Sahabat

Halaman

31 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 91 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 31, 2020
Assalamualaikum wbt

Selasa : 31/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-14

Muka surat terakhir untuk Chapter 3 ni... Kalau ikutkan hari ni hari terakhir PKP, tapi PM tambah lagi 14 hari, disebabkan ramai rakyat yang taknak dok diam2 kat rumah.. boleh pulak diorang ni bersiar2 sebab bosan dok rumah katanya...

Deyyyyyyy!!! Stay at home lah!!! Understand or not??

Aku yang stress. Sian kawan2 aku kat IPD yang bertugas dan tak boleh cuti tu.. aku ni pun kesian gak kat diri aku dan anak-anak aku yang lama dah tak dapat jumpa aku ni.

Harap2 semua cepat berakhir. Janganlah makin teruk.. mereput aku sorang2 kat sini. Mau kemurungan nanti (minta dijauhkan hendaknya)


Lauk tengahari aku. Nasi ni sebenarnya lebihan nasi yang aku masak dua hari lepas. Tak nak membazir, aku simpan dalam peti ais. Asalnya nasi ni semalam aku ingat nak goreng, bawak bekal pergi kerja. Tapi tu la.. kita hanya mampu merancang, tuhan juga yang menentukan. So hari ni baru aku sempat goreng.

Ni namanya Nasi Goreng Isi Kupang Melimpah.

Semalam masa aku pergi Mydin USJ1, aku ada beli isi kupang ni sikit. Dalam RM5++ ... Aku tak tau nak masak apa, senang aku masuk je dalam nasi goreng.. abis cerita. Tak payah nak fikir masak apa. Ni pun dah sedap dah.. next time boleh la buat lagi.

Kenyang makan nasi goreng tengahari tadi... Dah malam baru perut aku minta makan lagi. Aku goreng nugget je.. cicah sos dengan mayonis.
Gemuk. 

Ni cerita malam yer. Jangan fikir bukan-bukan.. tu Nescafe O Ais Shake A Lalalala. Dulu masa kecik2 aku suka minum nescafe shake ni. Siap ada iklan kat tv..

Lagu dia macam ni ;

Nescafe Shake! Shake Shake Shake!

(Sambil kat tangan shake nescafe tu guna shaker sampai berbuih-buih)

Lepas minum tu, kepala pening.

Hahaha

Paling haru, satu malam tak dapat tidur penangan nes.

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



31/03/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review