Sahabat

Halaman

31 Mac 2013

Kek Oh Kek ! Jom kita makan kek!

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 31, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku kembali ke rumah setelah 23 hari berada di kampung halaman di johor. Dan sebelum aku bertolak balik ke Subang, aku sempat singgah ke rumah ibu angkatku, empunya blog resepiibu2010.blogspot.com untuk mengambil kek2 yang aku tempah beberapa hari lepas..

Nak tengok kek apa yang aku beli? Meh tengok kat bawah ni...

Kek Snowy Cheese
Kek Karamel

Kek Tiramisu

Melty Hershey (Sedap... rasa macam aiskrim)

Kek Red Velvet


Kek Cokelat

Kek Karot

Nyum nyum jom makan!



Jadi... yang mana satukah pilihan anda? Anda yang tentukan.... (poyo!) 

errrr.... yang ni bukan kek yer... tapi gebu dah sama macam kek dah...kekekeke!

21 Mac 2013

Cara Terbaik Hilangkan Stress!

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 21, 2013 0 comments

Sharing is caring..



18 Mac 2013

Nak Kurus Jom Kurus!

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 18, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Selepas melahirkan baby Arissa ni, semangat aku sangat membara untuk kuruskan badan aku yang sememangnya agak chubby ni... agak2 dalam tempoh cuti bersalin 3 bulan ni, boleh tak aku merampingkan skit pinggang aku dan mengecikkan skit bahagian2 kat badan aku ni terutama di bawah lengan, peha, pinggang dan perut...

Agak2 produk apa yer yang bagus untuk misi kuruskan badan aku kali ni... produk yang selamat untuk ibu yang bersalin secara operation dan juga menyusukan baby... takut juga aku nak ambil produk sembarangan, takut akan memberi kesan sampingan pada baby....

Harap2 misi aku kali ni berjaya... dapat turunkan 10kg dalam tempoh 3 bulan mi pun dah cukup bagus untuk aku... chayo dalia chayokkkkkkkk! peaceeeee!


11 Mac 2013

Kelahiran Puteri Keduaku

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 11, 2013 4 comments
Assalamualaikum wbt...

Syukur Alhamdulillah. Hari ni, Isnin 11 Mac 2013, genap 7 hari usia puteri keduaku yang lahir pada Isnin 4 Mac 2013 jam 4.47pm seberat 3.27kg. Seperti anak pertama, kali ni aku juga mengalami proses yang sama, iaitu bersalin melalui kaedah C-section / caesarean atau lebih dikenali sebagai pembedahan. Kenapa? sama juga macam kes si kakak, songsang...



Arissa Qaisara Binti Suhaimi

Ermmmm... oleh sebab dah dua kali pembedahan, nampak gayanya aku cuma tinggal satu kuota saja lagi untuk diisi. Menurut kata doktor, jika anak pertama dan kedua melalui kaedah pembedahan, anak ketiga juga pasti melalui kaedah yang sama dan yang pasti hanya 3 kali pembedahan saja yang dibenarkan. Harap2 untuk kali ketiga nanti, baby lelaki. Tapi aku tak kisah sebenarnya...

Kat bawah ni gambar baby seawal dua jam selepas dilahirkan..

:D

03 Mac 2013

Debaran Menanti Si Kecil

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 03, 2013 0 comments
Hari ni dah masuk malam ketiga aku berada di sini... di wad 6B, Hospital Sungai Buloh... Dan esok, aku akan di operate disebabkan kedudukan bayi yang melintang.. sama kes ketika melahirkan anak pertamaku, Ainul Mardhiah, tujuh tahun yang lepas..

Walaupun ini pengalaman kedua memasuki bilik bedah, tapi debaran tu tetap ada.. harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Cuma aku rasa rindu kat Ainul. Dah berapa hari tak jumpa dia disebabkan hospital tak benarkan kanak2 bawah 12 tahun datang melawat... nampak gayanya dah kuar wad nanti baru dapat jumpa dia... apa yg boleh aku buat cuma gunakan teknologi yang ada... video call dan whatsapp. jadilah....

Katil no.6 ,Wad 6B.. dan 6 hari juga aku menetap kat sini...

tengok berita live streaming kat tonton..
sedih woo tak dapat jumpa... nasib baik ada whatsapp, saling meluah perasaan kat anak...

kebosanan melanda.. sempat jugak syok sendiri, bergaya dengan baju hospital.. ngeeeeeeeeeeee!









PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review