Sahabat

Halaman

31 Mac 2020

(Resepi) Donut Gebus Sebulat Perut Encik Suami - Dia (Tuan Punya Resepi)

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 31, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku ternampak satu post kat fb Masak Apa Hari Ni... MAHN donut yang memang nampak agak menggiurkan sesiapa saja yang melihatnya.. so aku scroll ke komen2 dan aku jumpa resepi yang telah dikongsi oleh pemilik gambar donut tu..

So.. aku pun taknak ketinggalan untuk simpan resepi tu kat sini, supaya senang aku nak rujuk nanti untuk try buat donut ni.

Terima kasih pada yang kongsi resepi.

Ni aku kongsikan resepi tu kat sini...


Assalammualaikum semua warga MAHN😜
Hari ini sis nk share resepi donut gebus sebulat PERUT EN SUAMI sy😜

Kalau mana yang nk cuba resepi  nie ikut bulat mcm perut suami masing2 ye😜😜

Resepi nie untuk dalam 10 biji lebih untuk yang
Baru nk belajr buat donut,untuk yang x dok mesin pengadun..kita uli pakai tangan je..🤣🤣

1)tepung gandum-4cawan(cawan air kopi☕)
2)majerin pelangi(x kish any brand blh tapi lagi sedap pelngi😜) -2sudu (pastikan majerin lembut x keras..
3)yis segera-1 peket
4)telur -1 biji
5)garam-secebis(agk2 seserasa hati korang la)🤣🤣..
6)susu pekat-2 sudu
7)air suam-1 cawan(ini kita masuk ikut kehendak adunan ye🤪)

Cara-cara nk buat DONUT SEBULAT PERUT EN SUAMI😜 ala2 VERSI ORANG KAMPUNG
Adunan nie boleh dapat dalam 10 biji mcm tu..

Masukkan tepung gandum+yis+garam+majerin+telur+susu pekat KAU BOH semua kecuali air...korang ramas2 la semua bahan dalam mangkuk sampai jadi mcm serdak roti...pastikan semua sebati di ramas...lepas tu baru masuk air suam uli doh sampai jadi doh..(jangan tuang air semua ye,tuang sikit2)..

Ok part uli nie...korang kena keluar kan sikit  TENAGA LELAKI..dalam diri🤣🤣kalau x ada kau panggil la laki kau ke adik kau ke..

ULI ADUNAN sampai dia betul2 sebati..Nampak licin kalau x nmpk licin korang letak sikit tepung..uli lagi mcm biasa smpai jadi doh yang licin..JANGAN KAU BOH BANYAK TEPUNG..keras nnti donut kau🤣..agak2..licin korang rehat kan doh dlam mangkuk tutup dengan kain lembab kalau malas sgt korang nk cari kain basah korang tutup je ngn tudung periuk🤣🤣rehat kan doh dalam 30minit biar dia naik 2x ganda..


Next ini TIPS sis nk share macam mana korang nk dpt donut yang bulat tanpa ACUAN..
xpyh korang dok sibuk nk gi kedai beli ACUAN DONUT sekarang PM suruh STAY AT HOME🤪😜

selepas 30minit doh da naik..korang tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin..lepas tu korang uli sikit..kalau korang ada penimbang korang timbang je dalam 30g atau 40gram..kalau x ada penimbang jgn risau korang bahagikan doh ikut gerak hati korang besar mana..bulat tu..agak2 bulat sama semua ok la😜

Korang bulat kan doh yang korang da bahagikan..bulat guna tapak tngan smpai nampak licin..lepas tu korang leperkan guna kayu pengelek kalau x ada jugak korang leper kn guna tapak tangn korang je..😆😆agak2 leper saja..x perlu leper sgt..ikut suka hati korang nk besar mana..leps tu part nk buat  LUBANG PUSAT korang guna je tutup botol air anak korang ke..tekap di tengah2 doh y dileper kan..lepas tu alihkan ke dulang y di taburi sedikit tepung...jika jenis yang gagal waktu angkt donut jadi tayar bocor..sis sarankan letak donut yang diterap keatas kertas minyak y digunting sama bsr donut..(ini untuk yang gagal angkat donut jadi tayar bocor waktu mengoreng ye)😆susun da rapikn keliling donut dgn lembut supaya nampak bulat..
 Lepas siap di leper dan ditekap tengah...rehatkan doh..biar dia membesar dengan jaya ye..

