Sahabat

Halaman

30 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 182 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 30, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 30/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-105

Diet Atkins : Hari Pertama

Hari ni bermulalah misi kurus aku.. harap-harap aku tak kecundang di tengah jalan la... Kali ni aku bergandingan dengan Tini. Dia pun mempunyai misi yang sama dengan aku sebab dia pun dah kembang setaman, sama macam aku. 


Menu diet aku hari pertama. Bekalan untuk ke ofis. Telur tu untuk sarapan, ayam tu untuk lunch. Timun jepun tu aku buat macam snek. Agak2 rasa nak mengunyah, aku kunyah lah timun jepun tu. Agak2 kalau aku masih lapar, siapa2 yang cari pasal dengan aku hari ni aku kunyah dia hidup2. Haha

Siap masak dan solat, aku boleh rilek lagi guling2. Aku fikir sebab aku naik motor, lambat gerak pun takper. Boleh cilok2. Turun bawah rumah baru aku teringat yang motor aku ada kat IPD, aku tinggalkan kat sana. Terpaksa lah aku bawa kereta. Keluar kat jalan besar depan rumah pun dah sesak. Jem hoi!!!

Adeh. Apehal komputer aku ni buat hal. Berapa kali restart tak boleh juga. Terpaksa aku guna komputer satu lagi.

Tempoyak ni yang aku buat masa balik kampung aritu. Ada kawan2 yang minta, aku bagi la sorang sikit. Merasa... Ni untuk kawan aku yang bertugas kat Balai Subang Jaya. Tunggu dia datang ambil...

Balik kerja, Tini ajak pergi Mydin beli stok lauk diet. Aku on je lagipun memang aku nak pergi belikan Arissa punya pensel warna. Kesian aku tengok pensel warna dia yang lama... Banyak yang hilang.

Malam aku malas nak masak, aku makan ikan tamban bilis ni jer. Kudap2 taknak perut hantar isyarat lapar kat otak. Alhamdulillah kenyang. Sambil2 tu aku makan juga timun jepun tu lagi.

Harap-harap esok aku masih kuat nak teruskan diet ni.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



30/06/2020








29 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 181 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 29, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 29/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-104

Hari ni aku kerja sampai pukul dua lebih jer. Apa taknya, Ainul wasap bagitau plug rumah terbakar masa dia tengah bakar otak2 dalam oven. Lepas dia wasap tu, dia terus senyap tak bagitau apa2. Call masuk voicemail, wasap tak berbalas. Mana la hati ni tak risau.


Ni gambar yang Ainul hantar kat grup family. Dengan ada kesan asap hitam kat atas tu, mana la aku tak risau. Dah ler kat rumah tu tinggal dia dua beradik jer dengan Arissa. Kelam kabut mama balik. Dalam otak ni dah macam2 fikir. Haishhhh
Sampai rumah tengok elok je dia dua beradik tengah tengok tv. Bila tanya napa mama ngan papa call tak jawab, dia kata line henfon dia slow. Kejap dapat coverage kejap tak dapat. Dia wasap pun tadi masa bagitau dalam grup, dia kena pergi kat beranda rumah baru ok. Alahai anak2. Buat mama risau jer...

Alang2 dah balik awal ni, aku terus suruh diorang siap nak pergi beli barang dapur kat NSK Kota Damansara.

Sampai sana terus cari makan dulu. Pekena Laksasa dulu... Aku memang suka laksa dia sebab kuah dia pekat gitu. Sedap pun sedap.

First time si Arissa dan Ainul masuk pasaraya sejak PKP aritu. Punyalah excited masa dahi dia kena tembak suhu. Hahaha

Kek pisang ni beli kat NSK tadi. Ni potong separuh jer, separuh lagi aku simpan dalam peti ais. Tapi malangnya anak2 aku tak berapa makan pulak kek pisang ni. Rugi jer mama beli.. membazir...

Oleh sebab semalam aku salah beli kerabu tomyam.. hari ni aku order semula kerabu maggie kat Restoren Amani Tomyam.

Nasi Goreng Ayam untuk anak2 aku. Tapi sempat ambil gambar yang Arissa punya je.. Ainul punya aku tak sempat ambil gambar sebab dia dah bedal dulu.



….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



29/06/2020

28 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 180 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 28/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-103

Hari ni aku ada kelas online lagi.. kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) oleh Najib Asaddok. Pagi2 aku dah membakar otak2.. lapar betul..
Otak2 ni aku bakar pukul 6 lebih. Lapar sangat... Semalam aku abis kelas online lewat juga, dalam jam 10.30malam sebab malam ada sesi khas bersama Najib Asaddok untuk siapa yang ambil pakej Diamond. Lepas kelas tu tak makan apa2. Pagi ni dah lapar gila dibuatnya..

Sarapan nuget je untuk anak2. Tengok nota kat tepi tu.. senarai apa yang perlu dibuat oleh anak2 aku sepanjang aku kat dalam bilik, kelas online. Masak pun aku terpaksa suruh dia masak sendiri sebab aku tak sempat.

