Sahabat

Halaman

30 Mac 2012

Lagi Lagi Bola Tampar

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 30, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ni sepanjang hari aku golek2 atas tilam, depan tv... maklumlah hari ni aku dapat kelepasan satu hari... Wahhhhh! sangat selesa dapat berehat kat rumah setelah berkampung di Kuala Selangor untuk beberapa hari... Semestinya kenangan manis yang aku dapat walaupun team kami kalah... Seronok sangat dapat berkenalan dengan kawan2 baru... Sesuatu yang aku baru perasan, dalam 20 orang pemain dari IPD Subang Jaya (10 lelaki dan 10 perempuan), hanya aku dan kak wani je kakitangan awam, yang lain semua anggota polis... tapi kira okeylah, ada juga wakil dari kami KTA... hehe!

Teringat game pertama kami, lawan IPD Sabak Bernam. Sorry kawan2, aku tak dapat perform dengan baik... Padahal aku tahu, jurulatih memang mengharapkan pada kami empat orang untuk bermain dengan baik.. Aku, Diba, Aishah dan Is... Tapi hari tu, aku dah hampakan mereka... Aku pemain pertama yang serve bola, dan dua mata terawal dapat aku kutip dari serve je.. masuk serve ketiga aku hancuss.. then bila pihak lawan serve, mereka tuju kat aku sampai aku confuse... Is dan jurulatih kata bola out, tapi bila aku biarkan, rupanya bola masuk... berapa mata je pihak lawan dapat kutip dari kesilapan aku... then aku dikeluarkan... masing2 kata muka aku pucat, dan akhirnya setelah diorang siasat, teruk aku kena marah sebab aku tak makan masa breakfast pagi tu... sebenarnya aku makan... makan kuih seri muka sepotong (tp aku makan atas dia je, pulut dia aku tak makan), dan sebiji karipap (pon aku makan inti jer, kulit tak makan)... tengahari aku tak makan nasi, cuma ratah ikan bakar seekor, dan malam diorang pulun makan pizza (tapi aku makan atas dia jer, roti pizza aku tak makan).... Malam tu aku di kaunseling oleh Diba, Is dan Aishah.... kena panggil masuk bilik diorang... Aku kena bebel dengan diorang, sebab Is yang perasan aku tak makan... heheheh... tapi betul cakap diorang... jurulatih pon ada bagitau kami masa training, dia cuma mengharapkan pada kami berempat untuk perform sehabis baik... Is bagitahu aku, dia suka kalau aku yang amik first ball, sebab dia boleh ambil... erm... kalaulah dapat aku undurkan masa....

Keesokannya, aku memang ambil sarapan yang cukup... Aku kena makan depan diorang, membuktikan yang aku memang dah makan... heheheh... tapi game lawan Kajang memang yang sangat2 tak dapat aku lupakan.. walaupun kalah, tapi beberapa kali kami dapat leading point kajang.. aku tak tahu, tapi game kali ni aku betul2 bersemangat... takde pucat2 lagi dah... kali ni jurulatih tak datang, tapi Tuan Naser yang ganti jurulatih untuk bantu kami... Masa rehat sekejap, Tuan Naser puji kami, dia kata meremang bulu roma dia tengok permainan kami.... Dia yang tengok kat tepi tu je dah meremang, apatah lagi kami yang ada kat tengah gelanggang... Cuma nasib yang tak menyebelahi kami.. Dan untuk game menentang kajang, tiada pertukaran pemain dilakukan... kami berenam yang perform.. terbaikkkk! Masa keluar dari stadium, sekali lagi Tuan Naser puji aku... dia kata aku main sangat baik...(terkembang sekejap hidung) hahahahah!

Masa majlis penutup, tiba2 aku ternampak sorang mamat ni yang aku kenal sangat2... hahahaha! rupanya orang kampung aku merangkap schoolmate aku merangkap ketua pengawas aku dulu... Insp Azhari dari cawangan komunikasi IPK selangor.... lor... jadik polis rupanya budak ni..... hehehe.. tapi aku tak tegur pun dia, dia pon rasanya tak perasan aku... kali terakhir aku pernah berborak ngan dia masa dia sambung belajar kat politeknik... itu pun sebab dia kawan dengan jiran kawan sebilik aku masa kat uitm dulu, Niza....

