Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label PERKEP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERKEP. Papar semua catatan

16 Disember 2022

Perasmian Taman Kasih Baidzura (PERKEP Selangor)

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 16, 2022 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Hari ni aku telibat dengan aktiviti PERKEP iaitu Perasmian Taman Kasih Baidzura. Taman Kasih Baizura ni diusahakan oleh orang-orang kuat Balai USJ 8, salah satu balai dibawah IPD Subang Jaya, khas sebagai tanda penghargaan buat Datin Baidzura (Pengerusi Perkep Selangor)

Aku dan Tini ni pantang duduk dekat, mesti nak selfie sama..

Gitar ada tersangkut kat Gazebo tu, apalagi.. acah-acah petik gitar la walau sebenarnya tak ada bunyi..

Gambar beramai-ramai sebagai kenangan


Abg lori Nescafe pun datang... kenyang kami dengan minum nescafe je seharian... Nescafe dia memang padu teruk.

Ruang rehat atau lebih tepat, tempat untuk lepak-lepak kalau tengah stress dengan kerja.

Lagi...

Datin Baidzura dan arnab yang dipelihara didalam taman..

Kandang arnab


Bekas isteri bos kami.. peramah dan baik hati.. sentiasa tak lupa kat kami walau dah lama bos lama kami bertukar ke tempat lain (naik pangkat)


makan-makan santai







Sekianlah... Maaf gambar tak tersusun.. tapi bolehlah asalkan kenangan dapat diabadikan kat sini...

Daaaaaaaaa!


04 September 2019

Latihan Kemahiran Menembak

By Dalia Hassan at Rabu, September 04, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt

Aku kalau di offer untuk pergi menembak, memang aku takkan tolak. Tak kira lah bawah IPD ataupun bawah Selangor. Terror tu memang taklah, tapi takder la teruk sangat. Biasa-biasa jer. So bila Insp. Zaza call aku ajak join menembak, aku on jer.

Kali ni aku pergi Latihan Kemahiran Menembak PERKEP Selangor. Lama sangat dah aku tak join program Perkep ni, sekali sekala apa salahnya. Last pun aku pergi menembak ni hujung oktober tahun lepas kat lapang sasar Sungai Buloh. Masa tu pun aku sempat masuk acara centre fire je, tak sempat nak tunggu acara falling plate sebab petang tu aku ada game bola tampar kat shah alam.

Latihan Kemahiran Menembak kali ni aku cuma masuk acara falling plate, iaitu menembak piring dengan berbekalkan hanya 5 butir peluru. Kami dari IPD Subang Jaya di wakili oleh 4 peserta iaitu ASP Farizah, SM Ruzita, aku dan juga Dayang Ernie.











Baru perasan sebenarnya tak banyak gambar masa menembak.. tapi banyak gambar syok sendiri je dalam henfon aku.

Adeh!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review