Sahabat

Halaman

29 Mei 2019

Hard Copy PSM ~ Alhamdulillah

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 29, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.
Settled!

Tahniah buat semua... masa untuk dihantar ke UTM Skudai.

Yahoooooo!






25 Mei 2019

Iftar @ Ali Grand Hall

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 25, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Tempat : Ali Grand Hall, Amcorp Mall @ Aeon Au2 @ Bangi Gateway
Waktu : 6.30pm - 8.30pm
Pakej : RM15.90 (Dewasa), RM10 (kanak-kanak)
Pertanyaan / Tempahan : 012-3379107 / 012-3315457

Saja nak share buffet Ramadhan di Ali Grand Hall ni. Murah sangat dan masakan yang sedap. Memang tak banyak pilihan tapi pada aku menu macam ni memang ok sangat la, ini pun tak terlarat nak makan. Buffet ni konsep dia sama macam kenduri kawin.

Kenapa aku kata berbaloi2? Sebab kalau kita beli nasi beriyani kat bazar ramadhan pun, beriyani ayam paling2 pun RM10. Tapi dekat sini, kita bayar RM15.90, beriyani kita boleh pilih nak lauk apa.. ada ayam, kari kambing, ayam masak hitam, arca buah, dalca sayur, buah2an ada, kuih muih pun ada. Ko nak tambah berapa kali pun tak kisah asalkan perut ko mampu menampung kapasiti makanan yang masuk ke perut tu.

Dan paling best sekali, kalau ada makanan lebih, diorang siap bagi plastik suruh ko bawak balik. Hihuuuuu! Aku tapau daging hitam sebab nanti boleh makan dengan roti...










24 Mei 2019

Iftar @ Holiday Villa ( Majlis Perpisahan Tuan KBSPT)

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 24, 2019 0 comments

Assalamualaikum wbt


Gambar2 sekitar majlis Iftar @ Holiday Villa ( Majlis Perpisahan Tuan KBSPT)...

Tengok gambar je lah ya. Takder nak tulis apa just nak simpan kenangan ni kat sini.














18 Mei 2019

ShellOut Riuh Sekampung!

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 18, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lama sangat dah kami tak dapat berkumpul adik beradik. Raya pun belum tentu dapat bersama2 adik beradik yang lain. Kali ni Alhamdulillah semua dapat berkumpul untuk berbuka puasa sama2... abg aku yang kerja kat Miri pun ada balik. 

Cuma yang tak lengkapnya, asben dan anak2 aku tak dapat sama berkumpul kat sini. Tak apalah. Tak ada rezeki diorang nak bersama kami kat Segamat... Papa diorang tak dapat cuti. Mama is redha sebab mama tak boleh nak bawak diorang... Ye la.. kan mama nak terus balik Subang...

Maafkan lah diatas kekaburan gambar ini... Bukan salah kamera, tapi salah jurukamera yang diserang anxiety disorder.

 Shaking.

Haha

Udang tu memang favourite aku.  Ah lantak la kan muka nak gatal2 ke apa. Yang penting dapat makan. Bila dah start gatal2 tu, pandai2 la nak idup.

Fikir kemudian.

Memang puas hati.
 Pilihan hanya yang terbaik dari lautan yang luas...

 seluas dahi adik aku, Azhar.

Siaran ulangan.
Hanya yang terbaik dari lautan luas, yang seluas dahi Azhar.

Rare.
Lama dah tak dapat makan bersama, lengkap adik beradik ada + mak abah

Setel.
Puah hati.

Opsss.
Lupa nak selit gambar ni.

Makan, makan jugak. Selfie jangan lupa...

Ketua Chef a.k.a Long nampaknya betul2 menikmati air tangan sendiri sampai tak sedar yang kiri kanan depan belakang semua orang dah abis makan... Dia sorang je tinggal...

Sambil menjilat jari pulak tu..

Errr.. tapi memang masakan dia sedap pun.. tak dapat dinafikan...