Part yang best sekali, masa dapat salam dengan Dato Ketua Polis Selangor masa terima sijil penyertaan. Aku terima bagi pihak team bola tampar wanita IPD Subang Jaya...  teringat kata2 Dato KP pada aku, "tahniah walaupun tak menang... yang penting, semangat!" .... Untuk player lelaki, Tuan Shukairy yang wakilkan... dapat sijil dan pen Alain Delon, tapi pen tu kami hadiahkan kat Tuan OCPD... tanda terima kasih atas sokongan kepada kami... Terima kasih tuan!




28 Mac 2012

Kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2012 ( Part 2)

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 28, 2012 0 comments
Disaat aku menulis entry ini, pemain bola tampar lelaki sedang beraksi di gelanggang... first game semalam dah menang ketika lawan ipd ampang, dan sekarang sedang menentang klang utara... set pertama subang jaya dah menang, sekarang sedang menentang set kedua... memang mengharap sangat team lelaki ipd subang jaya menang, nak harapkan team wanita, susah skit kot.... apa taknya, kami semua bidan terjun disaat2 akhir... tapi tak apalah... yang penting semangat kami ada untuk buat yang sehabis baik...m

Ok... aku nak fokus semula kat gelanggang... go subang jaya go!


27 Mac 2012

kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2012

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 27, 2012 0 comments
dup dap dup dap rasa hati......

Kejap lagi perlawanan pertama kami dalam Pertandingan Bola Tampar Piala KP Selangor... harap semuanya berjalan dengan lancar.... InsyaAllah.... Cuma mood aku tak berapa nak stabil sejak petang semalam.... kenapa? ermmmm... ni semua my good friend, T~Ni punya pasal..... saja je nak sakitkan hati aku... dah sakitkan hati aku, bleh tanya aku ok ke tak? sendiri mau ingatlah... lantaklah! takder good friend macam dia pon takper la.... bila dah sakitkan hati aku, bleh salahkan aku balik sebab2 kenapa dia sakitkan ati aku... memang aku sakit ati sangat....
tahniah kawan....

Apa2 pun, aku nak fokus dalam game ni.... menang kalah adat permainan tapi aku tetap nak buat yang terbaik.... insyaAllah... harap aku tak nervous... tu la satu kelemahan aku dari dulu.... tak tau camana nak hilangkan rasa nervous yang sering melanda diri... huhu!


25 Mac 2012

Selamat Menyambut Hari Polis Yang ke 205

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 25, 2012 0 comments
Buat kawan2 ku yang berkenaan, selamat menyambut Hari Polis yang ke-205.... Dan tahniah buat diri aku sendiri sebab sempena hari polis ni, aku dapat sijil penghargaan dari tuan Ketua Polis Daerah Subang Jaya... hehehehe... aku dapat tau yang rekemen nama aku untuk dapat sijil penghargaan ni ialah tak lain dan tak bukan Tuan Khai a.k.a Baim Wong.... wah! tak sia2 selalu gaduh dengan dia.... hahahah! anyway, thank you boss!

Tiba-tiba je teringat kata2 dia pagi tadi sebelum perhimpunan.. dia sempat perli ayat2 aku kat status fb yg kutuk2 dia... pastu dia bleh cakap "aku nak pergi jumpa KBKA, aku nak cakap dia yang ko suka carik gaduh dengan aku" pas dia cakap ayat tu, dia gelak... hampeh betul... macam budak2!


Alia : Harap kawan2 aku yang lebih senior dari aku tak kecik hati coz aku yang dapat dulu dari diorang... Huhu! Dalam trafik ni, aku yang paling junior... Serius tak tipu... harap jangan ada cakap belakang, tu yang aku paling takut!

23 Mac 2012

Tamparan Bola Tampar (Part Two)

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 23, 2012 0 comments
Rentetan dari peristiwa semalam...

Hari ni seawal pagi lagi, seperti yang dijanjikan semalam aku naik ofis tingkat 8 untuk jumpa dengan Tuan Khai a.k.a Baim Wong... Semuanya sebab bola tampar. Hasil dari perbincangan aku dan dia, akhirnya dia lepaskan jugak aku untuk join team Ipd Subang Jaya... Ya Allah sukanya aku tak terkata... Terima kasih tuan... tuan memang baik hati... *Wink*Wink* Tapi dia lepaskan aku dengan bersyarat.... Syaratnya, pagi aku kena kerja, petang baru aku turun untuk latihan... Aku tak kisah, yang penting aku dapat join team tu... Dan pagi tadi terpaksalah aku masuk ofis... Walaupun aku kat ofis, tapi hati aku dah ada kat tengah2 gelanggang bola tampar, memang tak jadi kerja la aku kat ofis tu tadi... Dengar lagu, nyanyi2, usik2 member lain, main game... kerja aku memang aku tak buat la kecuali tadi aku menghabiskan masa aku dengan print dan semak audit roll.... Camana nak buat kerja, fikiran aku tak fokus... tapi ikutkan jugak la arahan bos, turun training waktu petang... tak kisahlah kan.... heheheh!

