Sahabat

Halaman

31 Mei 2012

Check List

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 31, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Esok aku akan terbang ke Jakarta, flight Tiger Airways jam 11.30am.. Aku akan ke sana berdua bersama Kak Ina, shopping sambil melawat kawan yang bekerja dan tinggal disana. Macam biasa, jom semak apa yang perlu aku bawa utk esok..takut ada apa2 yang tertinggal...

1~ Passport
2~ Jutaan Rupiah 
3~ Pakaian secukup rasa (luar dalam)
4~ Kamera dan charger
5~ Blackberry, galaxy tab dan charger
6~ Ubat gigi, berus gigi.. Yg lain beli kat sana la..


Ok. Tu je rasanya...

Eh! Chup! Ada tambahan...

7~ Milo 2kg x 8 paket, sesej daging 10 paket, sosej ayam 10 paket... (Ini barang yang dipesan oleh teman dari Jakarta)

Ok. tu jer... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

29 Mei 2012

Jalan - Jalan Cari Makan : Sirloin Steak @ Victoria Station

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 29, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...



Ya. Hari ni awal2 lagi aku dah plan nak makan apa petang nanti. Aku betul2 teringin nak makan steak, tak kiralah apa steak pun.. bukan mengidam, tapi teringin... ;)

Akhirnya.... petang lepas habis waktu kerja, aku dengan bff aku, Linie terus ke Victoria Station Taipan untuk menikmati steak yang aku dan dia idamkan sejak tadi... Dan gambar kat atas ni, pembuka selera kami sebelum steak kami sampai...

Tuuuuuu dia... Flambe Green Pepper Sirloin.... yang sebelah sana tu Linie punya...VS T-Bone... Memang sedap walaupun tak dapat tanding dengan Tenderloin Steak yang aku makan di The Valley, Bandung...

RM164.15... untuk dua orang makan... okaylah.. asalkan hati puas.. hehehe..

28 Mei 2012

Kejohanan Futsal Piala KPD Subang Jaya 2012

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 28, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt...

Sabtu lepas, 26 Mei 2012  telah diadakan Kejohanan Futsal Piala KPD Subang Jaya. Dalam demam dan batuk yang tak sudah2, terpaksa juga aku gagahkan diri untuk bermain sama mewakili cawangan trafik IPD subang jaya. Memang tak boleh nak all out, walaupun sebenarnya aku bukanlah pandai main pun... saje je join untuk mencukupkan orang... yang kelakarnya, setengah jam sebelum lawan, aku pergi tonggeng ubat batuk gara2 tak tahan batuk yang tak sudah2 dan hidung tersumbat... penyudahnya masa lawan, aku seperti diawang2an... mamai! hahaha.... aptb!

Team lelaki wakil KBKA/KTD lawan Balai Putra Height



KBKA/KTD lawan Balai Sunway


Muka orang sakit... huhu!


Tempat kedua wanita : team dari cawangan narkotik


Johan wanita : Cawangan Pengurusan

Tuan OCPD Subang Jaya dan Timbalan

Kak Mona...


Inilah antara team kami.. walaupun kalah, tapi team dari kami (trafik) yang paling ramai terpilih untuk mewakili IPD untuk Piala KP nanti...

Johan kategori lelaki :  Balai Putra Height

Pemain terbaik...


Tu je la... Sekian.. ;)

Alia : harap untuk kejohanan futsal tahun depan, kesihatan aku berada di tahap yang baik... huhu! frust rasa tak dapat berikan yang terbaik sedangkan masa latihan aku mampu buat jauh lebih baik dari tu...

22 Mei 2012

Saya Demam ~

By Dalia Hassan at Selasa, Mei 22, 2012 1 comments
Saya demam... Semalam pegi klinik Doktor bagi saya dua hari MC... Harap2 esok dah ok sebab dah dua hari juga saya tak pegi training futsal. Sabtu ni dah game... Harap semuanya ok. Sekian.




Alia : Pagi2 lagi aku sms bosku Baim Wong celup, bagitahu dia yang aku tak dapat datang keje sebab tak sihat.. Then dia reply sms aku, suruh aku pegi klinik, cek sebab dia tahu aku mmg beberapa hari sebelum tu memang dah tak sihat. So aku cuma jawab ok sebab memang aku memang dah berniat nak pegi klinik... Takut jugak sebab lama sangat aku demam. Pastu dia hantar sms smiley tanda mengejek... Sakit kepala, malas aku nak reply sms bos sewelku tu.., then dia hantar lagi satu smiley... Aku buat bodo je... Balik dari klinik, aku sms dia bagitahu yang aku dapat MC 2 hari... Dia bleh balas, kata mengada ngada... Aikkkk? Tadi dia yang beria suruh g klinik... Alaaaa... Tapi aku tahu... Dia memang dengki kat aku... Tapi... Ada aku kesahhh?

16 Mei 2012

Cuti- Cuti Indonesia : Bandung

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 16, 2012 89 comments
Assalamualaikum wbt....

Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3 malam, enggak cukup rasanya.. lain kali jika mau kesana aku mau lama2... bisa enggak??? teman2 baru dari sana juga sporting.. bisa bawa kami jalan2 kota bandung...

Ok. Tukar gaya omongannya ya...

Hari Pertama
12 Mei 2012
Berbekalkan beberapa juta rupiah, kami bertolak dari Lcct KLIA jam 7:25pm dan sampai di kota Bandung sekitar jam 9:25pm dan disambut oleh Opik dan Ghanie.... Sampai je, kami terus cari Nasi Padang untuk mengisi perut yang memang sengaja dikosongkan sejak di M'sia lagi... sangat puas hati bila aku dapt menikmati jus alpokat yang sememangnya menjadi kegemaran aku...

