Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label Chapter Four 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Chapter Four 2020. Papar semua catatan

30 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 121 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 30, 2020 0 comments


Assalamualaikum wbt


Khamis : 30/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-44

Ramadhan : Hari Ke-7

Mood hari ni nak membaking . So terhasillah kek pisang. Sedih rasa. Nantilah aku bagitau kenapa.

Untuk menghilangkan rasa sedih terhadap kegagalan kek pisang tadi, pisang yang masih berbaki aku jadikan dia cekodok. Nasib baik sedap. Terubat sedih aku.

First time masak kari ayam. Rasa sedap tapi cara hidang tu agak hodoh sikit. Tak fotogenik betul ayam ni. Nantilah ada masa aku cuba belajar teknik ambil gambar makanan supaya nampak cantik.

Cekodok tadi...

Hari ni buat jus oren. Guna dua biji oren untuk satu cawan ni... Memang sedap...
 
Kuih tepung pelita. 

Keratan rentas kek pisang yang dalam cup aku bakar sekali dengan yang bekas besar tu. Boleh pulak kek pisang ni gelakkan aku. Sakit hati. Sambung cerita lagi nanti...

Malam Fizi hantar otak2 ni.. aku nampak dia update status wasap, jual ni. Tu yang terliur.. RM25 untuk 50pieces.

Dapat jer, terus aku bakar 4 keping. Peh. Sedap sangat... Boleh order lagi ni nanti.

Nampak kan kek pisang aku yang aku letak gambar first sekali tadi. Boleh scroll semula ke atas untuk tengok. Yang naik setinggi keegoan kau terhadap aku. Keluar je dari oven, terus runtuh keegoan tu tadi. Mendap. Entah apalah dosa aku hari ni.

Sadis hoi!

….......................................................................................................................................

SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

30/04/2020



29 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 120 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, April 29, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Rabu : 29/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-43

Ramadhan : Hari Ke-6


Hari ni cuti. Sambung lagi la bermalas2an sambil mengenang nasib diri, bersendirian di perantauan. Ni kalau dilayan perasaan ni, mau meraung sorang2 kat rumah. So daripada melayan perasaan, marilah kita fikir nak makan apa berbuka nanti ..

Asalnya aku bangun sahur untuk minum air suam je.. tapi tetiba teringat yang semalam aku ada beli kek coklat kat Azrin. Bolehlah makan sikit..

Bila semangka dan mangga banyak stok, maka terhasillah air mangga lapis semangka ni untuk dijadikan hidangan berbuka.

Sotong goreng kunyit. Sotong tu semalam aku beli kat Mydin. 5 ekor dalam RM15... Bolehlah untuk lepas kempunan.

Mangga dan semangka.

Betik pemberian musuh yang paling aku sayang, Yatz. Kalau jumpa dia tu tak sah kalau tak gaduh. Janggal rasa kalau kami berbaik. Haha

Nasi tu aku masak dalam benda alah tu je. Senang. Sebab masak sikit.

Memang terbaiklah air ni. Nanti boleh buat lagi...


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

29/04/220



28 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 119 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, April 28, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 28/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-42

Ramadhan : Hari Ke-5

Hari ni aku kena kerja.. Jadi nak tak nak aku kena juga bangun untuk bersahur. At least ada sesuatu yang masuk ke perut aku.. Kalau tak, mesti kepala aku asyik rasa nak pitam je nanti. Aku pun tak tau apa kaitan antara tak makan dengan nak pitam. Hehe.


Makan roti cicah sup lebihan sup bakso yang aku buat kelmarin. Makan je la apa yang ada. Sup bakso ni memang aku simpan kat bahagian beku kat peti ais tu.. so tahan lama skit kalau simpan.

Makan sambil layan mata yang masih mengantuk. Ye la.. malam tadi susah sangat nak tidur. Entah pukul berapa baru dapat lelap.

Sampai ofis dalam pukul 7.45 pagi.. layan radio sinar jap...

Siapalah yang campak puting susu kat sini... Rasanya kucing2 tu tak hisap poteng.

Toleh kiri, kanan, depan dan belakang. Ok line clear! Selfieeee

Ke Mydin jap cari buah semangka. Kat sana murah sikit kalau nak dibandingkan dengan tempat lain.


Nak beli semangka jerrrr.. la sangat. Tamak. Yang sebiji aku beli, yang potong pun aku beli. Buah lain aku ada beli buah oren dengan mangga.

Sampai rumah, ada orang edarkan bubur lambuk dengan kurma kat pondok guard rumah aku. Alhamdulillah rezeki.

Menu berbuka aku sorang hari ni...
Bela saka sungguh. Balik keje aku singgah Restoren Ubi Kayu kat Taipan kononnya nak cari kuih tepung pelita. Penyudahnya poketku yang derita.

Mee Jawa

Mangga dan semangka yang aku beli kat Mydin tadi.

Sagu gula melaka X dua

Kole kacang

Onde-onde

Jus mangga

Tamak sangat kan. Penyudahnya bubur lambuk dengan buah je aku abiskan masa berbuka tu. Yang lain tu aku kayuh slow-slow abiskan.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

28/04/2020





27 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 118 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, April 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 27/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-41

Ramadhan : Hari Ke-4

Oleh sebab berbuka puasa semalam aku minum nescafe ais makanya malam tadi aku keresahan sebab mata tak boleh nak lelap. Ye padanlah dengan muka aku... Dah tau kesan kalau minum nescafe nak minum jugak. Kalau minum time sahur tu bertabahlah juga. Ni minum masa berbuka. Selamat lah.. selamat berjaga sepanjang malam...

