Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Reinkarnasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Reinkarnasi. Papar semua catatan

09 Februari 2016

Reinkarnasi 089 : Pelakon Terbaik

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 09, 2016 1 comments

Kau pelakon.
Yang bermulut manis.
Yang janjinya tiada penghujung.
Yang bijak atur kata dan pandai mengagung.

Kau memang hebat.
Jika ada anugerah pelakon terbaik,
kau paling layak.
Anugerah kau paling banyak.

Aku malang.
Anggap cerita kau itu cerita benar.
Walhal aku juga dalam lakonan.
Pandai kau buat aku rasa.

Syaitan.
Mahu sahaja aku rejam kau.


The Faiz Ibrahim





30 Disember 2015

Reinkarnasi 037 : Kasar

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 30, 2015 1 comments

Boleh aku tanya,
kenapa kebelakangan ini kau banyak berkasar?

Aku bertanya lembut,
kau jawab seperti tiada mood.

Aku hidangkan lauk,
ketika itulah kau ada work.

Boleh aku tahu kenapa dengan kau?
Jika aku ada tersalah,
bilang terangan dengan aku.

Tolong jangan siksa jiwa raga aku begini.
Rasa itu kurang enak dan aku tahu kau juga mengerti.


The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 026 : Sibuk

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 30, 2015 1 comments

Aku sibuk sebab aku sayang.
Kalau aku tak peduli,
aku tak susahkan hati aku ambil tahu begini.
Cuma kau, tak pernah langsung nak hargai.

Sudahlah.
Aku merajuk.
Cuma,
pastikan esok kau pujuk.



The Faiz Ibrahim

29 Disember 2015

Reinkarnasi 022 : Masa

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Kau kata kau perlu masa?
Berapa lama lagi kau mahu?
Seratus hari?

Kau kata kau perlu berfikir?
Berapa masa lagi kau perlu?
Seribu hari?

Sudahlah dengan alasan.
Tak mahu kata tak mahu.

Orang kalau betul nak, usaha.
Bukan lengah-lengah masa.

Aku bukannya bodoh.
Bongek.


The Faiz Ibrahim




Reinkarnasi 093 : Sedih

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 29, 2015 0 comments


Malam ini aku rasa sunyi tanpa sebab.
Tiada bunyi.
Tiada rasa.
Hatiku denyutnya sendirian.

Seolah hati ini bagai tin kosong,
yang luas jisimnya, tapi kurang isinya.

Aku bingung apa erti rasa ini.
Mungkin Allah beri aku ruang sendiri dan waktu,
untuk aku lebih kenal siapa aku dalam aku.


The Faiz Ibrahim




10 Disember 2015

Reinkarnasi 094 : Hadiah

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 10, 2015 0 comments


Jika diizinkan Tuhan untuk memilih hadiah,
akan aku pilih waktu dulu.
Saat kau dan aku semasa bahagia kita dulu.
Indah waktu itu.
Kita ketawa bersama.
kita berkongsi duka yang sama.
Segalanya buat aku senang.
Hingga sekarang aku terkenang.



The Faiz Ibrahim






09 Disember 2015

Reinkarnasi 031 : Diam

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 09, 2015 0 comments

Kau tahu kenapa aku sering diam,
pabila kita bersua?

Jujurnya,
aku terpesona melihat kau.
Raut wajah kau.
Cara senyuman kau.
Gurauan manja kau.

Dan yang paling aku suka,
cara kau melihat aku.
Kerana aku nampak jelas,
di mata kau hanya ada aku.


The Faiz Ibrahim

04 Disember 2015

Reinkarnasi 034 : Yang Tidak Kena

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 04, 2015 0 comments

Aku mendiam,
dikatanya aku ganjil dan jahil.

Aku berjenaka,
dikatanya mencari perhatian manusia.
Cuba buatkan mereka senang dengan segala seloka.

Aku menangis,
dikatanya aku lemah.
Seronok menggapai perhatian sekalian ummah.

Oh aku sedar.

Orang kalau dah tak suka,
kita beri salam pun mereka akan kata kita bermuka.

Manusia.
Menjengkelkan.
Kan?


The Faiz Ibrahim


Alia : 

Eh. baru aku perasan. Dalam buku Reinkarnasi ni ada dua 034.

   034 : Yang Tidak Kena
   034 : Semalam

Mungkin kesilapan teknikal. 
Abaikan.



Reinkarnasi 106 : Tunggu

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 04, 2015 0 comments

Aku masih tunggu.
Tapi entah sampai bila.

Aku masih hargai kisah lama kita.
Entah kau masih peduli atau tidak ya.

Aku keliru.
Sama ada untuk terus jalan dan lupa,
atau tunggu kau untuk datang menjelma semula.

Cuma satu hal yang kau perlu tahu,
tunggu itu sakit.
dan aku sedang sakit.
Teruk.
Kronik.
Dan mungkin hampir mati.


The Faiz Ibrahim


03 Disember 2015

Reinkarnasi 009 : Tidak Semuanya Tulus

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 03, 2015 0 comments

Mereka bangga berjuta rakan,
walau tak semuanya jujur dalam sorakan.

Biarlah aku dan dua tiga mereka.
Kerana aku pasti esok empat lusa,
mereka akan masih ada,
dan masih berdiri teguh di sisi tanpa dipaksa.

Realitinya, semua boleh mengaku rapat,
lagi-lagi pabila dompet sukar dilipat.
Biasalah manusia, ada isi adalah kelibat.

