Sahabat

Halaman

28 Disember 2014

Malam Jasamu DiKenang 2014

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 28, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Pada 26 Disember yang lalu aku telah menghadiri majlis Malam Jasamu Dikenang yang diadakan di One City Hotel, USJ. Malam jasamu dikenang diadakan sempena menghargai jasa pegawai / anggota / pegawai awam yang telah atau akan bertukar serta menghargai jasa mereka2 yang telah tiada.

Dan, setelah berapa bulan tak jumpa my bff, Linie yang telah bertukar ke Ipoh pada Febuari lalu, inilah masanya untuk kami berborak panjang. Biasa kalau bercerita dalam whatsapp tak syok.. bila dapat jumpa barulah puas dapat bersembang. Yerla.. dulu Linie ni la yang sama2 susah senang dengan aku. Sahabat dan jiran meja kat opis. hehehe

                              

kami bersiap kat opis jer. konon2 nak selfie. sekali kena kacau ngan Sue, terus nak tergelak. (alamak! baru perasan yang aku takder gambar selfie dengan Sue la.. huhuhu!)
                                           
Kak Wani, Linie ngan Sue
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Azha dari cawangan Baka, yang mendoakan kesejahteraan mangsa2 banjir di Pantai Timur.
Tuan Chandran yang bertukar ke IPK Melaka..

penyampaian cenderamata..

mencari Mr. baju petak2.. hehe!

Persembahan live band  dari SJ Cops Band

Hidangan tersedia depan mata... yummyyyyyy!

oleh sebab aku diet, ni jer yang aku makan... 

oh ok aku tipu.. sebenarnya ni yang aku makan... ngeeeeeee! 
antara tetamu yang hadir...
                                   
penyampaian hadiah oleh isteri timbalan KPD

DSP Tuan Hj Che Din yang bertukar ke IPD Shah Alam

ngan kak wani...

selfie ngan Anne.. dia ni finalis bintang RTM tahun bila aku tak ingat.. 2001 kut..  (sila abaikan ketembaman pipi aku)

selfie ngan my bff Linie... 

Selfie ngan Tuan Naser yang senget.. Macam OKU dah aku tengok... kekekeke.. jangan marah tuan!

tayangan slide aktiviti sepanjang tahun 2014



My BFF, Linie menerima cenderahati dari tuan KPD


Tu jer aku nak cerita...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 28, 2014 0 comments
Sharing Is Caring



24 Disember 2014

Ulang Tahun Perkahwinan Ke 9

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 24, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

24/12/2005 - 24/12/2014

Alhamdulillah... hari ni genap 9 tahun usia perkahwinan aku dan si dia. Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya walaupun terpaksa harungi pelbagai cabaran. In Shaa Allah.

Jalan - Jalan Cari Makan : Restoren Ubi Kayu @ One City

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 24, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Makan tengahari di Restoren Ubi Kayu @ One City sempena hari terakhir Encik Tholeq si macho man (konon) bertugas di USJ. Beliau bertukar ke Trafik Jalan Bandar, KL. 












Semoga beliau sukses di tempat baru...

23 Disember 2014

Status Blog #33

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 23, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Aku masih kat kg di Segamat. Balik berdua je dengan dak tecik. Sekejap lagi aku akan bergerak balik ke Subang. Hujan masih tak berhenti. Semoga perjalanan aku selamat.. In shaa Allah..




17 Disember 2014

( Resepi ) Ikan Cencaru Bakar Dan Air Asam Paling Mudah

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 17, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Hari ni aku nak share skit pasal ikan cencaru bakar dan air asam yang aku biasa masak. Resepi yang ringkas tapi sedap.

Ikan cencaru bakar ni merupakan ikan bakar paling senang nak buat.Bersihkan ikan kemudian bakar.  Tak perlu garam. tak perlu kunyit. tak perlu bahan lain. (abaikan je la sayur2 tu sebab sayur2 tu lebihan aku buat sandwic sebelum tu)
Air asam. Hanya potong, cili, bawang, bunga kantan, kemudian curahkan air asam jawa dan juga gula..  (abaikan juga bekas yang aku  guna tu.. malas nak letak kat bekas cantik.. kekeke!
ok. ni jela menu aku. tanpa nasi. maklumlah aku tengah diet ni.. (diet la sangattttt)

10 Disember 2014

Umrah Dan Ziarah

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 10, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..
Hari ni aku sempat hantar mak dan abah ke KLIA untuk mengerjakan umrah. Semoga mak, abah, sepupu2, anak buah aku selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan kat sana nanti.
In Sha Allah


06 Disember 2014

Kolam Awam Kerosel Dan Zoo Johor

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 06, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan cuti sekolah kali ni Ainul tinggal di kampung dengan abah tok dengan mak nek dia, so memang aku tak sempat nak bawa dia pergi jalan mana2. Bila dah kat sana, Mak Ucu dia lah yang ambil alih bawak dia pergi jalan2.

Dan inilah dua tempat yang mak ucu dia bawak pergi... Kerosel Water Park dan Zoo Johor. Nampak macam best jer, lain kali aku rasa macam nak pergi juga ke sana bawa dak tecik pulak.
















semenjak pandai mengapungkan diri (aku sempat ajar dia masa pergi ke Sunway Lagoon haritu), asyik nak terapung jer  dia.. hehe!












Si Anaqi dan gayanya...






dari kecik kalau pergi mana2 mesti orang ingatkan diorang ni kembar...











Zoo Johor




                                                            



                                   
                                 




Ingat lepas ni nak bawak diorang pergi Legoland pulak... tapi tak tahu la bila... (sebenarnya mama dia ni yang teringin sangat nak pergi LL)

ngeeeeeeeeeeeeee!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review