Sahabat

Halaman

30 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 274 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, September 30, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 30/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-197


Hari terakhir bulan September. Bulan yang penuh dengan kenangan manis. 

Agittewwwwww!


Tengahari ni aku pergi Parcelhub Mydin jap untuk pos barang customer...

Beli sebenarnya untuk makan sarapan... tapi sebab aku banyak kerja, dah dekat tengahari juga la baru aku dapat makan...

Petang masa balik kerja, singgah Restoren KuWa kat Bandar Pinggiran Subang... aku selalu beli kat sini sebab sambal nasi ayam penyet dia sedap...

Tapi tak tau la kenapa kali ni sambal dia macam kureng sikit.. tapi takperlah... aku telan jer...

 

29 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 273 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 29, 2020 0 comments


 Assalamualaikum wbt


Selasa : 29/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-196




Nasi lemak sambal sotong untuk pagi ni...

Komputer Seha pagi-pagi lagi dah buat hal.. 

Lunch Mochi - beli kat Yatz

Pergi daftar banci kat Bilik Gerakan Balai USJ 8

Lepas kerja, aku pergi Mydin jap...

Lapar... lama tak makan mee tarik... singgah food court dalam Mydin jap...

Mee Tarik Goreng

 



28 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 272 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, September 28, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt



Isnin : 28/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-195


Pagi-pagi sampai ofis, terus pergi kantin tengok apa lauk yang ada.. Tapi tu la... kekadang bosan juga bila hampir hari-hari makan makanan kantin ni.. Banyak cekadak kan? Nak masak sendiri malas pastu banyak komplen.

Barang untuk di post pada customer

Kalau nak pergi J&T ni memang kena naik motor.. kalau bawak kereta memang takder la tempat parking... penuh...

Menu makan tengahari aku.. Nasi Ayam Penyet... tak tau la kenapa kali ni sambal penyet dia rasa lain.. macam dah basi pun ada... Yang aku kirim kat Muszairy tengahari tadi..

Teringin nak makan Royale Pudding ni... bila Yana ada jual, tu yang aku order sebekas. Sekadar nak merasa..


Balik keje, nak pergi Paya Jaras jap rumah Eka.. lalu kat Subang Bestari depan HELP University, ternampak pulak ada pakcik ni jual onde-onde dengan kuih cara berlauk.. dua2 favourite aku ni... Aku pun singgah beli...belikan untuk Eka sekali...


Tuuu dia.... Onde-onde dengan kuih cara berlauk... Yang belah hujung tu aiskrim potong aku beli kat Speedmart.

Ni mangga yang aku beli kat tepi sungai Kota Tinggi aritu... hari ni baru nak makan...

Sedap. Rangup...

Popia simpul tu yang aku ambik kat Eka tadi.. percayalah.. berapa hari jer boleh settle aku makan sorang...

Haha


27 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 271 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, September 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 27/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-194

Petang ni aku dah nak balik Subang. Takder mood betul. Anak-anak pula sekolah hari ni... dapat bersama diorang sekejap jer la hari ni.

Roti telur jer untuk sarapan

Dalam pukul 8 pagi aku goreng nasi goreng pulak..

Pak mertua hantar Kari Ayam. Alhamdulillah... tak payah dah aku nak masak lauk lagi untuk makan tengahari...

Sempat gak la aku buat sebalang dua wonder cheese ni. Lenguh jugak la pinggang aku dibuatnya.. buat sorang-sorang...

Sebelum aku naik bas, aku minta asben singgah tepi sungai kat Kota Tinggi jap sebab aku nak beli mangga jeruk.



Lepas beli jeruk mangga baru aku ke stesen bas kota tinggi. Lemah rasa bila anak-anak aku nak ikut aku balik... mama tak kuat laaaaa... nak menitik juga la air mata mama ni. Takper lah.. cuti sekolah nanti boleh duduk sekali dengan mama.

Sampai TBS aku ambil Grab jer untuk balik ke IPD... tak larat rasa nak ambil LRT... 

Lepas ambil kereta kat IPD, aku terus gerak balik. Singgah D'Top Burger jap.. perut tetiba minta makan... nasib baik la bukak lagi walau dah pukul 12 lebih masa aku sampai stall burger tu... rezeki perut aku la...

Yummyyyyy.
Gemuk!

Masak sambal kering jap...


26 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 270 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, September 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 26/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-193

Hari ni masih lagi berada di Kota Tinggi bersama keluarga kesayangan aku... entah bila la aku dapat bertukar balik ke Johor ni... korang kalau ada sesiapa yang dapat tolong aku adjust pertukaran, meh la bantu aku. Terdesak sangat dah ni.. tak larat dah aku nak tinggal sorang-sorang kat Subang tu... sakit pening takder sapa yang tengok-tengokkan. Sendiri merawat sampai sihat.

Sarapan ringkas pagi ni... kepok lekor dengan nugget... nugget tu bukan hangus tau tapi garing... haha!


Goreng telur jer... 

Dengan sosej

Alamak... benyek dah betik ni. Terlalu masak kut... tapi tetap manis dan sedap... betik ni memang favourite aku dulu kini dan selamanya.

Sebelah petang aku ikut asben aku pergi mendobi kat Bandar Kota Tinggi.

Masuk Al-Ikhlas Gadget sederet dengan kedai dobi tu.. so sementara tunggu baju siap dicuci, aku pergi memcuci mata dulu dalam Al-Ikhlas Gadget ni. Kalau kat area aku sana, kedai ni lebih kurang macam Kedai Ustaz la... banyak cawangan Kedai Ustaz tu sekarang... tapi yang aku biasa pergi dari dulu, kat Kota Damansara. Tak jauh dari Uptown Kota Damansara.

Belikan Arissa face mask untuk kanak-kanak

Pastu beli roti dengan aiskrim kat kedai roti Al-Ikhwan..

Tak sabar nak tunggu baju siap... 

Sampai rumah tengok Makcik Oyen yang tidur lena.. kepenatan kut kemas rumah.

Asben aku sambung buat kerja kat luar. Jarang nak tengok dia buat kerja macam ni... Ni pun sebab kena paksa dengan aku.

Malam terakhir Kat Kota Tinggi untuk kali ni. Esok aku dah kena balik Subang.

Malam asben ajak pergi makan kat luar. Nak pergi Telok Sengat, confirm penuh. So kami pergi Restoren Amysha Village jer. Dekat sikit.

Macam makcik-makcik dah...




Mula-mula ingat nak ambik set. Tapi anak-anak aku nak makan nasi goreng. So layankan jer la.. Asalkan anak-anak suka.



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review