Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Ronda2 Cari Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ronda2 Cari Makan. Papar semua catatan

13 November 2019

Warung Bandung, Kota Kinabalu

By Dalia Hassan at Rabu, November 13, 2019 0 comments

Assalamualaikum...

Lepas kami masuk ke Rumah Terbalik dan 3D Wonders Museum di Tuaran, perut pun dah mula kelaparan, kami terus ke Warung Bandung untuk makan tengahari. Warung Bandung ni menyediakan masakan Indonesia dan agak terkenal di Kota Kinabalu ni.

Entah kenapa aku rasa ralat sangat tak ambik gambar banyak kat Warung Bandung di Kota Kinabalu ni. Mungkin masa tu aku tak sempat nak fikir banyak, sebab dah lapar sangat... Cuma ni jer la gambar yang aku sempat ambik hari tu...

Yang bestnya kat sini, ada nasi panggang dengan ayam berlado. Banyak lagi menu2 yang lain, malangnya aku tak ingat apa nama menu tu.. Yang pasti semuanya sedap-sedap belaka sebabnya semua rombongan keluarga aku makan sampai licin pinggan, termasuklah anak aku dan anak-anak buah aku yang sebenarnya tak kuat makan maam aku.

Mak aku siap tapau lagi untuk bawak balik Marina.




Takperlah.. kalau korang pergi ke Kota Kinabalu nanti, cubalah singgah ke Warung Bandung ni. 

Ini alamatnya :

Tingkat Bawah, Lot 4, Block C,
Lintas Jaya Fasa 1,
Penampang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah


16 Mei 2011

Mengunjungi rumah rakan blogger

By Dalia Hassan at Isnin, Mei 16, 2011 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Malam tadi aku bermalam di Kg. Sungai Buntu, Penerok, Pontian kerana menziarahi nenek mertuaku yang sedang terlantar kerana sakit tua... Dan malam semalam aku sempat meronda~ronda sekitar bandar pontian... tak beli apa pun, saja jer jalan~jalan cuci mata bawak anak aku...

Pagi tadi, dalam pukul 10.30am, aku gerak balik ke segamat... sedih jugaklah sebab terpaksa berpisah dengan anak aku disebabkan dia bersekolah di Kota Tinggi... tapi nak buat macamana.. terpaksa juga la... (tp start jun nanti anak aku akan duduk semula dengan aku... yeaaayyyyy)

Balik dari Pontian, singgah sekejap Ayer Hitam untuk beli kerepek untuk mak aku kat segamat dan juga untuk empunya blog Resepi Ibu yang akan aku singgah rumahnya untuk melantak makanan yang dimasak oleh beliau.. haha!

Lebih kurang jam 1:30pm aku selamat sampai kat rumah beliau dengan perut yang tersangat lapar... apalagi, tanpa rasa segan silu aku pun menghadap la juadah yang ada kat depan mata....


Tarrrrrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Nyum nyum.... Sedap sehingga menjilat pinggan..... Terima Kasih Ibu.... lain kali boleh la kita singgah lagi untuk makan masakan ibu yang sedap dan lazat tak hengat!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review