Sahabat

Halaman

31 Disember 2016

Selamat Tinggal 2016

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 31, 2016 0 comments

Selamat Tinggal 2016...

Tahun yang banyak memberikan aku kenangan manis...
Tahun yang banyak memberikan aku kenangan pahit...
Tahun yang banyak memberikan aku pengalaman baru..
Tahun yang banyak mengajar aku erti persahabatan...
Tahun yang banyak meninggalkan pengajaran kepada aku.

Terima kasih 2016...
Selamat datang 2017...

Semoga tercipta lebih banyak episod menarik dalam kehidupan aku, dan mohon  dijauhkan dari musibah.. Aminnnnn...

20 Disember 2016

Hiking @ Bukit Batu Putih 2.0, Port Dickson

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 20, 2016 0 comments


Assalamualaikum...




Oleh sebab hari ni aku masih lagi bercuti, so aku ingat nak bawak anak-anak aku pergi hiking. Mula-mula ingat macam nak panjat Bukit Broga, tapi tetiba rasa macam nak pergi Bukit Batu Putih, sebab trek dia yang agak santai.


Bagitahu Geng Outdoor Subang Jaya (GOSH), kut2 ada yang nak follow.. Aku tahu tu hari keje, ramai yang tak dapat join, tapi takperlah.. sekurang2nya siapa yang off tu bolehlah ikut aku kalau diorang nak...


Akhirnya cuma Tinie rang jer yang dapat ikut aku, itupun sebab di keje malam. Alang2 dia sorang jer, aku ajak jer naik kereta aku. Senang.


Dalam perjalanan, risau jugak takut kalau hujan. Yerla, tengok langit gelap semacam. Tapi Alhamdulillah. Hujan manja manja jer turun. Cuma masa kat puncak tu, hujan turun lebat, tapi cuma 2-3 minit... Syukur...


Anak aku yang si kecik tu kemain excited.. semenjak bawa dia trekking ke Sg Chilling tu, pantang ajak panjat bukit, laju je nak ikut.. kadang2 bila dengar mama papa dia nak panjat bukit, dia yang excited. Cuma tak berani bawa dia kalau bukit tu agak bahaya..


Berbeza sangat dengan si kakak, sepanjang jalan asyik merungut jer... sebelum datang sini pun, dia cuba untuk pengaruh aku agar pergi ke tempat lain. Ajak pergi shopping mall.. Bila si kakak merungut penat, si adik la yang bagi semangat..


"Tak penat la kakak... sikit jer lagi dah nak sampai tu...."

Haha! comel jer aku dengar.. aku memang sengaja bawa si kakak tu sekali, biar dia kenal erti susah penat. Walaupun pada mulanya si kakak agak muncung, tapi lama kelamaan dia jadi seronok. Yerla.. ni la kali pertama mama papa bawak kakak pergi hiking... Biasa adik jer yang ikut.






Masa trekking menghala ke rumah api, bersemangat betul si kecik ni.. dia yang paling depan...


Tangga nak naik ke rumah api...


muka mama basah bukan sebab peluh k... tapi baru lepas kena hujan...


adik dan kakak...

Alangkah indahnya pemandangan... (sebenarnya bagi angina tiup ketiak yang dah berpeluh tu)

Sorry kakak.. muka kakak tertutup dengan bendera tu... huhu!

Aku dengan Tinie... nasib baiklah hari ni dia keje malam... dapat gak join aku ke sini..




haha! adik memang anti kalau kakak pegang dia lama2...




Balik dari hiking, kami singgah makan sebab dah tengahari, perut dah mula berkeroncong... then terus balik rumah memandangkan asben dan kawan aku Tinie nak masuk keje.. sekurang2nya adalah masa untuk rehatkan badan sekejappp...










04 Disember 2016

Status Blog #104

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 04, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt..


4/12 dan 5/12

Ada apa dengan tarikh ni?
Tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila2...
Setahun sudah berlalu.
Terima kasih sahabat.
Terima kasih kerana telah meninggalkan kenangan manis buat aku.
Akan menjadi kenangan yang tak akan aku lupakan sampai bila bila.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review