Lepas ANAK2 DONUT KORANG dah siap naik GEBUS...baru korang stanby minyak panas untuk mengoreng..pstikan myk cukup..dan minyak panas betul..pastikan api sederhana ye....
Bila nk mengoreng ANGKAT anak2 donut korang dengn penuh kasih sayang.. Sebab waktu tu donut sedang megembang dengn lembut..part nie la buat kan donut mudah jadi cacat sikit😆😆.jadi tadi masa terap sis ada bagi tips sikit..letak adunan donut y diterap atas kertas minyak..,jadi masa nk goreng korang tinggal angkt dengan kertas minyk terbalikkan dlam minyak panas donut tu..kertas minyak jangan pulak korang goreng sekali😆😆

Salah satu tips masa mengoreng korang sentiasa balik2 donut..api sederhana ye..da kekuningan angkat dan tunggu sejuk..lepas tu baru la korang bedak kan anak2 donut korang..dengan gula halus atau pun coklat cair🤪SELAMAT MEMBACA DAN MENCUBA😜

Sekian resepi dari CIK DHIA🤪...saya halalkan dunia akhirat sape yang mencuba..
Kalau da cuba buat share la ngn sis😁🤗😜

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 91 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 31, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Selasa : 31/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-14

Muka surat terakhir untuk Chapter 3 ni... Kalau ikutkan hari ni hari terakhir PKP, tapi PM tambah lagi 14 hari, disebabkan ramai rakyat yang taknak dok diam2 kat rumah.. boleh pulak diorang ni bersiar2 sebab bosan dok rumah katanya...

Deyyyyyyy!!! Stay at home lah!!! Understand or not??

Aku yang stress. Sian kawan2 aku kat IPD yang bertugas dan tak boleh cuti tu.. aku ni pun kesian gak kat diri aku dan anak-anak aku yang lama dah tak dapat jumpa aku ni.

Harap2 semua cepat berakhir. Janganlah makin teruk.. mereput aku sorang2 kat sini. Mau kemurungan nanti (minta dijauhkan hendaknya)


Lauk tengahari aku. Nasi ni sebenarnya lebihan nasi yang aku masak dua hari lepas. Tak nak membazir, aku simpan dalam peti ais. Asalnya nasi ni semalam aku ingat nak goreng, bawak bekal pergi kerja. Tapi tu la.. kita hanya mampu merancang, tuhan juga yang menentukan. So hari ni baru aku sempat goreng.

Ni namanya Nasi Goreng Isi Kupang Melimpah.

Semalam masa aku pergi Mydin USJ1, aku ada beli isi kupang ni sikit. Dalam RM5++ ... Aku tak tau nak masak apa, senang aku masuk je dalam nasi goreng.. abis cerita. Tak payah nak fikir masak apa. Ni pun dah sedap dah.. next time boleh la buat lagi.

Kenyang makan nasi goreng tengahari tadi... Dah malam baru perut aku minta makan lagi. Aku goreng nugget je.. cicah sos dengan mayonis.
Gemuk. 

Ni cerita malam yer. Jangan fikir bukan-bukan.. tu Nescafe O Ais Shake A Lalalala. Dulu masa kecik2 aku suka minum nescafe shake ni. Siap ada iklan kat tv..

Lagu dia macam ni ;

Nescafe Shake! Shake Shake Shake!

(Sambil kat tangan shake nescafe tu guna shaker sampai berbuih-buih)

Lepas minum tu, kepala pening.

Hahaha

Paling haru, satu malam tak dapat tidur penangan nes.

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



31/03/2020


30 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 90 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Mac 30, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Isnin: 30/03/2020

PKP/RMO : Hari ke-13

Hari ni aku kerja... Semalam dah plan dah nak masak itu ini untuk bawak bekal pergi kerja... Sampai masa, bangun pagi krik krik krik je... Malas nak masak...

Aku bawa je stok terakhir coco crunch aku ni... Makan kat ofis.. (esok dah boleh fikir apa menu baru untuk aku buat stok sarapan.. apakah aku akan tambah stok coco crunch lagi?)

Haha!

Hari ni aku bekerja dia pejabat tingkat 7...

Nasib baik kedai Cik Awang bukak... Abby ajak teman dia beli sarapan.. aku ikut, dan aku terliur tengok rendang daging dia..

Nasi Lemak Rendang Daging untuk menu sarapan kali kedua hari ni.

Tengahari aku keluar jap pergi Mydin. Cari barang sikit. Sebenarnya aku nak beli ayam.. berapa hari dah cari ayam takder. Haha

Ni je barang yang aku beli..

Balik ofis diorang dah sediakan makanan.. Makanan ni untuk petugas SJR (Sekatan Jalan Raya) sebenarnya.. tapi aku tumpang sekaki.

Haaaa.. Puding karamel beli kat kedai Cik Awang... 

Alhamdulillah.. dapat gak sikit stok mask hasil membodek anggota yang incas barang2 ni... Nak beli mahal sangat... Cukuplah buat sementara ni.. mask yang abang aku bagi pun dah tinggal sikit.

