Sahabat

Halaman

30 September 2014

Day 29 : Bunga Kegemaran

By Dalia Hassan at Selasa, September 30, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Bercerita tentang bunga, wanita dan bunga memang saling berkaitan.. aku sendiri, nama pun dah macam bunga.. 

Dalia = Dahlia..

Walaupun nama aku Dalia, tapi kawan2 aku akan panggil aku Dahlia. itu biasa.. dari zaman sekolah sampailah sekarang.. aku biasa dengan panggilan Dahlia.. tak kisah pun.. malah ada beberapa orang kawan yang panggil aku 'bunga' juga 'daisy'.... bukan tu ajer, adik beradik aku pun dah terbiasa panggil nama aku Dahlia... 

Pernah masa zaman kuliah dulu, En. Hamdan lecturer aku yang memgajar subjek marketing, bercerita dalam kelas pasal kegilaan isteri dia terhadap bunga.. dengan tak semena2 dia tanya aku, 

"Awak suka bunga tak Dahlia?"

... spontan aku terus jawab 

"Mestilah suka... nama saya pun bunga...." (sambil buat muka gatal kat lecturer) hehe!

Begitulah secara ringkasnya... bunga kegemaran aku dan juga ertinya pada aku...

daaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge

28 September 2014

Day 28 : Andainya.....

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Semenjak dua menjak ni sibuk la sangat2.. cabaran ni pun kadang2 memang tak sempat nak buat... kalau buat pun ringkas seringkas ringkasnya... hehehe... okla kan.. yang penting aku berusaha untuk sempurnakan cabaran ni...


  • Andainya aku tak join cabaran ni, memang makin bersawang la blog aku ni.. haha! Rasanya bulan ni la yang aku paling banyak menulis entry... Alhamdulillah... boleh rupanya...


  • Andainya ku bisa putarkan saat waktu, ku cuba perbetulkan segala kesilapan lalu.. (eh eh! macam lirik lagu jer) hahaha! kalau boleh aku nak kembali ke zaman remaja...


  • Andainya aku diberi kuasa luar biasa untuk membaca isi hati orang... alangkah bagusnya agar aku dapat kenal yang mana kawan yang mana lawan... tapi sayangnya aku tidak punyai kuasa itu! (banyak tengok kartun ni)


  • Andainya aku bisa memilih.... (oh! biarlah rahsia)


  • Andainya esok aku pergi menghadap Ilahi, sedekahkanlah aku dengan surah Al Fatihah... Sampaikanlah salam peluk cium buat kedua anakandaku Ainul Mardhiah dan Arissa Qaisara... sesungguhnya bonda amat menyayangi kalian dengan sepenuh hati bonda...


Sekian

30 Days Blogs Challenge


Day 27 : Mood Aku Hari Ini

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments


#‎cabaran30hari‬ 



Kenapa aku boringgg? Sebab aku kena kerja.. sorang sorang pulak tu.. sampai2 opis tengok elektrik takder.. call pulak budak maintenance untuk betulkan.. sementara nak tunggu budak tu datang, tak keruan aku dibuatnya... mengantuk.. lapar.. macam2 lagi la...

Yang pasti memang ianya adalah sesuatu yang membuatkan aku rasa bosan...


30 Days Blogs Challenge


Day 26 : Gajet Kepunyaan Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments
Ok. Cuba untuk berlari mengejar entry yang telah tertinggal... haha!

 Ini sahaja gajet yang aku ada...

1) Samsung S4
2) Samsung Galaxy Young
3) Lenovo


Sebenarnya aku ada lagi satu Samsung Tab Plus 7.0 tapi aku dah hantar kat adik aku mintak dia repair.. rosak dah asyik kena hempas dengan dak tecik ni.. huhu..



30 Days Blogs Challenge


Day 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Aku Baca

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Alamak! Hari ke 25 punya entry baru nak buat hari ni... hahhah! aku tak ingat dah apa yang aku baca pada hari tu, sebab pagi tu aku ada interview dan aku sibuk menghafal pasal GST. hahaha!

#‎cabaran30hari‬ 

Tapi yang pasti, aku ada terbaca dan tengok berita tentang kemenangan BN di PRK Pengkalan Kubor.. itu pun dah lewat malam baru aku tau... hahaha!



30 Days Blogs Challenge

26 September 2014

Day 24 : Rumah Impian Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2014 0 comments


Bercerita pasal rumah idaman, memang la setiap orang pun ada impian untuk memiliki rumah yang hebat. Begitu juga aku... memang sejak zaman sekolah aku dah memasang angan2 untuk memiliki rumah yang besar, cantik, mewah... ada swimming pool. Landscape yang cantik menarik kau memang daboom! Alangkah indah andainya hajat aku tu tercapai....

#‎cabaran30hari‬ 



Sumber Gambar : Pakcik Google

Amacam? Simple je kan?hahahahahahha mimpi betul la.. tapi, kalaulah betul2 aku dapat rumah macam ni, memang setahun aku tak keluar rumah, hanya menikmati ketenangan dan keindahan yang ada kat rumah aku tu... hari2 swimming biar pecah segala lemak kat badan ni... alaaa... kalau dah kaya tak keje setahun pun takper... kannnnn.... hahahhahahah!

Kalau aku kayaaaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge




Day 23 : Pekerjaan Yang Aku Inginkan

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya aku dah ketinggalan beberapa hari ni.. tapi takper.. aku cuba abiskan hari ni juga untuk menulis entry yang dah tertinggal tu... walaupun ringkas.. kekeke!


Apa agaknya pekerjaan yang aku inginkan selain dari kerja aku sekarang?

