Sahabat

Halaman

31 Disember 2012

Hari Orientasi Ainul Tahun 1 / 2013

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 31, 2012 2 comments
Assalamualaikum wbt....

Hari ni Ainul Mardhiah jalani orientasi bagi murid tahun 1 sesi 2013 di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari... Seronok bila tengok dia ceria dan berkobar-kobar nak masuk sekolah rendah ni... Seawal jam 3pagi dia kejut aku, tanya jam dah pukul berapa... Punyalah excited dia nak sekolah... Heheheh... Jangan awal2 je excited sudahlah... Mama harap Ainul jadi seorang anak yang bijak dan jadi orang yang berguna... InsyaAllah...

26 Disember 2012

Air gula? Yekkkkkkk!

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 26, 2012 6 comments

Assalamualaikum wbt....

Ermmmm... Camana aku bleh lupa yang esok aku kena minum air gula (yekkkkkkk!) kat klinik ni? Adoila... Pagi2 lagi tadi aku belasah milo panas, dua jam pastu aku belasah nescafe ais, petang tadi dua batang aiskrim kacang merah aku bedal (gara2 kopral adam beli sekotak aiskrim kacang merah), balik keje plak aku bleh pulun durian lagi... Air kosong langsung aku tak jamah... Ya ampunnnnnnnn... Harap2 esok masa test kencing and darah, aku tak sangkut..

Okayla.. Tu je aku nak cakap... Ni nak pegi dapur jap, nak melantak air kosong sampai kembung.... Huhuhuhu!

24 Disember 2012

Hari Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 7

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 24, 2012 0 comments
24 Disember 2005.... Kenangan terindah buat aku dan suami apabila kami diijabkabulkan pada tarikh tersebut... Alhamdulillah... Kini 7 tahun kami melayari bahtera bersama... Segala susah senang pahit manis hidup bersama kami dah harungi... Aku harapkan rumahtangga yang kami bina akan kekal hingga keakhirnya... InsyaAllah... Amin...

20 Disember 2012

Majlis Penganugerahan BLT

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 20, 2012 8 comments
Assalamualaikum wbt...

Hari yang sangat sibuk dan menyibuk... Malas nak cerita panjang2, korang boleh baca dan tengok gambar kat facebook rasmi Polis Diraja Malaysia... Majlis ni berlangsung di IPD Subang Jaya, tempat aku mencari rezeki.... Tahniah pada penerima anugerah yang sentiasa cemerlang dalam membenteras jenayah... kepada kawan2 dari balai USJ8 dan Bukit Puchong, tahniah untuk korang juga sebab menang Balai Terbaik bagi Kategori A... Cayalah!

Meh teman aku layan gambar2 sewel dan sengal lebih2 lagi bila diorang bagi ambil bunga-bunga yang dihias ketika majlis...

Nazri sempat lagi berposing....
Persembahan tarian 1 Malaysia...

Kak Sariha, Linie n Jijah

Tan Sri Ketua Polis Negara
Para Pegawai Kanan
Saat yang ditunggu... makan time! ngeeeeeee!
Kopral Adam dan Sue... yang tak tahan tu Kopral Adam tutup kaki dia dengan kain sebab dia pakai selipar tandas... kekekeke! tapi masa ni majlis dah selesai...

Fikhruddin, Si Mat Bunga... hahahaha!
Sasaran pertama... bunga ni la.....

Bunga kat belakang tu semua aku yang punya, tapi kumbang kat belakang tu bukan aku yang punya... kekekekek!
Okey okey saya tak ambik lagi dah bunga tu, bagi kat orang lain pulak.. saya ambik buah jer... weeeeeeeeeeeee! (pssssttttt!! itu buah pear tau, bukan pisang... ;p)

19 Disember 2012

Malam Jasamu Dikenang 2012

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 19, 2012 3 comments

Ha! Majlis yang ni pulak sehari selepas majlis perpisahan untuk KBKA... pun sama, baru hari ni aku sempat nak masukkan gambar... huhuhu! Majlis ini adalah untuk meraikan pegawai2, anggota2 dan kakitangan awam yang telah berpindah dan juga yang telah bersara untuk menghargai sumbangan yang telah diberikan ketika berkhidmat di IPD Subang Jaya...

Majlis : Malam Jasamu Dikenang 2012

Tarikh : 01 Disember 2012

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya

Ucapan dari mantan KBKA

YDH Tengku Anuar Bin Raja Hussin

emcee's



OC tunjuk bakat menyanyi lagu Ombak Rindu berduet dengan Anne

Tuan Helmi nampak macam sangat lapar... kekekeke... maklumlah... sibuk kat atas pentas main gitar...

