Sahabat

Halaman

06 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 66 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 06, 2020
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 06/03/2020


Macam biasa, aktiviti setiap pagi Jumaat, larian dan senamrobik... Cuma pagi ni ada tambahan satu lagi aktiviti selepas senamrobik, iaitu fitik (gotong royong) di berek.


Pagi.. standby untuk larian. Biasa aku join grup B tapi kali ni aku join grup C... Tak confident nak lari sangat sebab baru abis demam. Darah aku pun masih kurang lagi ni.

Dah hujung2, diorang banyak jalan jer.. kalau aku pulak, awal2 pun jalan gak. Haha. Bolehlah janji keluar peluh


Sampai2 jer terus sambung senamrobik.
Semput hoi!


Abis senamrobik, fitik pulak. Tak sempat nak teguk air. Abis fitik, pergi kantin tapau nescafe o ais. Hutang. Hahaha

Tempat buang sampah kat kat b ni pun lawa

Dalam pukul 11 pergi kantin semula sebab nak bayar hutang air tadi dengan tapau spaghetti ni.
Sedap.
Kenyang sampai petang.

Petang balik kerja singgah pasar malam Subang Perdana jap.
Beli tauhu bergedil ni...



1 comments:

Mrs. A berkata...

Wah! setiap minggu ada aktiviti keep fit ya

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review