memang ada gak la.. tengok orang tu pulak macamana...)

5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah tak nak baru terhegeh hegeh nak bagi. (betul)

6. Kalau dah suka satu lagu tu, dia akan ulang banyak kali. (hahaha!.. ni yang paling buat aku gelak besar... sangat tepat! aku sanggup dengar lagu yang sama dari pagi sampai petang.. budak opis aku pun naik muntah dah dengar lagu yang sama...)

7. Kalau orang sedih, mesti cari dia. (ada la beberapa orang yang cari aku... aku ni tak pandai nak nasihat... sekadar menjadi pendengar yang setia jer la)

8. Sangatlah peramah. Orang tanya sepatah, dia jawab berpatah patah. (setuju)

9. Tak pandai memujuk. Memang FAILED bab bab memujuk ni. (setuju)

10. Mudah risau and suka paksa paksa orang. Orang lain paksa dia tak boleh. (ada betulnya... kekekeke)

11. Cepat rasa kesian dengan orang lain. (sangat tepat...)

12. Suka menolong. Selagi dia boleh tolong, dia akan tolong dengan bersungguh sungguh :)(Ya betul.. In Shaa Allah..)

13. Cepat sangat terasa. Kekadang orang tak cakap pasal dia pun. Dia tetap terasa juga. AWAS! (setuju sangat...)

14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak. Sikit sikit gelak :P (ya benar belaka.. ;p)

15. Mempunyai suara yang sedap. Kalau dapat mic, tak lepas punyalah. Mula mula je segan nak nyanyi. (ok. yang ni aku tak setuju... sebab suara aku memang tak sedap pun.. huhu!)

16. Sangat memahami perasaan seseorang. Tidak boleh lihat orang dalam keadaan susah. Mesti rasa nak tolong punya. (setuju)

18. Sesetengah orang je boleh faham anak keempat ni (Mungkin...)

19. Bila kawan dia tengah sedih, dia lah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya. (betul... kadang2 diri sendiri puntengah sedih tapi masih mahu gembirakan orang lain)

20. Pendiam bila dia ada masalah. Kalau tak, dia lah orang yang paling bising. Pot pet pot pet (tepat)

21. Sangat pemalas! Kekadang benda yang ada depan mata pun, dia still suruh orang yang tolong ambilkan. (hehhe... biasanya Ainul la yang jadi mangsa kalau kat rumah ni...)

22. Tidurlah lewat mana pun. Kalau kunci jam, pasti akan sedar dan bangun punya. (setuju)

23. Suka tidur lambat, bangun pun jadinya lambat. (tak setuju... kalau tisur lambat macamana pun... bangun tetap macam biasa... tapi pastu hadap la.. sakit kepala sebab tak cukup tido.. hehe!)

24. Kalau dia dah tak mampu ucap dengan kata-kata. Air mata je yang akan menemani. (betul sangat)

25. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau orang tu melainkan dia hanya bergurau (Sakat-menyakat) (betul)

26. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik. Maklumlah anak keempat la katakan ~ (setuju sangat)

27. Paling pantang bila moody, orang tanya "Kau takde mood ke wehh?" Time tu hanya kaki je mampi bercakap. (hahahaha! sangat betul)

28. Pandai jaga hati orang. Hati dia luka takpe, asalkan dapat puaskan hati orang lain. (yup.. tapi kadang2 kalau dah bengang sangat, terlepas gak la...)

29. Kalau cakap tak henti-henti. Try lah bersembang dengan dia :) (ehhh.. ye ke? ye ker? ye ker? tapi memang ye pun.. haha!)

30. Bila mak/ayah suruh buat sesuatu kerja, "sekejap" "sekejap" at last buat pun tak. Lupalah katakan. (ni masa zaman budak2 la dulu ni... "kejap mak.. jap lagi akak buat" penyudahnya tak buat.. hahaha!)

31. Suka ingat tarikh, lagi lagi kalau tarikh penting. (betul. tarikh kenal asben aku, tarikh aku bertunang semua aku ingat.. apatah lagi tarikh2 penting yang lain)

32. Apa yang dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jangan sesekali cakap dia penipu or pembohong and what so ever. (hahaha! setuju)

33. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkawan dia. But kalau dia takde duit, jangan cakap dia KEDEKUT pula. (betul sangat)

34. Kalau tengah takde mood, hanya orang tertentu je boleh kembalikan mood dia balik. (betullah tu)

35. Bila ada makanan, pandang pun tak. Bila takde makanan, baru terhegeh-hegeh tanya mana makanan. (ya. kadang2 ianya berlaku...)

36. Bersabar selagi mampu and kalau tahap kesabaran dia dah lebih had. Dia akan luahkan segala-galanya. (sangat tepat)

37. Tak suka dipaksa. lagi lagi time kena makan ubat! (memang betul tak suka dipaksa.. tapi bab makan ubat, takder masalah)

38. Tetap happy walaupun tengah bersedih :D (betul sangat)

39. PELUPA. Kekadang dia cari satu benda tu sampai mengamuk habis, padahal benda tu depan mata je. (kerap berlaku... muahahaha!)

40. Walaupun seorang yang peramah tapi sifat pemalunya still ada (harusssssssss)

41. Cepat salah faham sebelum bertanya perkara yang sebenar. Bersifat sensitif. Ya, sangat sensitif orangnya. (memang sangat sensitif... lebih2 lagi semenjak dua menjak ni...jangan silap cakap dengan aku. memang makan ati la...)

09 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 09, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam telah diadakan sambutan Majlis Maulidur Rasul peringkat IPDSJ... Kalau ikutkan jadual, kami akan berarak dari perkarangan IPD hingga ke surau IPD.. Memandangkan hujan turun dengan lebatnya, perarakan terpaksa dibatalkan dan majlis diteruskan di dewan.

rewang. rasa macam kenduri kawin pulak.. tapi seronok dapat kumpul buat kerja sama2... lebih2 lagi ada kak Muna yang memang tak berhenti bercakap sampai aku usik dia "kak Muna... apsal kuah rendang ni makin banyak?" hahaha! tapi dia memang sentiasa ceria dan buat kami terhibur...
                                         
Ima... tengah isi beg goodies...  umur dah masuk 29 tapi tetap comel macam budak sekolah...
                                                                                                   
pakcik2 trafik bersiap sedia untuk berarak.. (tapi tiba2 hujan pula)
                                                             
Kumpulan kompang....
                             
posing dulu... (apsal aku boleh takder dalam gambar ni???)
Bacaan doa oleh ustaz Zul dari cawangan BAKA

Selawat...
 

Otai2 cawangan trafik...
 




wakil dari logistik...






Alhamdulillah. Selesai sudah untuk sambutan kali ni walaupun sambutan secara sederhana. Jumpa lagi Disember nanti. In Shaa Allah.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review