Aku jutawan rupiah..

 Nasi Padang yang dihidangkan..
Jus Alpokat yang sentiasa menjadi idaman


Selepas selesai mengisi perut, kami menuju ke Hotel Marcella, penginapan kami semasa berada disini.. Masa untuk merehatkan diri sebelum memulakan aktiviti esok...

Hari Kedua
13 Mei 2012

Bangun seawal pagi, layan rancangan Tv- Inbox.. Rancangan ni lebih kurang macam MHI tapi ianya lebih kepada outdoor aktiviti. Layan jugakla, pecah perut gelak tengok keletah pengacaranya... Pas bekpes, kami bertolak ke Trans Studio, Bandung. Ianya indoor games yang terbesar di Asia. Seronok banget...





habis mukaku basah!
Nyum Nyum




Roller Coaster










Jam 5pm (waktu tempatan), Opik jemput kami semua di Trans Studio dan bawa kami ke factory outlet untuk shopping.. Mula2 kami ke Toko Tiga yang menjual pelbagai jenis jeans original.. harganya pula jauh lebih murah berbanding di Malaysia... Kat sinilah aku belikan encik asben punya jeans dan topi, dengan harapan next time diizinkan lagi bercuti dengan rakan2.. hahaha! Kemudian kami ke The Secret, antara factory outlet yang popular di Bandung... sempat juga aku beli beberapa pasang pakaian Ainul...

Kak Wani dan Opik....

Dunia Anak - tempat aku beli pakaian Ainul




Sempat lagi bergambar di Toko Tiga

Habis shopping, kami dibawa untuk dinner di The Valley Bistro Garden, Bandung. Bertempat dia atas bukit, kami bukan sahaja disajikan makanan yang lazat, malah turut disajikan pemandangan Kota Bandung yang sangat cantik.

Gambar ini di curi dari encik google
Antara menu yang menggiurkan...

lupa la nama menu ni... hehe!

Nasi goreng yang di order oleh Opik..

Sue sebelum menghabiskan makannya... posing dulu ya!

Yang ini aku yang punya.. Tenderloin Steak.. Terbaekkkkk!
Burrrrrppppp! Alhamdulillah... Licin..

Lepas mengisi perut, kami terus pulang ke hotel. Perancangan asal nak tengok live band ataupun berkaraoke terpaksa dibatalkan kerana kami capek banget...


Hari Ketiga
14 Mei 2012

Seperti semalam, pagi2 lagi aku layan rancangan Inbox sebelum bekpes di hotel. Jam 9am, kami bergerak ke Pasar Baru.. Masa untuk shopping sakan! habis shopping di pasar baru, kami sambung di factory outlet pula... pastu kami memanjakan diri dengan urutan tradisional di spa... badan rasa selesa, kami sambung di Paris Van Java... macam2 ada disana dan rata2 outlet disini adalah high class punya standard. Pas jalan2, kami dinner di salah satu restoren pizza... penutupnya, kami menghabiskan satu jam di pusat karaoke milik penyanyi Inul... 

Shopping telekung...




Ghanie
Nasib baik ada orang tolong bawakan barang... hehehe!

Kita karaoke dulu ya!

Sampai di hotel, kami sambung mengemas beg kerana seawal pagi esok kami perlu check out dan akan ke Tangkuban Perahu..

Hari Keempat
15 Mei 2012

Seawal jam 8.45am kami bertolak dari Marcella Hotel menuju ke Gunung Tangkuban Parahu. Satu pengalaman baru bagi aku...

Hotel Marciella- tempat penginapan kami di Bandung

Sue, Ghanie dan Azra

Daun pokok ini dikatakan boleh menjadikan sesiapa yang memakannya awet muda... terkandung dalam Lagenda Sangkuriang


wahhhh! sempat lagi tu....
Bila kelapa menjadi kepala... (dijual di deretan kedai di Gunung Tangkuban Parahu)

Namanya Ghanie Subarsyah... bukan Radhi OAG ya!






Pas turun dari Gunung Tangkuban Parahu, kami singgah ke Strawberry Farm... Dari Strawberry Farm kami ke Sapu Lidi : Makan Di Sawah... memang best kerana kami disajikan pemandangan sawah yang indah sambil menikmati hidangan tengahari...







Photos of Sapu Lidi, Bandung
gambar ini juga dicuri dari encik google

Dari Sapu Lidi, kami ke brownies outlet untuk bawa pulang aneka brownies ke Malaysia. Mantap seh... Pas menghabiskan uangnya, kami terus ke Airport Husien Sastranegara untuk pulang ke Malaysia.

Bandung, hatiku tertinggal disana.... :'(

Untuk korang yang ingin ke Bandung, bolehlah menggunakan khidmat Devan Rent Car, Tour & Travel... Confirm tak menyesal punya... Berminat? Boleh hubungi:

   Taufik @ Opik : +6281394630497 / +6281910245970 
   Fax no               : +622282062565
   Email                : devan_rentcar@yahoo.com
   FB                      : Taufik Sodikin

Selamat Bercuti!

P/s : Destinasi berikutnya... Jakarta 1-4 Jun 2012 (percutian paling jimat sebab aku akan tinggal dirumah kawan aku yang kebetulan suaminya adalah embassy di sana) tak perlu mikir"in tempat tinggalnya disana dan juga transportnya... semuanya ditanggung beressss! ahaks!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review