Sahabat

Halaman

29 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 181 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 29, 2020
Assalamualaikum wbt


Isnin : 29/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-104

Hari ni aku kerja sampai pukul dua lebih jer. Apa taknya, Ainul wasap bagitau plug rumah terbakar masa dia tengah bakar otak2 dalam oven. Lepas dia wasap tu, dia terus senyap tak bagitau apa2. Call masuk voicemail, wasap tak berbalas. Mana la hati ni tak risau.


Ni gambar yang Ainul hantar kat grup family. Dengan ada kesan asap hitam kat atas tu, mana la aku tak risau. Dah ler kat rumah tu tinggal dia dua beradik jer dengan Arissa. Kelam kabut mama balik. Dalam otak ni dah macam2 fikir. Haishhhh
Sampai rumah tengok elok je dia dua beradik tengah tengok tv. Bila tanya napa mama ngan papa call tak jawab, dia kata line henfon dia slow. Kejap dapat coverage kejap tak dapat. Dia wasap pun tadi masa bagitau dalam grup, dia kena pergi kat beranda rumah baru ok. Alahai anak2. Buat mama risau jer...

Alang2 dah balik awal ni, aku terus suruh diorang siap nak pergi beli barang dapur kat NSK Kota Damansara.

Sampai sana terus cari makan dulu. Pekena Laksasa dulu... Aku memang suka laksa dia sebab kuah dia pekat gitu. Sedap pun sedap.

First time si Arissa dan Ainul masuk pasaraya sejak PKP aritu. Punyalah excited masa dahi dia kena tembak suhu. Hahaha

Kek pisang ni beli kat NSK tadi. Ni potong separuh jer, separuh lagi aku simpan dalam peti ais. Tapi malangnya anak2 aku tak berapa makan pulak kek pisang ni. Rugi jer mama beli.. membazir...

Oleh sebab semalam aku salah beli kerabu tomyam.. hari ni aku order semula kerabu maggie kat Restoren Amani Tomyam.

Nasi Goreng Ayam untuk anak2 aku. Tapi sempat ambil gambar yang Arissa punya je.. Ainul punya aku tak sempat ambil gambar sebab dia dah bedal dulu.



….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



29/06/2020

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review