Sahabat

Halaman

05 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 65 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 05, 2020
Assalamualaikum wbt

Khamis : 05/03/2020

Hari ni aku sampai opis awal sikit... Bukan apa, hari ni aku ditugaskan sebagai penyambut tetamu sempena Lawatan Kerja Naib Pengerusi Perkep Selangor, YBHG Datin Baidzura Su ke Perkep Subang Jaya.

Untuk maklumat, Datin Baidzura adalah isteri kepada Dato Arjunaidi, Timbalan Ketua Polis Selangor.

Pagi2 lagi masa aku sampai, aku terserempak dengan Yana Md Piah. Kebetulan memang aku ada order kek marble kat dia.. hari2 tengok dia update whatsapp status, akhirnya sis terliur juga.. terpaksa order... Haha

Cantik kejadiannya... Berwarna warni

Sebelum sampai opis tadi, aku singgah kejap kat Shell sebelah Damen untuk beli roti dan susu ni untuk alas perut sementara tunggu majlis habis.

SJ Dancers standby untuk menari depan datin.

Sempat jenguk rumah Perkep jap sementara tunggu datin sampai.


Jengah dapur, sejuk mata tengok ada makanan. Haha

Lepas demo masakan, ni la acara yang ditunggu2... Perut tengah lapar... Inspektor Siti Zamarah tu lagi la tak sabar. Mangkuk dia yang paling besar walaupun badan dia yang paling kurus. I is jeles. Haha

Alhamdulillah kenyang. Sedap Kak Pah masak.

Abis majlis, balik opis terus potong kek yana pulak. Sedapnyaaaaa.. gebu dan lembut. Ramai kawan2 aku kata sedap...

Malam aku ingat tak nak makan nasi, kalau lapar nak makan kek je. Sekali bila tengok roaster, esok pagi nama aku naik untuk larian dan senamrobik. Last2 aku order la kat Foodpanda Nasi Goreng Maghi Raso ni sebab aku tau kalau malam ni aku tak makan, mesti pagi esok aku lembik.

Untuk cerita Lawatan Kerja Naib Pengerusi Perkep tu nanti aku buat entry lain.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review