Cuma satu aku pesan,
jangan disimpan guli dalam kocek,
berat, nak jalan pun nanti bisa terkedek.


The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 092 : Jatuh

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 03, 2015 0 comments

Hati aku parah.
Mata aku bernanah.
Harapan aku punah.

Aku tersungkur lagi kali ini.

Moga Allah bantu aku bangkit semula.
Kerana Dia tahu apa yang aku mampu tanggung,
dan takat mana aku mampu bangun.



The Faiz Ibrahim

26 November 2015

Reinkarnasi 074 : Banding

By Dalia Hassan at Khamis, November 26, 2015 0 comments


Aku tahu, dia lebih sempurna.
Dia lebih rupawan.
Dia lebih bijak mengatur senyuman.
Dia ada segalanya, yang satu dunia manusia idamkan.

Cuma aku juga manusia.
Yang terasa teruk,
Apabila orang yang paling aku sayang,
Memuji yang lain seolah aku tidak sempurna.

Aku terasa.



The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 027 : Kalaulah Itu Aku

By Dalia Hassan at Khamis, November 26, 2015 0 comments

Melihat kau ketawa riang,
dengan orang selain aku,
betul - betul buat aku cemburu.

Kalaulah itu aku.
Pasti lebih indah,
sekurangnya untuk aku.


The Faiz Ibrahim

23 November 2015

Reinkarnasi 103 : Makan

By Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2015 3 comments

Satu yang aku simpan kata-kata abah,

"Bila kau makan, jangan sekali kau berkira"

Tak kira sama ada untuk kau makan sendiri,
atau untuk beri orang lain makan.

Kerana makanan itu rezeki.
Jika kau menahan rezeki,
itu mungkin boleh rosakkan hati.



The Faiz Ibrahim



Reinkarnasi 034 : Semalam

By Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2015 0 comments

Semalam kita bergaduh,
dan aku betul tidak senang.

Kan mudah jika kau mengaku salah,
dan habiskan pertelingkahan bodoh ini.

Jujurnya aku sudah mula merindu kau.

Cepatlah pujuk.
Cepatlah.
Kali ini giliran kau.



The Faiz Ibrahim



22 November 2015

Reinkarnasi 099 : Wanita dan Makan

By Dalia Hassan at Ahad, November 22, 2015 0 comments

Wanita itu makannya tanpa sebab.
Makannya tak perlu ikut waktu.
Jika dia mahu makan.
dia mahu makan.

Kau jangan halang,
itu mungkin boleh buat dia berang.


The Faiz Ibrahim





20 November 2015

Reinkarnasi 007 : Menanti

By Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2015 0 comments

Dia cekal hatinya,
ditinggalkan dan masih menanti.

Pabila ditanya alasan, dia terdiam.
Dikatanya sayang kenangan lama.

Bohong.

Yang dia sayang jujurnya lelaki itu,
walau lelaki itu banyak nakalnya.

Tapi dia, masih beri ruang.
Dalam diam, masih mengharap.
Segala suara dan nota masih disimpan rapi.
Betapa naif dia.
Masih mengharap indahnya dulu bisa kembali.

Dia kata dia nak mula semula,
tapi hatinya enggan.

Tidak mengapa, beri dia ruang dan masa.
Jika dia betul sedia, dia akan cuba semula.

Ini perjuangan dia,
dia tahu apa yang dia betul mahu.

Jangan paksa.
Dia hanya perlu masa.


The Faiz Ibrahim

Reinkarnasi 044 : Warkah Buat Mak

By Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2015 0 comments

Mak, kalau anak mak ini tersasar,
mak boleh tegur.
Sebelum semakin jauh sasarnya.

Mak, kalau anak mak ini biadap,
dengan kata-kata,
sama ada sedar atau sebaliknya,
mak ucapkanlah sahaja.
Mak marahkan sahaja anak ini.

Mak, kalau anak mak ini kecewakan mak.
Anak mak ini nak minta maaf.
Mungkin dah cuba tapi Allah tak beri.

Mak, kalau esok nyawa anak mak ni tiada,
anak mak ni nak ucap,

Terima kasih jadi mak yang paling indah di dunia.
Mungkin jarang cakap berhadapan kerana malu,
tapi anak mak tahu yang maknya ini sudah tahu.
I love youuuuu.


The Faiz Ibrahim



16 November 2015

Reinkarnasi 108 : Hormat

By Dalia Hassan at Isnin, November 16, 2015 0 comments

Hormat.
Dua patah kata.
Sebutnya mudah.
Lakunya sukar.

Tapi yang mudahnya,
hormat aku, akan aku hormat kau.
Mudah



The Faiz Ibrahim

09 November 2015

Status Blog #54

By Dalia Hassan at Isnin, November 09, 2015 0 comments

Ermmm.. aku dah terjatuh cinta dengan buku 'REINKARNASI' yang ditulis oleh adik kepada sahabat aku masa kat Uitm Segamat dulu, Fazli Ibrahim iaitu Faiz Ibrahim.

Ada sesetengah tu memang kena kat batang hidung aku sendiri... ada pula yang ada kaitan dengan keluarga sendiri, juga kaitan dengan teman-teman rapat...

Ada juga yang aku suka dengan ayat dan gaya bahasa yang digunakan.

Mana yang aku rasa menarik, aku akan kongsikan dalam entry aku... In Shaa Allah...


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review