Dalam pada gembira tu, tetiba aku dapat satu lagi berita gembira... ni kira double happiness la nih... aku diberitahu bahawa Hari Polis ke 205 Ahad ni nanti, aku akan terima sijil penghargaan dari KPD Subang Jaya. Syukur Alhamdulillah. Harap mana2 kawan aku yang lebih senior dari aku tak kecil hati sebab aku dah dapat dulu dari diorang... Ya! Inilah hasil segala penat lelah selalu bergaduh dengan bos, dapat jugak la sijil penghargaan. So korang, agak2 kalau nak cepat dapat, selalulah bergaduh dengan bos korang yer... Mana tahu rezeki..... hahahahaha!

Dan pada sebelah malam pulak, sekali lagi aku hampir gaduh dengan bos aku, Tuan Khai... tetiba dalam kul 9.40pm dia call aku, marah2 pasal komen faizah kat status aku.. Aikkk? Faizah yang komen, aku pulak yang kena... Si faizah ni pun satu, ada ke patut dia komen, suruh aku lawan cakap bos... hahahahah! patut la tuan khai mengamuk... tak pasal2 aku kena terangkan kat dia.... kena soal siasat... Adeh... panjang lebar jugaklah tadi aku kena bebel ngan dia dalam tepon... tapi yang aku tak tahan, dia boleh gelakkan aku pasal aku ada share satu link ni... "Dear Boss.. I quit!" hahahahaha! Ni masa tahap kemarahan aku berada di tahap maksimum... pastu bila dah reda, aku blehh komen, "tak jadilah nak quit".. tu yang dia bantai gelakkan aku dalam tepon... hampagas betul bos aku ni....


22 Mac 2012

Tamparan Bola Tampar

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 22, 2012 0 comments
Kecewa! Sedih! Benci!

Tu la perasaan yang aku rasakan hari ni... kecewa sangat... sedih sangat... benci sangat kat mereka2 yang berkenaan... 

Demi Allah..... Bola tampar la satu-satunya sukan yang aku minat sejak zaman sekolah lagi... Masa kat uitm dulu pun aku wakil uitm johor dalam karnival sukan mahasiswa.... Aku rindu sangat nak main bola tampar ni... Dah 11 tahun aku tak main bola tampar, mmg selalu aku berangan mengharapkan akan ada buat team wanita kat sini...lama dah aku mengharap.. setiap petang nampak budak-budak lelaki main bola tampar ni, memang rasa macam nak join diorang jer... 
Semalam, bagai pucuk dicita, tiba-tiba je Tuan Naser sms aku, minta aku carikan team bola tapar wanita dalam 8-10 orang... Dah dapat semua nama, aku hantar kat cawangan latihan untuk keluarkan semboyan dengan hati yang sangat2 gembira sebab setelah 11 tahun, dapat jugak aku melepaskan rindu dendam aku dengan tamparan kat bola yang tak bersalah tu. Serius aku mengaku yang stamina aku takder la macam 11 tahun dulu, kuat, boleh lompat tinggi2... maklumlah, size pon dah berubah tapi minat aku tak pernah berubah... 

Yang aku sakit hati, tengahari tadi diorang beritahu yang aku dengan kak mona tak diberi kelepasan untuk main bola tampar ni.. Alasan yang diberi memang langsung tak kukuh. Aku memang tak boleh terima alasan yang konon-kononnya kami diperlukan bagi menampung penugasan di cawangan trafik. Sebab? Anggota-anggota trafik ramai yang terlibat dengan formula one di Sepang, so kekurangan anggota di ofis... wth? apa kene mengena kerja aku dengan diorang pergi Sepang? abis kalau diorang ada kat ofis, diorang buat ke kerja2 aku tu? Sebelum-sebelum ni, tak ada masalah kalau budak kewangan tinggal sorang kat ofis, ada diorang kisah? Tapi bila sampai turn aku, tak boleh pulak... Entah, tapi aku yakin siapa sebenarnya yang tak bagi aku pergi.... Katanya arahan dari tuan SIO... tapi aku tak rasa pun macam tu sebab masa bekpes dengan sorang pegawai tu pagi tadi, dia dah cakap dengan aku, dia nak keluarkan surat tak nak bagi aku dengan Mona main sebab kitorang tak pandai main bola tampar... alasan... mana dia tahu aku pandai main ke tak pandai main? cukuplah dia sorang jer yang tarik diri dari bola tampar lelaki, yang dia nak babitkan kami suruh tarik diri dari bola tampar wanita tu dah kenapa? tak faham betul aku... suka sangat cari gaduh ngan aku... stress aku dibuatnya... huhuhuh!