Malam layan Super Ring.
Siapa dia ni?
Aku tak undi dia?
Aku marahhhhh!

Lepas makan Super Ring, untuk menghilangkan rasa bersalah sebab makan jajan, aku makan buah tembikai pulak.
Manis.
Nyesal beli separuh.
Tau tadi beli 2 3 bijik..


Ngeeeeeeeee!!!
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



30/03/2020


29 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 89 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 29, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Ahad : 29/3/2020

PKP / RMO : Hari Ke-12


Pagi ni aku sambung mengemas rumah.. banyak benda nak buat sebenarnya.. tapi aku buat sikit2.. mana barang yang tak pakai aku nak buang. Nak sedekah pun tak sampai hati sebab kebanyakan barang dah tak elok sangat...

Baju2 aku nak settlekan.. mana yang tak guna aku nak asingkan... Mana yang elok lagi, aku nak masukkan dalam kotak dan labelkan supaya kalau aku nak bawak balik rumah Johor nanti takder lah tercari-cari...

Stok lama dah nak abis.. aku ingat nanti nak beli stok baru. Bukan apa, sarapan aku paling mudah nak buat. Sedap pun sedap... Kenyang gak.
Haha

Mengemas stor, terjumpa gambar ni. Sisi gelap kejejaman terhadap gajah di negara Thailand. Sorry Encik Gajah, masa ni aku tak tau lagi.. Kalau aku tau takkan aku seksa kau untuk bawak aku yang lebih kurang nak sama berat dengan kau.

Aku tak tau la kenapa tekak aku ni rasa nak minum lagi Dalgona Cafe ni walau hari tu aku dah rasa taubat nak buat... Sebab tak sedap.. hari ni pagi lagi aku dah buat...

Tapi kali ni aku rasa sedap pulak.. Mungkin kali ni aku buat ikut sukatan yang betul. Lepastu aku rajin sikit menggodak nescafe tu sampai pekat likat guna tangan je (gargu)

Rasa Ice Latte you!!!

Ok ni lauk tengahari aku walaupun sebenarnya dah dekat petang baru aku makan... Ikan goreng dengan bendi goreng. Silapnya cuma takder sambal je. Kalau tak memang mabeles!

Malas nak potong buah oren.... Kita bancuh je Vitamin C ni.. 
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



29/03/2020

KES BARU : 150 
TOTAL : 2,470

SEMBUH : 68
TOTAL : 388

ICU : 73
BANTUAN ALAT PERNAFASAN : 52



28 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 88 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 28, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 28/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-11


Apa je aktiviti yang kita boleh buat bila lama2 duduk rumah ni ya?

Kemas rumah, aku buat la sikit2.. kalau buat sekaligus nanti takder keje pulak nak sampai abis PKP ni walau ada hari-hari tertentu aku kena datang keje juga.

Nak mengayuh basikal exercise kat kat rumah ni, biasanya aku akan mengayuh tak sampai dua minit pun dah surrender.

Nak masak, masak yang simple2 bolehlah.. Nak masak yang leceh2 tu memang tak la... Setakat aku sorang nak makan... Paling malas, aku order kat Foodpanda je la..

Hari ni aku buat mee bandung guna perencah paket yang harga RM1.40 tu. Lupa pulak jenama apa. Okeylah asalkan ada gak rasa mee bandung sikit2.. aku rasa kalau nak lagi sedap, guna 2 paket.. baru kuah dia pekat sikit...

Basikal tu kita guna untuk props je la ye..
Masalah satu kat rumah aku ni, lampu aku satu terbakar, betul2 lampu atas ni.. so memang ambik gambar, gambar tak clear la...

Takperla.. janji nampak walau tak clear.

Ni je stok makanan yang aku ada...
Ermmmm..
Mak bising dah.. risau sangat dia anak dia tak makan..
Ye. Mak mak memang macam tu.. sama jugalah dengan aku. Hari2 tanya anak2 aku dah makan lom. Padahal asben aku ada je kat sana. Depan rumah aku pun rumah mertua aku.. sebelah rumah aku pulak rumah adik ipar aku. So kalau asben aku keluar keje (ya.. dia kena keje PKP ni), kalau ia tak sempat masak, anak2 aku makan rumah atok diorang.. kadang2 pulak, Ainul akan masak sendiri, masakan yang simple2.

Tapi.. tu lah kannn.. dah nama pun mak. Mesti risau kat anak.

Petang aku makan tembikai ni... Lupa pula yang aku ada beli 2 3 hari lepas. Nasib baik elok lagi...


Malam terasa nak makan mee goreng mamak pulak.

