Sahabat

Halaman

26 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 178 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 26, 2020
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 26/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-101

Yessss! Hari ni dah Jumaat... Bersemangat rasa nak habiskan hari ni. Haha.. Walaupun esok dan lusa aku ada kelas, tapi kelas online dari rumah jer. Kira oklah takder rasa penat sangat.


Pagi aku bancuh air siap2 untuk bawak pergi opis. Suka betul air yang Izzue Islam bagi ni... Sedap.. yang ni ada roasted hazelnut. Macam minum kat Oldtown White Coffee.
Ikan patin masak tempoyak dengan makaroni goreng yang aku buat semalam... Panaskan jer.. tak baik membazir.



Sampai opis tengok2 Sjn Adam bawak Nasi Dagang yang dia masak guna Thermomix. 

Beli Choco Bum dari Sarjan Rafiedy... Support anak dia meniaga...

Hari ni besday Seha... Beli kek je tanda ingatan...

Besday girl

Team COPS...

Tengahari aku, kak wani dengan as pergi makan kat Kedai Cikgu. Sebenarnya bertahun2 aku dok keje kat USJ ni, ni la kali pertama aku makan kat sini. Sedap... Aku biasa dengar diorang pergi makan kat Kedai Cikgu, tapi hati tak pernah tergerak nak pergi. Sedap rupanyaaa..


Banyak pulak kaki ayam dia letak. Aku pass kat kak wani.

Makanan sarapan ni aku makan petang.

Malam ni adik ipar aku satu family tidur rumah aku.. alang2 aku mintak la dia tengokan tangki rumah aku tu.

Pelampung rosak kut.



Muka kena paksa jadi model tudung mama. Haha

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



26/06/2020

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review