Petang tadi masa training, dia pon sibuk menempel kat tepi gelanggang tu... borak borak sambil gelak gelak dengan Tuan Nazmi... aku tak pandang langsung muka dia... benci sangat... sakit hati... penyudahnya aku duduk menyorok kat tepi gelanggang di balik rimbunan pokok bunga pagar... sekurang kurangnya aku dapat mengelak dari ternampak muka dia...

Tapi sebelum aku balik tadi, dalam pukul 7 lebih dia sms aku, suruh datang opis dia pagi esok... katanya nak bincang... Aku cakap dengan dia, tepat kul 8.30am aku sampai opis dia... Pastu dia pesan, bawa pengeras. Aku balas, beres... yang penting bola tampar... Nanti aku bawak kuih singgit kat dia... pastu dia kata belum ada keputusan, tertakluk kepada terma dan syarat. Aku jawab, saya tak kira, saya nak jugakkkk! Pastu dia bleh gelakkan aku, hahahaahahahahhahhahahahahha.... x 1 juta.... (apa punya bos la! aku dah lah susah hati) huhuhu....

14 Mac 2012

Ungu - Kekasih Gelapku

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 14, 2012 2 comments


Alia : lagu ni tiada kena mengena dengan aku, harap maklum... ;-)

Malas!

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 14, 2012 2 comments
Alamak! aku dah kena sound dengan jiran sepagarku merangkap teman seIPDku sebab malas nak update blog... hahahahahah! sebenarnya aku bukannya malas, cuma tak sempat jer.. Sibuk memanjang sekarang ni... Ayam, Itik, Kambing, Lembu, Tapir, Tenggiling waima Kerbau pun tak se'busy' aku.. betullll... tak percaya tanya kat mereka... hahahah!


Peace! ;-)

04 Mac 2012

Program Karisma NGO bersama PM

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 04, 2012 0 comments
Program : Karisma NGO bersama PM
Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil
Tarikh : 4 March 2012 8am-2pm














03 Mac 2012

Majlis Makan Malam PERKEP Selangor

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 03, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Semalam berlangsungnya majlis makan malam PERKEP Selangor yang bertempat di Concorde Hotel Shah Alam... Majlis yang memberikan seribu satu kenangan manis buat aku dan geng2 PERKEP yang lain dimana kami dari IPD Subang Jaya telah mempersembahkan satu sketsa hantu lawak yang memang haru sebab kami hanya berlatih selama seminggu, dimana setiap hari hanya kurang dari 2 jam latihan yang kami buat... Walaupun menghadapi masalah sound technical, tapi persembahan kami tetap mendapat pujian....



Persembahan memukau ulik mayang dari IPD Kajang






oleh sebab aku on diet, makan pesembur je la... (sila jangan pandang daging black pepper di belakang sana sebab itu benar2 bukan kepunyaanku.. itu kepunyaan jiran sebelahku... betul! tak tipu....)


Lebai malanag yang terserempak dengan hantu....

Puan Myra yang vogue the vass....


Mantan pengerusi PERKEP IPD Subang Jaya, Puan Hjh Noor Muhaini...







Amboi Pak Lebai dapat duduk sebelah aweks!






Sapa plak ni????

Alalalalala tomeinya Puan Myra ni... hehehe...

Rawatan Perubatan Islam

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 03, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Kelmarin seharian aku di Ipk Selangor, Shah Alam mengikuti satu seminar rawatan perubatan islam yang dikendalikan oleh Ustaz Sharhan Bin Shafie dari Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani. Satu pengalaman baru bagi aku bila dapat lihat sendiri macamana ustaz merawat pesakit...



Alamak... akibat dari terlebih zoom, tak clear jadinya....



Termengintai diari orang depan... Diari tahun 1989.. zaman kanak2 aku...



Antara tetamu yang hadir..

Sebenarnya banyak aku nak ceritakan, nanti InsyaAllah aku akan ceritakan serba sedikit pengalaman yang aku dapat tadi.. Ketua Polis Selangor dan Tuan OCPD Subang Jaya pun turut sama turun padang untuk melihat sendiri bagaimana rawatan islam dilakukan...

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review