Sahabat

Halaman

22 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 82 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 22, 2020

  • Assalamualaikum wbt


Ahad :  22/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-5

Masih bercuti dan masih dalam perjuangan yang aku ceritakan dalam entry semalam. Kekadang aku tak faham dengan manusia ni, apa tujuan dia kenakan orang yang duduk jauh berpuluh kilometer, perempuan pulak tu dalam meletakkan tugas yang memerlukan kehadiran pada waktu tengah malam sedangkan ada je lelaki yang duduk di berek polis tu. Perlu diingatkan, kami hanya pegawai awam, bukan anggota polis yang punya mental yang kuat untuk hadapi saat2 macam ni.

Ah! Terluah la pulak sikit.. ni sebab sakit hati la ni lebih2 bila dapat tau ada komplot nak kenakan orang.

Ok. Sambung cerita asal...


Menu hari ni.. sup tulang.. errr.. sebenarnya sup tulang ni aku beli semalam, order sekali dengan nasi ayam penyet yang guna foodpanda tu. Semalam aku terus simpan dalam peti ais. Memang niat nak makan hari ni, sebab malas nak masak.

Pastu saje try Dalgona Coffee yang akhirnya jadi Nescafe Shake. Taubat la taknak buat lagi. Tak tidur malam aku dibuatnya ..



Akhirnya jadi Nescafe Shake.. Shake Shake Shake! Pastu sakit kepala...

Ni namanya nugget social distancing.. kena ambil jarak ye.. arahan KKM.. nugget ni terjadi bila tak boleh tidur dan perut dengan gembiranya menyanyikan irama keroncong.

Bila mata tak boleh tidur, langkah akhir adalah dengan pasang aromatherapy Lavender dengan tujuan untuk mendapatkan suasana yang terapeutik dan tidur menjadi lena sambil henfon memainkan muzik yang menenangkan.

Alhamdulillah
Sampai pagi pun aku masih tak boleh tidur!

#penanganNescafe

……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




22/03/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review