Jawapannya adalah PENOLONG PENGUASA KASTAM. Wah! Mentang2lah baru semalam pergi interview (walaupun harapan sangat tipis) tapi apa salahnya kalau aku berangan angan. Tak kena bayar pun, kan... kekeke! Selain dari tu, sebenarnya aku teringin sangat nak jadi PILOT.. boleh keliling dunia..  tapi hajat tu tak kesampaian pulak.. haha!

Boleh la baca pengalaman aku interview jawatan tu semalam kat sini....

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge



25 September 2014

Temuduga Penolong Penguasa Kastam W27

By Dalia Hassan at Khamis, September 25, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... selesai sudah sesi interview aku untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam W27.. hilang sudah debaran... apa pun aku dah buat yang terbaik, dapat atau tak bergantung pada rezeki.. memang aku tak letakkan sebarang harapan yang tinggi memandangkan persaingan yang sangat sengit...

Apa yang diberitahu oleh panel penemuduga aku tadi, mereka cuma perlukan 30 orang sahaja manakala 100 orang calon simpanan, cuma aku tak pasti jumlah yang diberitahu itu adalah jumlah keseluruhan ataupun untuk hari ini sahaja.. dan kuota untuk panel penemuduga aku memilih hanya seorang je dari calon yang di interview.. bila dengar dia cakap macam tu, aku cuma senyum je sebab memang aku tak harap sangat, sekadar mencuba nasib...

                        

Tapi aku memang respek kedua2 panel yang interview aku tu.. sangat sporting... tapi yang bestnya, aku rasa aku pulak yg jadi panel temuduga sebab penemuduga aku tu pulak yang meluah perasaan pasal saman trafik yang dia pernah terima (almaklumla aku ni keje kat cawangan trafik) macam2 yang dia cerita.. lawak pun ada.. kesian pun ada... tapi lagi kesian kat aku la yang entah apa nasib.. dapat ke tak agaknya jawatan ni? hahahaha...

Antara soalan yang dia tanya aku adalah tentang integriti.. apa itu integriti... yerla.. aku berkhidmat dalam PDRM, memang la dia tanya tentang integriti.. Oh ya! Dia bagi peluang pada aku untuk bertanya soalan tentang jawatan ni.. so oleh sebab perkara ni yang sentiasa menjadi tanda tanya ramai calon, aku siap2 tanya pada mereka..

Aku : "Puan, adakah jawatan ini memerlukan saya untuk memakai Uniform?"

Panel Temuduga : " Ya. Tapi jawatan ini tak sama seperti polis, JPJ atau badan uniform yang lain kerana tiada ujian fizikal yang akan dilakukan dan BMI bukanlah penghalang..."

pheeewwww! haha! (nampak sangat aku gemuk!)

Oklah. bagi sesiapa yg sudah atau bakal menghadiri temuduga kastam ni, good luck untuk korang.. kalau gagal, jangan frust sangat... boleh cuba lagi lain kali.. macam aku, dah lali dan takder perasaan dah kalau pergi interview ni.. kalau ada rezeki, adalah.... kalau tak, no problem.. belum sampai rezeki kita untuk jawatan tu..

Oklah.. sekian...

daaaaaaaaaaaa!

24 September 2014

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, Ainul Mardhiah

By Dalia Hassan at Rabu, September 24, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Kalau semalam 23/9 adalah besday aku, hari ni 24/9 pula adalah besday anakanda Ainul yang ke 8 tahun... Kejap je rasa Ainul membesar, rasa macam baru je aku lepas melahirkan dia..
Ainul Mardhiah Binti Suhaimi... mama nak Ainul tahu yang mama, papa n adik sentiasa sayang Ainul... Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Ainul..Jangan nakal2... Jangan buli adik... Jangan melawan cakap mama dan papa...
Happy Birthday Sayang!

23 September 2014

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran, Dalia !

By Dalia Hassan at Selasa, September 23, 2014 0 comments
Assalamulaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah... hari ni genap usia aku 34 tahun... tua dah kan? tapi tak kisah lah, yang penting hati muda... hehehe!

Ni adalah kali pertama aku buat sendiri pulut kuning... nasib baikla menjadi walaupun tak berapa nak cantik... setakat nak makan sendiri dengan kawan2 okaylah... kalau nak jual memang tak la... hehe!



kek ni untuk kami bertiga... En.Adam, En.Din dan Dalia yang comel ;)



Rendang hasil tangan aku... sedap ke tak sedap ke belakang cerita la... hehehe!


ni orang yang tak pandai nak mendeko yang buat (aku la tu).. untuk boss kecik.. buruk rupa tapi tak kisahla... yang penting dah selamat masuk ke perut... haha! 

22 September 2014

Day 22 : Destinasi Percutian Idaman

By Dalia Hassan at Isnin, September 22, 2014 0 comments


Assalamualaikum wbt...

Eh! tajuk entry hari ni lebih kurang sama maksud dengan semalam punya la... tapi ada beza sikit..

Selain Istanbul, aku tersangat la teringin nak pergi bercuti ke Korea Selatan... ni pengaruh dari drama2 Korea la ni especially drama Winter Sonata yang betul betul berikan impak maksima agar aku sendiri dapat merasai pengalaman berada disana...

Impian aku satu hari nanti semoga aku dapat jejakkan kaki ke bumi Korea Selatan... kalau ada yang nak sponsor dari A-Z termasuk duit poket sekali pun alangkah bagusnyaaaa (alamak! sama macam ayat semalam ni...)

hehe!









30 Days Blogs Challenge



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review