Ah! Lantaklah kalau nak bertambah gemuk pun.
Janji kenyang.


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



28/03/2020





27 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 87 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 27/03/2020

PKP/RMO : Hari Ke-10

Bosan jugak ni takder benda nak buat. Hari2 tengok perkembangan Covid-19, kekadang rasa seram juga.  Janganlah sampai raya ni aku tak dapat balik Johor, ada menangis sambut raya sorang2 kat Subang ni.

Ah! Malaslah nak fikir. Fikir makan lagi best. Tak serabut.


Sarapan aku pagi ni.. selagi stok coco crunch tak abis..

Nasi Gulai Kawah hasil tangkapan kat Menu Foodpanda.. sebenarnya masa beli tu, penjual tak tulis pun daging apa. Lembu ke kambing. Tapi masa makanan dah sampai, aku macam cuak pulak. Ni kambing ke daging sebab aku nampak ada bahagian tulang dalam gulai kawah ni. Biasa kalau ada tulang tu, setau aku kambing...

Bila dah was-was, aku pun tak berani nak makan. So aku makan nasi dengan kuah je..

Oh ya. Untuk pengetahuan, aku ni sejenis yang tak makan kambing...

Sebab...

Aku tak sampai hati.. dulu masa aku kecik2 abah aku ada bela kambing banyak.. aku selalu ikut abah pergi kebun dan main dengan kambing-kambing tu... So sampai sekarang tekak aku tak boleh nak terima...

Petang pulak aku makan Puding Milo Oreo yang aku buat kelmarin.

Ingatkan malam macam taknak makan.. nak dietla konon2 nya...
Tapi perut aku asyik melagukan lagu keroncong, terpaksa jugalah aku layankan je..

Maggie Sup in the house yawww!
Licin makan semangkuk.
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



27/03/2020


26 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 86 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt

Khamis : 26/03/2020

PKP/RMO : Hari ke-9

Amacam korang? Hari ke-9 PKP ni... Korang dah mereput ke belum?

Dah banyak ke cuba masak resepi baru? Aku macam ni la.. apa yang senang je..

Coco Crunch lagi.. ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Satu set tu ada 6 pek. So, akan ada 6 hari la sis makan coco crunch ni. Susu pun sis beli yang botol besar. Selagi tak abis, kita guna la apa yang ada..

Untuk tengahari, sis masih dalam mood kemalasan dan tak rajin nak ke dapur...  So Foodpanda lagilah jawabnya..

Eh. Sis bukan apa suka guna khidmat Foodpanda ni berbanding masak sendiri.. sekurang2nya sis dapat bantu la rider foodpanda ni dari segi income diorang...

Dalam malas malas sis, terjadi jugalah Puding Milo Oreo ni..

Tak taulah stok untuk berapa hari ni..

Ahhh cunnyaaaaa!!!

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



26/03/2020


25 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 85 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Mac 25, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Rabu : 25/03/2020

PKP /RMO : Hari Ke-8

Buat pertama kali dalam sejarah aku keje dengan PDRM, tiada sambutan Hari Polis diadakan. Terasa janggal tapi apa nak buat. Itu yang terbaik dari menanggung risiko makhluk Allah yang di gelar Covid-19...

Buat keluarga, kawan-kawan, saudara mara dan para pembaca blog aku ni (kalau ada yang baca la...) yang mana bertugas sebagai anggota polis, Selamat Hari Polis buat kalian. Berjasa dan terus berjasa. Pada kala ini pun kami masih memerlukan jasa kalian untuk menentang musuh yang kami tak nampak.



Menu sarapan orang malas. Selagi coco crunch dengan susu tak habis, hadaplah hari-hari sarapan benda yang sama

Tengahari sis keluar jap beli barang dapur. Masa keluar ni dapat tau yang PM baru umumkan yang PKP dilanjutkan sampai 14/4/2020.. ermmm. Asalnya nak pergi kedai runcit, terus lencong ke Pasaraya Super Seven. Ingat nak cari buah sikit.

Pakai mask macam ni, nampak runcing pulak dagu sis yang double chin ni. Haha

Beratur dulu ikut turn. Pastikan pakai mask yer... Kalau tak pakai mask, jangan harap boleh masuk... Sanitizer pun disediakan sebelum masuk... Kena cek juga suhu badan. Kalau demam, korang balik je la rumah.



Antara barang yang sis beli.. memang kali ni aku banyak beli buah dengan sayur. Dah sampai rumah baru perasan lauk takder.
Haha

Balik masak terus sebab lapar.. buat mee sup simple. Guna bahan yang mudah dan murah. Nanti sis kongsi resepi kat entry lain.

Daaaaaaaaaaaaa!


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



25/03/2020


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review