Sahabat

Halaman

30 September 2018

Hiking @ Gunung Siku, Cameron Highland

By Dalia Hassan at Ahad, September 30, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Sekarang ni jadual.. sentiasa penuh... Nak pergi hiking pun, tak dapat lagi sekerap dulu.. tapi bila ada masa terluang, aku cuba juga lah cari mana2 bukit untuk melepaskan rindu pada hiking. Gunung kalau ada pun, gunung yang biasa2 macam Gunung Siku ni... bolehlah... lagipun sesuai dengan kesiputan aku mendaki ni...

Gunung Siku ni terletak di Cameron Highland dan mempunyai ketinggian setinggi 1916 m (6284 kaki). Dari Subang aku naik satu kereta (Cik Nizam Komander, Tini, aku dan Yatz) terus ke Cameron Highland.

Perjalanan dari tempat parking kereta ke starting point mengambil masa lebih kurang 30 minit sebelum kami memulakan pendakian. Trek Gunung Siku ni takder la teruk sangat dan sesuai untuk pendaki santai dan slow macam aku ni... Kalau tak salah aku, kami memulakan pendakian jam 8 pagi dan sampai semula ke starting point tepat jam 2 petang. Itupun agak lama juga kami melepak dan membawang kat puncak, tak termasuk lagi masa kami berhenti untuk bergambar. Tapi jangan ditanya pukul berapa aku sampai puncak, sebab aku dah tak ingat. Inilah padahnya kalau dah lama baru sibuk nak update blog... semua lupa.. haha

Ajomlah layan gambar2 kat Gunung Siku ni... biasalah.. banyak gambo syok sendiri... korang redho je la yer....







Apa yang menarik terdapat kat Gunung Siku ini adalah keindahan mossy forestnya yang masih terjaga rapi dan indah. Memandangkan aku cuma menggunakan henfon murah, maka keindahan itu tidak nampak ketara di dalam gambar. Korang pergilah, Saksikan sendiri. Memang akan rindu macam yang pernah aku lalui masa mendaki Gunung Irau, Gunung Cabang dan Gunung Yong Belar.








Pukul 2 kami dah sampai starting point tapi kami masih menunggu Tini dan Cik Nizam yang masih kat dalam gunung lagi, maka kami pun bersiar-siar lah menikmati keindahan kebun sayur yang terdapat kat sana. Tetiba pekerja-pekerja bangla kat sana buka pintu pagar dan ajak kami masuk kebun sayur tu. Niat asalnya nak bergambar jer, tapi diorang dengan baik hati suruh kami pilih nak sayur apa... kami nak beli, tapi diorang kata diorang tak boleh jual, tapi diorang boleh bagi free. Alhamdulillah. Pucuk dicita ulam mendatang. Sambil2 bergambar, sambil2 tu juga tapau sayur. rezeki... rezeki...



Hasil tangkapan kat kebun sayur orang.

 Diorang siap bagi kotak lagi untuk kami bawak balik. Yang kelakarnya, masa tengah jalan ni la, ada satu powil lalu bawak team lain yang hiking... diorang dari atas powil boleh jerit :

"Korang beli sayur kerrrr??"

Tak lah... bukan beli... tapi freeeeeeee

"Camana korang boleh dapat free??? Korang ayat mamat bangla tu keeeeeee?"

hahaha kami mampu gelak jerla bila diorang cakap macam tu... Ayat bangla pun ayat bangla laaaaa... yang penting kami dapat sayur banyakkkk... lalalalal!

Lebih kurang 4.45petang baru nampak kelibat Cik Nizam dan Tini. Alhamdulillah.... masa untuk pulang ke pangkal jalan...

Selamat jalan Gunung Siku.... panjang umur kita jumpa lagi....


27 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 27 September 2018

By Dalia Hassan at Khamis, September 27, 2018 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Hari terakhir Persada Inovasi 2018... Seperti yang dijangkakan dari awal, kami tak dpt sebarang tempat dalam pertandingan ni... Saingan yang sangat sengit.. Tapi Alhamdulillah, kami dapat pengalaman yang cukup bermakna, dan berharga yang akan diguna pakai pada masa akan datang...



Team Stegano dari JSJK Selangor...





SJ Cops KIK



Acara wajib. Mesti nak selfie ngan classmate aku ni.. tahniah buat Azizi n team, Galing Warrior dari Briged Tenggara kerana dapat tempat kedua kategori penciptaan. Cayalah!!