Aku sahur lebih kurang pukul 3 lebih.. dah tak boleh tidur, perut pun lapar awal laaa... Oleh sebab bakso yang aku masak semalam ada lagi, so panaskan tu jer untuk sahur. Jangan membazir.

Hari ni seharian aku menghadap Candy Crush. Ye la.. dapat nyawa infiniti. Apalagi....

Nasi Ayam Penyet untuk menu berbuka.. Malas nak masak. Order guna apps Foodpanda jer..

Terlupa yang roti papa john aku ada lagi semalam.. dah malam sikit aku bedal. Alhamdulillah.. esok tak payah sahur pun takper.

Eh. Tak boleh. Walau macamana pun esok kena bangun sahur gak.. sebab esok aku keje. Mau aku pitam kalau tak makan nanti.. dah le sekarang ni kepala cepat rasa nak pitam...

Semoga pagi esok aku tak terlajak bangun.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

27/04/2020






26 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 117 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, April 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 26/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-40

Ramadhan : Hari Ke-3

Hari ni aku macam tak ada selera nak sahur. Bangun awal dah, kalau nak masak pun memang sempat sangat. Tapi tak tau la kenapa tekak ni macam tak rasa nak makan apa-apa.. Akhirnya aku buat air milo je untuk sahur..

Macam biasa hari tak kerja time PKP ni aku guling2 je kat rumah... Tak tau nak buat apa.. Tetiba teringat kat aplikasi Gerak Malaysia untuk permohonan rentas negeri hari ni dah dibuka. Selesai je mohon tiba2 je ada semangat baru dalam diri. Sekurang2nya harapan aku untuk balik Johor jumpa suami dan anak2 aku itu ada.

Aku bangun dan kemas apa2 yang patut. Kemudian mood aku untuk buat kuih raya datang lagi.. Oleh sebab Yana dengan Nik Nurul ada sebut nak makan tart aku, aku pun buatlah satu adun tart biasa dan satu adun lagi tart blueberry. Cuma kali ni aku tak jumpa pewarna blueberry.. yang aku jumpa pewarna anggur. Bolehlah. Janji purple walaupun rupa tak cantik macam yang aku pernah buat sebelum ni.


Standby dulu peralatan dan juga bahan untuk menge'tart'...



Erm. Nampak gaya aku dah terkenan badi grup fb 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'... Camana ntah aku boleh ter setting api atas jer.. dalam 10minit juga la sebelum aku terperasan yang aku bukak api atas je. Abis tart aku satu tray ni garing. Crunchy orang jawa kata.


Ni tart yang dah siap.
Sebenarnya tart aku ni tak sedap mana pun. Kalau nak jual memang aku tak guna resepi yang ni sebab resepi ni adunan tu aku tak letak gula pun. Memang aku tak nak letak.. dari dulu lagi aku lebih suka resepi ni tapi aku rasa siapa yang biasa makan tart orang jual, memang takkan suka tart aku ni sebab tak manis.
Cuma aku je yang suka macam ni.
(Done meyakinkan kawan2 aku bahawa tart ni memang tak sedap dan diorang tak payah la mintak aku punya ni. Nanti tak cukup. Hahaha ok2 aku gurau. Jangan ambik hati. Tart ni pun aku buat sebab kawan aku teringin nak rasa)

Ni menu berbuka aku tadi. Asalnya aku ingat tak nak masak sebab aku dah order Papa John. Tapi bila mengenangkan semalam Kuih Tepung Pelita yang aku order tak sampai2, terus aku ambil keputusan untuk masak apa yang ada. Buatnya roti john aku tak sampai, apa aku nak  buat makan berbuka nanti. Oleh sebab bahan buat bakso ada lagi, tu la yang jadi menu aku untuk berbuka hari ni.

Sampai juga Papa John ni. Terbanyak pulak menu aku hari ni.
 Tauhu bergedil pun aku ada goreng tadi. 

Mula2 aku ingat nak potong betik ni.. tapi risau kalau dalam dia masih keras. Betik ni Yatz yang bagi aku, hasil tanaman dia kat depan rumah. Aku ni kalau rumah aku kat sini ada tanah, nak gak aku bercucuk tanam. Nak bercucuk tanam kat keliling rumah kat kg, memang krik krik la... Takder sapa nak jaga. Tunggu la nanti aku dapat tukar balik Johor. Memang macam2 aku nak tanam.
#beranganitugratisgais

Bakso aku aku tadi. Lupa la pulak nak potong limau kasturi. Patut rasa macam ada yang kurang selain daun sup.



Tembikai merah sebagai kudap-kudapan aku di malam yang syahdu menahan rindu luka di kalbu, please say no to Ustaz Abu Shafiq.

Ok melalut.
Sekian catatan aku untuk hari ni, sebagai kenang-kenangan untuk hari esok.

Daaaaaaaaaaaaa
….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

26/04/2020





PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review