Sahabat

Halaman

17 September 2018

Hiking @ Gunung Silipat, Thailand

By Dalia Hassan at Isnin, September 17, 2018

Assalamualaikum wbt..

Pada 15-16 September lepas aku telah ke Gunung Silipat, Thailand dalam misi mengejar awan karpet yang dikatakan sangat ohsem menarik tertarik kau memang da boom itu. Maka pada malam 14 September tu aku, yatz, ila dan tini telah memulakan perjalanan dari IPD Subang Jaya dengan menaiki tren LRT ke Gombak kerana kami akan menaiki bas yang disediakan di sana. 

Trip kali ini kami bersama team Panda Globeltrekkerz.

Berkumpul di depan IPD Subang Jaya
Dari IPD Subang Jaya, kami jalan kaki ke stesen LRT Taipan... 

Masing-masing bersemangat dan tak sabar nak jumpa encik awan karpet (bukan bangla jual karpet)

Dari LRT Gombak, kami memulakan perjalanan ke Betong, Thailand lebih kurang jam 4 pagi, sedikit terlewat dari jadual asal. Kami singgah untuk solat subuh dan bersarapan ke RNR Tapah sebelum meneruskan perjalanan.

Bersama passport masing2. Of course la excited sebab bukan selalu aku dapat gunakan passport aku ni. paling tak pun setahun sekali jer. haha!

Selepas settle berurusan di imigresen Malaysia dan Thailand, inilah masanya untuk kami bergambar beramai-ramai bersama peserta misi Gunung Silipat, Thailand.

Dan tidak lupa juga bergambar bersama Geng Outdoor Subang Jaya (GOSJ)

Sebelum naik powil.... muka ada senyummmm...
Ajomlah kitaaa....
Awal perjalanan menaiki powil... masih lagi tersenyum...

Serik hoi aku naik powil ni. Dua kali nak nak tergolek, dah le takder penghadang belakang... kali pertama berderau darah sebab sikit lagi dah nak masuk gaung... kali kedua nak tergolek, aku serik dah.. dah le kat negara orang, tak berani aku nak ambil risiko... penyudahnya aku ngan beberapa geng lain ambik keputusan untuk jalan kaki je sampai ke starting point. Lebih selamat walaupun agak semput. haha. Cuma beg je aku tinggalkan dalam powil.

Yang menariknya tentang Gunung Silipat ni, dari bawah lagi kami dah dihidangkan dengan pemandangan pokok buah-buahan yang kebetulan memang tengah berbuah lebat. Kalau iman tak kuat, mau dah duduk bawah pokok bersantai2 sambil menikmati kelazatan buah2an tu. Ada rambutan, langsat, duku, manggis dan juga cempedak / nangka. Durian aku cuma jumpa kulit jer. Mungkin masa tu bukan musim durian...

Tentang Gunung Silipat ni, trek dia tak berapa mencabar kecuali kalau hujan. Memang sesuai la untuk newbies yang baru berjinak-jinak dengan dunia hiking ni. Yang mencabar cuma powil dia yang sangat rare tu. Tobat mak! 

haha


Petang tu, sampai je base camp, kami plih khemah yang muat untuk kami berempat duduk bersama. Poyo kan? Sampai sana pun bukan nak campur dengan orang lain, geng sendiri yang jadi pilihan. haha. Ala.. sebenarnya bukan apa, kami masing2 dah kenal sama sendiri. So kalau keluar perangai pelik2 tu takder la janggal sangat.... kannnn... (alasan)

khemah mate
Lepas kemas barang-barang dalam khemah, kami bergerak menuju ke puncak. Alhamdulillah la, rupanya puncak tu kat sebalik semak2 tapak perkhemahan tu jer. Sekejap je sampai, lebih kurang 10 minit. Lepas menikmati puncak Gunung Silipat (kami lepak sampai hari gelap), kami turun ke base camp. InhaAllah kalau ada rezeki pagi esoknya kami akan naik semula ke puncak.

Malam tu diorang buat barbeque. Masa ni la aku tersuka dengan sosej thailand ni.. macam2 pilihan ada.. kebanyakannya yang aku tak pernah makan / jumpa. So terjakun la sikit... Oh ya. Sosej2 ni HALAL ye. So, makanlah tanpa was-was...
Makan malam kami...

Sepanjang malam tu hujan jer tak berhenti. Risau juga. Almaklumlah dalam hutan.. kat negara orang pulak tu. Dan hujan tu berterusan sampai ke pagi. Memang rezeki kami tak dapat jumpa encik awan karpet. Dan mungkin ditakdirkan untuk kami kembali semula ke sana satu hari nanti... 

InsyaAllah.
Oleh sebab pagi tu hari masih lagi hujan, kami bergambar pun dalam keadaan berbaju hujan. Yang aku pulak, baju hujan boleh tinggalkan dalam beg kat dalam bas. Apalah nasib. So pakai jerla windbreaker tu.. oklah dari takder.


Geng Outdoor Subang Jaya (GOSJ)

Kenangan

Entah bila nak kurus



Perjalanan turun ke bawah lebih mencabar dari perjalanan naik sebab trek dah basah dan berlumpur. Merasa jugalah aku tergolek sekali sebab tergelincir, trek licin. Peh! aku yang tergolek sekali ni pun dah rasa macam weng weng skit kepala otak, apalah rasa budak depan aku yang sampai 3 kali tergolek. Dengan beg besarnya lagi... tapi bak kata orang, tak hiking la namanya kalau tak jatuh tergolek. 

haha! (Ayat pujuk hati)



Turun gunung, mandi2 pastu pergi makan. Makan kat sini dah termasuk dalam harga pakej...


Otw balik, kami singgah di pasar Betong semata2 nak cari  pelbagai jenis sosej tu. Nak beli banyak-banyak untuk stok makan sorang dikala kelaparan. #eh

Petai ni harga dia lebih kurang RM10 je duit Malaysia. Murah giler. Nyesal pulak aku tak beli.. kalau tak boleh bungkus sikit2 jadikan souvenir untuk kawan2.


Meronda Pekan Betong



Masa untuk pulang ke pangkal jalan... sebelum tinggalkan Thailand, bergambar dulu ramai-ramai...

Selamat jalan Romeo. Sampai jumpa lagi... aku pasti kembali untuk mencari Bangla Karpet Encik Awan Karpet.


Sekian.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

3 comments:

Delimasari berkata...

mencabar - tahniah

Dalia Hassan berkata...

Terima kasih... 😃

CIK CT FAIROSS berkata...

bakal pergi bulan 4 ni. Mudah2han cuaca baik2 aje nnti. Hehehe

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review