Buat menghilangkan rasa mengantuk. 
Dalam tengahari, aku rasa kesian pulak kat Ainul sebab dah basuh baju, mengemas rumah, basuh pinggan. Akhirnya aku cakap kat dia, tak payahlah masak. Mama order kat Restoren Amani Tomyam jer.. punya lah dia suka sebab tak payah masak. Haha

Sebenarnya aku nak order kerabu megi tapi entah macamana aku tersalah order kerabu tomyam. Masa mula2 sampai rasa macam nak marah gak, ingatkan dia tersalah buat. Rupanya bila tengok semula wasap, memang aku sendiri yang tersalah order.
Adoiyaiiii

*Tepuk dahi

Belakang tu nasi goreng untuk diorang yang memang hantu nasi goreng.

Biskut Tart Nenas gebu by Ainul. Gebu gebas dia buat. Ni mesti nak cepat siap ni. Dia ketuk bilik panggil mama masa nak mintak tolong bakar je.. masuk oven sebab dia tak tau nak adjust suhu berapa.


Malam mama order KFC pulak. Kali ni mama lapar sebab tak kenyang makan yang siang tadi ..

Ni sxreenshot dari applikasi Zoom untuk kelas hari ni. Alhamdulillah banyak betul ilmu yang aku dapat hari ni dan semalam. InshaaAllah akan aku gunakan dengan sebaiknya.






….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



28/06/2020

27 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 179 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 27/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-102


Pagi ni agak sibuk sikit.. sibuk memasak kat dapur sebab adik ipar dan keluarga dia ada kat sini. Aku kena settlekan sarapan sebelum jam 7.30 pagi sebab untuk dua hari ni aku ada kelas online Roket Pemasaran Momentum (RPM) oleh Najib Asaddok.

So untuk sarapan yang paling mudah, aku buat nasi goreng campak-campak dan bihun goreng juga campak-campak segala apa bahan yang ada kat dapur tu. Oklah walau simple tapi rasa yang agak sedap (mungkin) sebab semua habis... Alhamdulillah. Tiada pembaziran.


Nasi goreng sosej campak2

bihun goreng daging campak2
dalam jam 8.30 dah start kelas. Mujur aku dah siap memasak, mandi dan standby awal sebab inilah kali pertama aku menggunakan applikasi Zoom. Agak kelihatan sedikit jakun di situ.. maafkan aku.

Sesi petang pulak..

Sambil2 ber Zoom RPM, aku teruskan hobi aku iaitu mengunyah. Haha

Aku keluar bilik tengok ainul dah siap buat wonder cheese. Oleh sebab serbuk cili takder, dia buat perisa cheese original jer..

Kawan kelas aku masa sekolah dulu hantar gambar diorang ber mini reunion. Alahai jelesnya aku. Lama betul aku tak jumpa diorang. Ada tu yang kepas SPM langsung aku takder jumpa lagi sampai sekarang.

Tahun ni semua dah masuk 4 siri. Kejap je masa berlalu.

Bila petang, ni je wonder cheese yang tinggal. Malam, dua balang lagi selesai. Alahai. Pemakan betul budak2 ni. Sama macam mama.
Haha





….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



27/06/2020

26 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 178 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 26/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-101

Yessss! Hari ni dah Jumaat... Bersemangat rasa nak habiskan hari ni. Haha.. Walaupun esok dan lusa aku ada kelas, tapi kelas online dari rumah jer. Kira oklah takder rasa penat sangat.


Pagi aku bancuh air siap2 untuk bawak pergi opis. Suka betul air yang Izzue Islam bagi ni... Sedap.. yang ni ada roasted hazelnut. Macam minum kat Oldtown White Coffee.
Ikan patin masak tempoyak dengan makaroni goreng yang aku buat semalam... Panaskan jer.. tak baik membazir.



Sampai opis tengok2 Sjn Adam bawak Nasi Dagang yang dia masak guna Thermomix. 

Beli Choco Bum dari Sarjan Rafiedy... Support anak dia meniaga...

Hari ni besday Seha... Beli kek je tanda ingatan...

Besday girl

Team COPS...

Tengahari aku, kak wani dengan as pergi makan kat Kedai Cikgu. Sebenarnya bertahun2 aku dok keje kat USJ ni, ni la kali pertama aku makan kat sini. Sedap... Aku biasa dengar diorang pergi makan kat Kedai Cikgu, tapi hati tak pernah tergerak nak pergi. Sedap rupanyaaa..


Banyak pulak kaki ayam dia letak. Aku pass kat kak wani.

Makanan sarapan ni aku makan petang.

Malam ni adik ipar aku satu family tidur rumah aku.. alang2 aku mintak la dia tengokan tangki rumah aku tu.

Pelampung rosak kut.



Muka kena paksa jadi model tudung mama. Haha

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



26/06/2020

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review