OTW balik Subang, berapa tempat jugalah kami singgah cari makan.. tapi ni je lah yang sempat ambik gambar...

Lepas singgah makan nasi kandar kat air hitam, kami singgah Kuala Kangsar plak makan laksa n Milo kepal viral..

Diet? Apetu?


Balik singgah Jalan Duta jap hantar pn Liyana... Mak n ayah dia baru balik dari menunaikan haji.. so kami di hidangkan dengan kurma dan pelbagai makanan dari sana...

Alhamdulillah...

*Kenangan di Pulau Pinang yang tak akan dilupakan bersama kawan2 yang dah aku anggap macam adik beradik... Sangat rapat. Paling best, part makan2 kat Penang tu. Memang terbaik!

26 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 26 September 2018

By Dalia Hassan at Rabu, September 26, 2018 0 comments

Assalamualaikum...

Ni hari keempat aku kat penang.... macam biasa pagi2 lagi pergi dewan untuk support team lain untuk pembentangan dan viva.

Ngan Nisa. Dalam kereta pun sempat nak selfie. Hehe..

Abam2 Stegano

Sesi Viva

Pantang ada masa terluang... bergambar jekk 😂

Ngan Insp Liyana..

Wefie dengan team De Bleu Soldat dari IPD Klang Utara



Kat Dewan USM dengan team SJ Cops

Petang dok melepak kat tepi laut ni pulak. Alaaaa.. lupa la nama tempat ni.. alaaaa alaaaa alaaaa... nantilah kalau dah ingat aku update kemudian.. 😅



Ingatkan lepas lepak tepi laut tu nak terus balik apartment. Rupa2 nya diorg bawak naik feri. Hahaha adoila. Walaupun badan dah mula rasa melekit, gagahkan jugak la.. first time ni aku naik feri kat penang ni.



Lepas naik feri kami pusing2 cari makan pulak sebelum balik apartment. Makan makan makan. Tolonglah lepas ni jangan ajak aku datang Penang lagi... serik! Hilang diet aku.. (ok part ni memang aku tipu)

Ok bersambung kat next entry... hari terakhir @ Penang 


25 September 2018

Misi KIK Horizon Baharu @ Penang : 25 September 2018

By Dalia Hassan at Selasa, September 25, 2018 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ketiga kat Penang. Hari ni kami tak stress sangat sebab turn kami dah lepas. So pagi ni kami sempat pergi sarapan kat luar bersama team members yang lain. Sekali sekala dapat ke Penang, memang kami gunakan kesempatan sepenuhnya untuk 'mengenali' penang.

Pekena kueytiaw Th'ng dan merasa makan kuih serabai...
Lepas sarapan kami terus ke dewan marin untuk memberi sokongan kepada kawan2 yang lain yang belum membuat pembentangan.

Ok. Kali ni kawan2 aku pun dah jadi kawan2 dia... so kita selfie sama2...

Dengan team De Blue Soldat (IPD Klang Utara)
Tengahari tu, kami lari jap pergi cari makan kat Restoran Deen. Nasib baiklah masa kami sampai masih belum beratur panjang. Tapi tak lama lepas tu, memang panjang macam budak2 sekolah beratur nak naik bas sekolah.


penampakan makhluk di sebalik cermin 
Kenyang makan tengahari, kami balik semula ke dewan untuk memberi sokongan kepada team Al- Ta'alim dari JIPS Selangor. Lepas team ni, team Azizi (Galing Warrior) yang buat pembentangan. Sayangnya aku tak dapat support team dia sebab team kami terpaksa gerak awal untuk balik ke apartment. Sebenarnya aku agak ralat juga la tak dapat tengok team dia beraksi, tapi tak apalah. Aku sempat juga jumpa dia kat tepi pentas n ucap gudluck kat dia.

Petang tu, kami naik Bukit Bendera. Naik kejap je pastu turun. Kedai makan pun banyak yang dah tutup.

Turun Bukit Bendera, kami sambung cari makan kat Jalan Gurney. Apa ntah nama tempat tu. Kali ni aku cari char kuey tiaw (tapi tak kena dengan selera aku).. bila tak puas hati, aku beli pulak nasi lemak ayam. Yang ni aku puas hati, sambal dia sedap... memang aku gemuk.

Bersambung....







PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review