Sempat juga la kami buat sambutan Hari Ibu sekali walaupun brownies tu kami yang makan, bukan mak. 😂

Selendang Dara @ Bazar Raya Segamat

By Dalia Hassan at Sabtu, Mei 18, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Dah 2 3 kali raya rezeki anak buah aku, Nana dapat meniaga tudung kat Bazar Raya Segamat. Tudung yang dia jual pula adalah tudung jenama kakak aku sendiri (mak dia laaaa...) iaitu SELENDANG DARA.

Alhamdulillah. Sambutan memang sangat menggalakkan. Sempat jugalah aku melawat kawasan kejap masa balik Segamat aritu.








Bagi yang tinggal kawasan Segamat, bolehlah singgah di Butik Selendang Dara yang terletak dia Medan Arked Mara, Segamat. Murah2 je tudung yang dijual... percayalah!

Ngeeeeeeee!

16 Mei 2019

VIVA Projek Sarjana Muda UTM

By Dalia Hassan at Khamis, Mei 16, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Hari ni adalah hari yang sangat mendebarkan sebab hari ni aku ada viva tesis aku kat UTM Skudai. Sepanjang tempoh aku belajar part time kat UTM ni, ni lah yang aku paling takutkan sekali...

F2-03 Nilah no bilik yang aku dan 3 orang lagi kawan2 aku akan bertarung... kalau ikutkan penilai aku Prof. Dr. Hani Bakri dengan Prof. Dr. Fauzy, tapi Dr. Fauzy tak dapat hadir diaebabkan masalah kesihatan.

Encik asben aku datang bagi support. Tapi awal2 aku dah pesan kat dia jangan sekali2 masuk masa sesi viva aku berlangsung. Aku takut bertambah nervous nanti.

Ni masa sesi viva Siti... dia turn pertama.. aku kedua.. sempat jugak la aku mengintai dari cermin pintu bilik tu. Haha

Masa ni aku tergelak. Sempoi penilai aku. Lepas abis pembentangan dia panggil duduk sebelah dia and dia terangkan apa yang perlu diperbetulkan. Time aku pun sama macam ni. Syukur sangat dapat dia. Sebab ada kawan2 aku yang dapat penilai yang tak berapa nak mesra alam sampaikan diorang bad mood sampai stress. Huhu
Dan sesi viva aku berakhir dengan kelegaan yang teramat sangat. Dr.Hani sangat cool. Lembut n tenang je... mana yang aku silap buat dia terangkan dengan jelas supaya aku faham dan akan perbetulkan sebelum proceed untuk bukukan tesis tu. Love you lah Dr. Hani.

Bagi chance la kat asben aku ni nak bergambo lepas settle semuanya...
Aku pun nak jugak...


Sahabat dunia akhirat.
Love you all.
Berakhir sudah viva kami. Terima kasih Aerick sebab datang support kami. Takder rezeki kau nak viva sama2 kami. Tapi takper, kesihatan lebih penting, kan.

Terima kasih pada penyelia PSM aku, Prof. Madya Dr. Hashim Fauzy Bin Yaacob. Sangat banyak membantu aku dan yang lain.

Terima kasih Prof. Madya Dr. Hani Bakri dan Prof. Madya Dr. Fauzy... penilai aku yang sangat sporting.

Terima kasih terima kasih terima kasih sebab bagi student sewel ini "A" dalam kedua2 PSM (cadangan dan penulisan)

Alhamdulillah. Syukur.

15 Mei 2019

Kereta Rosak @ Highway

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 15, 2019 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kereta aku rosak kat hiway. Tak jauh dari hentian Kulai. 
Alhamdulillah ada abam2 polis bantuan ni. Diorang la yang bantu aku... dah le aku sorang2 dari Subang. Dengan muka yang tak terurus sebab ngantuk giler tak cukup tidur siapkan PSM.
Mujur diorang tak lari sebab sangka hantu yang diorang jumpa.



Salah sorang dari abam polis bantuan ni yang tolong aku drive kereta ni bawak pergi hentian Kulai. Mungkin dia tengok aku dah macam mak lampir sebab tak cukup tidur kut. 
Mungkin. 😂



Masa ni dah selamat hantar ke bengkel dan selamat juga diucapkan pada ringgit yang terbang melayang tanpa meninggalkan kata2 sayang.. huh!

Tq! Tq! Tq!


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review