Tuan Raj tunjuk bakat menyanyi...

Memang tak banyak gambar yang aku amik kali ni... bukan apa, sebab kekenyangan yang amat... mata terus mengantuk.. ngeeeeeeeeeeee!

Majlis Perpisahan KBKA

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 19, 2012 0 comments
Assalamualaikum....

Akhirnya ada masa jugak aku nak masukkan gambar-gambar ni setelah beberapa minggu berlalu... Majlis perpisahan ni bersempena dengan perpindahan tuan KBKA kami ke IPK Kelantan.. jom layannnnn!

Majlis : Kenangan Bersama YDH Tengku Anuar Bin Raja Hussin
            ( Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Subang Jaya )

Tarikh : 30 November 2012

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya

 

aku dan sarjan yati kena nyanyi sambil diiringi oleh dua penari lelaki... hahahaha (sila jangan tengok perut aku yek... preggy 7 bulan tu..)

menggedik ngan kak wani
 
 
Linie n Eima
 

Sesi gedik sempoi...

The BadCopsGirls (BCG's)
 
Cer teka cer teka... ;p

Antara hidangan yang di sediakan...


 




Sekian.....

13 Disember 2012

Kenapa Ek?

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 13, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt....

Ermmmmmm..... malam tadi aku dapat sms dari Mr.Bos, suruh aku bawak sijil2 dari tahun  2010 hingga 2012... dia nak sijil2 penghargaan yang aku dapat dan juga sijil2 yang lain kecuali sijil kursus...aku ingat dia mintak untuk kemaskini aku punya SKDD, so pagi tadi aku tanya la member2 opis yang lain, diorang bawak tak sijil2 tu... yang peliknya, diorang kata bos takda pulak sms diorang mintak sijil tu... then, kebetulan mr.boss turun kat tempat kami kejap, hantar kunci kereta pasukan, mintak aku pegangkan... member seopisku Linie a.k.a NCC pun tanya kat mr.bos pasal sijil tu... bos kata, dia nak aku punya sijil jer... yang laun tak perlu... bila dia cakap macam tu, aku terfikirla mungkin sebab fail SKDD aku, ada pada aku sedangkan diorang punya memang tersimpan kat pentadbiran....

Selang berapa minit bos tinggalkan opis aku, ttiba je aku dapat whatsapp dari dia...

"Jgnla bgtau dgn kengkawan lain pasal sy minta sijil2 tu.. rahsia (gambar penumbuk)" -mr.boss

"lor. apsal x bgtau.. sy tny diorang sbb nak suruh diorg carik jugak sijil2 diorg. len kali bgtau la awal2. tapi...sijil tu nak buat apa?"- aku

"kalu sy nakkan sijil diorg sy dah msg sume sekali... xpun sy akan bgtau kat hg.. adala hal kertas keje sy nak buat. arahan kbka..." - mr.boss

Bila bos cakap camtu, berdebar2 pulak rasa... adoi... agak2 kenapa ek? kalau nak promote aku naik pangkat tak apalah jugak... kekekekeke....

takperla.... tunggu dan lihat jer...

11 Disember 2012

Durian Crepe Lagi.... yummmmmyyyy!

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 11, 2012 2 comments
As Salam semua....

Harini  sempat lagu buat durian crepe... kali ni aku tambah dengan kastad krim kat dalam tu... memang sedap macam makan aiskrim... yummmmmyyyyy!


10 Disember 2012

Oh! Selangorku.....

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 10, 2012 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Untuk pengetahuan korang, 13jun sampai 12july kami laki bini anak beranak dok bertapa bawah shower tak kuar2 dari bilik air selama sebulan... Sebab tu la bil air sampai seribu lebih... Dan dah 4 hari paip rumah kami tak berair, cuma harap kat simpanan air tangki jer sebab kena potong, tak bayar tunggakan tu padahal tiap2 bulan kami bayar bil air n maintenance kecuali bil diluar tabii ni je kami x bayar walaupun disuruh bayar jugak... Tapi bila kami tanya macamana diorg kira pelarasan, sampai ke hari ni masih tak dapat jawapan... Yang sakit hati, tak pasal2 kami yang menanggung semua tu... Ermmmm... Dok selangor ni, ingatkan bleh dapat air free... Rupanya kami plak yang kena tanggung kos untuk mereka2 yg dapat air free.... Adil sangat ker?


 #malam ni kalau tak settle jugak, ada yang kena bambu dengan ibu mengandung ni!#

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review