Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Menu Atkins. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu Atkins. Papar semua catatan

13 Februari 2016

Nak Diet Jom Diet!

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 13, 2016 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Lama dah aku tak berdiet... sekarang ni kuat betul selera makan aku.. aduhai la mama.. kenapa ko jadi begini.. 6kg naik dalam masa 2 minggu.. hebat. Sangat hebat. Hebat sampai nak menangis rasa....

Kali ni aku betul betul insaf. Mulai esok aku kena buat semula Diet Atkins... aku kena kental.. kena kuat semangat macam mula mula aku beratkins setahun yang lepas.

Aku nak kurus!
Aku nak kurus!

Ya! Aku nak kurus!

Nampak gayanya, aku terpaksa buat macam dulu. Aku akan update apa menu yang aku makan selama dua minggu, setiap hari. Bukan nak menunjuk, tapi untuk membakar semangat aku agar lebih rajin lagi untuk ke dapur. Supaya aku tak rajin untuk beli makanan luar yang entah apa bahan2 yang digunakan...

Ok kali ni aku serius. Benar benar serius. Takder yang tak serius melainkan yang serius serius belaka. Dan untuk esok hingga jumaat, aku dah sediakan menu untuk lunch dan dinner. Untuk sarapan mungkin aku boleh gunakan stok konjak aku yang masih berbaki lagi. Atau aku hanya makan telur saja untuk sarapan... harap tak muntah.

Ini adalah misi menu untuk menurunkan 12kg berat badan. Sebarang usaha untuk menggoyahkan semangat aku tidak akan dilayan. Jika anda berniat begitu, sila main jauh jauh dari insan yang bernama Dalia Hassan. Sesungguhnya anda sangat tidak diperlukan dikala ini. *wink*

Ni menu untuk esok... Ahad.. dua keping terus.. sekeping tak cukup.. haha!

Dah siap perapan ayam untuk Isnin sampai Jumaat. Cuma tak tahu lagi nak masak apa.. mungkin grill, kukus, goreng atau apa apa yang terlintas di fikiran...

17 Mac 2015

Menu Atkins : Keropok Lekor

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 17, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya dah lama aku menahan perasaan untuk makan keropok lekor. Kebetulan pulak kat fb KDA ada yang bagi resepi untuk atkiners.. so apalagi... tanpa membuang masa aku cuba la buat..

Dan hasilnya sangat best... terubat rindu nak makan keropok lekor...

Bahan2

Isi ikan sardin segar (dikisar)
Soda bikarbonat
Garam
Sedikit minyak...

Dan hasilnyaaa...




05 Mac 2015

Menu Atkins : Ikan Bilis Bersira Sambal

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2015 1 comments

Haaaaa... ni dia menu kudap kudapan aku kat opis.. maklumlah, kadang kadang mulut ni rasa macam nak mengunyah sesuatu jer.. nak makan kerepek memang tak lulus la... ermmm... idea yang paling bernas ialah ikan bilis goreng....

Kejap je pun nak buatnya... cuma... ikan bilis macam mahal je kan? Hahahaha...


Dua bekas sekali aku buat... stok untuk beberapa hari... yang satu tu ikan bilis biasa jer.. yang satu lagi tu aku sira dengan sambal...

Resepi? Senang je...

Seulas bawang putih (aku guna tak sampai seulas pun)
Cili kisar 2 sudu...
Stevia
Bijan (sikit je, buat syarat)

*tumis bawang putih.. masukkan cili... masukkan stevia... tumis sampai kering pastu masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi... tabur bijan... siap!



*Tapi kan... anak2 aku yang makan banyak... tak sempat mama dia nak bawak pegi opis.. haha!

Menu Atkins : Sandwich Sardin

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Lama betul aku tak makan sandwich.. Teringin punya pasal, seawal pagi tadi aku bertukang kat dapur untuk siapkan sandwich ni.. roti? Ahaaa! Nasib baik la stok flaxseed ada kat rumah... so aku meroti la pagi tadi...

Resepi flaxseed bread macam biasa cuma aku nipiskan skit.. ala2 roti gardenia gitu.. bahan2 lain sama je macam buat sandwich biasa, cuma kita tukar roti je..

Dan inilah hasilnya....


siap bawak bekal pegi opis... 

 Hilang sudah kempunan nak makan sandwich.. hehe!

15 Februari 2015

Menu Atkins : Flaxseed Bread

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 15, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni buat pertama kalinya aku cuba buat flaxseed bread. Kalau ikutkan memang malas je nak buat, tapi memandangkan tengahari ni aku dah nak ke Sabak Bernam sehingga Selasa, nak tak nak aku buat jugalah.. standby kut2 nanti aku kelaparan masa kat sana nanti.. yerla.. aku tak tau lagi apa yang pihak IPN sediakan untuk menu makanan nanti.. so.. standby je la..

Bila sediakan barang2, baru perasan yang baking powder dah abis.. takpe la.. kita guna apa yang ada je..

2 cawan flaxseed
1 sudu serbuk kayu manis
3 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
shortening
stevia
garam

dan inilah hasilnya...




Alhamdulillah... aku boleh terima rasa flaxseed bread ni... lain kali boleh buat lagi dan pelbagaikan resepi... hehehe

Ni la bekal yang aku nak bawa ke Sabak Bernam. Harap2 cukup la... hehe!

Sekian...

daaaaaaaaaaaa....

Update pada 22/2/2015

Alhamdulillah... hari ni aku sempat buat lagi flaxseed bread.. kali ni aku letak baking powder skit.. dan inilah hasilnya...

Kali ni aku gunakan acuan kecil2..

Burger Flaxseed Atkins... aku gunakan meatloaf Ayamas (100gm = 2.2g carbs..) sekeping meatloaf tu aku potong 3.. setiap potongan aku selitkan cheddar cheese yang dipotong 6.. mayonis kewpie merah dan sedikit sos nandos.. 










PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review