Sahabat

Halaman

28 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 88 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Mac 28, 2020
Assalamualaikum wbt

Sabtu : 28/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-11


Apa je aktiviti yang kita boleh buat bila lama2 duduk rumah ni ya?

Kemas rumah, aku buat la sikit2.. kalau buat sekaligus nanti takder keje pulak nak sampai abis PKP ni walau ada hari-hari tertentu aku kena datang keje juga.

Nak mengayuh basikal exercise kat kat rumah ni, biasanya aku akan mengayuh tak sampai dua minit pun dah surrender.

Nak masak, masak yang simple2 bolehlah.. Nak masak yang leceh2 tu memang tak la... Setakat aku sorang nak makan... Paling malas, aku order kat Foodpanda je la..

Hari ni aku buat mee bandung guna perencah paket yang harga RM1.40 tu. Lupa pulak jenama apa. Okeylah asalkan ada gak rasa mee bandung sikit2.. aku rasa kalau nak lagi sedap, guna 2 paket.. baru kuah dia pekat sikit...

Basikal tu kita guna untuk props je la ye..
Masalah satu kat rumah aku ni, lampu aku satu terbakar, betul2 lampu atas ni.. so memang ambik gambar, gambar tak clear la...

Takperla.. janji nampak walau tak clear.

Ni je stok makanan yang aku ada...
Ermmmm..
Mak bising dah.. risau sangat dia anak dia tak makan..
Ye. Mak mak memang macam tu.. sama jugalah dengan aku. Hari2 tanya anak2 aku dah makan lom. Padahal asben aku ada je kat sana. Depan rumah aku pun rumah mertua aku.. sebelah rumah aku pulak rumah adik ipar aku. So kalau asben aku keluar keje (ya.. dia kena keje PKP ni), kalau ia tak sempat masak, anak2 aku makan rumah atok diorang.. kadang2 pulak, Ainul akan masak sendiri, masakan yang simple2.

Tapi.. tu lah kannn.. dah nama pun mak. Mesti risau kat anak.

Petang aku makan tembikai ni... Lupa pula yang aku ada beli 2 3 hari lepas. Nasib baik elok lagi...


Malam terasa nak makan mee goreng mamak pulak.

Ah! Lantaklah kalau nak bertambah gemuk pun.
Janji kenyang.


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



28/03/2020





0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review