Sahabat

Halaman

02 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 154 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 02, 2020


Assalamualaikum wbt


Selasa : 02/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-77


Semalam ke Mr. DIY, mujur jumpa butang2 yang cantik. So hari ni pulun lagi buat Mask Extender seberapa banyak yang termampu.



Dari seawal pagi sebelum subuh aku buat mask extender ni, dalam pukul 8 lebih aku tertidur jap... Tak tau la camana boleh terlena.. ngantuk sangat agaknya. Lebih kurang pukul 10 lebih aku bersiap2 nak pergi Romantika Home Store kat Summit jap.. cari barang sikit..


Keluar dari Romantika terus ke Restoren Nasi Kak Wok.. tapau makanan jap.

Aku singgah opis jap ambik barang. Alang2 aku makan nasi kak wok yang aku tapau tadi. Lapar giler. Nak balik aku paw duit raya dari Sarjan Adam. Dapat la RM20. Hahaha rezeki hari ni 😂

Balik aku singgah Kedai Buku BookWorm jap kat Subang Bestari. Jualan sempena penutupan kedai. Sian pemilik kedai ni. Takder bisnesTbisnes semenjak PKP ni. Doa yang baik2 jer.

Lama juga la beraturnya sebab ramai gak yang serbu. Terhibur aku dengan kucing dua ekor ni. Depa pun beratur sama. Teman kami.

Aku beli fail2 dan pen je. Banyak juga pen aku beli. Simpan buat stok. Pen aku kat ofis tu asyik hilang jer. Geram dibuatnya.

Menu makan makan. Chicken Chop order guna Foodpanda. Tak sedap.
Ok bye!

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



02/06/2020




0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review