Sahabat

Halaman

15 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 75 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mac 15, 2020
Assalamualaikum wbt

Ahad : 15/03/2020

Hari ketiga aku tanpa suara... seksa rasa.. Batuk yang agak teruk sampai malam pun tak boleh tidur sebab batuk.

Pagi-pagi lagi abah call tanya aku dah pergi klinik ke belum. Macam biasa, tadah telinga dengar abah membebel. Ye la.. aku faham.. abah dengan mak bebel sebab sayang aku.. ngeeee!

Batuk, batuk juga... tapi selera tetap ada. Nak masak memang krik krik la... Akhirnya aku order Foodpanda.. awal2 macam ni kuota untuk guna code PANDAPAL (dapat potongan 30%) masih ada... biasa kalau dah lewat sikit, memang abis kuota la sebab terhad setiap hari. So kena bayar full. Rugi.

Untuk melayakkan kita guna code PANDAPAL tu, minimum pembelian kita mesti RM20.. kalau tak sampai RM20, kita kena bayar harga sebenar. So aku pun plan untuk beli terus makanan untuk satu hari ni... breakfast, lunch dan dinner (konon-konon)...

Roti Bom ( Sarapan )
Mee Goreng Mamak Daging Meriah ( Lunch )
Roti Sardin ( Dinner )

Total dalam RM14

Mee Goreng tu memang sedap. Daging banyak dia letak.. besar-besar pulak tu... berbaloi-baloi

Nama jer untuk breakfast, lunch ngan dinner.. tapi semua aku bantai makan sekaligus.. tapi takder la makan abis.. makan sikit-sikit...

Dalam pukul 4 lebih abang ijat call.. aku nak cakap ngan dia, tapi suara aku takder... haha! macam itik serati aku aku rasa suara aku ni.. Asalnya abg aku call sebab nak hantar ubat batuk kat aku, sekali dengan hand sanitizer dan face mask.. Bila dia dengar aku takder suara, terus dia suruh aku bersiap, dia nak bawak pergi klinik.

Selfie la.. tudung tu tudung serbaguna. Tak kira apa program pun, tetap berguna.
Main sarung jer... takder la nak beli2 bagai...

Dengan abg Ijat...

Sis jadi big boss dok belakang...

Macam-macam la yang dia cari untuk aku... kakak ipar aku yang risau lebih...

Ha.. ni semua dia belikan... bil klinik tadi pun dia bayarkan.. tengok tu. Bawang putih pun dia beli, suruh sis makan macam tu jer supaya batuk hilang.

Sebelum dia hantar aku balik rumah, singgah beli makan pulak. Aku dah cakap tak payah beli makan sebab makanan yang aku beli kat foodpanda tadi masih banyak lagi, tapi aku kena bebel pulak sebab makan mee goreng. Batuk2 mana boleh makan benda berminyak.

Aku lupa!!!

Malam terpaksa jugak pergi mendobi. Baju kotor banyak sangat. Tapi lengang jer orang....

Singgah farmasi yang aku ngan abg aku pergi tadi sebab aku ada ternampak farmasi tu jual bawang putih crunchy ni. Aku nak beli tadi, segan pulak. Nanti mesti abg aku yang bayar. Tu aku datang kemudian untuk beli...


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




15/03/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review