Sahabat

Halaman

20 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 80 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mac 20, 2020
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 20/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-3

Hari ni kantin tutup. Kedai Cik Awang aku tak pasti buka atau tak... Tapi sebagai langkah selamat, aku masak je siap-siap dari rumah. Bukan apa, ini untuk mengelakkan perut aku dari merengek yang bukan-bukan. Simple pun simple la asalkan ada makanan...


Sarapan : Karipap + Nugget
Makan Tengahari : Ikan pekasam potong bawang, telur dadar dan sambal cili hijau yang aku beli kat Halal Mart semalam.

Sjn Adam bawak nasi lemak daun pisang pulak. Dia bawak lebih untuk kami. Tak baik tolak rezeki kan?
Alhamdulillah

Ermmmm.. bertugas di kala orang lain diberikan Cuti Khas. Harap2 minggu depan ada berita gembira untuk pegawai awam macam aku ni.


Sebelum aku balik, si Oyeng ni manja betul. Nak je aku bawak dia balik, tapi banyak perkara yang aku fikirkan.

Eemmm.. tapi kesian dia nanti.. balai lengang.. harap2 ada la yang tolong bagi makan kat dia nanti. Sian dia. Dah sampai rumah, teringat2 aku kat dia. Rasa bersalah pulak tak bawak dia balik tadi.

Ermmmmmm...
……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



20/03/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review